Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Nyanyian Rebah Orang Berdosa

 
(Nak dgr lagu ni kena tutup lagu hotel california dulu)
Kali ini ingin aku kongsikan hasil nukilan seseorang yang hingga kini masih merasakan kesal yang tidak terhingga kerana gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya yang terakhir... Marilah kita baca dan ambil iktibar bersama...
SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna. Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya. Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya. Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. 
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju. 
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun. Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. 
Saya melihat jam tangan. “Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya. Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.  Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan. Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.  Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital. Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.    Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba- tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’. Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.” 
Nukilan..  Seorang Insan Yang Menyesal..

Wednesday, April 25, 2012

Neraka... Open for booking..

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu hari raya, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
 
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
 
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
 
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
 
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
 
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
 
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
 
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
 
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
 
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Saturday, April 21, 2012

Air Tangan Mamak...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak  kan ?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Agak2 mamak tu dari pagi sampai ptg dok depan api tu solat tak? sebab selalunya kalau kita tgk mamak dari pagi sampai ptg tgn berminyak, bila lak tgnnya nak basah dgn air wuduk kan kan kan.. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. So kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Macam tu lah guru aku pesan dulu. Dia cukup x bagi aku mkn hasil masakan org bukan islam sebab nanti gelap hati rupanya.. sebabnya dia tak bg tau.. now skarang aku dah tau kenapa.. So korang bila lagi.. mulakanlah sekarang.. Sama gak kalau nak berubat.. Carilah pengamal perubatan Islam yang mengamalkan cara islam...

Friday, April 20, 2012

Panahan Arjuna.. Mistika 23

Ini ada cerita dongeng alam jin yang aku saja nak bercerita untuk mengisi mAsa lapang korang..Kekeke walau pun blog ni boleh la dikatakan glamour gak tapi saja jer nak menghangatkan suasana. Anggap je la ini tayangan gambar temberang tahap gaban abad ini sebab aku tak suh pun korang pecaya. Daripada baca cerita Fasha Sandarkan Pada Kenangan nak kawin dengan Jejai baik baca cerita macam ni kan.. Lebih baik baca dari tgk cerita Sin Chan yang tak matured tu..

Ring..ring..Ring..telefon berbunyi..Sapa la pulak yang menelefon nih..Aku segera angkat kebetulan aku free waktu itu. Biasanya aku tidak akan melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali sebab aku risau dengan cerita ramai yang sedang menjadi spy menyiasat aku yang dikatakan ura ura kedengaran sebagai bomoh yang menyihir orang..kemudian orang yang disihir dipergunakan untuk kepentingan diri aku.. aku geli geleman dengar cerita dari mulut orang yang macam macam longkang nih. Ingat aku cari rezeki jadi bomoh ker?? Khaqqq Tuihhhhh.. Tak kuasa aku… Kerja aku mulia tau dengan cara yg halal.. .tapi xpelah sebab tak buat apa2 aku jwb gak lah ..mungkin ada rezeki kot menang peraduan apa2 ker..

Persoalannya..kenapa suka sangat masyarakat memandang serong terhadap orang orang yang seperti aku ni..apasal bila niat baik kita nak tolong org ni, selalu org anggap negatif? Aku hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa..Lama sudah aku diamkan so aku harap diaorg pun akan diam..rupanya macam macam berlaku. Itu la sebab bila terdengar deringan telefon dari nombor yang tidak dikenali aku tidak akan angkat..malAs dah nak melayan orang dengan cerita yang bukan bukan. 

MENANGIS TERESAK ESAK DI TELEFON

Ustaz..tolonglah saya ustaz..saya sudah tak tau nak buat apa sekarang ini..isteri saya dilarikan orang..saya kenal org yang bawak isteri saya lari tu..dia naik kereta. (Ni pun aku kurang berkenan gak. Aku bukan ustaz sebab tak belajar sampai Al-Azhar pun. Belajar kat Kolej Insaniah pun tak..Aku org biasa jer) Dulu isteri saya tak macam ni..ini tiba tiba saja ustaz..Tolonglah saya ustaz. Bergema suara tangisan teresak esak didalam telefon dari seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia telah dikenalkan pada aku oleh En Doraemon (bukan nama sebenar). 

Ini pun satu hal yang memeningkan kepala aku. Merayu rayu meminta tolong..kalau aku jawab begini; dah dah dah...pergi carik bomoh lain..aku dah penat dengan ini semua..apa agaknya yang akan dirasakan di dalam hati masing masing bila terdengar jawaban dari orang yang amat mengharapkan pertolongan seperti itu. Maka inilah keadaan aku setiap hari sehingga kadang kadang aku tak ada masa untuk berehat bersama keluarga. kepentingan org lain aku dulukan tanpa mengira penatnya.

Aku segera menasihatkannya supaya bersabar dan aku minta saudara yang menghubungi aku itu agar dapat datang menemui aku di teratak aku. Senang aku mendapatkan butiran butiran yang lebih tepat lagi untuk disiasat asal punca kejadian yang telah merenggut kasih syg dari seorang isteri yang amat dicintainya. Aku minta saudara tersebut datang membawa gambarnya supaya dapat aku kenali rupa wajahnya dan juga nama isterinya itu serta nama ibunya. Keesokkan harinya saudara tersebut hadir bersama rakan rakannya sekeluarga bersama sekeping gambar yang aku minta.

KENAPA HARUS BERBINTIKAN IBU BUKAN BAPA..?

Ramai dari kalangan kita yang sedia faham akan hal ini..kenapa kalau berubat hal hal mistik mesti orang tu minta namanya dan nama ibunya. Kenapa ..apa sebenarnya yang berlaku atau ada apakah rahsianya meminta nama si pesakit dan nama ibunya..Insyallah akan aku bukakan sebahagian rahsianya untuk pengetahuan umum sebagai jalan memahami perkara adat tersebut supaya ia tidak pula disesatkan atau dikhurafatkan pula kali ini setelah bermacam macam perkara kerohanian yang baik baik itu disalah ertikan dan di sesatkan sesetengahnya oleh sebahagian orang yang lain.
Tak salah mem binti kan dgn nama ibu sebab bila membaca talkin juga Rasulallah menganjurkan dibaca nama simati dengan berbinti kan dengan siibu. So korang rasa Rasulallah tu khurafat gak ker? Lu pikir la sendiri..

Selang dua hari kemudian datang seseorang muda tak muda tua pun tak tua sangat, umurnya ekitar 40an 50an agaknya memperkenalkan diri dengan nama Bobby ( bukan nama sebenarnya ) bersama teman2 nya lain.

MINYAK PENGASIH
Bobby memulakan ceritanya dari awal sehingga akhir mengenai kebaikan isterinya soal penjagaan makanan dan minuman serta tanggungjawab yang telah dilakukan oleh isterinya itu amat dihargai. Tetapi dia kesal dan amat terkejut semenjak akhir akhir ini apabila isterinya yang dipanggil 'sayang' itu telah mula bersikap keras dan garang terhadapnya. Kalau keras yang lain tu ok gak ni keras lain mcm..

Bab keras ni aku teringat cerita bini aku.. Dia kata ada seorg lelaki ni selalu mengeluh.. lalu kawan baiknya tanya lah naper mengeluh.. Lalu dengan selambernya dia jawab.. Susah la idup macam ni.. Minum minuman keras bini marah, masak nasi keras bini marah, kerja keras sampai tak ingat anak bini pun bini marah, Tuttt keras jer bini suka sebab yg tu kalau lembik bini marah.. sat sat, aku lost ntah kemana dah ni..

Isterinya itu bekerja di salah sebuah restoran berhampiran rumahnya dan apabila malam isterinya akan menyambung kerja jadi pembantu pasar tani pula. Berbekalkan paras rupa nya yang hampir mirip seperti mami itu agaknya jualan di gerai pasar tani rakannya laris. Pelanggan pula suka mengambil kesempatan bermanja manja dan akhirnya jatuh hati. Agaknya tak cukup dengan itu di minyakkan pula wanita yang digilainya lalu dibawa pergi. Begitulah nasib kaum ibu hari ini dan aku rasa memang dari dulu kaum bapa yang agaknya tak cukup makan itu mencari mangsanya di luar rumah.

Dengar khabarnya isteri si Bobby telah mula berjinak jinak gagak dengan salah seorang pelanggan restoran di tempat kerja semenjak 8 bulan yang lalu. tanggungjawabnya mula terabai, anak anak kecik di rumah yang mengharapkan belaian kasih seorang ibu kini tinggal berpampers masham. Ibunya lari dgn jantan haprak barunya walaupun sedar dirinya masih bersuami. Sudah dua minggu bang isteri saya tak pulang ke rumah. Tolonglah saya bang , tolonglah..rayunya dengan nada kasihan sekali (bila masa aku kawin dgn kakak dia pun aku tak tau. Aku belum sampai 4 series lagi dah dipanggilnya aku abang). tapi kali ini si Bobby sudah tidak menangis lagi seperti di dalam telefon kelmarin, malu agaknya dia sebab kami ramai yang mendengar kisahnya.

Aku sangka isterinya tidak disihir orang, rupa rupanya terkena juga tempias minyak pengasih dari seorang laki laki melalui bantuan orang asli di tempat sebelah Selangor. Ini aku tau selepas aku ambil gambar isterinya , nama isteri dan ibunya dan kemudian aku bacakan beberapa potong ayat munajatnya.

Kebetulan memang Puan Kuntum dan Encik Doraemon turut hadir..jadi aku minta izin pada suaminya agar Kak Tom jadi sarungnya. Suaminya mengizinkan dan dia memang mengharapkan beritanya melalui isterinya ketika itu. Aku sebenarnya bukannya tahu sangat tentang kisah alam alam mistik ni.. kalau tak kerana ada bantuan sarung seperti Kak Tom yang aku alami dulu masa tgk kawan aku ngubat. Saja jer aku try cara ni sebab selalunya aku zas terus jer.. mahkamah aku Pedang Hamzah jer senang.

ROHANIAH DIRI ISTERI MENANGIS

Entah macamana tetiba Kak Tom menangis teresak esak..aku tak cam entah bila ‘dia’ masuk… tau tau dah meleleh air matanya ke pipi. Aku beberapa kali cuba bertanya tapi diam je..tak berjawab langsung. Aku minta dia bercerita kenapa dia jadi begitu..tak lama kemudian keluar suara halus dari mulut Kak Tom ' aku terkena minyak pengasih panah arjuna...huhuhuhu'..terus menangis tak henti henti. Aku minta dia keluar dari sarung dan minta panggilkan ketua jin minyak pengasih yang menumpang di sarung isteri si Bobby.

Tidak berapa lama kemudian tubuh Kak Tom mengembang , kedua belah tangannya menggenggam pedang di kanan kirinya. Aku minta dia turunkan kedua belah pedangnya ke lantai dan segera dia berbuat demikian. ' Di sini bukan tempat untuk berpedang..ini tempat mesyuarat perundingan' aku berkata kepada si sarung Kak Tom. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Kalau nak berpedang, 2 – 3 pedang aku keluarkan, tak tertepis lak dia nanti.

Kalau ikut aku memang “A” sangat la kalau bab berperang ni. Namanya pun panglima perang. Tapi sebab hormat kat orang2 yg datang so kena sopan la beb.

KEMENYAN DAN GAMBAR

Segera aku minta En Doraemon menyalakan api bara untuk membakar kemenyan yang aku minta. Aku nak tunjukkan pada mereka fungsi kemenyan yang amat ditakuti oleh manusia kerana dikatakan makanan jin. Jangan takut dengan kemenyan, itu amalan orang tua tua dulu. Mereka tahu rahsianya. Kemenyan bukan khusus untuk beri makan jin , dalam rumah kita sendiri pun masih banyak lagi makanan jin contohnya tulang ikan, ayam, lembu korban yang tersimpan di dalam peti sejuk itu. Bukankah itu semua makanan jin...? Kemenyan ni kalau kita niatkan atau sengaja diguna untuk memberi makan jin maka mereka yang berkenaan akan datang lah. Itu pun kena tengok kemenyannya..biasanya bukan kemenyan wangi..kemenyan busuk yang selalu diguna..

Gambar isteri si Bobby aku cuba layur di atas bara yang berkepul asap kemenyannya. ' Aku katakan padanya, rasakan betapa sakitnya kalau gambar ini aku layur. Tidak berapa lama kemudian jin yang berada di sarung Kak Tom mengaduh kesakitan dan meminta ampun berkali kali..' ampunkan aku..ampunkan aku..aku berjanji tidak akan mengganggu lagi..aku akan keluar'' itu yang aku dengar dari Kak Tom. Aku terus campakkan gambar itu terus ke dalam dupa kemenyan dan terus terbakar..aku rasa mungkin jin tersebut hampir hangus terbakar tapi tidak mati..sebab niat aku bukan untuk membunuhnya sekadar mengingatkan saja. (Rentung sikit tu kira tahap member amaran la pada aku).

