Showing posts with label yassin. Show all posts
Showing posts with label yassin. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Mirror.. mirror... on the wall.... - Mistika 31



Saat semua sedang sibuk membuat menunggu kedatangan Ramadhan tahun lepas saya juga begitu sibuk di menjalani latihan tentera di sana sini tak berhenti. Maklumlah kesibukan masa selalu membataskan saya untuk selalu mengembara dan meneroka kealam lain yang tak tecapai dek jangkaun mata kita. Namun ingatan dan doa tidak pernah berhenti utk ahli keluarga saya yang sering terpaksa saya tinggalkan demi tugas. Kasih kepada mereka sebenarnya sentiasa berbekas dihati dan tidak pernah akan pudar dan padam. Walau apapun tingkah laku mereka…

So di masa yang berbaki sebelum solat jumaat hari ini teringin juga saya menyambung cerita rekaan fiksyen tahap gaban yang saya reka sendiri dengan tujuan untuk menjadi bahan bacaan santai para pembaca blog saya yang budiman agar dapat menjadi tauladan dan pedoman di hari muka.

Ceritanya bermula begini… tapi bukan dengan ayat pada zaman dahulu ya..Saya menerima menerima kunjungan salah seorang anak buah saya yang terpaksa ditumpangkan sementara dari Kuantan yang dah lama saya tak jumpa. Kami bercerita mengenai perkembangan masing2 sampailah beliau menyuarakan meminta pertolongan melihat keadaan neneknya yang katanya sudah lama menderita sakit selain keuzuran sebagai orang tua. Badannya tidaklah setua mana tetapi yang menjadi masalahnya ialah neneknya selalu meracau sehingga kadang2 menghilangkan diri sebelum balik semula kerumah. Walau satu kampong membantu mencari tetapi tetap tak dapat berjumpa dengannya. Bukan mengatakan nenknya belajar ilmu salah tetapi bagai ada sesuatu yang tak kena dengan neneknya. Pasti luruh hati seorang cucu melihat keadaan orang yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati menderita seperti itu. Maka dengan rendah diri dia memohon pertolongan kepada saya.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya bantu kerana saya bukanlah seorang perawat pro. Setitis ilmu merawat pun saya tak ada sebab saya hanyalah panglima perang. Saya cuba melihat keadaan neneknya di dalam pandangan saya apakah sebenarnya yang berlaku. Saya mengambil wuduk dan memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan urusan saya sambil membaca beberapa teknik sebagai pembukaan jalan pertolongan Allah.

Pandangan saya dibawa ke sebuah rumah di sebuah perkampungan. Sekeliling rumah dikekelilingi dengan pokok kelapa sawit laksana felda lagaknya. Saya melihat seorang wanita tua yang uzur terbujur dan terbaring kaku di pembaringan. Namun matanya terbeliak memandang ke atas. Apabila saya dekatinya, dia tersenyum dan tersengih dengan pandangan yang seram dan sinis. Rambutnya putih beruban mengerbang dan menampakkan giginya yang runcing dan tajam. Matanya hitam dia bangun dan duduk memandang saya. Usianya anggaran seperti 70an dan masih bertenaga lagi. Cuma kulitnya sahaja yang Nampak seakan sudah kedut seribu. Tangan dan tubuhnya sudah tidak banyak daging.

Ada makhluk hitam yang besar berbulu seluruh badannya disisinya. Dia sentiasa memegang tali dan tongkat dikanan dan kirinya. Sesekali pandangan sinisnya memandang saya dan tersengih sengih mungkin menunjukkan kekuasaannya. Tiada dialog antara kami dan saya hanya mendimkan diri. Badannya penuh dengan duri-duri dan seakan jarum-jarum emas. Saya masih tertanya ilmu apakah ini sebenarnya yang terpenjara dalam tubuh nenek tua itu. Jika dilihat rohaniahnya sebenarnya sedang menderita kesakitan. Dikurung dan diikat kaki dan tangannya seperti seorang tawanan dan hamba abdi kepada jin dan syaitan ini. Saya mengundurkan diri dan pulang kembali ke alam nyata.

