Tuesday, April 17, 2012

UNTUK APA KAU SUJUD??

RAHSIA SOLAT KITA

Kali ni aku nak kongsi dari simpanan akal aku yang cetek ilmu ni tentang rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu....... Apa guna kita kita solat kalau kita tak tau hikmah dan rahsianya yang sepatutnya tak jadi rahsia pun. Kalau kita tau n x bgtau kat org sebab nak masuk syurga sorang2 ingat Allah nak bagi kita senang lenang masuk syurga ke? Kita akan dipersoalkan lak nape x sebarkan ilmu yang Allah bg sedikit utk kita tau kat org lain. Last2 x masuk syurga sorang2 gak kan. Sama lah macam kita bersyahadah, ngaku naik saksi bertuhankan Allah tapi jadi saksi palsu sebab berlafaz hanya dimulut dan tidak dihati. Hanya tau makna tapi tak tau rahsia atau sirr nya. Tu gunanya org belajar tassawuf sebab nak rasa sirr nya atau rahsianya cinta Allah pada umatnya. Aku cakap byk2 pun org marah jer so aku listkan je lah rahsia yg aku tau tu.. Ustaz korang pun tak ajar masa sekolah dulu kan..

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia hingga akhirat. Bagi yang bertaubat agar berpegang pada taubatnya (nasuha) dan tak mengulangi lagi kesalahannya.

2 - Berdiri Betul:  Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. Maka berdirilah dengan selesanya agar selesa kita di dalam kubur. Jgn nak senget kiri kanan sebab sanggup ke korg senget2 dlm kubur?

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. Tapi tak yah nak baca kuat2 sampai menjerit sebab nak spotlight lak kan.. cukuplah setakat pendengaran korang dan makmum jer. Jangan sampai terdengar kat umah ketua kampung korang.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur dan di syurga. Harus diingat pakaian yang indah2 hanya untuk mereka yang diredhai Allah dan mereka yang beriman dan beribadat kepadanya.. Kalau yang koyak2 tu tandanya dah kena belasah ngan Munkar dan Nakir la.

5 - Rukuk : Sebagai hamparan kita di dalam kubur. Tunduk kita menyaksikan zat Allah yang maha besar akan menjadikan hamparan buat kita beristirehat sementara menunggu kiamat. Maka org yg tak biasa rukuk ia akan menjadi pdg pasir yg tandus yang mendatangkan dahaga..

6 - Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur dan di padang mahsyar. Diriwayatkan bahawa telaga kautsar itu sangat lazat airnya. Wallah huaklam.. Insyaallah nanti kalau menyelam ke alam sinun aku try cari telaga kautsar tu..

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. Sujud kita menyaksikan zat Allah yang maha tinggi insyaallah nanti akan menjadi benteng yang tinggi juga untuk memagari kita dari terjatuh kedalam neraka yang panas..

8 - Duduk antara 2 Sujud Pertama : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur. Mesti korang tertanya2 naper nak pegang panji2 mcm citer apek dlm madu 3 jer kan.. Jawabnya pada zaman Rasulallah panji2 nabi dan panji2 Islam hanya boleh dibawa oleh org yang dipilih oleh Rasulallah saw dan org itu tentunya org yg dekat dgn beliau. So klu dpt pgg panji2 tu tak berbesar hati ke? Lu pikir la sendiri.

9 - Duduk antara 2 Sujud Akhir : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. Walau ia tak menjanjikan kereta ferrari 430 at least kenderaan yang berupa burak pun jadilah. Sebab masa tu minyak xde jual dah so kalau ada kereta kebal pun x leh nak jalan dah.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai pembantu menjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding dari seksa di dalam kubur. Dan di hari kiamat ia akan menjadi pendinding dari seksa api neraka dengan mendapat syafaat nabi. Mcm aku tulis sebelum ni, bila kita berselawat ke atas nabi maka kita berselawat atas diri kita sebenarnya sebab Rasulallah saw telah dijamin syurganya oleh Allah Taala serta bila berselawat sekali Allah berselawat 10 kali ke atas kita. Pencipta berselawat atas kita, tak ke besar maknanya pada yang mengenalnya.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur dari kehinaan, kekafiran, kesusahan dan seksa.
13 - Tertib : Jaminan akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Kalau malas nak baca banyak2 tgk gmbar ni wat poster kat bilik lagi senang..

 

Mana yang dah baca tu sampaikan lah pula pada anak isteri, adik beradik, ibu bapa dan anak2 didik anda supaya ilmu ini tak putus. Wabillah waltaufik wal hiadayah.. Assalamualaikum wbt.

No comments: