Ini ada cerita dongeng alam jin yang aku saja nak bercerita untuk
mengisi mAsa lapang korang..Kekeke walau pun blog ni boleh la dikatakan glamour
gak tapi saja jer nak menghangatkan suasana. Anggap je la ini tayangan gambar
temberang tahap gaban abad ini sebab aku tak suh pun korang pecaya. Daripada
baca cerita Fasha Sandarkan Pada Kenangan nak kawin dengan Jejai baik baca
cerita macam ni kan.. Lebih baik baca dari tgk cerita Sin Chan yang tak matured
tu..
Ring..ring..Ring..telefon berbunyi..Sapa la pulak yang menelefon
nih..Aku segera angkat kebetulan aku free waktu itu. Biasanya aku tidak akan
melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali sebab aku risau dengan cerita
ramai yang sedang menjadi spy menyiasat aku yang dikatakan ura ura kedengaran
sebagai bomoh yang menyihir orang..kemudian orang yang disihir dipergunakan
untuk kepentingan diri aku.. aku geli geleman dengar cerita dari mulut orang
yang macam macam longkang nih. Ingat aku cari rezeki jadi bomoh ker?? Khaqqq
Tuihhhhh.. Tak kuasa aku… Kerja aku mulia tau dengan cara yg halal.. .tapi xpelah
sebab tak buat apa2 aku jwb gak lah ..mungkin ada rezeki kot menang peraduan
apa2 ker..
Persoalannya..kenapa suka sangat masyarakat memandang serong
terhadap orang orang yang seperti aku ni..apasal bila niat baik kita nak tolong
org ni, selalu org anggap negatif? Aku hairan dengan sikap segelintir pihak
yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa..Lama sudah aku diamkan so aku
harap diaorg pun akan diam..rupanya macam macam berlaku. Itu la sebab bila
terdengar deringan telefon dari nombor yang tidak dikenali aku tidak akan
angkat..malAs dah nak melayan orang dengan cerita yang bukan bukan.
MENANGIS TERESAK ESAK DI TELEFON
Ustaz..tolonglah saya ustaz..saya sudah tak tau nak buat apa
sekarang ini..isteri saya dilarikan orang..saya kenal org yang bawak isteri saya
lari tu..dia naik kereta. (Ni pun aku kurang berkenan gak. Aku bukan ustaz
sebab tak belajar sampai Al-Azhar pun. Belajar kat Kolej Insaniah pun tak..Aku
org biasa jer) Dulu isteri saya tak macam ni..ini tiba tiba saja
ustaz..Tolonglah saya ustaz. Bergema suara tangisan teresak esak didalam
telefon dari seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia telah dikenalkan pada aku
oleh En Doraemon (bukan nama sebenar).
Ini pun satu hal yang memeningkan kepala aku. Merayu rayu meminta
tolong..kalau aku jawab begini; dah dah dah...pergi carik bomoh lain..aku dah
penat dengan ini semua..apa agaknya yang akan dirasakan di dalam hati masing masing
bila terdengar jawaban dari orang yang amat mengharapkan pertolongan seperti
itu. Maka inilah keadaan aku setiap hari sehingga kadang kadang aku tak ada masa
untuk berehat bersama keluarga. kepentingan org lain aku dulukan tanpa mengira
penatnya.
Aku segera menasihatkannya supaya bersabar dan aku minta saudara
yang menghubungi aku itu agar dapat datang menemui aku di teratak aku. Senang aku
mendapatkan butiran butiran yang lebih tepat lagi untuk disiasat asal punca
kejadian yang telah merenggut kasih syg dari seorang isteri yang amat
dicintainya. Aku minta saudara tersebut datang membawa gambarnya supaya dapat aku
kenali rupa wajahnya dan juga nama isterinya itu serta nama ibunya. Keesokkan harinya saudara tersebut hadir bersama rakan rakannya
sekeluarga bersama sekeping gambar yang aku minta.
KENAPA HARUS BERBINTIKAN IBU BUKAN BAPA..?
Ramai dari kalangan kita yang sedia faham akan hal ini..kenapa
kalau berubat hal hal mistik mesti orang tu minta namanya dan nama ibunya.
Kenapa ..apa sebenarnya yang berlaku atau ada apakah rahsianya meminta nama si
pesakit dan nama ibunya..Insyallah akan aku bukakan sebahagian rahsianya untuk
pengetahuan umum sebagai jalan memahami perkara adat tersebut supaya ia tidak
pula disesatkan atau dikhurafatkan pula kali ini setelah bermacam macam perkara
kerohanian yang baik baik itu disalah ertikan dan di sesatkan sesetengahnya
oleh sebahagian orang yang lain.
Tak salah mem binti kan dgn nama ibu sebab bila membaca talkin
juga Rasulallah menganjurkan dibaca nama simati dengan berbinti kan dengan
siibu. So korang rasa Rasulallah tu khurafat gak ker? Lu pikir la sendiri..