Saya menghubungi kembali sahabat saya itu dan memintanya solat hajat dan dihadiahkan untuk neneknya dan minta dia untuk membaca yassin 7 mubin dengan caranya sekali. Selain itu saya minta dia untuk perbanyakkan membaca fatihah dan 3 Qul dan dihadiahkan kepada neneknya sebagaimana yang diajar oleh guru saya Tuan Haji Ismail Benut. Selain diberikan air yang telah dibacakan ayat2 syifa sekiranya mampu diberi minum. Saya sendiri sebenarnya tidak pasti adakah itu akan membantu neneknya nanti. Pada malam yang dijanjikan sekali lagi saya juga duduk bermeditasi setelah turut membacakan yassin 7 mubin untuk ditujukan pada neneknya. Saya kembali lagi ke rumah tersebut. Kali ini nenek tua itu tidak ada, yang ada makhluk hitam besar dan berbulu yang berada disampingnya. Berlakulah sedikit perbualan antara kami. 

Saya : Assalammualaikum

Makhluk Hitam : hmm..hmmmmm 

Dia tidak menjawab soalan saya hanya berdehem dan mengelengkan kepalanya. Menandakan dia tidak mampu menjawab salam itu dan menunjukkan dia bukan beragama islam.Saya pun menyambung perbualan saya

Saya: selamat malam

Makhluk hitam : Selamat Malam 

Kedengaran suaranya agak kasar menjawab. Dalam kegelapan suasana itu saya sebenarnya tidak dapat melihat matanya kerana semuanya berwarna hitam dan besar serta tidak berapa jelas.

Saya: Sudah lamakah kamu disini sebenarnya

Makhluk Hitam : Sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Dia adalah aku dan aku ada lah dia.

Saya tersenyum mendengar kata-katanya.

Saya :Masakan mungkin kamu adalah dia dan dia adalah kamu. Kamu sudah memperdayakan dirinya dan menahan rohaniahnya sebagai hamba abdi kamu selama ini. Dan kamu masih menyeksakan jasadnya ini..

Makhluk Hitam : Inilah perjanjian kami dan harganya.

Makhluk tersebut tersenyum dan menyeringai.

Saya: Baiklah begini saya datang ingin memohon agar kamu bekerjasama. Sudikah kiranya kamu melepaskan dia dan saya berikan kamu pampasan dan gantiruginya.

Makhluk Hitam : Apa yang boleh kamu berikan.

Kelihatan seakan-akan dia memberikan kerjasama dan berminat dengan tawaran yang cuba saya berikan. Ketika itu saya tidak terfikir tentang nenek tua yang saya nampak sebelum ini. Setelah dia bersetuju dengan syarat dan pampas an saya kepadanya, saya pun meminta dia pulang ke tempat asalnya dan kelihatan seperti dia sudah pulang ke tempatnya. Maka bagi saya perkara ini sudah berakhir. Keesokkan harinya saya menelefon semula sahabat saya ini dan bertanya keadaan neneknya. Katanya neneknya seperti meracau-racau dan memanggil namanya meminta dan merayu pertolongan. Pada hemat saya masalah ini mungkin lebih panjang lagi kisahnya.

Entah bagaimana saya tertidur tengahari ahad itu. Mungkin keletihan melayan anak saya bermain selain memikirkan apakah jalan dan caranya. Saya meminta sahabat itu untuk terus bersolat hajat dan cukupkan bacaan yassin 7 mubin untuk neneknya. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana lagi untuk membantunya kerana cubaan kali pertama malam semalam gagal. 

Tiba-tiba saya rasakan pandangan saya dibawa ke suatu tempat seperti di dalam sebuah bilik yang besar dan mengandungi perabot lama seperti dalam filem hitam putih zaman P.Ramlee dulu. Saya melihat ada seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 20 an sedang berdandan di hadapan cermin. Rambutnya disanggul rapi dan bibirnya dioles dengan perwarna bibir berwarna merah. Almari soleknya berwarna hitam dan terdapat beberapa laci. Saya ternampak sanggulnya berwarna kuning keemasan mungkin tembaga yang disalut dan dia memakai kebaya. Dia melihat wajahnya dicermin dan tersenyum puas melihat keindahan wajahnya. Tapi sebenarnya terdapat makhluk hitam yang saya jumpa sebentar tapi seperti membelai-belai wajahnya. Kadang makhluk itu menjilat seluruh tubuhnya membuatkan saya terasa sedikit jijik. Jika manusia tahulah dengan siapakah mereka lakukan perjanjian dan sejijik manakah perbuatan itu pasti mereka tidak akan terjebak dengan perbuatan seperti ini.

