Belajar Tanpa Guru... - Mistika 22
Kita manusia tidak akan faham ilmu Allah selagi kita tidak faham istilah guru didalam Sabda Baginda Rasullullah yang berbunyi, “ Barang sesiapa yang mempelajari ilmu tanpa guru, maka gurunya adalah iblis!”. Maka dengan kerana itulah sebab musababnya golongan syariat tidak sependapat dengan golongan sufi dan golongan sufi tidak sependapat dengan golongan syariat, golongan usulluddin dengan golongan falakiah dan pernah tercatat didalam sejarah Islam pernah terjadinya golongan Islam itu berpecah belah kerana salah memahami ilmu ilmu Allah dan kesan persengketaannya dapat kita lihat hingga kehari ini. Sesungguhnya itulah hasil kerja Iblis.
Maksud berguru didalam hadith tersebut sebenarnya adalah guru yang Mursyid. Siapakah yang dikatakan guru Mursyid atau layak bergelar Mursyid ?
Pernahkah kamu terfikir siapa yang mengajar kamu lahir keluar dari perut ibumu kemuka bumi Allah ini?
Siapa yang mengajar kamu berteriak bila lapar dan dahaga?
Siapa yang mengajar kamu dari sifat berbaring hingga pandai mengereng?
Siapa yang mengajar kamu dari sifat mengereng kemudian melunjur, kemudiannya merangkak, kemudiannya berdiri, kemudiannya berjalan dan seterusnya belari?
Siapa yang mengajar kamu memehami bahasa ibunda kamu?
Siapa yang mengajar kamu fasih berkata kata?
Renungkan terjemahan ayat ini, Al alaq
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Awal ajaran Islam
Menghidupkan yang batin kemudian baru yang lahirnya, tumbuhnya pohon dari benihnya, berputik buah dari bungganya, didalam buah ada benih, ada isi dan ada rasanya walaupun didalam benih tiada buahnya, tetapi pada hakikatnya didalam benih ada segala galanya. Benih yang disemai baik mendatangkan hasil yang baik, benih yang tak dijaga dengan rapi akan hidup segan mati tak mahu, dan benih yang mati akan terkubur buat selama lamanya. Benih itu adalah hati.
Bercahayanya pelita ( seorang mukmin ) bukan datang dari kacanya ( lahiriahnya ) tapi dari apinya ( nafsunya ), terangnya cahaya ( kefahaman ) kerana bersih cerminnya ( hatinya ) dan aman apinya ( nafsunya ) dari angin ( bisikkan fitrahnya ), hidupnya api ( nafsunya ) dari sumbunya ( sikap ), besar sumbunya ( egonya ) besar pulalah apinya ( nafsunya). Terbakar sumbunya adalah kerana minyaknya ( ilmunya ). Kandungan minyak ( Ilmu ) yang ditonjol tonjolkan kerana membesarkan sumbunya ( sikap ) lalu terbesarkan apinya ( nafsunya ). Api ( nafsu ) yang besar mengeluarkan asap jelaga yang banyak ( hijab ) akibatnya cermin ( hati ) menjadi panas ( baran ) dan hitam ( bermuka muka ) dan mengakibatkan pelita ( diri ) menjadi malap ( hilang punca ). Pelita yang malap mengakibatkan rohani meraba rapa disesatkan saitan dan iblis, dan pelita yang terang mnunjukkan jalan yang lurus lagi benar.
Api yang kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan. Inilah hakikat ilmu yakni hakikat kefahaman, sifat diri dan fitrah, nafsu dan hati. Kesemuanya harus dijaga barulah sempurna tugas sebuah pelita. Sabda Rasullullah, “ Orang orang yang berzikir itu adalah orang orang yang hidup disisi Allah ”. Zikir yang dimaksudkan bukanlah seperti zikir pendita pendita kaum kafir tetapi zikir yang bersifat penuh dengan sifat (sunnah) kenabian yakni yang jujur, amanah, bijaksana dan menyampaikan dengan sabar yakni iklas.
Kasihnya Rasullullah mendoakan kesejahteraan umatnya dan kasihannya memohon petunjuk taufik dan hidayah serta keampunan umatnya. Mursyid itu yang jujur, yang amanah, yang bijaksana dan yang menyampaikan kebenaran dengan berpesan pesan dengan sabar yakni teliti. Sesaorang yang bersifat begini dipanggil iklas dan zuhud. Sesiapa yang bersifat iklas dan zuhud diampun dosa dosanya dan disisi Allah dipanggil As siddiq. Diakhir zaman ini siapakah yang Siddiq melainkan roh?
Amalan muhasabah menghidupkan Roh, yakni menghidupkan guru ( petunjuk ) didalam diri yang mana menjadi perantaraan untuk menikmati ilmu ilmu rahsia dari Allah, diantaranya menjadi penapis ilmu ilmu yang hak dari yang batil dari ilmu ilmu yang kita tuntut dari berguru sesama kita manusia walau dari segi apa jua bidang sekali pun. Roh tidak pernah lalai, tidak pernah berdosa, dialah siddiq dan dia jugalah yang Mursyid.
Dalilnya, Pernah pada satu ketika salah seorang sahabat bertanyakan tentang roh kepada baginda, lalu dijawab oleh baginda nabi, “ Roh itu adalah sebahagian dari rahsia didalam rahsia Allah ”. Dan bertanya lagi sahabat itu kepada baginda, lalu berfirman Allah kepada Rasullullah, “ katakan ( Muhammad ) sesungguhnya Roh itu adalah sebahagian dari Aku ”. maka dengan itu roh itu juga dikenali dengan panggilan “ Robbitah ” yakni perantaraan Allah.
Keterangannya, maka itu telah nyata dan terang. Tetapi tetap ada manusia yang melampaui batas, seperti petikkan ayat dibawah, Al alaq ( ayat sambungannya )
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
Justeru itu barang sesiapa yang mendakwa dirinya guru yang Mursyid maka dialah iblis yang menyesatkan kefahaman pengikut pengikutnya dan barang sesiapa yang mendakwa dirinya sebagai “ Robbitah ” maka dialah fir’aun yakni anak didik iblis yang bertuhankan diri sendiri. Dan pengikut pengikutnya adalah syaitan.
Sekiranya para pengikut pengikutnya yang mendakwa gurunya seorang yang Mursyid sedangkan gurunya tidak menyetujuinya, maka pengikut pengikutnya itu adalah golongan orang orang yang sesat.Dan barang sesiapa menganggap “ Robbitah ” dirinya itu Zat Allah, maka dia tergolong didalam golongan orang yang paling dimurkai Allah.
Inilah punca punca ulamak Islam tidak dapat disatukan, kerana mereka meringankan amalan bermuhasabah, yakni amalan yang menyedarkan roh yang menyedarkan diri dari lalai.
No comments:
Post a Comment