Selang dua hari kemudian datang seseorang muda tak muda tua pun
tak tua sangat, umurnya ekitar 40an 50an agaknya memperkenalkan diri dengan
nama Bobby ( bukan nama sebenarnya ) bersama teman2 nya lain.
MINYAK PENGASIH
Bobby memulakan ceritanya dari awal sehingga akhir mengenai
kebaikan isterinya soal penjagaan makanan dan minuman serta tanggungjawab yang
telah dilakukan oleh isterinya itu amat dihargai. Tetapi dia kesal dan amat
terkejut semenjak akhir akhir ini apabila isterinya yang dipanggil 'sayang' itu
telah mula bersikap keras dan garang terhadapnya. Kalau keras yang lain tu ok gak ni keras lain mcm..
Bab keras ni aku teringat cerita bini aku.. Dia kata ada seorg lelaki ni selalu mengeluh.. lalu kawan baiknya tanya lah naper mengeluh.. Lalu dengan selambernya dia jawab.. Susah la idup macam ni.. Minum minuman keras bini marah, masak nasi keras bini marah, kerja keras sampai tak ingat anak bini pun bini marah, Tuttt keras jer bini suka sebab yg tu kalau lembik bini marah.. sat sat, aku lost ntah kemana dah ni..
Isterinya itu bekerja di salah sebuah restoran berhampiran
rumahnya dan apabila malam isterinya akan menyambung kerja jadi pembantu pasar
tani pula. Berbekalkan paras rupa nya yang hampir mirip seperti mami itu
agaknya jualan di gerai pasar tani rakannya laris. Pelanggan pula suka
mengambil kesempatan bermanja manja dan akhirnya jatuh hati. Agaknya tak cukup
dengan itu di minyakkan pula wanita yang digilainya lalu dibawa pergi.
Begitulah nasib kaum ibu hari ini dan aku rasa memang dari dulu kaum bapa yang
agaknya tak cukup makan itu mencari mangsanya di luar rumah.
Dengar khabarnya isteri si Bobby telah mula berjinak jinak gagak dengan
salah seorang pelanggan restoran di tempat kerja semenjak 8 bulan yang lalu.
tanggungjawabnya mula terabai, anak anak kecik di rumah yang mengharapkan
belaian kasih seorang ibu kini tinggal berpampers masham. Ibunya lari dgn
jantan haprak barunya walaupun sedar dirinya masih bersuami. Sudah dua minggu
bang isteri saya tak pulang ke rumah. Tolonglah saya bang , tolonglah..rayunya
dengan nada kasihan sekali (bila masa aku kawin dgn kakak dia pun aku tak tau.
Aku belum sampai 4 series lagi dah dipanggilnya aku abang). tapi kali ini si Bobby
sudah tidak menangis lagi seperti di dalam telefon kelmarin, malu agaknya dia
sebab kami ramai yang mendengar kisahnya.
Aku sangka isterinya tidak disihir orang, rupa rupanya terkena
juga tempias minyak pengasih dari seorang laki laki melalui bantuan orang asli
di tempat sebelah Selangor. Ini aku tau selepas aku ambil gambar isterinya , nama
isteri dan ibunya dan kemudian aku bacakan beberapa potong ayat munajatnya.
Kebetulan memang Puan Kuntum dan Encik Doraemon turut hadir..jadi aku
minta izin pada suaminya agar Kak Tom jadi sarungnya. Suaminya mengizinkan dan
dia memang mengharapkan beritanya melalui isterinya ketika itu. Aku sebenarnya
bukannya tahu sangat tentang kisah alam alam mistik ni.. kalau tak kerana ada
bantuan sarung seperti Kak Tom yang aku alami dulu masa tgk kawan aku ngubat.
Saja jer aku try cara ni sebab selalunya aku zas terus jer.. mahkamah aku
Pedang Hamzah jer senang.
ROHANIAH DIRI ISTERI MENANGIS
Entah macamana tetiba Kak Tom menangis teresak esak..aku tak cam
entah bila ‘dia’ masuk… tau tau dah meleleh air matanya ke pipi. Aku beberapa
kali cuba bertanya tapi diam je..tak berjawab langsung. Aku minta dia bercerita
kenapa dia jadi begitu..tak lama kemudian keluar suara halus dari mulut Kak Tom
' aku terkena minyak pengasih panah arjuna...huhuhuhu'..terus menangis tak
henti henti. Aku minta dia keluar dari sarung dan minta panggilkan ketua jin minyak
pengasih yang menumpang di sarung isteri si Bobby.
Tidak berapa lama kemudian tubuh Kak Tom mengembang , kedua belah
tangannya menggenggam pedang di kanan kirinya. Aku minta dia turunkan kedua
belah pedangnya ke lantai dan segera dia berbuat demikian. ' Di sini bukan
tempat untuk berpedang..ini tempat mesyuarat perundingan' aku berkata kepada si
sarung Kak Tom. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Kalau
nak berpedang, 2 – 3 pedang aku keluarkan, tak tertepis lak dia nanti.
