Showing posts with label bomoh. Show all posts
Showing posts with label bomoh. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Bersembang dengan jin.. Mistika 24

TEMUBUAL JIN ISLAM DENGAN MUHAMMAD ISA DAWUD

Pengalaman saya tentang dunia misteri yang penuh dengan keganjilan dan keanehan bermula sejak saya bekerja di akhbar Al-Akhbar, Mesir, sebagai wartawan. Sebelum itu saya adalah pengurus Masjid Al-Malik di HadaÕiq Al-Qubbah, Kaherah. Adapun yang menjadi imam di masjid itu adalah Syeikh Abdul Hamid Kisyik, iaitu salah seorang di antara guru-guru saya yang sangat dalam ilmunya.

Perkenalan pertama saya dengan alam jin adalah ketika pada suatu hari saya didatangi oleh beberapa jin yang menyamar sebagai perempuan. Saya mengetahui bahawa mereka adalah jin kerana mereka memperlihatkan rupanya yang asli walaupun dalam bentuk bayangan, sehingga tidak begitu menakutkan.

Sejak peristiwa itu, pengalaman saya mengenai dunia jin semakin bertambah. Malahan saya semakin berminat untuk mengadakan kajian mengenai jin dan segala misteri yang ada di dunia mereka. Beberapa kali di antara saya dan jin terlibat dalam dialog yang begitu serius.

Tulisan ini adalah pengalaman sebenar saya ketika berjumpa dengan seorang jin Muslim dari suku Konjur yang bernama Musthafa. Saya mohon maaf kepada pembaca bila di sini saya tidak mendedahkan rahsia dan cara pertemuan kami, sebab ini merupakan rahsia dan amanah yang perlu saya jaga. Bukankah ajaran Islam memerintahkan supaya menjaga dan melindungi rahsia orang lain, apalagi bila pihak yang berkenaan meminta supaya rahsia dan aibnya ditutupi.

Jin muslim yang saya maksudkan ini berumur 180 tahun, berasal dari Bombay, India. Sebelumnya dia adalah jin kafir. Kemudian Allah membuka hatinya sehingga dia masuk Islam. Dia menukar namanya menjadi Musthafa. Sungguh ke-islamannya merupakan satu kemenangan, sebab bersama-sama dia telah masuk Islam pula sepuluh ribu jin, yang merupakan pengawal-pengawal dan pengikut-pengikut setianya.

Musthafa adalah jin yang cukup berpengaruh di kalangan kaumnya. Dia merupakan pemimpin yang berwibawa dan disegani oleh lawan dan kawan. Saya memulakan percakapan dengan-nya sebagai berikut.

BENTUK JIN

 

Mata kami memanjang dan tidak bulat. Di antara kami ada yang mempunyai mata
memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar seperti mata rusa

Dawud: Bagaimana sebenarnya bentuk hakikimu seperti yang diciptakan Allah?


Jin: Bentuk kami seba-gaimana yang diciptakan Allah, tidaklah banyak perbe-zaannya dengan bentuk manusia. Memang ada juga perbezaan, tetapi sebahagian kecil saja. Kepala kami, misalnya, lebih besar sedikit berbanding tubuh kami. Mata kami memanjang dan tidak bulat seperti mata kamu. Di antara kami ada yang mempunyai mata memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar seperti mata rusa.

Dawud: Selama ini ada yang menganggap bahawa mata jin berwarna merah seperti api. Apakah benar begitu?

Jin: Tidak selamanya demikian. Mata kami, sebagai-mana mata manusia, berbagai-bagai bentuknya. Ada mata yang berwarna hitam, kuning, coklat tua, sama seperti mata manusia, wa-laupun hitamnya berbeza dengan hitamnya mata manusia. Walaupun mata kami hitam tetapi berwarna keputih-putihan. Munculnya anggapan sesetengah orang bahawa mata kami merah, mungkin saja disebab-kan pantulan sinar-sinar halus yang memancar dari sinar mata kami, yakni sinar yang berwarna kemerah-merahan. Mata kami sebenarnya tidak menakutkan bagi sesiapa pun yang memandangnya, malahan mata kami mengandungi keindahan. Adapun mengenai telinga kami, agak menyerupai telinga kuda, terutama dari segi bentuknya yang runcing. Ada pula di antara kami yang telinganya seperti telinga kucing. Oleh itu apabila kami ingin menyamar dalam bentuk haiwan, kami lebih menyukai menyamar menjadi kucing, kuda atau harimau. Hidung kami pula terletak di tengah-tengah wajah kami, sama seperti hidung manusia. Hanya saja hidung kami tidak mancung seperti hidung manusia. Hidung kami pesek dan bulat. Jin muslim biasanya memanjangkan janggutnya kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rambut kepala kami sangat tebal, terutama di kalangan wanita kami. Rambut kami juga agak kasar, ada juga di kalangan kami yang botak kepalanya. Rambut kaum wanita kami sangat panjang, dan merupakan lambang kecantikan di kalangan mereka. Sehingga rambut-rambut mereka mencecah tanah kerana panjangnya.

Dawud: Bagaimana tentang tangan dan kaki jin?


Jin: Tangan kami seperti tangan manusia. Cuma lengan dan kuku kami panjang sedikit. Lengan kami bila dibandingkan dengan tubuh kami, memang sangat panjang. Demikian pula kuku kami. Jari-jari kaki kami juga panjang-panjang, dan berbeza dengan kaki manusia dari segi letak tumit dan keruncingan jari-jarinya.

Dawud: Apa jin juga mempunyai tulang, jantung, organ pernafasan dan pencernaan?


Jin: Ya, sama seperti manusia, sekalipun tulang kami agak besar. Tetapi tulang kami lembut, yang tak dapat kamu bayangkan. Organ-organ tubuh kami yang lain kecil-kecil. Semuanya berfungsi sebagaimana tubuh manusia, tetapi kami tidak memerlukan oksigen untuk bernafas sebanyak yang di-perlukan manusia. Pencernaan kami juga berfungsi sebagaimana pencernaan manusia. Sisa pencernaan kami juga keluar dari lubang-lubang pencernaan seperti lubang pencernaan manusia, walaupun kotoran kami tidak berbentuk kasar, melainkan lebih menyerupai wap yang sangat-pekat. Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di kalangan manusia. Kami juga mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan mengeluarkan mani. Wanita kami juga seperti wanita di kalangan manusia. Mereka yang gadis mempunyai selaput dara yang pecah bila melakukan jimak pada hari pertama hubungan badan. Suatu bentuk kehidupan yang hampir sama dengan kehidupan manusia.
AIR KENCING, KOTORAN DAN ALAT KELAMIN JIN 
Air kencing kami juga berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya seperti air pancuran. Itulah sebabnya, ada syaitan yang boleh mengencingi telinga seorang Muslim yang ketika tidur tidak menyebut nama Allah, dan yang di malam harinya tak pernah berniat untuk melaksanakan kewajiban kepada Allah.

Dawud: Apakah jin mempunyai alat kelamin?


Jin: Sama seperti manusia. Hanya saja-kecil sedikit bila dibandingkan dengan yang ada pada manusia. Alat kelamin kami Sama seperti manusia. Hanya saja sedikit kecil bila dibandingkan dengan yang ada pada manusia. Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di kalangan manusia. Kami juga mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan mengeluarkan mani.

JIN BERTANDUK
 

Dawud: Nabi pernah bersabda, Sesungguhnya matahari terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula.Seterusnya baginda mengatakan, Janganlah kamu melakukan solat berdekatan dengan waktu, terbit dan tenggelam matahari. Sebab, ia terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula. Kalau demikian, apakah syaitan atau jin mempunyai tanduk dalam bentuk fizikal, ataukah ianya hanya merupakan kiasan saja?

Jin: Itu adalah ucapan Nabi Muhammad s.a.w. yang benar. Setiap jin mempunyai dua tanduk. Tetapi kedua tanduk tersebut sangat kecil bila dibandingkan dengan tubuh kami.

Dawud: Apakah itu bererti bahawa engkau juga mempunyai tanduk?

Jin: Ya, ya, akan tetapi sangat kecil, seperti huruf nun, kecil sekali, dan tidak banyak sebagaimana yang disangka manusia.

Dawud: Apakah tanduk iblis kecil atau besar?


Jin: Besar, sesuai dengan tubuh-nya. Iblis sangat tua usianya, jauh lebih tua daripada manusia yang pertama. Kami adalah makhluk-makhluk yang bertubuh lemah, seperti tubuh manusia yang mengalami proses kelemahan sesuai dengan semakin meningkatnya usia.

WARNA KULIT JIN

 

Dawud: Bagaimana pula dengan warna kulit jin?

Jin: Berbeza-beza seperti manusia. Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia yang berkulit hitam. Sebab kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warnanya serupa dengan warna kerbau. Hanya saja sangat tebal bulunya. Di antara kami ada pula bulu-bulunya yang lebih tebal. Juga ada yang berwarna putih dan merah. Subhanallah, banyak sekali warnanya.
PAKAIAN JIN 
Dawud: Apakah jin juga berpakaian?

Jin: Ya, ya...kami memakai pakaian yang berbeza-beza dan indah-indah. Kaum wanita di kalangan kami memakai pakaian yang sesuai dengan kewanitaannya, yakni yang Muslimah memakai kerudung atau penutup kepala seperti wanita di kalangan umat Islam. Manakala kaum lelaki di kalangan kami memakai pakaian sebagaimana lelaki di kalangan manusia. Sebahagian besar jin menyukai pakaian yang berwarna merah, kemudian kuning dan hitam. Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia yang berkulit hitam. Sebab, kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warnanya serupa dengan warna kerbau. Hanya saja sangat tebal bulunya. Di antara kami ada pula bulu-bulunya yang lebih tebal.
LIDAH JIN 
Dawud: Bagaimana dengan lidahmu yang sekarang berkata-kata ini, apakah ia betul-betul lidah, ataukah kamu berbicara dengan cara yang tidak kami ketahui?

Jin: Tidak, tidak. Ini betul-betul lidah dan tidak sekadar kiasan. Akan tetapi lidah kami sangat kecil. Dan kami juga mempunyai organ-organ seperti yang dimiliki manusia.
GIGI JIN 
Dawud: Apakah kamu juga mempunyai gigi?

Jin: Tentu saja. Hanya saja bila dibandingkan dengan tubuh kami, ianya terlalu panjang dan besar.

Dawud: Mengapa kami tidak dapat melihat jin?


Jin: Ya, wajar saja. Sebab, asal kami adalah api yang bersifat gas yang ringan; dalam keadaan yang bagaimanapun kami tetap dapat melihat.

Dawud: Maksudnya?


Jin: Ya, ketika kami menampakkan di dalam bentuk fizikal, atau dalam keadaan sihir, atau dalam keadaan apa saja, atau kerana kemahuan jin itu sendiri. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, kami pasti dapat dilihat.
KASUT DAN SELIPAR JIN 
Dawud: Apakah yang kamu pakai di kaki. Adakah kamu berjalan dengan kaki telanjang, atau memakai kasut atau selipar?

Jin: Ya,ya, ada sesuatu yang kami pakai. Tetapi berbeza antara jin Muslim dengan jin syaitan.
 

Dawud: Apa bezanya?

Jin: Kalau jin syaitan, dia memakai selipar di kaki kirinya, sedang kaki kanan-nya tidak pakai selipar.

Dawud: Kalau Muslim?


Jin: Tidak seperti itu. Alhamdulillah, aku memakai dua selipar di kedua belah kakiku.


Dawud: Terbuat dari apakah selipar kamu?

Jin: Terbuat daripada sejenis daun yang bernama Papirus.

Dawud: Daun Papirus biasa, ataukah daun yang biasa digunakan oleh Firaun untuk menulis, ataukah daun Papirus yang kamu tanam sendiri?


Jin: Tidak, ya daun Papirus yang itu juga. Akan tetapi biasanya sangat kecil, sehingga tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun.

JIN MASUK KE TUBUH MANUSIA


Jin: Biasanya kami masuk dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang berkenaan tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang membersihkan giginya. Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya menyukai tempat-tempat yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk melalui dubur.

Daud: Saya bertanya kepada sahabat saya dari bangsa jin itu. Apakah kami dapat melihat jin? Dan bagaimanakah caranya supaya kami dapat melihat jin?


Jin: Memang sebagai-mana yang difirmankan Allah, tidaklah dinafikan kemungkinan melihatnya. Pada prinsipnya memang manusia boleh melihat kami. Yang demikian itu adalah sesuatu yang wajar, yang sesuai dengan sifat tubuh kami yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Bagaimanapun kami diciptakan Allah untuk tidak boleh dilihat oleh manusia, tidak dapat didengar dan disentuh, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang sesuai dengan ilmu Allah. Misalnya Allah ingin memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya untuk menyaksikan dunia kami, sama ada yang ingin mempergunakan kami ataupun yang ingin kami peralat untuk kepentingan kami. Jadi boleh dilihat dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dawud: Apa yang kamu maksudkan dalam keadaan tertentu?


Jin: Yakni ketika kami menampakkan diri dalam bentuk yang boleh dilihat, atau dalam keadaan sihir, atau minum air sihir, atau kerana kemahuan jin itu sendiri yang ingin memperlihatkan dirinya kepada manusia. Di samping itu, dengan syarat-syarat tertentu, manusia boleh melihat kami. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menganugerahkan kepada kami suatu kemampuan untuk mengubah diri dalam berbagai bentuk. Air tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan jemputan untuk kenduri.


Dawud: Mengapa dalam keadaan-keadaan tertentu jin boleh dilihat manusia?

Jin: Akan saya jelaskan. Tetapi hendaknya engkau selalu ingat akan sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan, Barangsiapa yang melakukan sihir, maka dia telah kafir. Sedangkan biasanya jin dapat dilihat dalam keadaan sihir atau minum air sihir.

Dawud: Boleh engkau jelaskan dengan lebih terperinci lagi?