Tiba-tiba saya tersedar bila anak kecil saya merengek meminta susu. Ketika itu saya menghubungi guru saya Datuk Raden Sandhi secara ghaib dan meminta bantuannnya untuk menangani masalah sahabat saya ini. Mujurlah guru saya sudi membantu kerana cucu nya ini ingin membantu sahabat yang sedang bermasalah itu. Setelah kami berbual dan berbincang Datuk raden juga cuba mencari di dalam pandangannya apakah sebenarnya masalahnya. Mengapa kaedah pertama itu gagal sedangkan makhluk itu telah berjanji untuk pulang.

“Cucu, datuk melihat kiranya masih ada barang yang menjadi perantara dalam perjanjian tersebut. “ Kata datuk raden.“Barang? Apakah barang tersebut wahai datuk?” Saya pun termangu-mangu apakah sebenarnya yang menjadi perantaranya.

“Rasanya seperti cucuk sanggul. Cubalah cucu melihat sendiri dalam pandangan kamu adakah seperti apa yang aku nampak ketika ini?”

Saya teringat gambaran yang saya nampak sebelum ini tentang seorang wanita muda yang bercucuk sanggul dan almari solek berwarna hitam. Saya bertanya pada Datuk raden adakah benar seperti yang saya mimpikan itu. Saya pun menceritakan ciri-cirinya. Datuk raden terus berkata “Benar jua apa ilham yang didatangkan dalam mimpi mu itu cucuku”.. Saya pun menghubungi sahabat saya dan memintanya mencari barang yang dimaksudkan itu. Sahabat saya itu mengiyakan dirumah lama neneknya memang terdapat meja solek lama berwarna hitam. Keesokkanya sahabat tersebut menghubungi saya dan mengatakan dia sudah jumpa cucuk sanggul yang dimaksudkan itu. Cucuk Sanggul itu akan dibawa pulang ke Penang ini dan satu pertempuran baru akan bermula.


Macam biasa setelah mendapat barang yang disebutkan oleh guru saya tersebut maka saya pun memulakan acara kunci mengunci makhluk yang menjaga barang tersebut. Apabila scanning dengan 7 skala rector saya lakukan maka sah lah nenek sahabat saya ini sewaktu mudanya telah berjumpa seseorang yang mengamalkan ilmu hitam dan beliau meminta bomoh tersebut agar dirinya sentiasa cantik dimata orang. Dengan dibekalkan cucuk sanggul tersebut maka nenek itu pun mendapatlah apa yg beliau idamkan berserta dengan bonus sekali.. jin hitam mcm beruk untuk dibela dan akibatnya memakan diri nya sendiri.

Nak dipendekkan cerita berlaku lah pertempuran antara saya bersama rijalul ghaib dan bodyguard2 saya dengan makhluk buruk, huduh mcm tungkik tu dan terjadilah penyembelihan, penyincangan dan siat lapah semua skali beserta penanaman di sana sini oleh rijalul ghaib yang sentiasa berjuang dengan saya melawan ancaman jin dan syitan ke atas manusia yang tak pernah berhenti itu samapai hari kiamat. Akhirnya cucuk sanggul yang membawa malapetaka kepada sahabat saya itu saya rendam dengan air garam kasar yang dicampur dalam air yg telah dibacakan ayat pemusnah sihir dan ayat melebur syaitan dan jin lalu saya bawa naik feri pulau pinang dan terjun lah ia ke laut semasa feri betul2 berada di tengah-tengah Selat Melaka. Berakhir la riwayat dan gah nya syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia itu. Mcm mana dia nak merubah rupa nenek tua supaya cantik sedangkan dia sendiri huduh, berbulu, mcm monyet serta busuk hanyir. Kadang2 saya tak faham dengan manusia yang tak pernah bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah telah berikan dan masih tak puas dengan keadaan dirinya sendiri. Sedangkan kalau difikirkan apabila bangun dari tidur dipagi hari sejuta kesyukuran yang kita panjatkan kerana kemurahan Allah meminjamkan masanya untuk kita hidup lagi sehari dan meminjamkan kita untuk menikmati udara segar yang mengisi jantung dan paru2 kita yang menjadikan kita dapat hidup di dunia yang sementara ini

Friday, April 20, 2012

Panahan Arjuna.. Mistika 23

Ini ada cerita dongeng alam jin yang aku saja nak bercerita untuk mengisi mAsa lapang korang..Kekeke walau pun blog ni boleh la dikatakan glamour gak tapi saja jer nak menghangatkan suasana. Anggap je la ini tayangan gambar temberang tahap gaban abad ini sebab aku tak suh pun korang pecaya. Daripada baca cerita Fasha Sandarkan Pada Kenangan nak kawin dengan Jejai baik baca cerita macam ni kan.. Lebih baik baca dari tgk cerita Sin Chan yang tak matured tu..

Ring..ring..Ring..telefon berbunyi..Sapa la pulak yang menelefon nih..Aku segera angkat kebetulan aku free waktu itu. Biasanya aku tidak akan melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali sebab aku risau dengan cerita ramai yang sedang menjadi spy menyiasat aku yang dikatakan ura ura kedengaran sebagai bomoh yang menyihir orang..kemudian orang yang disihir dipergunakan untuk kepentingan diri aku.. aku geli geleman dengar cerita dari mulut orang yang macam macam longkang nih. Ingat aku cari rezeki jadi bomoh ker?? Khaqqq Tuihhhhh.. Tak kuasa aku… Kerja aku mulia tau dengan cara yg halal.. .tapi xpelah sebab tak buat apa2 aku jwb gak lah ..mungkin ada rezeki kot menang peraduan apa2 ker..

Persoalannya..kenapa suka sangat masyarakat memandang serong terhadap orang orang yang seperti aku ni..apasal bila niat baik kita nak tolong org ni, selalu org anggap negatif? Aku hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa..Lama sudah aku diamkan so aku harap diaorg pun akan diam..rupanya macam macam berlaku. Itu la sebab bila terdengar deringan telefon dari nombor yang tidak dikenali aku tidak akan angkat..malAs dah nak melayan orang dengan cerita yang bukan bukan. 

MENANGIS TERESAK ESAK DI TELEFON

Ustaz..tolonglah saya ustaz..saya sudah tak tau nak buat apa sekarang ini..isteri saya dilarikan orang..saya kenal org yang bawak isteri saya lari tu..dia naik kereta. (Ni pun aku kurang berkenan gak. Aku bukan ustaz sebab tak belajar sampai Al-Azhar pun. Belajar kat Kolej Insaniah pun tak..Aku org biasa jer) Dulu isteri saya tak macam ni..ini tiba tiba saja ustaz..Tolonglah saya ustaz. Bergema suara tangisan teresak esak didalam telefon dari seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia telah dikenalkan pada aku oleh En Doraemon (bukan nama sebenar). 

Ini pun satu hal yang memeningkan kepala aku. Merayu rayu meminta tolong..kalau aku jawab begini; dah dah dah...pergi carik bomoh lain..aku dah penat dengan ini semua..apa agaknya yang akan dirasakan di dalam hati masing masing bila terdengar jawaban dari orang yang amat mengharapkan pertolongan seperti itu. Maka inilah keadaan aku setiap hari sehingga kadang kadang aku tak ada masa untuk berehat bersama keluarga. kepentingan org lain aku dulukan tanpa mengira penatnya.

Aku segera menasihatkannya supaya bersabar dan aku minta saudara yang menghubungi aku itu agar dapat datang menemui aku di teratak aku. Senang aku mendapatkan butiran butiran yang lebih tepat lagi untuk disiasat asal punca kejadian yang telah merenggut kasih syg dari seorang isteri yang amat dicintainya. Aku minta saudara tersebut datang membawa gambarnya supaya dapat aku kenali rupa wajahnya dan juga nama isterinya itu serta nama ibunya. Keesokkan harinya saudara tersebut hadir bersama rakan rakannya sekeluarga bersama sekeping gambar yang aku minta.

KENAPA HARUS BERBINTIKAN IBU BUKAN BAPA..?

Ramai dari kalangan kita yang sedia faham akan hal ini..kenapa kalau berubat hal hal mistik mesti orang tu minta namanya dan nama ibunya. Kenapa ..apa sebenarnya yang berlaku atau ada apakah rahsianya meminta nama si pesakit dan nama ibunya..Insyallah akan aku bukakan sebahagian rahsianya untuk pengetahuan umum sebagai jalan memahami perkara adat tersebut supaya ia tidak pula disesatkan atau dikhurafatkan pula kali ini setelah bermacam macam perkara kerohanian yang baik baik itu disalah ertikan dan di sesatkan sesetengahnya oleh sebahagian orang yang lain.
Tak salah mem binti kan dgn nama ibu sebab bila membaca talkin juga Rasulallah menganjurkan dibaca nama simati dengan berbinti kan dengan siibu. So korang rasa Rasulallah tu khurafat gak ker? Lu pikir la sendiri..

Selang dua hari kemudian datang seseorang muda tak muda tua pun tak tua sangat, umurnya ekitar 40an 50an agaknya memperkenalkan diri dengan nama Bobby ( bukan nama sebenarnya ) bersama teman2 nya lain.

MINYAK PENGASIH
Bobby memulakan ceritanya dari awal sehingga akhir mengenai kebaikan isterinya soal penjagaan makanan dan minuman serta tanggungjawab yang telah dilakukan oleh isterinya itu amat dihargai. Tetapi dia kesal dan amat terkejut semenjak akhir akhir ini apabila isterinya yang dipanggil 'sayang' itu telah mula bersikap keras dan garang terhadapnya. Kalau keras yang lain tu ok gak ni keras lain mcm..

Bab keras ni aku teringat cerita bini aku.. Dia kata ada seorg lelaki ni selalu mengeluh.. lalu kawan baiknya tanya lah naper mengeluh.. Lalu dengan selambernya dia jawab.. Susah la idup macam ni.. Minum minuman keras bini marah, masak nasi keras bini marah, kerja keras sampai tak ingat anak bini pun bini marah, Tuttt keras jer bini suka sebab yg tu kalau lembik bini marah.. sat sat, aku lost ntah kemana dah ni..

Isterinya itu bekerja di salah sebuah restoran berhampiran rumahnya dan apabila malam isterinya akan menyambung kerja jadi pembantu pasar tani pula. Berbekalkan paras rupa nya yang hampir mirip seperti mami itu agaknya jualan di gerai pasar tani rakannya laris. Pelanggan pula suka mengambil kesempatan bermanja manja dan akhirnya jatuh hati. Agaknya tak cukup dengan itu di minyakkan pula wanita yang digilainya lalu dibawa pergi. Begitulah nasib kaum ibu hari ini dan aku rasa memang dari dulu kaum bapa yang agaknya tak cukup makan itu mencari mangsanya di luar rumah.

Dengar khabarnya isteri si Bobby telah mula berjinak jinak gagak dengan salah seorang pelanggan restoran di tempat kerja semenjak 8 bulan yang lalu. tanggungjawabnya mula terabai, anak anak kecik di rumah yang mengharapkan belaian kasih seorang ibu kini tinggal berpampers masham. Ibunya lari dgn jantan haprak barunya walaupun sedar dirinya masih bersuami. Sudah dua minggu bang isteri saya tak pulang ke rumah. Tolonglah saya bang , tolonglah..rayunya dengan nada kasihan sekali (bila masa aku kawin dgn kakak dia pun aku tak tau. Aku belum sampai 4 series lagi dah dipanggilnya aku abang). tapi kali ini si Bobby sudah tidak menangis lagi seperti di dalam telefon kelmarin, malu agaknya dia sebab kami ramai yang mendengar kisahnya.

Aku sangka isterinya tidak disihir orang, rupa rupanya terkena juga tempias minyak pengasih dari seorang laki laki melalui bantuan orang asli di tempat sebelah Selangor. Ini aku tau selepas aku ambil gambar isterinya , nama isteri dan ibunya dan kemudian aku bacakan beberapa potong ayat munajatnya.

Kebetulan memang Puan Kuntum dan Encik Doraemon turut hadir..jadi aku minta izin pada suaminya agar Kak Tom jadi sarungnya. Suaminya mengizinkan dan dia memang mengharapkan beritanya melalui isterinya ketika itu. Aku sebenarnya bukannya tahu sangat tentang kisah alam alam mistik ni.. kalau tak kerana ada bantuan sarung seperti Kak Tom yang aku alami dulu masa tgk kawan aku ngubat. Saja jer aku try cara ni sebab selalunya aku zas terus jer.. mahkamah aku Pedang Hamzah jer senang.

ROHANIAH DIRI ISTERI MENANGIS

Entah macamana tetiba Kak Tom menangis teresak esak..aku tak cam entah bila ‘dia’ masuk… tau tau dah meleleh air matanya ke pipi. Aku beberapa kali cuba bertanya tapi diam je..tak berjawab langsung. Aku minta dia bercerita kenapa dia jadi begitu..tak lama kemudian keluar suara halus dari mulut Kak Tom ' aku terkena minyak pengasih panah arjuna...huhuhuhu'..terus menangis tak henti henti. Aku minta dia keluar dari sarung dan minta panggilkan ketua jin minyak pengasih yang menumpang di sarung isteri si Bobby.

Tidak berapa lama kemudian tubuh Kak Tom mengembang , kedua belah tangannya menggenggam pedang di kanan kirinya. Aku minta dia turunkan kedua belah pedangnya ke lantai dan segera dia berbuat demikian. ' Di sini bukan tempat untuk berpedang..ini tempat mesyuarat perundingan' aku berkata kepada si sarung Kak Tom. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Kalau nak berpedang, 2 – 3 pedang aku keluarkan, tak tertepis lak dia nanti.

Kalau ikut aku memang “A” sangat la kalau bab berperang ni. Namanya pun panglima perang. Tapi sebab hormat kat orang2 yg datang so kena sopan la beb.

KEMENYAN DAN GAMBAR

Segera aku minta En Doraemon menyalakan api bara untuk membakar kemenyan yang aku minta. Aku nak tunjukkan pada mereka fungsi kemenyan yang amat ditakuti oleh manusia kerana dikatakan makanan jin. Jangan takut dengan kemenyan, itu amalan orang tua tua dulu. Mereka tahu rahsianya. Kemenyan bukan khusus untuk beri makan jin , dalam rumah kita sendiri pun masih banyak lagi makanan jin contohnya tulang ikan, ayam, lembu korban yang tersimpan di dalam peti sejuk itu. Bukankah itu semua makanan jin...? Kemenyan ni kalau kita niatkan atau sengaja diguna untuk memberi makan jin maka mereka yang berkenaan akan datang lah. Itu pun kena tengok kemenyannya..biasanya bukan kemenyan wangi..kemenyan busuk yang selalu diguna..

Gambar isteri si Bobby aku cuba layur di atas bara yang berkepul asap kemenyannya. ' Aku katakan padanya, rasakan betapa sakitnya kalau gambar ini aku layur. Tidak berapa lama kemudian jin yang berada di sarung Kak Tom mengaduh kesakitan dan meminta ampun berkali kali..' ampunkan aku..ampunkan aku..aku berjanji tidak akan mengganggu lagi..aku akan keluar'' itu yang aku dengar dari Kak Tom. Aku terus campakkan gambar itu terus ke dalam dupa kemenyan dan terus terbakar..aku rasa mungkin jin tersebut hampir hangus terbakar tapi tidak mati..sebab niat aku bukan untuk membunuhnya sekadar mengingatkan saja. (Rentung sikit tu kira tahap member amaran la pada aku).

SOLAT TAUBAT DAN SOLAT TASBIH

Aku berpesan pada si Bobby supaya mendirikan solat taubat dan tasbih selama 40 malam untuk dirinya sendiri dan juga untuk isterinya supaya lembutlah hatinya selepas itu kerana isterinya bukan saja terkena palitan minyak pengasih tersebut tapi memang nafsu dirinya juga berkeinginan begitu. Sehingga akhirnya dia terjebak dengan pengaruh minyak pengasih yang sengaja di palitkan oleh kekasihnya. Kalau tak jalan lagi kita buat yg keras sikit mcm biasa baca yassin fadhilat ker, yassin 40 ker atau yg paling kemas yasin 7 mubin.. Kasi mati trus.

Aku jelaskan pada si Bobby, bahawa aku bukan punya kuasa menyembuh dan menghilangkan masalah keluarganya melainkan semua adalah kuasa Allah. terjadi peristiwa seperti itu barangkali adalah teguran' dariNya supaya lebih bersikap berhati hati dan lebih menunaikan hak tanggungjawab sebagai seorang suami jika benar masih menyayanginya. Aku minta supaya hidupkanlah susana beragama di dalam rumah dengan bacaan al quran dan solat berjemaah supaya tiada lagi gangguan datang walaupun hakikatnya ia datang dari Allah jua.

Masuk hari kedua ini aku belum mendapat apa apa jawaban dari si Bobby mengenai isterinya mungkin dia sedang berusaha untuk kembali ke jalan tuhannya menginsafi kekurangan dirinya sendiri yang selama ini lalai..Mudahan kita doakan si Bobby berjaya mendapatkan semula isterinya yang telah lari mengikut lelaki lain..dan jadikanlah ini sebagai pengajaran, kepada diri pembaca sekalian. Jangan hanya semata mata menyalahkan orang lain.lihatlah tiliklah diri sendiri..pasti ada kekurangan yang menyebabkan berlaku perkara seperti itu. Mesti ada..Mungkin anda telah curang dalam diam diam juga kepada isteri kalian..

Tuesday, April 10, 2012

Khadam Keris - Mistika 22

Suatu petang...di sebuah restoran bersama seorang Ustaz dan seorang rakan lain... Ustaz membaca sesuatu...kemudian perla- han-lahan menarik keris yang panjangnya hampir sekaki...itu keluar dari sarungnya... Dengan warna keris serta sarungnya yang kehitaman cukup jelas menunjukkan ia adalah keris tua...atau keris lama... Saya teruja dengan bentuk dan ukirannya ....memang 'cantik'... Tambahan pula saya memang minat mengumpul senjata2 org melayu.. Saya kumpul untuk tatapan generasi akan datang agar tak luput ditelan zaman..

Keris itu diberi pada rakan tadi oleh guru ilmu kebatinannya sebelum gurunya itu meninggal dunia beberapa tahun lalu... Ketika itu...keris tadi diikat kain merah tapi rakan itu sudah membukanya...

Beberapa malam kemudiannya...rakan itu bermimpi keris itu berpusing atas lantai...lalu
terbang ke udara... Tiba-tiba keris itu menjunam turun...dan terpacak ke tanah... Kalau di ikut dari petua ikat kain juga mimpi rakan tadi...ia menunjukkan keris itu adalah jenis keris terbang...
...atau dengan istilah 'sains jin'nya...keris yang jin bawa-terbang... Oleh kerana jinnya tak nampak...maka ia disebut keris-terbang... Saya memang tak nak campur.. biarkanlah itu urusan ustaz dan sahabat saya tadi..

Beberapa lama kemudian...ada satu benda seperti semut menembusi kulit rakan tadi dan ma-
suk ke dalam rusuk kanannya... Maka bermulalah satu kepanasan dan kesakitan dalam bahagian rusuk tersebut selama berbulan lamanya...hingga ke tahap rakan itu rasa berputus asa dan tak lama lagi akan mati... Siang malam ia kesakitan...dan ke mana-mana
berubat ternyata tak berkesan...

Itulah yang menyebabkan rakan itu berpindah kerja ke tempat lain...semata-mata nak cari perawat kesakitannya... Baru dua tiga hari kami satu tempat kerja...kebetulan rakan itu menceritakan hal tersebut kepada saya...

Kerana melihat ia tak ada pilihan lain...saya tawarkan untuk berubat dengan ustaz...lagi pun kami dah jadi rakan sekerja... Dari rusuk...'semut' itu 'lari' ke belakang...kemudian 'lari' ke dalam perut...tak lama rakan itu merasa sesuatu mendidih dalam perutnya.

Agak liat 'semut' itu nak ditangkap...maka saya memberi rakan itu ayat2 rukyah dan syifa untuk diamalkan... Rawatan itu dengan beberapa rawatan susulan hanya sekadar membuat rakan itu merasa lebih sihat dan bersemangat dari sebelumnya namun ada ketikanya semut itu masih datang hinggalah rakan itu mengambil ijazah dengan ustaz tersebut...

Namun sejak kebelakangan ini...'semut' itu mula mengganas semula...tambahan pula rakan
itu mula meninggalkan amalannya... Bukan saja rakan itu..malah anak lelakinya juga mengalami panas badan pada masa-masa tertentu terutamanya diwaktu malam...menun jukkan ada jin yang cuba meresap dalam badan..