SOLAT TAUBAT DAN SOLAT TASBIH

Aku berpesan pada si Bobby supaya mendirikan solat taubat dan tasbih selama 40 malam untuk dirinya sendiri dan juga untuk isterinya supaya lembutlah hatinya selepas itu kerana isterinya bukan saja terkena palitan minyak pengasih tersebut tapi memang nafsu dirinya juga berkeinginan begitu. Sehingga akhirnya dia terjebak dengan pengaruh minyak pengasih yang sengaja di palitkan oleh kekasihnya. Kalau tak jalan lagi kita buat yg keras sikit mcm biasa baca yassin fadhilat ker, yassin 40 ker atau yg paling kemas yasin 7 mubin.. Kasi mati trus.

Aku jelaskan pada si Bobby, bahawa aku bukan punya kuasa menyembuh dan menghilangkan masalah keluarganya melainkan semua adalah kuasa Allah. terjadi peristiwa seperti itu barangkali adalah teguran' dariNya supaya lebih bersikap berhati hati dan lebih menunaikan hak tanggungjawab sebagai seorang suami jika benar masih menyayanginya. Aku minta supaya hidupkanlah susana beragama di dalam rumah dengan bacaan al quran dan solat berjemaah supaya tiada lagi gangguan datang walaupun hakikatnya ia datang dari Allah jua.

Masuk hari kedua ini aku belum mendapat apa apa jawaban dari si Bobby mengenai isterinya mungkin dia sedang berusaha untuk kembali ke jalan tuhannya menginsafi kekurangan dirinya sendiri yang selama ini lalai..Mudahan kita doakan si Bobby berjaya mendapatkan semula isterinya yang telah lari mengikut lelaki lain..dan jadikanlah ini sebagai pengajaran, kepada diri pembaca sekalian. Jangan hanya semata mata menyalahkan orang lain.lihatlah tiliklah diri sendiri..pasti ada kekurangan yang menyebabkan berlaku perkara seperti itu. Mesti ada..Mungkin anda telah curang dalam diam diam juga kepada isteri kalian..

Hantu raya Beraya..

Ceita dari seorang teman untuk iktibar semua..
Hajjah Rumiah bukan nama sebenar adalah salah seorang isteri seorang tuan guru yang hidup selama hampir 90an tahun umurnya, Saya tuliskan kisahnya berdasarkan peristiwanya yang berlaku di zaman saya baru sahaja mendirikan rumatangga 2002M lalu. Saya dah tua baru kawin, lambat sikit begitulah suratan takdir.

Saya amat mengenali Hajjah Rumiah sebagai salah seorang ibu yang amat penyayang kepada anak anaknya yang seramai enam atau tujuh orang itu. Allahyarhamah sangat mesra dan mudah didekati walau di mana jua dia berada, mesti ada saja orang yang ditegur atau disapa oleh orang lain.

Allahyarhamah seorang yang sangat mengambil berat kebajikan sanak saudaranya tak kira di mana kampungnya dia akan pergi ke sana jika terdengar sanak saudaranya sakit, kematian, kenduri kendara dan apa juga majlis kebaikan dia akan ditemui dimajlis apa pun. memang Allahyarhamah sangat suka berkawan dengan orang kampung sekitar. Saya rasa tak ada seorang pun yang tidak mengenalinya kalau sebutkan saja namanya. Apalagi dirinya menumpang tuah suaminya sebagai salah seorang tuan guru yang amat dihormati diseluruh kampung malah di seluruh negeri waktu itu.

Saya belum pernah lihat dia tidak datang kenduri ke rumah sanak saudaranya walaupun kenduri itu cuma kenduri pulut kuninglah senang cerita. Kalau dia ada dalam majlis gotong royong sambil duduk itu riuh rendah dengan cerita yang macam macamlah. Ada yang sedih, ada yang marah kalau dengar cerita darinya. Ada yang takut, kalau dia cerita pasal benda benda tak nampak nih. Allahyarhamah semasa hidup sebenar boleh boleh sikit. Dialah dukun bayi, bidan orang bersalin, tukang urut ibu mengandung, kaki terkehel ke apa ke semua dia boleh. Mungkin dia pernah belajar dulunya dengan sesiapa masa muda muda dulu. ramai yang datang urutkan isteri , anak kecil, bayi masa Allahyarhamahnya ada.

Rumahnya sentiasa saja ada tetamu , kalau kebetulan ramai, riuh rendahlah rumahnya dengan majlis sembang menyembang sambil tangannya mengurut. Memang dia seorang yang sangat suka bersembang masa hidupnya. Ada saja cerita yang dibawa dari satu topik ke topik yang lain. Pendek cerita tak jemulah pendengarnya yang setia. Ada juga pendengarnya yang tak setia, kalau dah balik dikata pula dengan orang yang tak suka dengannya.. macam macam cerita orang hidup nih.

Allahyarhamah akhirnya jatuh sakit kena stroke kalau tak salah saya , beliau terlantar dipangkinnya selama hampir 5 tahun. Anak anak semua duduk k.l, tak ada yang duduk rumah kampung kecuali sorang saja. jadi anak anak yg di k.l berpakat carikan pembantu dari Indonesia untuk membantunya waktu mandi dan keperluannya yang lain. Waktu itulah saya mula terdengar kisah seram yang diceritakan sendiri oleh Allahyarhamah pada saya pada satu ketika saya menziarahinya.

HANTU RAYA SERING MENGUSIK .

Allahyarhamah cakap, dia sering didatangi hantu raya waktu malam atau waktu sepi tak ada orang. Dia sendiri sering ketakutan sehingga tidak dapat tidur jika didatangi oleh hantu hantu seram itu. Saya pernah cuba cuba kononnya jadi tok moh ler dengan menuliskan ayat kursi di sehelai kertas dan saya tampalkan di dinding sebelah tempat tidurnya. Dia kata semenjak ditampal ayat kursi tu kurang lah sikit gangguannya tapi masih ada. memandai mandai saya tu menjadi le juga. Memang saya tak tau apa apa , cuma atas rasa simpati saya cuba reka rekakan mana tahu dapat membantunya, tapi tanpa pengetahuan suaminya lah. Sebab waktu saya datang ziarah tu hanya ada dia dan pembantunya saja.

Ada orang kata Allahyarhamah bela saka , ada yang kata Allahyarhamah memang bela hantu raya. Saya pun tak tahulah yang mana benar. Tapi cuba ikuti cerita ini mana tahu ada sesapa yang boleh berikan andaian berdasarkan pengalaman diri masing masing. Saya alu alukan komen mengenainya.

Cukup 5 tahun Allahyarhamahnya sakit akhirnya rohnya kembali ke hadrat Allah swt dengan meninggalkan suatu peristiwa yang agak menyayat hati. Saya pun tak sangka apa yang berlaku itu terjadi ke atas dirinya yang memang dikenali ramai masa hidupnya.

MUNTAH TAHI HITAM.

Menurut kisah yang sampai di telinga kanan kiri saya sewaktu Allahyarhamah menempuh siksaan sakaratul maut, Allahyarhamah telah memuntahkan beberapa gelas cairan hitam yang amat meloyakan baunya dan teramatlah busuk baunya. Sehingga ada yang terpaksa menutup hidung tercium bau muntahan hitam pekat itu. Kalau mengikut kisah yang saya dengar muntahan itu hampir empat atau lima gelas semuanya.

Selepas muntahan itu berakhir , tidak lama selepas itu Allahyarhamah menjerit dengan satu jeritan luar biasa sama sekali. Allahyarhamah menjerit dua kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua anak anak yang hadir ketika Allahyarhamah nazak sebenarnya amat terkejut dengan peristiwa yang berlaku. teramat azab dan menghinakan kisah sakaratnya sehingga mengundang serbu tanda tanya pada yang hadir termasuk anak beranaknya. jeritan yang kedua pula agak lemah dari jeritan yang pertama. Selepas habis jeritan kedua itulah rohnya keluar dan mengakhiri zaman kehidupannya sebagai seorang manusia yang peramah da manis muka.

Saya sedar apa sebenarnya yang telah berlaku, sebenarnya Allahyarhamah itu semasa hidup amat suka menceritakan perihal suaminya kepada orang lain. Dia seolah olah amat membenci suaminya jika suami tiada di sisinya. tapi kalau suaminya ada baik pula dia. begitu juga halnya dengan orang lain, dia sangat suka mengambil tahu perihal kesalahan dan kekurangan orang lain. jadi kalau dia tak mengumpat sehari seolah olah hidupnya tidak berseri agaknya.
SUKA MENGUMPAT ORANG DAN NAMIMAH ADU DOMBA.

Ramai yang tidak puashati dengannya semasa hayatnya akibat cerita yang dibawa ke sana kemari itu. Sampai pernah dia terjerit jerit melawan cakap suami dan jirannya. Semua itu berpunca dari mulut dan lidahnya yang amat gemar menyebut kekurangan dan keaiban orang lain. Jadi saya tidak hairan kalau di akhir kalamnya dia menerima siksaan sebegitu rupa sebagai pengajaran kepada orang yang masih hidup.

Sebaiknya kita ini sementara masih bernyawa, sementara tuhan izinkan berkata kata eloklah dijaga lidah lisan kita ini daripada menyakiti hati orang lain. Saya kecualikan pendajjal agama, itu syaitan yang harus dibenteras habis habisan kalau mampu. Saya maksudkan supaya jauhilah diri kita ini dari menyebut, mengumpat keburukan orang lain sedaya upaya kita agar terpelihara diri kita dari fitnah azab siksaan ketika sakarat dan azab ketika di dalam kubur nanti. tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka waliyazubillah.
POLITIK HARI INI.

Cuba kita kaitkan cerita ini bukan sahaja dengan kehidupan kita sekeluarga dan sekampung dengan bermasyarakat ini, cuba kita lihat senario politik semasa di dalam negara. Bagaimana keadaannya seorang tuan guru atau ustadz ustadz berceramah dipentas, surau dan masjid tetapi menyebut keaiban manusia islam yang lain sehingga menimbulkan perbalahan besar besaran. Menghilangkan keharmonian di dalam susana masyarakat yang aman damai sebelumnya. Buktinya lihatlah sewaktu pilihanraya. Berpagi pagian kita ke masjid menunaikan solat subuh dan tahajjud sebelumnya memohon ampun di atas segala dosa dosa masa lalu dan yang akan datang, tiba tiba tengaharinya mulut dingangakan untuk mencerca aib saudara muslim yang lain. Tidak kira apa jenis parti yang ada ini semuanya menghalalkan cara demi mencapai kerusi dun atau parlimen.

Kalau dibahaskan bersama mereka ada sahaja pusing cakapnya dengan hadith dan dalil firmannya semata mata mahu menegakkan benang yang basah. Saya kurang bersetuju lidah kita ini diguna semata mata untuk memecahkan mikrofon dengan mengutuk dan mencaci nista saudara yang lain. Apa gunanya solat tahajjud dan puasa kita. Bukankah semua pahalanya akan diberikan kepada orang yang diumpat. Berapa ramai pemimpin negara yang tidak pernah solat tahjjud agaknya lah, yang tidak pernah puasa sunat, agaknya lah..tiba tiba penuh kantungnya dengan pahala amal kebajikan seorang ahli tahajjud dan ahli berpuasa penuh tiga bulan berturut turut. Alangkah ruginya ahli ibadat termasuk tuan tuan guru itu nanti.

Tidak hairan, ini pandangan saya kalau tun Mahathir nanti waktu mengadap tuhan dilepaskan dari sekalian kesalahannya kerana beliau mendapat hadiah pahala percuma akibat kena herdik, cerca dan umpatan manusia beriman yang muslim yang juga rajin beribadat siang dan malam. Yang mengumpat kehilangan pahala amal kebajikannya, yang diumpat berguni guni membawa pahala untuk ditimbang di mizanul kubra nanti.

Oleh itu saya menyeru kepada para pemimpin dari semua jenis parti, dalam usaha mencari kebenaran janganlah hendaknya menggadai maruah diri , syariat, dengan menghalalkan cara yang haram. Haram tetap haram...yang haram berdosa tetap haram berdosa. Tidak ada tolak ansurnya..jika sanggup memakan daging saudaranya sendiri. Marilah kita sedari perkara ini untuk keselamatan tabung pahala amal kebajikan kita yang teruk kita ini nak kumpulkan hasilnya itu. Mudah mudahan ini membawa sepenuh arti dalam kehidupan manusia hari ini yang terpaksa menelan cara hidup pemerintahan umat yahudi.