Jin: Ada orang yang menjual dirinya kepada syaitan, dengan berusaha menguasai orang lain untuk menghancurkan kehidupannya. Misalnya dengan membuat rugi perniagaannya, memikat isterinya atau membuat gelisah fikirannya sehingga tidak boleh tenang dan sukar tidur. Di antara mereka ada yang berbuat jahat dengan meminumkan air yang sudah diberi mantera dengan mantera-mantera syaitan kepada mangsanya. Ketika air itu sudah masuk ke tubuh orang itu, maka ia membentuk suatu kekuatan yang menarik syaitan-syaitan masuk ke dalam tubuhnya. Kalau sudah demikian keadaannya, maka orang itu seakan-akan merupakan lubang yang boleh dimasuki syaitan bila-bila masa.
AIR SIHIR 
Dawud: Mengapa boleh masuk, dan bagaimana caranya?

Jin: Air tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan jemputan untuk kenduri.

Dawud: Dari organ tubuh yang mana satu itu dia masuk?


Jin: Biasanya dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang berkenaan tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang membersihkan giginya. Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya menyukai tempat-tempat yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk melalui dubur.

Dawud: Lalu, dalam keadaan yang bagaimanakah manusia itu boleh melihat jin?


Jin: Boleh dilakukan melalui pengaruh air sihir, yang memberikan kemampuan kepada mata manusia untuk melihat kami. Pengaruh air sihir terhadap mata demikian hebat dan sukar untuk kamu bayangkan. Kegoncangan yang demikian hebat pada susunan fizikal orang yang tersihir inilah yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk melihat, mendengar dan memudahkan kami untuk mempengaruhinya.

Dawud: Bolehkah kamu jelaskan dengan lebih terperinci?


Jin: Saya berikan satu contoh. Kalau engkau memegang seketul batu, lalu melemparkannya sekuat-kuatnya, maka batu itu ketika melayang, akan lenyap dari pandanganmu. Kemudian kecepatannya akan sedikit melemah kerana adanya suatu daya graviti. Akhirnya perjalanan batu tersebut semakin lambat sehingga engkau dapat melihatnya kembali. Kamu tahu bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan seluruh makhlukNya sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, binatang dan benda-benda mati, terdiri daripada atom yang selalu bergerak. Akari tetapi kekuatan gerakannya berbeza satu sama lain. Maksudnya, Allah menciptakan jasad kami dari atom-atom yang bergerak dengan cepat, sedangkan manusia diciptakan dengan atom-atom yang sedikit lebih lambat. Kemudian sihir itu memberikan kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan yang biasa kepada atom-atom yang ada pada tubuh manusia. Dengan itu maka indera orang yang kena sihir itu dapat melihat kami sebagaimana wujud kami yang sebenarnya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan datukku mati dalam usia mendekati seribu tahun

UMUR JIN
 

Dawud: Jin khabarnya dianugerahi umur panjang. Berapa usia jin yang sebenarnya?

Jin: Di antara kami ada yang berusia tiga ribu tahun, ada yang empat ribu, lima ribu dan enam ribu tahun. Bahkan ada pula yang umurnya mencapai tujuh ribu tahun, walaupun bilangannya sedikit.

Dawud: Kalau engkau sendiri, berapa umurmu?


Jin: Aku masih muda. Usiaku seratus lapan puluh tahun, yang bila dinisbahkan kepada dunia jin, adalah usia remaja.


Dawud: Apakah ayahmu masih hidup?


Jin: Tidak, dia telah mati dalam suatu rampasan kuasa yang membabitkan dia dan tangan kanannya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan datukku mati ketika mencuba mencuri pendengaran yang ada di langit. Dia dikejar bola api yang dipanahkan dari atas langit, dan mati dalam usia mendekati seribu tahun.

Friday, April 20, 2012

Panahan Arjuna.. Mistika 23

Ini ada cerita dongeng alam jin yang aku saja nak bercerita untuk mengisi mAsa lapang korang..Kekeke walau pun blog ni boleh la dikatakan glamour gak tapi saja jer nak menghangatkan suasana. Anggap je la ini tayangan gambar temberang tahap gaban abad ini sebab aku tak suh pun korang pecaya. Daripada baca cerita Fasha Sandarkan Pada Kenangan nak kawin dengan Jejai baik baca cerita macam ni kan.. Lebih baik baca dari tgk cerita Sin Chan yang tak matured tu..

Ring..ring..Ring..telefon berbunyi..Sapa la pulak yang menelefon nih..Aku segera angkat kebetulan aku free waktu itu. Biasanya aku tidak akan melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali sebab aku risau dengan cerita ramai yang sedang menjadi spy menyiasat aku yang dikatakan ura ura kedengaran sebagai bomoh yang menyihir orang..kemudian orang yang disihir dipergunakan untuk kepentingan diri aku.. aku geli geleman dengar cerita dari mulut orang yang macam macam longkang nih. Ingat aku cari rezeki jadi bomoh ker?? Khaqqq Tuihhhhh.. Tak kuasa aku… Kerja aku mulia tau dengan cara yg halal.. .tapi xpelah sebab tak buat apa2 aku jwb gak lah ..mungkin ada rezeki kot menang peraduan apa2 ker..

Persoalannya..kenapa suka sangat masyarakat memandang serong terhadap orang orang yang seperti aku ni..apasal bila niat baik kita nak tolong org ni, selalu org anggap negatif? Aku hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa..Lama sudah aku diamkan so aku harap diaorg pun akan diam..rupanya macam macam berlaku. Itu la sebab bila terdengar deringan telefon dari nombor yang tidak dikenali aku tidak akan angkat..malAs dah nak melayan orang dengan cerita yang bukan bukan. 

MENANGIS TERESAK ESAK DI TELEFON

Ustaz..tolonglah saya ustaz..saya sudah tak tau nak buat apa sekarang ini..isteri saya dilarikan orang..saya kenal org yang bawak isteri saya lari tu..dia naik kereta. (Ni pun aku kurang berkenan gak. Aku bukan ustaz sebab tak belajar sampai Al-Azhar pun. Belajar kat Kolej Insaniah pun tak..Aku org biasa jer) Dulu isteri saya tak macam ni..ini tiba tiba saja ustaz..Tolonglah saya ustaz. Bergema suara tangisan teresak esak didalam telefon dari seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia telah dikenalkan pada aku oleh En Doraemon (bukan nama sebenar). 

Ini pun satu hal yang memeningkan kepala aku. Merayu rayu meminta tolong..kalau aku jawab begini; dah dah dah...pergi carik bomoh lain..aku dah penat dengan ini semua..apa agaknya yang akan dirasakan di dalam hati masing masing bila terdengar jawaban dari orang yang amat mengharapkan pertolongan seperti itu. Maka inilah keadaan aku setiap hari sehingga kadang kadang aku tak ada masa untuk berehat bersama keluarga. kepentingan org lain aku dulukan tanpa mengira penatnya.

Aku segera menasihatkannya supaya bersabar dan aku minta saudara yang menghubungi aku itu agar dapat datang menemui aku di teratak aku. Senang aku mendapatkan butiran butiran yang lebih tepat lagi untuk disiasat asal punca kejadian yang telah merenggut kasih syg dari seorang isteri yang amat dicintainya. Aku minta saudara tersebut datang membawa gambarnya supaya dapat aku kenali rupa wajahnya dan juga nama isterinya itu serta nama ibunya. Keesokkan harinya saudara tersebut hadir bersama rakan rakannya sekeluarga bersama sekeping gambar yang aku minta.

KENAPA HARUS BERBINTIKAN IBU BUKAN BAPA..?

Ramai dari kalangan kita yang sedia faham akan hal ini..kenapa kalau berubat hal hal mistik mesti orang tu minta namanya dan nama ibunya. Kenapa ..apa sebenarnya yang berlaku atau ada apakah rahsianya meminta nama si pesakit dan nama ibunya..Insyallah akan aku bukakan sebahagian rahsianya untuk pengetahuan umum sebagai jalan memahami perkara adat tersebut supaya ia tidak pula disesatkan atau dikhurafatkan pula kali ini setelah bermacam macam perkara kerohanian yang baik baik itu disalah ertikan dan di sesatkan sesetengahnya oleh sebahagian orang yang lain.
Tak salah mem binti kan dgn nama ibu sebab bila membaca talkin juga Rasulallah menganjurkan dibaca nama simati dengan berbinti kan dengan siibu. So korang rasa Rasulallah tu khurafat gak ker? Lu pikir la sendiri..

Selang dua hari kemudian datang seseorang muda tak muda tua pun tak tua sangat, umurnya ekitar 40an 50an agaknya memperkenalkan diri dengan nama Bobby ( bukan nama sebenarnya ) bersama teman2 nya lain.

MINYAK PENGASIH
Bobby memulakan ceritanya dari awal sehingga akhir mengenai kebaikan isterinya soal penjagaan makanan dan minuman serta tanggungjawab yang telah dilakukan oleh isterinya itu amat dihargai. Tetapi dia kesal dan amat terkejut semenjak akhir akhir ini apabila isterinya yang dipanggil 'sayang' itu telah mula bersikap keras dan garang terhadapnya. Kalau keras yang lain tu ok gak ni keras lain mcm..

Bab keras ni aku teringat cerita bini aku.. Dia kata ada seorg lelaki ni selalu mengeluh.. lalu kawan baiknya tanya lah naper mengeluh.. Lalu dengan selambernya dia jawab.. Susah la idup macam ni.. Minum minuman keras bini marah, masak nasi keras bini marah, kerja keras sampai tak ingat anak bini pun bini marah, Tuttt keras jer bini suka sebab yg tu kalau lembik bini marah.. sat sat, aku lost ntah kemana dah ni..

Isterinya itu bekerja di salah sebuah restoran berhampiran rumahnya dan apabila malam isterinya akan menyambung kerja jadi pembantu pasar tani pula. Berbekalkan paras rupa nya yang hampir mirip seperti mami itu agaknya jualan di gerai pasar tani rakannya laris. Pelanggan pula suka mengambil kesempatan bermanja manja dan akhirnya jatuh hati. Agaknya tak cukup dengan itu di minyakkan pula wanita yang digilainya lalu dibawa pergi. Begitulah nasib kaum ibu hari ini dan aku rasa memang dari dulu kaum bapa yang agaknya tak cukup makan itu mencari mangsanya di luar rumah.

Dengar khabarnya isteri si Bobby telah mula berjinak jinak gagak dengan salah seorang pelanggan restoran di tempat kerja semenjak 8 bulan yang lalu. tanggungjawabnya mula terabai, anak anak kecik di rumah yang mengharapkan belaian kasih seorang ibu kini tinggal berpampers masham. Ibunya lari dgn jantan haprak barunya walaupun sedar dirinya masih bersuami. Sudah dua minggu bang isteri saya tak pulang ke rumah. Tolonglah saya bang , tolonglah..rayunya dengan nada kasihan sekali (bila masa aku kawin dgn kakak dia pun aku tak tau. Aku belum sampai 4 series lagi dah dipanggilnya aku abang). tapi kali ini si Bobby sudah tidak menangis lagi seperti di dalam telefon kelmarin, malu agaknya dia sebab kami ramai yang mendengar kisahnya.

Aku sangka isterinya tidak disihir orang, rupa rupanya terkena juga tempias minyak pengasih dari seorang laki laki melalui bantuan orang asli di tempat sebelah Selangor. Ini aku tau selepas aku ambil gambar isterinya , nama isteri dan ibunya dan kemudian aku bacakan beberapa potong ayat munajatnya.

Kebetulan memang Puan Kuntum dan Encik Doraemon turut hadir..jadi aku minta izin pada suaminya agar Kak Tom jadi sarungnya. Suaminya mengizinkan dan dia memang mengharapkan beritanya melalui isterinya ketika itu. Aku sebenarnya bukannya tahu sangat tentang kisah alam alam mistik ni.. kalau tak kerana ada bantuan sarung seperti Kak Tom yang aku alami dulu masa tgk kawan aku ngubat. Saja jer aku try cara ni sebab selalunya aku zas terus jer.. mahkamah aku Pedang Hamzah jer senang.

ROHANIAH DIRI ISTERI MENANGIS

Entah macamana tetiba Kak Tom menangis teresak esak..aku tak cam entah bila ‘dia’ masuk… tau tau dah meleleh air matanya ke pipi. Aku beberapa kali cuba bertanya tapi diam je..tak berjawab langsung. Aku minta dia bercerita kenapa dia jadi begitu..tak lama kemudian keluar suara halus dari mulut Kak Tom ' aku terkena minyak pengasih panah arjuna...huhuhuhu'..terus menangis tak henti henti. Aku minta dia keluar dari sarung dan minta panggilkan ketua jin minyak pengasih yang menumpang di sarung isteri si Bobby.

Tidak berapa lama kemudian tubuh Kak Tom mengembang , kedua belah tangannya menggenggam pedang di kanan kirinya. Aku minta dia turunkan kedua belah pedangnya ke lantai dan segera dia berbuat demikian. ' Di sini bukan tempat untuk berpedang..ini tempat mesyuarat perundingan' aku berkata kepada si sarung Kak Tom. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Kalau nak berpedang, 2 – 3 pedang aku keluarkan, tak tertepis lak dia nanti.

Kalau ikut aku memang “A” sangat la kalau bab berperang ni. Namanya pun panglima perang. Tapi sebab hormat kat orang2 yg datang so kena sopan la beb.

KEMENYAN DAN GAMBAR

Segera aku minta En Doraemon menyalakan api bara untuk membakar kemenyan yang aku minta. Aku nak tunjukkan pada mereka fungsi kemenyan yang amat ditakuti oleh manusia kerana dikatakan makanan jin. Jangan takut dengan kemenyan, itu amalan orang tua tua dulu. Mereka tahu rahsianya. Kemenyan bukan khusus untuk beri makan jin , dalam rumah kita sendiri pun masih banyak lagi makanan jin contohnya tulang ikan, ayam, lembu korban yang tersimpan di dalam peti sejuk itu. Bukankah itu semua makanan jin...? Kemenyan ni kalau kita niatkan atau sengaja diguna untuk memberi makan jin maka mereka yang berkenaan akan datang lah. Itu pun kena tengok kemenyannya..biasanya bukan kemenyan wangi..kemenyan busuk yang selalu diguna..

Gambar isteri si Bobby aku cuba layur di atas bara yang berkepul asap kemenyannya. ' Aku katakan padanya, rasakan betapa sakitnya kalau gambar ini aku layur. Tidak berapa lama kemudian jin yang berada di sarung Kak Tom mengaduh kesakitan dan meminta ampun berkali kali..' ampunkan aku..ampunkan aku..aku berjanji tidak akan mengganggu lagi..aku akan keluar'' itu yang aku dengar dari Kak Tom. Aku terus campakkan gambar itu terus ke dalam dupa kemenyan dan terus terbakar..aku rasa mungkin jin tersebut hampir hangus terbakar tapi tidak mati..sebab niat aku bukan untuk membunuhnya sekadar mengingatkan saja. (Rentung sikit tu kira tahap member amaran la pada aku).

SOLAT TAUBAT DAN SOLAT TASBIH

Aku berpesan pada si Bobby supaya mendirikan solat taubat dan tasbih selama 40 malam untuk dirinya sendiri dan juga untuk isterinya supaya lembutlah hatinya selepas itu kerana isterinya bukan saja terkena palitan minyak pengasih tersebut tapi memang nafsu dirinya juga berkeinginan begitu. Sehingga akhirnya dia terjebak dengan pengaruh minyak pengasih yang sengaja di palitkan oleh kekasihnya. Kalau tak jalan lagi kita buat yg keras sikit mcm biasa baca yassin fadhilat ker, yassin 40 ker atau yg paling kemas yasin 7 mubin.. Kasi mati trus.

Aku jelaskan pada si Bobby, bahawa aku bukan punya kuasa menyembuh dan menghilangkan masalah keluarganya melainkan semua adalah kuasa Allah. terjadi peristiwa seperti itu barangkali adalah teguran' dariNya supaya lebih bersikap berhati hati dan lebih menunaikan hak tanggungjawab sebagai seorang suami jika benar masih menyayanginya. Aku minta supaya hidupkanlah susana beragama di dalam rumah dengan bacaan al quran dan solat berjemaah supaya tiada lagi gangguan datang walaupun hakikatnya ia datang dari Allah jua.

Masuk hari kedua ini aku belum mendapat apa apa jawaban dari si Bobby mengenai isterinya mungkin dia sedang berusaha untuk kembali ke jalan tuhannya menginsafi kekurangan dirinya sendiri yang selama ini lalai..Mudahan kita doakan si Bobby berjaya mendapatkan semula isterinya yang telah lari mengikut lelaki lain..dan jadikanlah ini sebagai pengajaran, kepada diri pembaca sekalian. Jangan hanya semata mata menyalahkan orang lain.lihatlah tiliklah diri sendiri..pasti ada kekurangan yang menyebabkan berlaku perkara seperti itu. Mesti ada..Mungkin anda telah curang dalam diam diam juga kepada isteri kalian..

Tuesday, April 10, 2012

Dunia Mistik - Mistika 21

Saya gemar berjalan ke pasar2 malam tengok barang-barang antik, nostalgia. Kalau berkenan akan membeli untuk kenangan. Tapi harga agak mahal, maklumlah antik. Pembuka botol F&N yang zaman dulu diikat dan digantung berdekatan peti ais besar atau pintu kedai, berharga RM10.00. Dulu mungkin 50 sen sahaja. Itulah nilainya antik.

Ada berbagai-bagai barang antik yang boleh dilihat-lihat kalau rajin merayau dan mempunyai masa yang banyak, sambil sesekali kedengaran lagu pop yehyeh dari pemain piring hitam yang juga popular di tahun-tahun 60?an dan 70?an. Peniaga-peniaga di situ juga nampaknya peramah dan sedia untuk menerangkan kalau kita bertanya.

Beberapa minggu lepas, saya bersama anak-anak saya ke satu dengan tujuan untuk memperkenalkan beberapa barang lama yang tak pernah mereka tahu dan tengok sebelum ini. Tiba di gerai yang menjual keris, anak saya yang sulung mencabut keris dari sarungnya dan buat-buat nak menikam adiknya. Gelak-gelak sambil main2. Saya tegur anak2 saya dan mintak diletakkan semuala. Kalau di zaman dulu mungkin dah kena pelempang sebab keris di zaman dulu dianggap sakti. Yang bertanya saya, "Dengan keris macam ini ke orang dulu2 nak lawan penjajah?" Saya diam seketika. Apa nak jawab? Akhirnya saya hanya mengangguk. Memang keris itulah yang digunakan untuk menentang Portugis, Belanda, British, Jepun, Siam, yang datang dengan senjata serba canggih. Saya berharap anak saya tak akan bertanya pasal "sakti". Konon ceritanya keris-keris ini boleh terbang, sakti dan berbagai lagi cerita karut penglipurlara, tapi mengapa boleh dijajah selama 400 tahun?

Begitu juga di Indonesia. Khabarnya pendekar, bomoh mereka hebat belaka ? dari tangan mereka keluar laser macam Ultraman. Khabarnya begitulah. Cerita kartunnya begitulah. Kalau benar begitu, mengapa boleh dijajah oleh Belanda selama 400 tahun? Tak bolehkah laser saja kapal Belanda? Ke mana perginya bomoh-bomoh handalan yang khabarnya boleh hilang dari pandangan, keris-keris boleh berterbangan di udara? Keranda boleh terbang, minum air sakti boleh kebal? Pakar-pakar santau yang boleh ?santau angin? atau ?santau secara online?? Kenapa pula Semenanjung Emas, Tanah Melayu, Malaya, berturut-turut kena takluk?

Kalau setahun dua tak mengapa, mungkin masa itu tak cukup kemenyan sebab kemenyan pun komoditi yang berharga. Tapi kalau dah sampai beratus tahun kena jajah, bukankah itu cerita kartun semata-mata. Mana perginya Puteri Gunung Ledang ke, orang bunian ke, Radin Galoh,  Wali Songo ke?.

Siapa yang membuat cerita tersebut agaknya. Saya rasa orang gila. Yang bercerita kurang siuman, yang percaya pun orang kurang akal. Kalau benar manusia boleh sakti begitu, nampaknya Rasulullah SAW tak payah keluar berperang. Kalau ada manusia yang boleh membuat keris terbang, tak payahlah Rasulullah menghayun pedang! Rasulullah pun terpaksa keluar berperang, memandai pulak bomoh buat cerita dari rumah sahaja boleh membunuh orang di seberang sana. Bunuh secara online.

Ingin saya meminta bomoh tersebut santaukan (bunuh secara online) pemimpin Israel, tentera Israel, pemimpin Amerika, askar Amerika, tentera Thailand yang bunuh ratusan umat Islam. Boleh? Dalam cerita kartun memang boleh, tak ada masalah. Di alam nyata, kalau percaya memanglah mengizinkan diri ditipu. Ditipu oleh bomoh penipu.

Baru-baru ini bila saya berkata begitu, seseorang menentang, "Kamu tak tahu, zaman Jepun dulu bom jatuh jadi nangka." Sudah millenium pun otak masih karat. Saya balas kembali, "Agaknya bomoh itu salah baca atau mungkin bomoh amatur. Zaman itu sangat perlukan beras, kenapa pula cuma nangka, kenapa tak beras, senjata api, duit Jepun?."

Suatu malam anak buah saya menceritakan pasal santau. Katanya telah keluar jarum, benang, kaca, dan entah apa-apa lagi dari badannya. Saya berkata, "Kalau ikut hukum akal, kamu dah mati kalau benda-benda itu berada dalam badan." Dia diam sahaja. Saya menambah, "Bosanlah, dari dulu asyik jarum, benang, kaca. Lain kali cuba minta pada bomoh tersebut supaya keluarkan emas, duit, handphone ke, kasut mahal ke?. Bosanlah? atau kurang-kurangnya jarum yang elok sikit, dari dulu asyik jarum karat saja?"

Dalam dunia artis pulak,  "kena santau" menjadi kebanggaan. Tak pernah kena santau tapi itulah yang diwarwarkan. Pelik atau tidak, benda karut begitu diwarwarkan, dihebohkan di media-media dan dipercayai oleh pembaca-pembaca atau peminat yang sealiran? Konon kalau disantau itu menunjukkan mereka popular sebab itu ada yang dengki dan menyantau. Lucunya...

Dan dulu pernah ada sseseorang yang berkawan dengan saya dan bila dah jauh dan ada sesuatu perkara berlaku maka dia pun menjauhkan diri. Bila sahabat lain bertanya kepadanya dia katakan saya pula yang pernah menyantau beliau hingga beliau jatuh sakit. Lawak tahap gaban betul lah. Kalau  saya nak menyantau pun baik saya santau pemimpin yahudi dengan askarnya sekali. Baik saya santau pemimpin politik yang saya tak suka sampai mati dari santau orang2 yang "mati pun xde sapa kisah" mcm dia.. Lemahnya pemikiran manusia..