Rakan itu mula merasakan ia ada kaitan dengan keris tadi... Pernah ia tertinggal keris itu di rumah lamanya yang ditumpang tinggal oleh seorang saudara isterinya...ternyata...ketika ditinggalkan kosong...jiran-jiran memberitahu ada benda berkeliaran dalam rumah itu...juga ketika menjelang waktu tengah malam.

Dalam diam rakan tadi mengambil keris itu dan tiada lagi gangguan di dalamnya... Ketika Ustaz mencabut keris itu dari sarungnya...rakan itu merasa bulu romanya meremang....

Menurut Ustaz khadamnya adalah seekor jin kafir bersaiz besar... Rakan itu menyatakan hasratnya untuk melepaskan terus keris itu... "Kau mau simpan.." tanya Ustaz kepada sa-
ya... ".xper la Ustaz..." saya menolak...terbayang dalam fikiran kalau dapat simpan best ni tambah koleksi.. Tapi x mau la tunjukkan gelojoh depan ustaz... tapi saya sempat amati kerja2 seni di keris tersebut dan mungkin bila ada kesempatan nanti boleh saya ukir keris2 saya agar cantik seperti keris itu. ...tapi saya tahu Ustaz sekadar bergurau kerana keris itu perlu dibawanya untuk tujuan rawatan rakan tadi...

Maka keris itu Ustaz bawa balik...dan juga akan merawat rakan tadi... Saya pernah mendengar cerita setempat...bagaimana keris yang diikat kain merah berdiri dengan sarungnya sekali... atas meja ketika seseorang mengintai ke dalam rumah melalui jendela... Bukan susah pun nak dirikan keris, tapi dengan sarungnya saya tak pandai la.

Kalau hebat ceritanya...tentu hebat juga bakal padah menyimpannya... Sebaik saja sampai rumah petang itu...saya mula sakit kepala... Memang patut pun..oleh kerana saya mengatur
perjumpaan rakan itu dengan Ustaz..menjadikan saya sasaran serang marah jin keris tersebut. Saya buatlah apa yg patut dan berdesir larinya jin tu balik ke tempat asalnya. Saya biarkan dia bersenang lenang dulu. Lepas solat hajat n baca yassin 7 mubin baru la saya berperang dgn jin tu.. baru syok..

Tiba-tiba...Assalamu alaikum...rakan itu datang. Nampaknya rakan itu agak terdesak...ia terus saja menyatakan niatnya nak minta dirawat... Ketika Ustaz membawa keris itu pulang..pada masa yang sama...'semut' di badan rakan itu juga hilang...tapi keesokannya...'semut' itu datang balik. Tentu 'semut' itu 'tak berminat' dengan si Ustaz...

Kemudian benda itu hilang datang..tapi ada perkara baru...rakan itu mula merasakan angin sejuk masuk dari hujung jari-jari kakinya hingga ke paras bawah lutut... Ia perkara serius...jin itu sudah mula cuba masuk merasuk rakan tadi..tapi masih dalam proses cuba menguasai tubuhnya...

Ia seperti kisah seorang ibu lepas melahirkan anak..apabila angin sejuk itu mula meresapi tubuhnya dari arah kaki...ia mula kerasukan jin jantan berserban jubah... Nampaknya jin itu sudah memilih tubuh rakan tadi sebagai rumahnya..yalah..kalau dengan keris tu nak buat apa...bukannya boleh dimakan... Tapi kalau penyimpan keris itu mangsa mudah...mu-
ngkin juga jin keris itu akan berpindah tuan...

Ketika rakan itu datang...'semut' itu berdiam pada bahagian belakangnya....menimbulkan rasa panas dan sakit... Dengan izin Allah...mudah pula kali ini ia ditarik keluar...saya berjanji akan memberitahu rakan itu sekiranya ustaz datang ke ke sini... Maklumlah saya ni bukan pengamal perubatan mcm ustaz tu, ilmu yang ada pun tak setara mana lagi.. so kita serahkanlah pada yang pakar.. Kalau ikut saya sendiri dengan yassin fadhilat jer n ayat2 rukyah sambil tambat jin tu dengan shahadah, mampus lah dia... tapi tu cara saya, bukan cara ustaz...