Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts
Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

JALAN - JALAN CARI PASAL DI ALAM GHAIB - Mistika 35



Alhamdulillah.. Ada lagi peluang pakcik nak menaip and menambah koleksi pengembaraan khayalan alam kayangan peribadi pakcik ni. So sesape terjumpa entry ni kalau korang nak tau,( x nak tau pun pakcik nak bgtau gak sebab pakcik yg tulis), ni entry yang ke 513 kalau x silap pakcik.. So ada 500 lebih cerita2 merapu pakcik dah karang. Agak2 kalau pakcik buat buku dan lagi tebal dari novel Ombak Rindu kut …

Eh lupa korang dah sampai n start baca.. Assalamualaikum wbt.. Lupa lak pakcik nak bagi salam. Pakcik nak tanya kabar pun, korang jawab bukan pakcik dengar pong.. So semoga korang dilindungi Allah selalu hendaknya. Almaklumlah kita manusia ni selalu terlupa Dia tu ada tapi Dia walau sesaat tak pernah terlupa akan kita.. Pakcik arini rasa penat sikit la tapi Alhamdulillah sihat dan masih bernyawa lagi..

So di entry menyentap pakcik kali ni pakcik nak bercerita pasal cerita dongengan penglipulara pakcik bagi mengisi masa lapang ala2 sains fiksyen tahap 1,2,3,4,5,6,7,8 lapan lagi…. Pengembaraan khayalan pakcik kali ni membawa khalayak pembaca ke sebuah negeri yg tgh sibuk dgn aktiviti berkempen untuk pilihanraya. Kekekeke korang cari la negeri mana yg sibuk org berkempen disana sini sinun.. Tu la dia tempatnya..

Tetiba balik keje petang semalam pakcik dpt call dari adik beradik seperguruan call pakcik n mintak tolong tengokkan pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu dia yang kena sihir akibat hasad dengaki manusia yang ditanam depan kedai katanya. Dah ramai katanya org sana nak cuba ubatkan, tapi katanya sebab yang sakit ni darah keturunan Raden-raden atau kalau dalam bahasa kita sini darah kerabat diraja lah, maka org2 yang nak tolong ngubat tu tak boleh nak buat lak…

Agaknya sebab tu la klu tgk citer2 lama ada pawang diraja or bomoh diraja masa zaman kesultanan dulu2, org2 biasa xleh nak ngubat. Tu la untungnya doktor, dtg la sapa2 pun hatta maharaja besar sekalipun boleh jer dia ubat.. Xde makna nya gelaran2 didunia tu kalau semua tu hanya menyusahkan diri sendiri. Tiada manusia yang berdaulat melainkan jin yang mendampinginya berilmu tinggi dan kuat. Bukannya manusia itu hebat kalau ada keupayaan luar biasa tapi makhluk2 yg x pernah berhenti menghasut manusia dgn mcm2 sihirnya. Klu dah nak mati lagi seksa n hilang gak nyawa walau apa pun gelaran n daulatnya kan.. Bukan lah pakcik nak mencabar institusi beraja tapi raja yg disanjung ialah raja yg tinggi dengan ilmunya baik ilmu dunia (pengetahuan) mau pun ilmu akhirat (ugamanya) bukannya ilmu hitamnya.. tu maksud pakcik..

Tok Tok Tok.. Korang tengok.. pakcik nak mengarang pun ada org ketuk pintu.. mcm mana pakcik nak konsentret.. Owhhh rupanya ada teman lama pakcik dtg bertandang ke bilik bujang pakcik sebab dia ada urusan mesyuarat kat sini. Alang2 sudah sampai kami bertanya kabar masing2 yang dah lama terasing tempat kerja.Stelah menyampaikan pesan org untuk sampaikan fail kepada beliau pakcik sambung lah minum kopi dengan cucur taugeh kucai yg pakcik beli sbelum balik kerja.. Eh tadi pakcik x citer psl goreng pisang ngan kopi ek.. x pe lah.. ada pakcik kisah pakcik citer ke tak.. kan..

Lepas mandi, solat maghrib, berwangi2 n seksi2, pakcik pun kluar lah gi kedai kawan2 untuk mengisi perut sambil bersembang2 taik dengan sahabat2 pakcik. Maklumlah berseorangan kat sini mkn kedai je la hari2.. Lama dah tak merasa masakan datin paduka sejak pakcik dok sini nih.. pakcik balik esok2 datin mesti masak special2 untuk pakcik tu.. kann.n memang nasib baik xde kete eksiden kat area kitaorg mkn tu mcm aritu.. Kalau x dtg balik la penyakit phobia pakcik nak drive kat bumi org ni.. Lepas mkn pakcik balik ke bilik semula n ada mesej masuk yang mana saudara sehidup semati pakcik ni beri nama pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu dia yang kena sihir itu.. So pakcik tanya dia dok mana? Sedara pakcik tu ckp dia dok kat area ttuuuuuuttt.. Oooo pakcik kata kawasan dia sawah x berapa ada kan…

And Yes… You Are Wonderful Tonite…. Woit tu lagu… Pakcik nak kata……yes betul lokasi rumah si pesakit tu. Tapi pakcik bukan perawat or pengamal perubtan so jangan lak korang berduyun2 datang mintak berubat ngan pakcik.. pakcik x pandai mengubat sangat.. Pakcik ni hanya sekadar seorang panglima perang yang hina lagi dina jer.. .. so pakcik kata biarlah dulu sebab tunggu org2 kampung tido dulu lepas makan pulut durian petang tadi kan.. Uikkkk tak aci nih.. tetiba perut pakcik rasa lapar nak mkn pulut lak… Dan jeng jeng jeng.. tetiba bayangan orang asli menerpa dalam display kasyaf pakcik ni.. Uikk biar betul..ada ke orang asli kat area tu?? Pakcik pun demi untuk memuaskan hati dan mengconfirmkan pandangan yg pakcik dapat tu pakcik seru mambang google dan yesss again its there.. There is a lot of the tribe settlement all over the area.. Hmmm ckp orang putih ni kang ada lak org kata pakcik ni pengamal voodoo la sebab ckp omputih.. Mcm la pengamal perubatan islam x leh nak ckp omputih.. abis tu klu ckp siam pakcik kena jadi sami la… adooyaiiii. So mlm ni berlawan dgn ilmu org asli la pulak ni..

Balik bilik je pakcik tanya anak murid pakcik yg sulung nak merasa tak tengok arena perang ala2 komik pedang setiawan ni?Dia punya la xcited nak tgk n tanya mcm mana.. Sebab dia belum abis fasa kedua pembelajaran maka pakcik suh dia berwuduk n ajar dia kuncikan diri guna lam jalalah. Puas nak xplain kat dia satu persatu apa nak buat.. tapi xper janji ada minat mau belajar insyaallah pakcik ajarkan. Tapi kalau benak sangat rasa pakcik nak jurus jer salur limfa dia bagi senak perut sikit kut2 senang nak faham lepas tu. Bila dia dah rasa n dpt kunci tu maka pakcik jazamkan lah kunci tu utk dia guna di kemudian hari lepas pakcik terbang gi kat tempat dia untuk check betul ke tidak dia kunci.. sama ada tahap solex atau tahap kunci yell jer.. Tetiba dia mesej ckp okay boleh gerak skarang tuan guru.. ewahhh ikut suka engkau jer pakcik kata.. kau bukak dulu kunci tu. Lepas kul 12 nanti baru kita operasi pakcik kata. Maka dengan rasa akur dia pun jwb okkkk.. hahaha mcm x puas hati jerk at pakcik.. rumpanya memang betul sbb dia ternampak kelibat seseorang berjubah putih berselempang ijau.. Sibuk dia dok tanya sapa… Pakcik cakap aiii aku pun ko tak kenal?? Aku dtg check ko punya kunci.. Kalau stakat ko kunci tahap beli kat pasar malam satu linggit satu baling tu ko ingat aku nak jazamkan kat ko? Maka dia pun buka lah kunci dia balik n mintak izin nak call bini.. Pakcik bukan bapak dia, nak cal bini dia call la.. bukan pakcik nak kata jangan lak.. Kesian mak buyung tu kalau laki dia ni x call.. dak la dok berjauhan sokmo..

Bila nak berperang kali ni pakcik Cuma bawak sejadah cindai jer bersama pakcik beserta dengan tasbih. Pedang kalimah awal2 pakcik dah pesan kat anak murid pakcik suh ambik bila nak bergerak nanti. Pakcik mcm biasa guna pedang hamzah the excalibur pakcik dengan mandian ayat al-kautsar yang berapi-api tu jer. Bila bersila atas sejadah tu jer terus pakcik kumpulkan bala tentera yang ada bersama dengan kuda putih terbang (unicorn) yang pakcik x pernah test drive lagi masa berperang.. Sejak dia datang aritu pakcik lum bawak dia berperang lagi. Pakcik susun la serigala dan Datuk Raden di kanan, panglima hitam dikiri, panglima andi dan org2 nya di sekeliling bersama puteri2 datuk, unicorn n pengiring ghaib pakcik dibelakang. Maka dimulakan mengunci diri sebab pakcik rasa bukan calang2 gak tok batin ni.. pakcik pun mesej lak kat si Jet ni (anak murid – bukan nama sebenar) suh dia ready atas sejadah n wat kunci lam.. Bila dia reply ok ready jer pakcik dan rumpun2 serigala putih ni pun meluncurlah menuju ke satu alam yang tak pernah nampak oleh pandangan mata..

Mula2 sekali pakcik dibawak menuju kerumah pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu sahabat pakcik yang kena sihir tu. Kesian tgk dia. Badan berisi la jugak sebab baru kena sakit tapi tubuhnya ya allah, bercalar2 dan berdarah sana sini. Kesian pakcik tgk hamba Allah ini. Selepas bg salam pakcik kenalkan diri dan pakcik mintak dia bersabar sebab pakcik nak uruskan akar umbi punca segala sihir itu.

Dari rumah tu pakcik dan geng bas sekolah pakcik pergi lak ke kedai tempat mangsa tu berniaga. Dalam masa yang sama pakcik tinggalkan beberapa org askar panglima andi untuk baca yassin 7 mubin kat rumah mangsa tu. Sedap bacaan diaorg n tajwid pun betul.. Bila sampai kat kedai jer pakcik arahkan pengiring pakcik gi ambik tanah haram untuk pagar balik kedai tu nanti selepas di clearkan. Pakcik pun lakukan scanning dan tummmmm pakcik jumpa lokasinya dengan tanpa menggunakan GPS mcm korang guna masa drive kete tu.. Bukanlah di letak di depan kedai tapi di tepi sikit.  Pakcik pun menyalahgunakan pedang hamzah tu untuk korek lubang bagi mengeluarkan barang yg tertanam itu. Mana lah pakcik ada simpan cangkul kat alam sana nun. Pedang ngan serampang adalah..  Terbongkah jer tanah terus pakcik nampak kain warna merah n hitam berbungkus. Datuk Raden terus tahan pakcik ckp jangan pegang sebab ada unsur2 najis mughallazah pada benda yang tertanam tu. Pakcik pun angkat guna hujung pedang lah n uraikan tali mengikat kain tu..

Dan masyaallah busuknya bau. Pakcik pun amati satu persatu barang yg ada. Pakcik nampak tulang tengkorak kongkak yang melengkung bersama minyak najis hitam tu dan patung tanah yang menjadi tempat jin malas duduk dlm tu dan ada lagilah benda lain dlm kain tu. Pakcik nak tunjuk kat korang pun x boleh sebab pakcik nak bwk DSLR gi kea lam sana x lepas.. kastam alam ghaib x kasi bwk.. barangan terlarang..dengan satu semburan berapi pedang hamzah pakcik neutralkan sampai jadi abu brg2 tu. N pakcik pun nampak lah jin malas yang dok membesarkan badan wat2 bodo dok depan pakcik. Kerjanya nak mkn jer.. isk isk isk.. sebab pakcik nampak BMI jin ni lebih sgt so pakcik suh pengiring pakcik tangkap n escort si jin malas ni ke penjara bawah laut. Biar nanti bila kurang makan n keje keras hilang sifat  malasnya n boleh turun berat bdnnya kepada berat badan ideal. Untuk2 dah hensem nanti leh masuk islam lak..

Dengan buat muka seposen n simpati pakcik pandang ke muka tok raden sebab nak mintak tolong dia semburkan air yassin kat tempat tanaman kain tadi supaya hilang bekas2 sihir dan segala tandanya dari bumi Allah yang Maha Suci ini. Jijik sungguh pakcik lihat barang2 sihir ni.. mak dia pun terus mengarahkan semburan air yassin untuk mensucikan tempat yg di sihir itu. Dengan tak buang masa lagi pakcik pun terus ambik bekas penyimpan tanah haram itu dan mintak pengiring pakcik ratakan hingga jauh sikit dr kedai biar jin2 dan syaitan2 nak dtg dekat pun x boleh. Mesti korang nak suh pakcik tabor satu Malaysia supaya xde jin kat Malaysia kan.. xyah la.. lupakan la niat korang tu sebab ingar senang ke nak ambik sebab yg sekangkang kera itu pun dua tiga kali pengiring pakcik gi ambik n bukannya mudah sebab ada tatacara yg betul digunakan utk mengambilnya dan Alhamdulillah rumpun pakcik dah dpt izin utk ambik dan digunakan. Mcm mana pakcik dapat usah tanyalah panjang ceritanya tapi pakcik pernah ambik dulu waktu bertarung dengan ratu laut dulu. Korang kalau saja2 nak ambik kim salam la. Nak melangkah keluar pun x boleh. X caya gi la buat umrah n try bawak balik batu or pasir dari tanah haram Mekah kalau korang berani.. Nak merasa dapat sakit dan malu buatlah..

Ayoyo dalam x sedar pakcik tanya mana kuda terbang n si Jet.. masa kat rumah mangsa tadi pakcik x perasan dia xde. Pakcik antar mesej tanya ko kat mana? Si jet pun balas ada batu besar hadang saya.. tak lepas nak jalan.. Haduhh si Jetnya ni kena la pakcik membuat tindakan mencari dan menyelamat lak. Baru jer hamba Allah tu nak merasa masuk dah kena road block lak.. Sesampai pakcik kat tempat Jet pakcik nampak sebijik batu besar terapung-apung mengepun jalan Jet. Dah mcm Encik Boss n robotnya yang ngacau Boboiboy lak lakunya. Pakcik pun terfikir masa ni la pakcik nak test pancaran mata oren si kuda terbang ni. Dulu dia kata matanya boleh menampakkan semuanya hinggalah kepada yang ghaib dalam ghaib sekalipun. Pakcik tau yg batu ni bknlah hakikatnya batu.. tp jin betina yg merupa-rupa seperti batu yg terapung. Batu didunia ni yg terapung ada seketulnya iaitu batu yang ingin mengikut Nabi Muhammad tercinta semasa israk mikraj. Demi terkena pancaran jernih cinta kristal dari mata kuda terbang pakcik maka terlihat pakcik jin rambut panjang yg perasan cantik. Maka pakcik semarakkan api kat pedang hamzah, pakcik ambik lajak baik punya, satu kali lompat tikam tinggi punya dan zasssss pakcik belah batu jin tu dan berserakanlah segala anggota tubuh dia laksana diletupkan dgn C4. Lega rasa dah lama x wat perangai budak2 melompat atas katil. Nasib baik xde sapa yg dok skodeng kut2 terangkat jubah pakcik masa menjunam tu.

Selepas berdoa agar tempat itu dan pemiliknya dijauhkan dari gangguan sihir maka pakcik pun cuba mengesan asal usul barang2 jijik yang pakcik musnahkan tadi.. Terdengar lah pulak bunyi gelak tawa jahat dan sinis terhadap pakcik yang x tau dari mana datangnya. Pakcik dgr mcm dari kesemua arah. Pakcik pun gelak sama jer lah nak wat apa lagi kan. Takkan lah pakcik nak nangis lak. So bila bab nak kesan ni pakcik senang jer. Try guna mata dan rasa dulu. Bila tak berjaya kita minum duluuuu eh silap!!!  kita guna la teknik kasar sikit. Maka pakcik mintak tolong panglima hitam paku la kat kain merah hitam tu.. Dari mana asal org yg buatnya jadi ‘hitam’ tu kat situ lah akan pakcik terjah. Tak sampai tiga kali ketuk paku pakcik dah dgr bunyi org tua merintih lak.. Aikk tadi gelak sakan kau ini merintih lak.. Apasal? Kuku kena cabut ngan ragum ker hahahaha time pakcik lak nak gelak.. Tu lah idup ni mcm roda kan.. bila kita kat atas jgn sesekali lupa satu masa nanti kita akan berada dibawah pulak.. takkan selamanya kita kat atas sebab roda itu bulat. Terus zappp pakcik kesan dari satu sudut kampong sebelah dengan kampung yang pakcik ada tu.. luar sikit dari ladang kelapa sawit jer.. Pakcik pun usha la.. perghhh besar gak umah tok batin ni.. Tapia pa pakcik kisah.. besar ke kecik ke.. yg salah akan tetap salah.. sapa suruh aniaya orang kan..

Maka perkara pertama yang pakcik buat bila berdiri di hadapan rumah tok batin tu ialah.. pakcik tgk la.. kalau tak mcm mana pakcik nak nampak rumah dia kan.. Pakcik terus digerakkan untuk tambah power pedang hamzah tu sampai juta2 kilovolt untuk bertindak sebagai senjata pemusnah. Maka dengan itu pakcik bacakan dua surah iaitu alam nasyrah dan surah al-fil.. maka makin berapi dan berelektrik lah pedang hamzah pakcik tu.. Dengan gerak hati pakcik hantarkan pesan buat sahabat sealiran untuk pinjam ababil dia sebagai persediaan menghadapi belaan2 yang banyak jugalah sit ok batin ni. Setelah itu pakcik luncurkan lah pedang hamzah meluru kearah dalam rumah tok batin tu bagi mencari mangsanya. Kami semua cuma menunggu diluar dahulu sebab tok batin ni takkan simpan belaan2 dia dalam rumah sebab tak nak menganggu anak bini dia lak. Dengar kecoh akan perihal tok batik dok menepis serangan pedang hamzah tu maka keluarlah jin besar askar barisan pertama tok batin tu dari belakang rumah. Si serigala putih pakcik arahkan menghapuskan jin tak pakai seluar tu yg badannya lagi besar pada rumah tok batin tu.

Kali ni bila serigala ni membesar pakcik tgk dia tak telan terus si jin ni. Mungkin sebab dah lama berehat dia nak beriadah gak kut. Maka dia menghempas pulaskan si jin ni dgn kepalanya dalam mulut serigala. Pakcik tgk mcm kucing tgh main2 kan tikus yg dah lembik pulak. Lantaklah Mud asalkan kau bahagia hahaha. Bila dah lembik baru ditelannya dan dalam masa yang sama pakcik tgk banyak lagi yg kluar nak membantu sahabat yg kena ganyang dgn Mud tadi.. Sampai ada yang pakcik tgk mcm raksasa dlm ultraman pun ada, mcm pokemon ada.. macam pokemak pun ada rupa hodoh2nya. Masa ni lah pakcik mintak ababil bwk batu2 membara neraka jahanam utk dihujankan atas makhluk2 hodoh tu.  Berlubang-lubang badan diaorg sambil mengerang kesakitan yg amat sgt..  Mana yg sedikit kebelakang cuba lari namun usaha diaorg sia-sia jer sebab lagi byk burung ababil yg dtg membantu pakcik.. Burung2 itu mengejar dan menyerang dengan tanpa belas kasihan umpama pasukan bolasepak liga premier lawan bola dengan budak sekolah tahun 6. Alhamdulillah datang banyak mana pun boleh kitaorg redah malam tu.

Lepas tu baru pakcik tau rupanya bini tok batin ni pun bersekongkol sekali rupanya. Apa lagi, darah pakcik yang belum kena tekanan darah tinggi ni pun mendidih la.. Bukan diaorg yg dtg sendiri rupanya bininya yg pakcik tak kacau yg tolong panggil hamjadah2 tu dtg.. Pakcik pun sebab pempuan, tua pulak tu malas nak wat lebih2.. kang org kata pakcik buli lak.. maka pakcik just kumpul aura oren dan lempar sekali je lah kat mak batin tu.. Tu pun dah cukup rasanya sebab lepas tu usahkan mentera, nama cikgu kelas masa dia form 5 pun dia dah tak ingat dah apatah lagi nama budak lelaki yang letak chewing gum atas kerusi dia sampai melekat kat baju sekolah dia masa dia ponteng sekolah panjat pokok petai dengan tok batin dulu..
Cari punya cari lepas tu anak murid pakcik x sampai gak lagi.. Aper ker hei nya ni x sampai pulak.. Pakcik mesej dia tanya kat mana dia ckp kat kedai lak.. haduh.. lemah pakcik org dok terhegeh-hegeh ni. Bukan kita nak jalan2 cari pasal kat alam ni.. ada tugas yg belum selesai kena dilaksanakan. Maka pakcik panggil dia dtg dgn kuda terbang pakcik. Dah bagi kuda terbang pun lewat lagi. Nasib baik la pakcik xde jet pejuang kat alam sana.. kalau x dah lepas ke mana la ko Jet..

Settle keje kat umah tok batin maka pakcik menscan lagi saki baki komunis alam ghaib tu. Maka pakcik dibawak ke sebuah busut or bukit yang didalamnya tersimpan sebuah pasu besar yg ada mcm2 benda termasuk minyak2 yg korang x dpt bayangkan. Bila pakcik tarik keluar jer start la nak melayang keluar asap2 hitam yg nak membentuk menyerupai lembaga2 yg korang selalu mimpi2 tu. Maka dgn mudahnya si serigala menyedut semua asap tu umpama vacuum cleaner. X yah susah2 keje, dgn jari pun boleh.. Selepas beberapa sedutan maka masa dah time untuk pakcik membakar barang2 tak bertuan itu. Byk kali juga la makrifat aura2 cahaya pelangi tu terpaksa pakcik hamburkan utk bakar totally benda2 perosak tu.. Bila dah settle pakcik terpaksa pecahkan tempayan tu lak sebab dah terlalu lama dia menampung benda2 yg tak sepatutnya. Kan elok kalau mak batin tu wat tanam pokok limau mandarin ker… leh gak mkn2 masa raya cina.. Lepas dibakar benda2 hangus tu pakcik tanan nun jauh didasar perut bumibagi mengelakkan kitar semula dek bangsat2 yg busuk hati iri hati pada org lain. Sorry lah pakcik guna bahasa mcm tu, bukan pakcik marah pun.. Cuma ter emo je sikit..

Setelah settle kerja2 pengeboman bukit umpama serangan ke Sulu di Lahad Datu tu pakcik pun move on ke rumah org yg pakcik panggil jantan x de telur sebab sanggup cari tok batin sebab nak kenakan org sebab x leh nak lawan bisnes org tu. Mcm hanjin punya perangai. Setelah rombongan pakcik menyelinap masuk rumah dia, kitaorg terus attack bilik tido dia.. maklumlah dah tgh mlm.. kalau nak cari org nya carilah kat bilik tido. Kalau cari kat dapur jumpalah dgn nasi sejuk dan ikan masin yg tak abis makan jer. Dengan tanpa bersalam pakcik langkah masuk sambil terus twist kaki n kunci mamat tu atas katil sampai x bergerak. Walau pun bini dia ada dok sebelah pakcik tak ambil peduli bak kata pepatah cina “Alak wa kisah ka” kan. Mamat yang ni pakcik tengok macam lagu Najwa Latiff lak ‘kosong.. kosong.. kosong..’ so pakcik saja nak melatih anak murid pakcik untuk menikmati feel sembelih org.. Selalu dia tgk kat TV al-jazeera je mat salleh kena sembelih lepas kena culik.. So skrg biar dia rasa sendiri. I am not khan but I m not a terrorist also.. pakcik sembelih dia bukanlah sebab saja suka2 tapi sebagai pengajaran hidup buatnya agar tak menganiaya org lain lagi. Mcm mana dia disembelih tu takyah la pakcik nak cerita kut. Kang ada org 21 hari tak lalau nak mkn nasi apatah lagi sentuh gulai asam pedas lak nanti..

Tengok jam dah dekat 40 minit dah. Lama sungguh la pulak selaman pakcik kali ni. Mana taknya.. head hunting lagi, cari org hilang lagi..Dari situ rombongan rumpun pakcik menuju ke rumah s sakit tadi yg terbaring lemah lesu atas pembaringannnya. Setelah menarik semua gangguan dan efeek nya melalui tapak kaki, jari dan kulit maka pengubatan pun dilakukan ke atas pesakit ni. Walau masih ada luka2 kesan cakar kat tubuhnya tapi insyaallah akan mengambil masa sedikit utk dia sembuh sebab penyerangnya pun bukan calang2 org. Setelah selesai mengubat barulah rumpun kitaorg berangkat balik..


Eyy Ehhh relax.. x abis lagi ceritanya.. On the way nak balik tu pakcik ternampak beruang kutub dalam bayangan pakcik. Baru pakcik teringat yg si Jet dah abis peringkat pertama dan beruang kutub ni pakcik x serahkan lagi pada dia. Maka beruang perang ini pakcik panggil dan duduk di sebelah singgahsana pakcik di alam sana. Pakcik bacakan alfatihah dan hadiahkan untuknya serta pakcik usap kepalanya. Beruang setinggi atap itu pun dengan muka kesian duk sebelah pakcik dgn merendahkan kepalanya tanda hormat. Setelah menyampaikan beberapa amanat yg dia mcm faham jer tu maka tuan barunya yg pakcik dah panggil dtg td pun sampai merapat sembah. Beruang yg ni selama dengan pakcik x pnah lak pakcik dgr suaranya. So sama ada dia jenis pemalu ker, jenis bisu ker, pakcik x tau la.  Tapi dgr dia menggeruh mcm bunyi guruh.. macho abis suara.. ikut la.. rezeki ko jet.. Maka pakcik pun buatla upacara serah menyerah beruang kat anak murid pakcik tu..

Tetiba satu soalan kurang cerdik kuar lak dari mulut dia.. nak buat apa ngan beruang ni guru? Aduh pakcik antara nak marah dgn nak gelak sama byk masa tu. Tak sampai ati pakcik nak ckp beruang ni ko buat teman tido..Pakcik pun ckp lah bahawa yg ni bukan beruang zoo.. Ni namanya beruang perang.. So kejenya mcm apa yg kita buat tadi.. Apa kelebihan dia ko carik la sendiri.. Ko dgn bini ko pandai lak korang buat aktiviti sendiri.. so xkan la dgn beruang ni aku nak ngajar lak.. So selepas abis upacara tu ada lagi soalan rupanya.. Apa saya nak buat dgn cemeti api n panah ni tuan guru.. Nak pakcik suh buat kayu api kang dia bakar betul2 alamatnay berperang dgn jari lak nanti. So pakcik ckp ko simpan dan ko gunakanlah bila berperang nanti. Takkan tiap kali ko nak pinjam pedang kalimah aku.. baik guru aku bg kat kau jer.. so dari hari itu berdamping lah dia dgn beruang teddy bear itu bersama cemeti api dan panahnya. Tak ke indah belajar ilmu ni.. dapat berperang, dpt berjalan free, dapat hadiah lagi.. dapat pets lagi percuma.. Syukurlah rezeki yg x ternilai hasil uasaha dan kesabaran utk belajar selama ni..



Setelah kami sama2 kembali ke atas tikar sejadah maka pakcik ingatkan lagi pada anak murid tu utk buka semula kunci lam jalalah itu dan tinggalkan atas sejadah supaya senang bila nak digunakan semula nanti. Dan tanpa segan silu dan usul periksa, setalah terbuka kunci maka si hero malaya tu pun terus meluru ke tandas sebab tak tahan nak terkucil air kecil..


Friday, April 20, 2012

Panahan Arjuna.. Mistika 23

Ini ada cerita dongeng alam jin yang aku saja nak bercerita untuk mengisi mAsa lapang korang..Kekeke walau pun blog ni boleh la dikatakan glamour gak tapi saja jer nak menghangatkan suasana. Anggap je la ini tayangan gambar temberang tahap gaban abad ini sebab aku tak suh pun korang pecaya. Daripada baca cerita Fasha Sandarkan Pada Kenangan nak kawin dengan Jejai baik baca cerita macam ni kan.. Lebih baik baca dari tgk cerita Sin Chan yang tak matured tu..

Ring..ring..Ring..telefon berbunyi..Sapa la pulak yang menelefon nih..Aku segera angkat kebetulan aku free waktu itu. Biasanya aku tidak akan melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali sebab aku risau dengan cerita ramai yang sedang menjadi spy menyiasat aku yang dikatakan ura ura kedengaran sebagai bomoh yang menyihir orang..kemudian orang yang disihir dipergunakan untuk kepentingan diri aku.. aku geli geleman dengar cerita dari mulut orang yang macam macam longkang nih. Ingat aku cari rezeki jadi bomoh ker?? Khaqqq Tuihhhhh.. Tak kuasa aku… Kerja aku mulia tau dengan cara yg halal.. .tapi xpelah sebab tak buat apa2 aku jwb gak lah ..mungkin ada rezeki kot menang peraduan apa2 ker..

Persoalannya..kenapa suka sangat masyarakat memandang serong terhadap orang orang yang seperti aku ni..apasal bila niat baik kita nak tolong org ni, selalu org anggap negatif? Aku hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa..Lama sudah aku diamkan so aku harap diaorg pun akan diam..rupanya macam macam berlaku. Itu la sebab bila terdengar deringan telefon dari nombor yang tidak dikenali aku tidak akan angkat..malAs dah nak melayan orang dengan cerita yang bukan bukan. 

MENANGIS TERESAK ESAK DI TELEFON

Ustaz..tolonglah saya ustaz..saya sudah tak tau nak buat apa sekarang ini..isteri saya dilarikan orang..saya kenal org yang bawak isteri saya lari tu..dia naik kereta. (Ni pun aku kurang berkenan gak. Aku bukan ustaz sebab tak belajar sampai Al-Azhar pun. Belajar kat Kolej Insaniah pun tak..Aku org biasa jer) Dulu isteri saya tak macam ni..ini tiba tiba saja ustaz..Tolonglah saya ustaz. Bergema suara tangisan teresak esak didalam telefon dari seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia telah dikenalkan pada aku oleh En Doraemon (bukan nama sebenar). 

Ini pun satu hal yang memeningkan kepala aku. Merayu rayu meminta tolong..kalau aku jawab begini; dah dah dah...pergi carik bomoh lain..aku dah penat dengan ini semua..apa agaknya yang akan dirasakan di dalam hati masing masing bila terdengar jawaban dari orang yang amat mengharapkan pertolongan seperti itu. Maka inilah keadaan aku setiap hari sehingga kadang kadang aku tak ada masa untuk berehat bersama keluarga. kepentingan org lain aku dulukan tanpa mengira penatnya.

Aku segera menasihatkannya supaya bersabar dan aku minta saudara yang menghubungi aku itu agar dapat datang menemui aku di teratak aku. Senang aku mendapatkan butiran butiran yang lebih tepat lagi untuk disiasat asal punca kejadian yang telah merenggut kasih syg dari seorang isteri yang amat dicintainya. Aku minta saudara tersebut datang membawa gambarnya supaya dapat aku kenali rupa wajahnya dan juga nama isterinya itu serta nama ibunya. Keesokkan harinya saudara tersebut hadir bersama rakan rakannya sekeluarga bersama sekeping gambar yang aku minta.

KENAPA HARUS BERBINTIKAN IBU BUKAN BAPA..?

Ramai dari kalangan kita yang sedia faham akan hal ini..kenapa kalau berubat hal hal mistik mesti orang tu minta namanya dan nama ibunya. Kenapa ..apa sebenarnya yang berlaku atau ada apakah rahsianya meminta nama si pesakit dan nama ibunya..Insyallah akan aku bukakan sebahagian rahsianya untuk pengetahuan umum sebagai jalan memahami perkara adat tersebut supaya ia tidak pula disesatkan atau dikhurafatkan pula kali ini setelah bermacam macam perkara kerohanian yang baik baik itu disalah ertikan dan di sesatkan sesetengahnya oleh sebahagian orang yang lain.
Tak salah mem binti kan dgn nama ibu sebab bila membaca talkin juga Rasulallah menganjurkan dibaca nama simati dengan berbinti kan dengan siibu. So korang rasa Rasulallah tu khurafat gak ker? Lu pikir la sendiri..

Selang dua hari kemudian datang seseorang muda tak muda tua pun tak tua sangat, umurnya ekitar 40an 50an agaknya memperkenalkan diri dengan nama Bobby ( bukan nama sebenarnya ) bersama teman2 nya lain.

MINYAK PENGASIH
Bobby memulakan ceritanya dari awal sehingga akhir mengenai kebaikan isterinya soal penjagaan makanan dan minuman serta tanggungjawab yang telah dilakukan oleh isterinya itu amat dihargai. Tetapi dia kesal dan amat terkejut semenjak akhir akhir ini apabila isterinya yang dipanggil 'sayang' itu telah mula bersikap keras dan garang terhadapnya. Kalau keras yang lain tu ok gak ni keras lain mcm..

Bab keras ni aku teringat cerita bini aku.. Dia kata ada seorg lelaki ni selalu mengeluh.. lalu kawan baiknya tanya lah naper mengeluh.. Lalu dengan selambernya dia jawab.. Susah la idup macam ni.. Minum minuman keras bini marah, masak nasi keras bini marah, kerja keras sampai tak ingat anak bini pun bini marah, Tuttt keras jer bini suka sebab yg tu kalau lembik bini marah.. sat sat, aku lost ntah kemana dah ni..

Isterinya itu bekerja di salah sebuah restoran berhampiran rumahnya dan apabila malam isterinya akan menyambung kerja jadi pembantu pasar tani pula. Berbekalkan paras rupa nya yang hampir mirip seperti mami itu agaknya jualan di gerai pasar tani rakannya laris. Pelanggan pula suka mengambil kesempatan bermanja manja dan akhirnya jatuh hati. Agaknya tak cukup dengan itu di minyakkan pula wanita yang digilainya lalu dibawa pergi. Begitulah nasib kaum ibu hari ini dan aku rasa memang dari dulu kaum bapa yang agaknya tak cukup makan itu mencari mangsanya di luar rumah.

Dengar khabarnya isteri si Bobby telah mula berjinak jinak gagak dengan salah seorang pelanggan restoran di tempat kerja semenjak 8 bulan yang lalu. tanggungjawabnya mula terabai, anak anak kecik di rumah yang mengharapkan belaian kasih seorang ibu kini tinggal berpampers masham. Ibunya lari dgn jantan haprak barunya walaupun sedar dirinya masih bersuami. Sudah dua minggu bang isteri saya tak pulang ke rumah. Tolonglah saya bang , tolonglah..rayunya dengan nada kasihan sekali (bila masa aku kawin dgn kakak dia pun aku tak tau. Aku belum sampai 4 series lagi dah dipanggilnya aku abang). tapi kali ini si Bobby sudah tidak menangis lagi seperti di dalam telefon kelmarin, malu agaknya dia sebab kami ramai yang mendengar kisahnya.

Aku sangka isterinya tidak disihir orang, rupa rupanya terkena juga tempias minyak pengasih dari seorang laki laki melalui bantuan orang asli di tempat sebelah Selangor. Ini aku tau selepas aku ambil gambar isterinya , nama isteri dan ibunya dan kemudian aku bacakan beberapa potong ayat munajatnya.

Kebetulan memang Puan Kuntum dan Encik Doraemon turut hadir..jadi aku minta izin pada suaminya agar Kak Tom jadi sarungnya. Suaminya mengizinkan dan dia memang mengharapkan beritanya melalui isterinya ketika itu. Aku sebenarnya bukannya tahu sangat tentang kisah alam alam mistik ni.. kalau tak kerana ada bantuan sarung seperti Kak Tom yang aku alami dulu masa tgk kawan aku ngubat. Saja jer aku try cara ni sebab selalunya aku zas terus jer.. mahkamah aku Pedang Hamzah jer senang.

ROHANIAH DIRI ISTERI MENANGIS

Entah macamana tetiba Kak Tom menangis teresak esak..aku tak cam entah bila ‘dia’ masuk… tau tau dah meleleh air matanya ke pipi. Aku beberapa kali cuba bertanya tapi diam je..tak berjawab langsung. Aku minta dia bercerita kenapa dia jadi begitu..tak lama kemudian keluar suara halus dari mulut Kak Tom ' aku terkena minyak pengasih panah arjuna...huhuhuhu'..terus menangis tak henti henti. Aku minta dia keluar dari sarung dan minta panggilkan ketua jin minyak pengasih yang menumpang di sarung isteri si Bobby.

Tidak berapa lama kemudian tubuh Kak Tom mengembang , kedua belah tangannya menggenggam pedang di kanan kirinya. Aku minta dia turunkan kedua belah pedangnya ke lantai dan segera dia berbuat demikian. ' Di sini bukan tempat untuk berpedang..ini tempat mesyuarat perundingan' aku berkata kepada si sarung Kak Tom. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Kalau nak berpedang, 2 – 3 pedang aku keluarkan, tak tertepis lak dia nanti.

Kalau ikut aku memang “A” sangat la kalau bab berperang ni. Namanya pun panglima perang. Tapi sebab hormat kat orang2 yg datang so kena sopan la beb.

KEMENYAN DAN GAMBAR

Segera aku minta En Doraemon menyalakan api bara untuk membakar kemenyan yang aku minta. Aku nak tunjukkan pada mereka fungsi kemenyan yang amat ditakuti oleh manusia kerana dikatakan makanan jin. Jangan takut dengan kemenyan, itu amalan orang tua tua dulu. Mereka tahu rahsianya. Kemenyan bukan khusus untuk beri makan jin , dalam rumah kita sendiri pun masih banyak lagi makanan jin contohnya tulang ikan, ayam, lembu korban yang tersimpan di dalam peti sejuk itu. Bukankah itu semua makanan jin...? Kemenyan ni kalau kita niatkan atau sengaja diguna untuk memberi makan jin maka mereka yang berkenaan akan datang lah. Itu pun kena tengok kemenyannya..biasanya bukan kemenyan wangi..kemenyan busuk yang selalu diguna..

Gambar isteri si Bobby aku cuba layur di atas bara yang berkepul asap kemenyannya. ' Aku katakan padanya, rasakan betapa sakitnya kalau gambar ini aku layur. Tidak berapa lama kemudian jin yang berada di sarung Kak Tom mengaduh kesakitan dan meminta ampun berkali kali..' ampunkan aku..ampunkan aku..aku berjanji tidak akan mengganggu lagi..aku akan keluar'' itu yang aku dengar dari Kak Tom. Aku terus campakkan gambar itu terus ke dalam dupa kemenyan dan terus terbakar..aku rasa mungkin jin tersebut hampir hangus terbakar tapi tidak mati..sebab niat aku bukan untuk membunuhnya sekadar mengingatkan saja. (Rentung sikit tu kira tahap member amaran la pada aku).

SOLAT TAUBAT DAN SOLAT TASBIH

Aku berpesan pada si Bobby supaya mendirikan solat taubat dan tasbih selama 40 malam untuk dirinya sendiri dan juga untuk isterinya supaya lembutlah hatinya selepas itu kerana isterinya bukan saja terkena palitan minyak pengasih tersebut tapi memang nafsu dirinya juga berkeinginan begitu. Sehingga akhirnya dia terjebak dengan pengaruh minyak pengasih yang sengaja di palitkan oleh kekasihnya. Kalau tak jalan lagi kita buat yg keras sikit mcm biasa baca yassin fadhilat ker, yassin 40 ker atau yg paling kemas yasin 7 mubin.. Kasi mati trus.

Aku jelaskan pada si Bobby, bahawa aku bukan punya kuasa menyembuh dan menghilangkan masalah keluarganya melainkan semua adalah kuasa Allah. terjadi peristiwa seperti itu barangkali adalah teguran' dariNya supaya lebih bersikap berhati hati dan lebih menunaikan hak tanggungjawab sebagai seorang suami jika benar masih menyayanginya. Aku minta supaya hidupkanlah susana beragama di dalam rumah dengan bacaan al quran dan solat berjemaah supaya tiada lagi gangguan datang walaupun hakikatnya ia datang dari Allah jua.

Masuk hari kedua ini aku belum mendapat apa apa jawaban dari si Bobby mengenai isterinya mungkin dia sedang berusaha untuk kembali ke jalan tuhannya menginsafi kekurangan dirinya sendiri yang selama ini lalai..Mudahan kita doakan si Bobby berjaya mendapatkan semula isterinya yang telah lari mengikut lelaki lain..dan jadikanlah ini sebagai pengajaran, kepada diri pembaca sekalian. Jangan hanya semata mata menyalahkan orang lain.lihatlah tiliklah diri sendiri..pasti ada kekurangan yang menyebabkan berlaku perkara seperti itu. Mesti ada..Mungkin anda telah curang dalam diam diam juga kepada isteri kalian..

Hantu raya Beraya..

Ceita dari seorang teman untuk iktibar semua..
Hajjah Rumiah bukan nama sebenar adalah salah seorang isteri seorang tuan guru yang hidup selama hampir 90an tahun umurnya, Saya tuliskan kisahnya berdasarkan peristiwanya yang berlaku di zaman saya baru sahaja mendirikan rumatangga 2002M lalu. Saya dah tua baru kawin, lambat sikit begitulah suratan takdir.

Saya amat mengenali Hajjah Rumiah sebagai salah seorang ibu yang amat penyayang kepada anak anaknya yang seramai enam atau tujuh orang itu. Allahyarhamah sangat mesra dan mudah didekati walau di mana jua dia berada, mesti ada saja orang yang ditegur atau disapa oleh orang lain.

Allahyarhamah seorang yang sangat mengambil berat kebajikan sanak saudaranya tak kira di mana kampungnya dia akan pergi ke sana jika terdengar sanak saudaranya sakit, kematian, kenduri kendara dan apa juga majlis kebaikan dia akan ditemui dimajlis apa pun. memang Allahyarhamah sangat suka berkawan dengan orang kampung sekitar. Saya rasa tak ada seorang pun yang tidak mengenalinya kalau sebutkan saja namanya. Apalagi dirinya menumpang tuah suaminya sebagai salah seorang tuan guru yang amat dihormati diseluruh kampung malah di seluruh negeri waktu itu.

Saya belum pernah lihat dia tidak datang kenduri ke rumah sanak saudaranya walaupun kenduri itu cuma kenduri pulut kuninglah senang cerita. Kalau dia ada dalam majlis gotong royong sambil duduk itu riuh rendah dengan cerita yang macam macamlah. Ada yang sedih, ada yang marah kalau dengar cerita darinya. Ada yang takut, kalau dia cerita pasal benda benda tak nampak nih. Allahyarhamah semasa hidup sebenar boleh boleh sikit. Dialah dukun bayi, bidan orang bersalin, tukang urut ibu mengandung, kaki terkehel ke apa ke semua dia boleh. Mungkin dia pernah belajar dulunya dengan sesiapa masa muda muda dulu. ramai yang datang urutkan isteri , anak kecil, bayi masa Allahyarhamahnya ada.

Rumahnya sentiasa saja ada tetamu , kalau kebetulan ramai, riuh rendahlah rumahnya dengan majlis sembang menyembang sambil tangannya mengurut. Memang dia seorang yang sangat suka bersembang masa hidupnya. Ada saja cerita yang dibawa dari satu topik ke topik yang lain. Pendek cerita tak jemulah pendengarnya yang setia. Ada juga pendengarnya yang tak setia, kalau dah balik dikata pula dengan orang yang tak suka dengannya.. macam macam cerita orang hidup nih.

Allahyarhamah akhirnya jatuh sakit kena stroke kalau tak salah saya , beliau terlantar dipangkinnya selama hampir 5 tahun. Anak anak semua duduk k.l, tak ada yang duduk rumah kampung kecuali sorang saja. jadi anak anak yg di k.l berpakat carikan pembantu dari Indonesia untuk membantunya waktu mandi dan keperluannya yang lain. Waktu itulah saya mula terdengar kisah seram yang diceritakan sendiri oleh Allahyarhamah pada saya pada satu ketika saya menziarahinya.

HANTU RAYA SERING MENGUSIK .

Allahyarhamah cakap, dia sering didatangi hantu raya waktu malam atau waktu sepi tak ada orang. Dia sendiri sering ketakutan sehingga tidak dapat tidur jika didatangi oleh hantu hantu seram itu. Saya pernah cuba cuba kononnya jadi tok moh ler dengan menuliskan ayat kursi di sehelai kertas dan saya tampalkan di dinding sebelah tempat tidurnya. Dia kata semenjak ditampal ayat kursi tu kurang lah sikit gangguannya tapi masih ada. memandai mandai saya tu menjadi le juga. Memang saya tak tau apa apa , cuma atas rasa simpati saya cuba reka rekakan mana tahu dapat membantunya, tapi tanpa pengetahuan suaminya lah. Sebab waktu saya datang ziarah tu hanya ada dia dan pembantunya saja.

Ada orang kata Allahyarhamah bela saka , ada yang kata Allahyarhamah memang bela hantu raya. Saya pun tak tahulah yang mana benar. Tapi cuba ikuti cerita ini mana tahu ada sesapa yang boleh berikan andaian berdasarkan pengalaman diri masing masing. Saya alu alukan komen mengenainya.

Cukup 5 tahun Allahyarhamahnya sakit akhirnya rohnya kembali ke hadrat Allah swt dengan meninggalkan suatu peristiwa yang agak menyayat hati. Saya pun tak sangka apa yang berlaku itu terjadi ke atas dirinya yang memang dikenali ramai masa hidupnya.

MUNTAH TAHI HITAM.

Menurut kisah yang sampai di telinga kanan kiri saya sewaktu Allahyarhamah menempuh siksaan sakaratul maut, Allahyarhamah telah memuntahkan beberapa gelas cairan hitam yang amat meloyakan baunya dan teramatlah busuk baunya. Sehingga ada yang terpaksa menutup hidung tercium bau muntahan hitam pekat itu. Kalau mengikut kisah yang saya dengar muntahan itu hampir empat atau lima gelas semuanya.

Selepas muntahan itu berakhir , tidak lama selepas itu Allahyarhamah menjerit dengan satu jeritan luar biasa sama sekali. Allahyarhamah menjerit dua kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua anak anak yang hadir ketika Allahyarhamah nazak sebenarnya amat terkejut dengan peristiwa yang berlaku. teramat azab dan menghinakan kisah sakaratnya sehingga mengundang serbu tanda tanya pada yang hadir termasuk anak beranaknya. jeritan yang kedua pula agak lemah dari jeritan yang pertama. Selepas habis jeritan kedua itulah rohnya keluar dan mengakhiri zaman kehidupannya sebagai seorang manusia yang peramah da manis muka.

Saya sedar apa sebenarnya yang telah berlaku, sebenarnya Allahyarhamah itu semasa hidup amat suka menceritakan perihal suaminya kepada orang lain. Dia seolah olah amat membenci suaminya jika suami tiada di sisinya. tapi kalau suaminya ada baik pula dia. begitu juga halnya dengan orang lain, dia sangat suka mengambil tahu perihal kesalahan dan kekurangan orang lain. jadi kalau dia tak mengumpat sehari seolah olah hidupnya tidak berseri agaknya.
SUKA MENGUMPAT ORANG DAN NAMIMAH ADU DOMBA.

Ramai yang tidak puashati dengannya semasa hayatnya akibat cerita yang dibawa ke sana kemari itu. Sampai pernah dia terjerit jerit melawan cakap suami dan jirannya. Semua itu berpunca dari mulut dan lidahnya yang amat gemar menyebut kekurangan dan keaiban orang lain. Jadi saya tidak hairan kalau di akhir kalamnya dia menerima siksaan sebegitu rupa sebagai pengajaran kepada orang yang masih hidup.

Sebaiknya kita ini sementara masih bernyawa, sementara tuhan izinkan berkata kata eloklah dijaga lidah lisan kita ini daripada menyakiti hati orang lain. Saya kecualikan pendajjal agama, itu syaitan yang harus dibenteras habis habisan kalau mampu. Saya maksudkan supaya jauhilah diri kita ini dari menyebut, mengumpat keburukan orang lain sedaya upaya kita agar terpelihara diri kita dari fitnah azab siksaan ketika sakarat dan azab ketika di dalam kubur nanti. tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka waliyazubillah.
POLITIK HARI INI.

Cuba kita kaitkan cerita ini bukan sahaja dengan kehidupan kita sekeluarga dan sekampung dengan bermasyarakat ini, cuba kita lihat senario politik semasa di dalam negara. Bagaimana keadaannya seorang tuan guru atau ustadz ustadz berceramah dipentas, surau dan masjid tetapi menyebut keaiban manusia islam yang lain sehingga menimbulkan perbalahan besar besaran. Menghilangkan keharmonian di dalam susana masyarakat yang aman damai sebelumnya. Buktinya lihatlah sewaktu pilihanraya. Berpagi pagian kita ke masjid menunaikan solat subuh dan tahajjud sebelumnya memohon ampun di atas segala dosa dosa masa lalu dan yang akan datang, tiba tiba tengaharinya mulut dingangakan untuk mencerca aib saudara muslim yang lain. Tidak kira apa jenis parti yang ada ini semuanya menghalalkan cara demi mencapai kerusi dun atau parlimen.

Kalau dibahaskan bersama mereka ada sahaja pusing cakapnya dengan hadith dan dalil firmannya semata mata mahu menegakkan benang yang basah. Saya kurang bersetuju lidah kita ini diguna semata mata untuk memecahkan mikrofon dengan mengutuk dan mencaci nista saudara yang lain. Apa gunanya solat tahajjud dan puasa kita. Bukankah semua pahalanya akan diberikan kepada orang yang diumpat. Berapa ramai pemimpin negara yang tidak pernah solat tahjjud agaknya lah, yang tidak pernah puasa sunat, agaknya lah..tiba tiba penuh kantungnya dengan pahala amal kebajikan seorang ahli tahajjud dan ahli berpuasa penuh tiga bulan berturut turut. Alangkah ruginya ahli ibadat termasuk tuan tuan guru itu nanti.

Tidak hairan, ini pandangan saya kalau tun Mahathir nanti waktu mengadap tuhan dilepaskan dari sekalian kesalahannya kerana beliau mendapat hadiah pahala percuma akibat kena herdik, cerca dan umpatan manusia beriman yang muslim yang juga rajin beribadat siang dan malam. Yang mengumpat kehilangan pahala amal kebajikannya, yang diumpat berguni guni membawa pahala untuk ditimbang di mizanul kubra nanti.

Oleh itu saya menyeru kepada para pemimpin dari semua jenis parti, dalam usaha mencari kebenaran janganlah hendaknya menggadai maruah diri , syariat, dengan menghalalkan cara yang haram. Haram tetap haram...yang haram berdosa tetap haram berdosa. Tidak ada tolak ansurnya..jika sanggup memakan daging saudaranya sendiri. Marilah kita sedari perkara ini untuk keselamatan tabung pahala amal kebajikan kita yang teruk kita ini nak kumpulkan hasilnya itu. Mudah mudahan ini membawa sepenuh arti dalam kehidupan manusia hari ini yang terpaksa menelan cara hidup pemerintahan umat yahudi.