Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka diaorg je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu ataupun tahu tapi buat2 tak tahu sebab diaorg ingat kalau diaorg buat2 tak tahu Allah pun akan anggap diaorg tak tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan hamba ni untuk korang ambik tau n teladan. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah. Hamba bukan nak tunjuk pandai tapi sekadar berkongsi dan menyampaikan ilmu yang pernah hamba terima.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppss hamba sebut khinzir lembut sikit). Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... 10 kandang lembu pada yang kafir untungnya berkali ganda. Bagi yang islam dosanya juga berkali ganda la...potonglah kuku anda.
Kebenarannya..
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kebersihn sebagaimana yg dituntut oleh islam dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan itu untuk beristinjak.
Orang Islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepalasebab dah dihijab atau dihalang oleh benda2 kotor ni.. Takkan korang pun nak apa yg keluar dari bontot korang masuk lak dalam perut anak2 kan..
Percayalah.... Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Maklumat Saintifik
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli sebutannnya ikoli bukan coli yer... Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Nak bunuh dia kenalah masuk dalam air yang capai tahap mendidih atau lebih dari 100 darjah Celcius.. Sanggup korang nak rebus jari jemari yang lembut licin tu dalam air menggelegak? tentu tak sanggup kan.. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga, korek bontot pastu cium dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali R.A sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di;
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada;
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarangnya kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Cara memakai cincin iini adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala. tapi kalau berniat nak ikut sunnah tapi buat cara yang salah, usahkan dapat pahala. Lebih dosa je lagi yang korang dapat. Buat apa kan...
Adab Memotong Kuku
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak sabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadis pun... Ibn Daqiq Al-'Led telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh Imam Al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan sama ada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
Wallah huaklam..
No comments:
Post a Comment