Friday, April 20, 2012

Hantu raya Beraya..

Ceita dari seorang teman untuk iktibar semua..
Hajjah Rumiah bukan nama sebenar adalah salah seorang isteri seorang tuan guru yang hidup selama hampir 90an tahun umurnya, Saya tuliskan kisahnya berdasarkan peristiwanya yang berlaku di zaman saya baru sahaja mendirikan rumatangga 2002M lalu. Saya dah tua baru kawin, lambat sikit begitulah suratan takdir.

Saya amat mengenali Hajjah Rumiah sebagai salah seorang ibu yang amat penyayang kepada anak anaknya yang seramai enam atau tujuh orang itu. Allahyarhamah sangat mesra dan mudah didekati walau di mana jua dia berada, mesti ada saja orang yang ditegur atau disapa oleh orang lain.

Allahyarhamah seorang yang sangat mengambil berat kebajikan sanak saudaranya tak kira di mana kampungnya dia akan pergi ke sana jika terdengar sanak saudaranya sakit, kematian, kenduri kendara dan apa juga majlis kebaikan dia akan ditemui dimajlis apa pun. memang Allahyarhamah sangat suka berkawan dengan orang kampung sekitar. Saya rasa tak ada seorang pun yang tidak mengenalinya kalau sebutkan saja namanya. Apalagi dirinya menumpang tuah suaminya sebagai salah seorang tuan guru yang amat dihormati diseluruh kampung malah di seluruh negeri waktu itu.

Saya belum pernah lihat dia tidak datang kenduri ke rumah sanak saudaranya walaupun kenduri itu cuma kenduri pulut kuninglah senang cerita. Kalau dia ada dalam majlis gotong royong sambil duduk itu riuh rendah dengan cerita yang macam macamlah. Ada yang sedih, ada yang marah kalau dengar cerita darinya. Ada yang takut, kalau dia cerita pasal benda benda tak nampak nih. Allahyarhamah semasa hidup sebenar boleh boleh sikit. Dialah dukun bayi, bidan orang bersalin, tukang urut ibu mengandung, kaki terkehel ke apa ke semua dia boleh. Mungkin dia pernah belajar dulunya dengan sesiapa masa muda muda dulu. ramai yang datang urutkan isteri , anak kecil, bayi masa Allahyarhamahnya ada.

Rumahnya sentiasa saja ada tetamu , kalau kebetulan ramai, riuh rendahlah rumahnya dengan majlis sembang menyembang sambil tangannya mengurut. Memang dia seorang yang sangat suka bersembang masa hidupnya. Ada saja cerita yang dibawa dari satu topik ke topik yang lain. Pendek cerita tak jemulah pendengarnya yang setia. Ada juga pendengarnya yang tak setia, kalau dah balik dikata pula dengan orang yang tak suka dengannya.. macam macam cerita orang hidup nih.

Allahyarhamah akhirnya jatuh sakit kena stroke kalau tak salah saya , beliau terlantar dipangkinnya selama hampir 5 tahun. Anak anak semua duduk k.l, tak ada yang duduk rumah kampung kecuali sorang saja. jadi anak anak yg di k.l berpakat carikan pembantu dari Indonesia untuk membantunya waktu mandi dan keperluannya yang lain. Waktu itulah saya mula terdengar kisah seram yang diceritakan sendiri oleh Allahyarhamah pada saya pada satu ketika saya menziarahinya.

HANTU RAYA SERING MENGUSIK .

Allahyarhamah cakap, dia sering didatangi hantu raya waktu malam atau waktu sepi tak ada orang. Dia sendiri sering ketakutan sehingga tidak dapat tidur jika didatangi oleh hantu hantu seram itu. Saya pernah cuba cuba kononnya jadi tok moh ler dengan menuliskan ayat kursi di sehelai kertas dan saya tampalkan di dinding sebelah tempat tidurnya. Dia kata semenjak ditampal ayat kursi tu kurang lah sikit gangguannya tapi masih ada. memandai mandai saya tu menjadi le juga. Memang saya tak tau apa apa , cuma atas rasa simpati saya cuba reka rekakan mana tahu dapat membantunya, tapi tanpa pengetahuan suaminya lah. Sebab waktu saya datang ziarah tu hanya ada dia dan pembantunya saja.

Ada orang kata Allahyarhamah bela saka , ada yang kata Allahyarhamah memang bela hantu raya. Saya pun tak tahulah yang mana benar. Tapi cuba ikuti cerita ini mana tahu ada sesapa yang boleh berikan andaian berdasarkan pengalaman diri masing masing. Saya alu alukan komen mengenainya.

Cukup 5 tahun Allahyarhamahnya sakit akhirnya rohnya kembali ke hadrat Allah swt dengan meninggalkan suatu peristiwa yang agak menyayat hati. Saya pun tak sangka apa yang berlaku itu terjadi ke atas dirinya yang memang dikenali ramai masa hidupnya.

MUNTAH TAHI HITAM.

Menurut kisah yang sampai di telinga kanan kiri saya sewaktu Allahyarhamah menempuh siksaan sakaratul maut, Allahyarhamah telah memuntahkan beberapa gelas cairan hitam yang amat meloyakan baunya dan teramatlah busuk baunya. Sehingga ada yang terpaksa menutup hidung tercium bau muntahan hitam pekat itu. Kalau mengikut kisah yang saya dengar muntahan itu hampir empat atau lima gelas semuanya.

