Monday, April 2, 2012

Pusaka Bangsa Nan Gah di Telan zaman..

Beberapa bulan lepas ada sahabat yang mintak tlg aku uruskan keris pusaka lama yang ada masalah sikit dengan pemilik2 nya. Maka aku pun try menerawang menyiasat asal kejadian keris picit pusaka ni. Umurnya dah hampir 200 tahun dan dijaga oleh perempuan bernama Puteri R**** S***. Aku tak dapat nak bagitau nama pun tak sedaplah sebab aku menjaga amanah org. So aku tgk keris ni bogel jer mcm kat bawah sekadar besi semata-mata. Kalau kita manusia pun mesti taknak hidup berbogel mcm tu. Mcm ni lah asalnya keris picit ni ke tangan aku.


Aku bawak balik n aku cuba dirikan n nak tengok sepower mana keris ni. Maka dalam masa pegang keris ni aku terfikir nak pakaikan dia baju mcm keris2 lain. Tambahan pulak keris ni keris picit yang merupakan pusaka org zaman dahulu. Nak wat keris sendiri aku tak berapa pandai sebab aku bukan tukang besi. Apatah lagi nak picit besi buat keris lagi la aku tak pandai. Picit jerawat ngan white head boleh lah sikit2. Itu pun baru picit sekali bini dah marah sebab sakit.

So aku ronda2 area rumah aku n ternampak kayu terbuang yang orang tak nak guna dah. Aku pun kutip n simpan dalam black hippo aku sebab aku dapat idea nak buat sarung n hulu keris tu. So aku pun plan la beli pisau pemotong, gergaji kayu yg memang dah ada dalam simpanan aku, and aku beli carving set yang harga RM 11.97 sen untuk buat projek.Aku potong kayu tu n aku tarah sampai la jadi hulu keris. Walaupun pada aku tak berapa seninya tapi cukuplah sekadar menghias keris ni bagi nampak cantik. Maka jadilah hulu yang mcm dibawah ni yang tak berapa org lalu nak tgk lagi..


Dah siap hulu aku pun gabungkan dengan keris picit tu.. wah ngam.. cantek.... Bab melicinkan nya aku pikirkan kemudian. So aku pun beli la varnish n sapu kat kayu tu. Aku tgk hasilnya tak berapa nak cantik la. So aku pun sand balik and sapu lagi sekali tapi masih tak lawa. Maka lepas kering kali kedua tu aku terfikir nak wat nampak mewah kayu terbuang ni wat kaler gelap la. Tapi nak sapu cat itam tak nampak natural lak. So aku bakor jer cat vernish kat kayu tu then baru aku sand balik and sapu vernish lagi sekali. Wahhh puas hati aku sebab nampak kayu dia mcm kayu mahal2. 

So bila dah puas hati aku aku sambung projek wat sarungnya pulak. Yang ni ambik proses lama sikit sebab kena tebok betul2 kayunya and prosesnya lebih rumit dari wat hulunya. Mula2 aku buat gandarnya yg panjang tu dulu. Aku ketam bahagian dalamnya dulu ikut bentuk keris tu then baru aku potong bahagian warangkanya pulak. Then dah cun2 aku gam la bahagian gandarnya pulak. Korang tak faham ek apa aku cakap? Korang tgk gambarajah kat bawah ni korang paham la..

So bila semua bahagian tu dah aku potong aku kena sesuaikan semua part tu. Kira2 lepas potong n gam part2 tu aku susunkan jadi mcm kat bawah ni la..

 
Then aku gamkan bahagian gandar ngan warangkanya menjadi satu. Lepas tu aku haluskan lagi kesan ketaman tu dengan kertas pasir and aku sapukan varnish lagi sebab mau kasi kilat.

Mcm hulunya jugak aku tak berapa berkenan tgk kesan kayu yang macam kayu batu nesan. Maka aku buat teknik yang sama iaitu "kita bakor jer". Maka jadilah mereka kepada apa yang seperti anda lihat dibawah ini.



Tapi aku tak puas hati gak sebab nampak mcm kosong jer. Mesti ada seni halus sikit2 baru lah nampak gahnya pusaka bangsa kita. So byk ari aku termenung dan menerawang mencari ilham untuk awan larat keris ni. Sampai la satu ptg jumaat hadirlah ilham dalam diri aku nak buat awan laratnya. Sebelum dtg dah idea lagi canggih. Tapi sebab percubaan pertama aku beremosi dengan kayu n keris ni maka aku takut2 sikit nak mencuba. tapi bila fikirkan kalau takut2 sampai bila nak siap projek aku kan. Grinder pun aku dah beli so rugi la kalau aku tak venture to create the awan larat lak. So dengan tangan yang tak berapa nak seni ni aku pun lahirkanlah satu coretan kat atas keris ni mcm yg korang nampak kat bawah ni.

Lastly bila dah puas hati, aku gi kedai hardware beli cat gold kaler n spray clear. Aku sandkan satu lapis. Aku sapu varnish n aku tepekkan cat gold kat lorekkan yang aku buat. So later that evening aku spray clear n jeng jeng jeng aku tunjuk la kat bini kesayangan aku hasil kerja aku yang pertama ni. So mcm biasa la Toh Puan Baby dok puji bagai nak rak hasil kerjatangan suami dia. Nak mampus kau kalau kutuk hasil hempas pulas laki dia berminggu-minggu. Tak puji kang melepas lak takleh nak menjentat.. Then aku poskan kat FB bagi kengkawan aku tgk lah hasil kerjatangan aku yang tak seberapa nih. Alhamdulillah mcm ni pun ada org puji dan hargai. Sebab org yang tahu menilai dan tau betapa susahnya nak buat sarung keris ni.. Mana aku belajar? Tak pernah belajar jadi tukang kayu pun.. cuma lihat keris2 koleksi aku, solat hajat mintak diturunkan ilham dan kun fayakunlah keris sebagaimana yang anda lihat...Alhamdulillah percubaan untuk jadi tukang buat sarung keris berjaya.. 

So sesapa yang rasa ada keris2 n senjata lama2 yang tak berhulu dan bersarung tu antar la kat aku, insyaallah aku buatkan baju. lagi berhantu n boleh bergegar sendiri lagi aku suka kekeke. kalau boleh terbang pun ok gak, leh aku gunakan untuk santet sesapa yang kuang ajaq dgn aku..

No comments: