Siapa yang tafsir Al-Quran dengan kepala otaknya sendiri (tanpa ilmu), maka telah tersedia padanya tiket masuk neraka. - Hadis Sahih
Sahabat nabi ada 124000 orang, yang mampu tafsir ialah 18 orang sahaja. Kita baru masuk universiti, dah terasa pandai hendak tafsir Al-Quran. Pandai sangat mengeluarkan hujah dari Al-Quran dengan kepala otak sendiri.
Sa’id bin Zaid (antara golongan 10) yang berkata, bahawa Rasulullah bersabda “10 orang di syurga iaitu 1-Abu Bakar di syurga, 2-Umar di syurga 3-Uthman di syurga, 4-Ali 5-azZubair di syurga 6-Talhah di syurga 7-Abdurrahman bin Auf di syurga 8-Abu Ubaidah di syurga 9-Saad bin Abi Waqas di syurga”, kemudian beliau (Said bin Zaid) diam dari menyebut yang kesepuluh, dan apabila ditanya dia memberitahu bahawa dia (Said bin Zaid termasuk didalam 10)- Riwayat atTirmizi. Ambillah pengajaran dari akhlak sahabat-sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga :
1. Abu Bakar As-Siddiq
Abu Bakar As-Siddiq r.a adalah khalifah pertama setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah. Kemana pun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko.
Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, kerana ia tahu betul keagungan akhlak Rasulullah. Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mikraj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah sebagai As-Siddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.
2. Umar bin Al-Khattab
Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai seorang yang hebat, garang, ganas dan gemar mabuk. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.
Umar memeluk islam setelah mendengar surah Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan tentangan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat. Saat Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam jangka waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan mengambil berat akan rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak mengimamkan solat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah. Dan celakalah Abu Lukluk kerana membunuh salah seorang sahabat kesayangan Rasulallah.
3. Uthman bin Affan
Uthman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur’an. Uthman bin Affan masuk islam melalui ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelar Dzun Nur ‘Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummi Kalsum. Uthman dikenal sebagai saudagar yang kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Saat bersedia menghadapi perang Tabuk, Uthman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapkan menjadi 1000. Uthman wafat pada tahun 35H atau 655M.
4. Ali bin Abi Thalib
Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam dari golongan kanak-kanak. Beliau adalah seorang yang paling rapat dengan nabi. Ali terkenal sebagai seorang yang sangat berani, ahli perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi menganggap Nabi masih berada di dalam rumah.
Ali wafat pada tahun 40 Hijrah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah solat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menjawat jawatan khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Iraq. Celakalah juga sampai bila2 Abdurrahman yang membunuh teman rapat Nabi.
5. Thalhah bin Abdullah
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy. Semasa perang Uhud, Thalhah ikut serta. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada tahun 36 H atau 656 M. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal.
6. Zubeir bin Awwam
Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun al-awwalun). Usianya saat itu baru berumur 15 tahun. Pembelaannya terhadap islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah tinggal dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Ia selalu berada di gbarisan hadapan saat jihad di kumandangkan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan.
Beliau sangat dicintai Rasulullah. Saat terjadi perseteruan di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun memihak kepada yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya.
Zubeir ditikam ketika sedang menghadap Allah, ia wafat pada tahun 36H atau 656M.
7. Saad bin Abi Waqqas
Saad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika ia memanah musuh dalam sebuah peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan ia ikuti.
Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum. Dengan harapan, Saad kembali ke ajaran nenek moyangka mere. Namun, hampir sang ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Saad. Ia tidak dapat menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.
Pada zaman khalifah Umar bin Khatab, Sa’ad diangkat sebagai panglima tentera di Iraq yang bertugas mengatur pemerintahan dan peperangan. Saad wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M). Ia di makamkan di tanah Baqi’
8. Said bin Zaid
Said adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk islam bersama-sama isterinya, Fatimah binti Al-Khattab, adik perempuan Umar bin Khattab. Said membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmat kepada islam. Ketika memeluk islam usianya belum genap 20 tahun.
Said turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Ia juga turut bersama kaum muslimin mencabut singgahsana Kisra Persia. Said pernah diperintahkan Rasulullah mengintai pergerakan musuh. Ia wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi’ Madinah.
9. Abdurrahman bin ‘Auf
Abdurrahman bin ‘Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Ia termasuk diantara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah hasil dari perniagaannya. Namun begitu kekayaanya tidak membuat ia lupa diri, ia selalu menafkahkan hartanya dijalan Allah. Bahkan saat ia diberitakan Rasulullah bahawa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40000 dirham perak, 40000 dirham emas, 500 ekor kuda perang, dan 1500 ekor unta beliau sumbangkan untuk perjuangan Islam.Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Ia wafat pada umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi’
10. Abu ‘Ubaidah bin Jarrah
Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu ‘Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu ‘Ubaidah,” begitu kata Rasulullah. Abu ‘Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam hidupnya.
Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Siddiq pada awal kerasulan nabi Muhammad SAW. Ia beberapa kali diberi kepercayaan oleh Rasulallah memimpin peperangan. Ia wafat pada tahun 18H atau 639M.
No comments:
Post a Comment