Kalau ikut aku memang “A” sangat la kalau bab berperang ni.
Namanya pun panglima perang. Tapi sebab hormat kat orang2 yg datang so kena
sopan la beb.
KEMENYAN DAN GAMBAR
Segera aku minta En Doraemon menyalakan api bara untuk membakar
kemenyan yang aku minta. Aku nak tunjukkan pada mereka fungsi kemenyan yang
amat ditakuti oleh manusia kerana dikatakan makanan jin. Jangan takut dengan
kemenyan, itu amalan orang tua tua dulu. Mereka tahu rahsianya. Kemenyan bukan
khusus untuk beri makan jin , dalam rumah kita sendiri pun masih banyak lagi
makanan jin contohnya tulang ikan, ayam, lembu korban yang tersimpan di dalam
peti sejuk itu. Bukankah itu semua makanan jin...? Kemenyan ni kalau kita
niatkan atau sengaja diguna untuk memberi makan jin maka mereka yang berkenaan
akan datang lah. Itu pun kena tengok kemenyannya..biasanya bukan kemenyan
wangi..kemenyan busuk yang selalu diguna..
Gambar isteri si Bobby aku cuba layur di atas bara yang berkepul asap
kemenyannya. ' Aku katakan padanya, rasakan betapa sakitnya kalau gambar ini aku
layur. Tidak berapa lama kemudian jin yang berada di sarung Kak Tom mengaduh
kesakitan dan meminta ampun berkali kali..' ampunkan aku..ampunkan aku..aku
berjanji tidak akan mengganggu lagi..aku akan keluar'' itu yang aku dengar dari
Kak Tom. Aku terus campakkan gambar itu terus ke dalam dupa kemenyan dan terus
terbakar..aku rasa mungkin jin tersebut hampir hangus terbakar tapi tidak
mati..sebab niat aku bukan untuk membunuhnya sekadar mengingatkan saja.
(Rentung sikit tu kira tahap member amaran la pada aku).
SOLAT TAUBAT DAN SOLAT TASBIH
Aku berpesan pada si Bobby supaya mendirikan solat taubat dan tasbih
selama 40 malam untuk dirinya sendiri dan juga untuk isterinya supaya lembutlah
hatinya selepas itu kerana isterinya bukan saja terkena palitan minyak pengasih
tersebut tapi memang nafsu dirinya juga berkeinginan begitu. Sehingga akhirnya
dia terjebak dengan pengaruh minyak pengasih yang sengaja di palitkan oleh kekasihnya.
Kalau tak jalan lagi kita buat yg keras sikit mcm biasa baca yassin fadhilat
ker, yassin 40 ker atau yg paling kemas yasin 7 mubin.. Kasi mati trus.
Aku jelaskan pada si Bobby, bahawa aku bukan punya kuasa menyembuh
dan menghilangkan masalah keluarganya melainkan semua adalah kuasa Allah.
terjadi peristiwa seperti itu barangkali adalah teguran' dariNya supaya lebih
bersikap berhati hati dan lebih menunaikan hak tanggungjawab sebagai seorang
suami jika benar masih menyayanginya. Aku minta supaya hidupkanlah susana
beragama di dalam rumah dengan bacaan al quran dan solat berjemaah supaya tiada
lagi gangguan datang walaupun hakikatnya ia datang dari Allah jua.
Masuk hari kedua ini aku belum mendapat apa apa jawaban dari si Bobby
mengenai isterinya mungkin dia sedang berusaha untuk kembali ke jalan tuhannya
menginsafi kekurangan dirinya sendiri yang selama ini lalai..Mudahan kita
doakan si Bobby berjaya mendapatkan semula isterinya yang telah lari mengikut
lelaki lain..dan jadikanlah ini sebagai pengajaran, kepada diri pembaca sekalian.
Jangan hanya semata mata menyalahkan orang lain.lihatlah tiliklah diri
sendiri..pasti ada kekurangan yang menyebabkan berlaku perkara seperti itu.
Mesti ada..Mungkin anda telah curang dalam diam diam juga kepada isteri
kalian..
4 comments:
I would like to thank you for the efforts you've put in writing
this website. I really hope to check out the same high-grade
blog posts by you later on as well. In truth, your creative writing abilities has inspired me to get my own site now ;)
Stop by my webpage: KatherinSMensalvas
Hi, I do believe this is an excellent site.
I stumbledupon it ;) I will come back yet again since
i have book-marked it. Money and freedom is the
best way to change, may you be rich and continue to help other people.
my homepage - KatherinSMensalvas
Its like you read my mind! You seem to know so much about this, like you
wrote the book in it or something. I think that you can do with some pics to drive
the message home a little bit, but instead of that,
this is wonderful blog. An excellent read. I'll
certainly be back.
Feel free to visit my blog; AnnamaeSBillafuerte
Hi, i think that i saw you visited my website thus i came to “return the favor”.I'm
trying to find things to enhance my site!I suppose its ok to use some
of your ideas!!
my web-site LinoNGalkin
Post a Comment