Selepas muntahan itu berakhir , tidak lama selepas itu Allahyarhamah menjerit dengan satu jeritan luar biasa sama sekali. Allahyarhamah menjerit dua kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua anak anak yang hadir ketika Allahyarhamah nazak sebenarnya amat terkejut dengan peristiwa yang berlaku. teramat azab dan menghinakan kisah sakaratnya sehingga mengundang serbu tanda tanya pada yang hadir termasuk anak beranaknya. jeritan yang kedua pula agak lemah dari jeritan yang pertama. Selepas habis jeritan kedua itulah rohnya keluar dan mengakhiri zaman kehidupannya sebagai seorang manusia yang peramah da manis muka.

Saya sedar apa sebenarnya yang telah berlaku, sebenarnya Allahyarhamah itu semasa hidup amat suka menceritakan perihal suaminya kepada orang lain. Dia seolah olah amat membenci suaminya jika suami tiada di sisinya. tapi kalau suaminya ada baik pula dia. begitu juga halnya dengan orang lain, dia sangat suka mengambil tahu perihal kesalahan dan kekurangan orang lain. jadi kalau dia tak mengumpat sehari seolah olah hidupnya tidak berseri agaknya.
SUKA MENGUMPAT ORANG DAN NAMIMAH ADU DOMBA.

Ramai yang tidak puashati dengannya semasa hayatnya akibat cerita yang dibawa ke sana kemari itu. Sampai pernah dia terjerit jerit melawan cakap suami dan jirannya. Semua itu berpunca dari mulut dan lidahnya yang amat gemar menyebut kekurangan dan keaiban orang lain. Jadi saya tidak hairan kalau di akhir kalamnya dia menerima siksaan sebegitu rupa sebagai pengajaran kepada orang yang masih hidup.

Sebaiknya kita ini sementara masih bernyawa, sementara tuhan izinkan berkata kata eloklah dijaga lidah lisan kita ini daripada menyakiti hati orang lain. Saya kecualikan pendajjal agama, itu syaitan yang harus dibenteras habis habisan kalau mampu. Saya maksudkan supaya jauhilah diri kita ini dari menyebut, mengumpat keburukan orang lain sedaya upaya kita agar terpelihara diri kita dari fitnah azab siksaan ketika sakarat dan azab ketika di dalam kubur nanti. tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka waliyazubillah.
POLITIK HARI INI.

Cuba kita kaitkan cerita ini bukan sahaja dengan kehidupan kita sekeluarga dan sekampung dengan bermasyarakat ini, cuba kita lihat senario politik semasa di dalam negara. Bagaimana keadaannya seorang tuan guru atau ustadz ustadz berceramah dipentas, surau dan masjid tetapi menyebut keaiban manusia islam yang lain sehingga menimbulkan perbalahan besar besaran. Menghilangkan keharmonian di dalam susana masyarakat yang aman damai sebelumnya. Buktinya lihatlah sewaktu pilihanraya. Berpagi pagian kita ke masjid menunaikan solat subuh dan tahajjud sebelumnya memohon ampun di atas segala dosa dosa masa lalu dan yang akan datang, tiba tiba tengaharinya mulut dingangakan untuk mencerca aib saudara muslim yang lain. Tidak kira apa jenis parti yang ada ini semuanya menghalalkan cara demi mencapai kerusi dun atau parlimen.

Kalau dibahaskan bersama mereka ada sahaja pusing cakapnya dengan hadith dan dalil firmannya semata mata mahu menegakkan benang yang basah. Saya kurang bersetuju lidah kita ini diguna semata mata untuk memecahkan mikrofon dengan mengutuk dan mencaci nista saudara yang lain. Apa gunanya solat tahajjud dan puasa kita. Bukankah semua pahalanya akan diberikan kepada orang yang diumpat. Berapa ramai pemimpin negara yang tidak pernah solat tahjjud agaknya lah, yang tidak pernah puasa sunat, agaknya lah..tiba tiba penuh kantungnya dengan pahala amal kebajikan seorang ahli tahajjud dan ahli berpuasa penuh tiga bulan berturut turut. Alangkah ruginya ahli ibadat termasuk tuan tuan guru itu nanti.

Tidak hairan, ini pandangan saya kalau tun Mahathir nanti waktu mengadap tuhan dilepaskan dari sekalian kesalahannya kerana beliau mendapat hadiah pahala percuma akibat kena herdik, cerca dan umpatan manusia beriman yang muslim yang juga rajin beribadat siang dan malam. Yang mengumpat kehilangan pahala amal kebajikannya, yang diumpat berguni guni membawa pahala untuk ditimbang di mizanul kubra nanti.

Oleh itu saya menyeru kepada para pemimpin dari semua jenis parti, dalam usaha mencari kebenaran janganlah hendaknya menggadai maruah diri , syariat, dengan menghalalkan cara yang haram. Haram tetap haram...yang haram berdosa tetap haram berdosa. Tidak ada tolak ansurnya..jika sanggup memakan daging saudaranya sendiri. Marilah kita sedari perkara ini untuk keselamatan tabung pahala amal kebajikan kita yang teruk kita ini nak kumpulkan hasilnya itu. Mudah mudahan ini membawa sepenuh arti dalam kehidupan manusia hari ini yang terpaksa menelan cara hidup pemerintahan umat yahudi.

No comments: