Wednesday, April 25, 2012

Sheikh Siti Jenar - Wali Kesepuluh..


Pada tahun 244H atau 858 M, hidup seorang sufi besar yaitu Al-Husain Ibnu Manshur al-Hallaj. dan perkembangan pemikiran Islam yang cukup dinamis terjadi di Baghdad, dari kesekian banyak sajak-sajaknya tentang kecintaan kepada Allah salah satu yang sajak Al-Hallaj yang kemudian menjadi kontroversi yang pada akhirnya beliau di jatuhi hukuman mati dan dicincang tubuhnya oleh tentara kerajaan Baghdad.

Ucapan yang sangat terkenal dan sering kali dia ucapkan adalah " Ana al-Haq " dan sajaknya :
Aku adalah Engkau, tanpa ragu
Mahasuci Dikau,mahasuci daku
Tauhid-Mu adalah tauhidku
Memaksiati-Mu adalah memaksiati ku
Membuat marah-Mu adalah membuat marah ku
Dan Ampunan-Mu adalah ampunanku

Menurut sesetengah sejarahwan sajak itu adalah bentuk kecintaannya yang hakiki kepada sang Pencipta, ia itu Allah SWT. Dan diantara rangkain sajak nya yang lain :
Kukagumi diri-Mu dan Diriku
Wahai harapan yang selalu berharap
kaudekatkan daku dari-MU
sampai kukira Engkaulah daku
dan kuhilang dalam temu
sampai kau fanakan aku dari diriku.

Adalah satu fahaman kefanaan yang dirasakan oleh para sufi seperti rasa cinta yang Rabiatul Adawiyah sering lafazkan didalam solat beliau. Tetapi dari beberapa sajak dan ungkapan beliau itulah yang kemudian disalah tafsirkan sebagai bentuk penyimpangan syariat karena al-Hallaj menganggap dirinya adalah Allah.


Peristiwa yang sama juga berlaku di tanah Jawa dengan perwatakan  Syekh Siti Jenar. Sheikh Siti Jenar (juga dikenal dalam banyak nama lain, antara lain Sitibrit, Lemahbang, dan Lemah Abang) adalah seorang tokoh yang dianggap sebagai sufi dan salah seorang penyebar agama Islam di Pulau Jawa. Tidak ada yang mengetahui secara pasti asal-usulnya. Terdapat banyak variasi cerita mengenai asal-usul Sheikh Siti Jenar. Namun begitu ingin saya maklumkan bahawa sekiranya ajarannya dapat diperhalusi dan diterima oleh walisongo maka kita takkan mendengar perkata walisongo hari ini kerana beliau akan menjadi wali yang kesepuluhnya.

Sebahagian umat Islam menganggapnya sesat kerana ajarannya yang terkenal, iaitu Manunggaling Kawula Gusti. Akan tetapi, sebahagian yang lain menganggap bahwa Sheikh Siti Jenar adalah seorang intelektual yang telah memperoleh esensi Islam itu sendiri. Ajaran-ajarannya terserlah dalam karya sastranya yang disebut pupuh. Ajaran yang sangat mulia dari Sheikh Siti Jenar adalah budi pekerti.

Sheikh Siti Jenar mengembangkan ajaran cara hidup sufi yang dinilai bertentangan dengan ajaran Walisongo. Pertentangan praktik sufi Sheikh Siti Jenar dengan Walisongo terletak pada penekanan aspek formal ketentuan syariah yang dilakukan oleh Walisongo.

Konsep dan ajaran

Ajaran Sheikh Siti Jenar yang paling kontroversi berkait dengan konsepnya tentang hidup dan mati, Tuhan dan kebebasan, serta tempat berlakunya syariat tersebut. Sheikh Siti Jenar memandang bahwa kehidupan manusia di dunia ini disebut sebagai kematian. Sebaliknya, apa yang disebut umum sebagai kematian, justeru disebut sebagai awal dari kehidupan yang hakiki dan abadi olehnya.

Sebagai konsekuensinya, kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat dikenai hukum yang bersifat keduniawian, misalnya hukum negara, tetapi tidak termasuk hukum syariat peribadatan sebagaimana yang ditentukan oleh syariah. Menurut ulama pada masa itu yang memahami inti ajaran Sheikh Siti Jenar, manusia di dunia ini tidak harus memenuhi rukun Islam yang lima, iaitu syahadat, solat, puasa, zakat, dan haji. Baginya, syariah baru akan berlaku setelah manusia menjalani kehidupan pasca kematian. Sheikh Siti Jenar juga berpendapat bahwa Allah itu ada dalam dirinya, iaitu di dalam budi. Pemahaman inilah yang dipropagandakan oleh para ulama pada masa itu, mirip dengan konsep Al-Hallaj (tokoh sufi Islam yang dihukum mati pada awal sejarah perkembangan Islam, kira-kira pada abad ke-9 Masehi) tentang hulul yang berkaitan dengan kesamaan sifat Tuhan dan manusia.

Dimana seharusnya pemahaman ketauhidan merangkumi empat tahap, iaitu:
  • Syariat, dengan menjalankan hukum-hukum agama seperti solat, zakat, dan lain-lain,
  • Tarekat, dengan melakukan amalan-amalan seperti wirid, zikir dalam waktu dan hitungan tertentu,
  • Hakikat, di mana hakikat dari manusia dan kesejatian hidup akan ditemukan, dan
  • Makrifat, kecintaan kepada Allah dengan makna seluas-luasnya.
Bukan bererti bahawa setelah memasuki tahapan-tahapan tersebut, maka tahapan di bawahnya ditiadakan. Pemahaman inilah yang kurang dimengerti oleh para ulama pada masa itu tentang ilmu tasawuf yang disampaikan oleh Sheikh Siti Jenar. Ilmu yang baru difahami ratusan tahun setelah wafatnya Sheikh Siti Jenar. Para ulama khuatir adanya salah fahaman dalam menerima ajaran yang disampaikan oleh Sheikh Siti Jenar kepada masyarakat awam di mana pada masa itu ajaran Islam yang harus disampaikan seharusnya masih pada tingkatan syariat, sedangkan ajaran Sheikh Siti Jenar telah jauh memasuki tahap hakekat, bahkan makrifat kepada Allah. Oleh kerana itu, ajaran yang disampaikan oleh Sheikh Siti Jenar hanya dapat dibendung dengan label sesat.

Semasa hayatnya Sheikh Siti Jenar merasa malu apabila harus memperdebatkan masalah agama. Alasannya sederhana, iaitu dalam agama apa pun, setiap pemeluknya sebenarnya menyembah zat Yang Maha Kuasa, hanya saja masing-masing menyembah dengan menyebut nama yang berbeza dan menjalankan ajaran dengan cara yang belum tentu sama. Oleh kerana itu, masing-masing pemeluk agama tidak perlu saling berdebat untuk mendapat pengakuan bahwa agama yang dianutnya adalah yang paling benar.

Sheikh Siti Jenar juga mengajarkan agar seseorang dapat lebih mengutamakan prinsip ikhlas dalam menjalankan ibadah. Orang yang beribadah dengan mengharapkan syurga atau pahala bererti belum bisa disebut ikhlas.

Manunggaling Kawula Gusti

Dalam ajarannya ini, penyokongnya berpendapat bahwa Sheikh Siti Jenar tidak pernah menyebut dirinya sebagai Tuhan. Manunggaling Kawula Gusti diertikan bukan bercampurnya Tuhan dengan makhluk-Nya, melainkan bahwa Sang Pencipta adalah tempat kembali semua makhluk dan dengan kembali kepada Tuhannya, manusia telah bersatu dengan Tuhannya.
Dalam ajarannya pula, Manunggaling Kawula Gusti bermakna bahwa di dalam diri manusia terdapat roh yang berasal dari roh Tuhan sesuai dengan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang penciptaan manusia:

Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh-Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya." Surah. Shaad: 71-72

Dengan demikian ruh manusia (bermakna ruh milik Allah) menyembah penciptanya dihadapannya yang dalam erti kata lain bertemu (bersatu). Perbezaan penafsiran ayat Al-Quran dari para murid Sheikh Siti inilah yang menimbulkan polemik bahwa di dalam tubuh manusia bersemayam ruh Tuhan, iaitu polemik fahaman Manunggaling Kawula Gusti.

Pengertian Zadhab

Dalam kondisi manusia moden seperti saat ini, sering ditemui manusia yang mengalami zadhab atau kegilaan atau mabuk cinta yang berlebihan terhadap Allah. Mereka belajar tentang bagaimana Allah bekerja sehingga ketika keinginannya sudah lebur terhadap kehendak Allah, maka yang ada dalam fikirannya hanyalah Allah. Di sekelilingnya tidak nampak yang lain, kecuali hanya Allah yang berkehendak.

Setiap kejadian adalah kehendak Allah terhadap hambanya. Dan inilah yang dibimbangkan kerana apabila tidak ada guru yang mursyid yang berpedoman pada Al Quran dan Hadis maka hamba ini akan keluar dari semua aturan yang telah ditetapkan Allah untuk manusia. Kerana hamba ini akan mudah terpengaruh dengan syaitan. Semakin tinggi tingkat keimanannya maka semakin tinggi juga syaitan menyesatkannya.

Hamamayu Hayuning Bawana

Prinsip ini bererti memakmurkan bumi. Ini mirip dengan kehendak Islam, iaitu rahmatan lil 'alamin. Seseorang dianggap muslim salah satunya apabila dia mendatangkan manfaat kepada masyarakat, bukannya menciptakan kerosakan di muka bumi.

Kontroversi

Kontroversi yang lebih hebat muncul mengenai hal-ehwal kematian Sheikh Siti Jenar. Ajarannya yang amat kontroversi itu telah mendatangkan kegelisahan kepada Kesultanan Demak. Di sisi kekuasaan, Kesultanan Demak khuatir ajaran ini akan berakhir dengan pemberontakan kerana salah satu murid Sheikh Siti Jenar, Ki Ageng Pengging atau Ki Kebokenanga adalah keturunan pembesar Majapahit sama seperti Raden Patah dan mengakibatkan konflik di antara keduanya.

Dari sisi agama Islam, Walisongo yang menjadi tunjang kekuasaan Kesultanan Demak khuatir ajaran ini akan terus berkembang sehingga menyebarkan kesesatan di kalangan umat Islam. Kegelisahan ini membuat mereka merencanakan suatu tindakan bagi Sheikh Siti Jenar untuk segera datang menghadap kehadapan Kesultanan Demak.

Pengiriman utusan Sheikh Dumbo dan Pangeran Bayat ternyata tidak cukup untuk membuat Siti Jenar memenuhi panggilan untuk datang menghadap Kesultanan Demak hingga konon akhirnya para Walisongo sendirilah yang datang ke Desa Krendhasawa di mana perguruan Sheikh Siti Jenar berada.

Para wali dan pihak kerajaan sepakat untuk menjatuhkan hukuman mati bagi Sheikh Siti Jenar dengan tuduhan telah membangkang kepada raja. Maka berangkatlah lima wali yang diusulkan oleh Sheikh Maulana Maghribi ke Desa Krendhasawa. Kelima wali itu adalah Sunan Bonang, Sunan Kalijaga, Pangeran Modang, Sunan Kudus, dan Sunan Geseng.

Sesampainya di sana terjadi perdebatan dan adu ilmu antara kelima wali tersebut dengan Sheikh Siti Jenar. Menurut Sheikh Siti Jenar, kelima wali tersebut tidak perlu bersusah payah membunuhnya kerana beliau boleh meminum tirta marta (air kehidupan) sendiri. Ia dapat menuju kehidupan yang hakiki jika memang ajalnya serta qadak dan qadarnya begitu.

Tidak lama kemudian, terbujurlah jenazah Sheikh Siti Jenar di hadapan kelima wali. Ketika hal ini diketahui oleh murid-muridnya, serentak keempat muridnya yang pandai iaitu Ki Bisono, Ki Donoboyo, Ki Chantulo dan Ki Pringgoboyo ikut mengakhiri kematiannya dengan cara yang misterius seperti yang dilakukan oleh gurunya di hadapan para wali.

Makam Sheikh Siti Jenar di Demak


Kisah Sebelum kematian

Terdapat kisah yang menyebutkan bahwa ketika jenazah Sheikh Siti Jenar disemayamkan di Masjid Demak menjelang solat Isya semerbak bunga dan cahaya memancar dari jenazahnya. Jenazah Sheikh Siti Jenar sendiri selanjutnya dimakamkan di bawah Masjid Demak oleh para wali. Pendapat lain mengatakan ia dimakamkan di Masjid Mantingan, Jepara, dengan nama lain.

Setelah tersiar berita kematian Sheikh Siti Jenar banyak muridnya yang mengikuti jejak gurunya untuk menuju kehidupan yang hakiki. Antara lain Kiai Lonthang dari Semarang, Ki Kebo Kenanga dan Ki Ageng Tingkir.

Kontroversi yang lain adalah bahawa kemungkinan besar Sheikh Siti Jenar adalah salah satu tokoh Islam yang dengan segala kebijaksanaannya telah dapat mengadaptasi Islam dengan pegangan ajaran Hindu dan Budha yang menjadi pegangan bangsa Indonesia sehingga dapat dilihat dengan jelas bagaimana nilai daripada kehidupan dan kesejatian manusia dengan penciptanya yang ada dalam Bhagawad Gita berpadu dengan nilai yang diajarkan Al-Quran.

Hal ini tidak mustahil kerana dengan tingkatan kerohanian dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Sheikh Siti Jenar beliau mampu melakukan penghormatan kepada adat dan budaya masyarakat dan melestarikan nilai kebenaran yang diwariskan, menyerap agama baru dan melakukan penyesuaian nilai agar dapat diterima oleh seluruh bangsa sehingga menjadi berkah masyarakat keseluruhannya

Kalau para wali songo dengan pola gerakan yang lebih kepada keduniawian berusaha mengadopsi konsep Dewata Nawa Sanga agama Hindu yang mereka personifikasikan ke dalam Wali Songo untuk mengubah pandangan masyarakat Hindu dan membelokkan kepada Islam pun dalam penggunaan wayang kulit  seperti Mahabharata / Brathayudha dan Ramayana untuk membantu penyebaran agama Islam dengan melakukan sisipan sisipan ke dalamnya.

Namun Sheikh Siti Jenar mengadaptasi nilai yang terkandung yang memang sudah ada di masyarakat Hindu dan Budha pada zaman keemasan nusantara sehingga nilai kombinasi yang diperkenalkannya kepada masyarakat terbukti sangat sesuai hingga saat ini. Terbukti bahawa daerah seperti Jogjakarta adalah salah satu daerah dengan kewujudan budaya yang sangat tinggi dan pranata sosial yang sangat beradab sebagai hasil penerapan konsep Hindu Budha dari manusia terdahulu dengan nilai Islam sebagai budaya serapan baru.

6 comments:

Anonymous said...

cialis cialis

Anonymous said...

[url=http://acheterviagrageneriquefrance.com/]achat viagra[/url] vente viagra
[url=http://viagraachetergenerique.net/]achat viagra[/url] commander viagra france
[url=http://comprarviagragenericoes.net/]viagra generico[/url] comprar viagra por internet

Anonymous said...

vente cialis acheter cialis

Anonymous said...

comprar cialis cialis generico

Anonymous said...

comprar cialis comprar cialis

Anonymous said...

R wave mm in V RS ratio in V Progressive decrease in R wave height across the precordial leads Right axis deviation is often present.vertebrae Backbones.A. [url=http://bestmedrxfor.com]isotret[/url] Ekman took pictures of his graduate students making a variety of different facial expressions sadness happiness surprise and fear.A scab is a crust.rsick sinus syndrome ventricular tachycardia AV block rapid supraventricular tachycardia Obstruction of blood flow e.Some decay very quickly and have a halflife of only a few microseconds or less. [url=http://buyinderalrxus.com]order propranolol uk[/url] And most women are not able to have an orgasm by vaginal sex alone.Movement DisordersWhat causes the immune system to no longer tell the difference between healthy body tissues and antigens is unknown.The main risk factor is advanced age.Even if the body did have mechanisms for using heat to perform work the amount of work it could obtain in this way would be small. [url=http://somarx.net]levitra foro[/url] Diabetes mellitusimpaired glucose tolerance a.List and explain laboratory tests clinical procedures and abbreviations relevant to the digestive system.when terms are spelled correctly they can be misunderstood because of incorrect pronunciation. [url=http://drugsn.com]kamagra 100 without prescription[/url] Quality control of programmes across the UK has not yet been addressed.General characteristicsB.This drug basically inhibits orgasms which delays ejaculation.CBC reveals a WBC count of mm Hgb. [url=http://clomiphenecitrate50mgmen.com]clomid for sale[/url] Coldblooded animals such as frogs snakes and lizards do not need lung surfactants for breathing.He visited Italy Africa India and New Guinea studying bubonic plague leprosy malaria rabies and exotic fevers in humans and livestock.