Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Dalam Doa Kusebut Namamu.. Doa dari suami isteri..



Bismillah hirrohma nirrohim..  Alhamdulillahi robbil ‘aalamiiin… Ashsholaatu wassalaamu ‘alaa Ashrofil ambiya iwal mursalin.. Allahhum masollia’la syaidina Muhammadi … Waa’la alihi wasohbihi ajmain..

Syukur, yaa Robbiii, Engkau telah menyatukan kami dalam ikatan pernikahan ini. Menghalalkan yang sebelumnya belum halal atas kami. Mengharamkan yang sebelumnya belum haram atas kami. Mengikuti sunnah Rasul-Mu. Menyempurnakan separuh din-Mu. Menyemai ibadah dalam bilik kemesraan kami. Sambil terus–menerus mengharapkan redho dan ampunan-Mu… 

Kami terus-menerus mengharapkan redho dan ampunan-Mu, atas dosa-dosa yang telah dan mungkin akan terjadi, kami memohon kepada-Mu, dengan segenap harapan dan kerendahan hati, sudilah kiranya Engkau menuntun kami ke jalan yang Engkau redhoi. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang Engkau murkai. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang sesat. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang zalim. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang fasik. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang kafir. Selamatkanlah kami dalam kehidupan kami di dunia dan di akhirat kelak. 

Yaa Robbiii… Jadikanlah isteriku isteri yang taat menjalankan perintah-Mu, dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Jadikanlah ia isteri yang taat kepadaku dalam perjalanan menggapai redho-Mu. Jauhkanlah ia dari sifat-sifat buruk dan bejat, dari sifat ujub dan khianat, dari sifat zalim dan fasik, dan sifat-sifat yang mendatangkan murka-Mu. Jadikanlah ia isteri solehah, sebaik-baik perhiasan dunia bagiku. Jadikanlah ia sahabat terbaikku dalam mengarungi hidup di kehidupan ini. Jadikanlah ia sahabat terbaikku dalam menuntut ilmu. Menjadi guruku. Menjadi muridku. Menjadi teman belajarku. Menjadi rakan sejawatku dalam berlumba-lumba di jalan kebaikan. 

Yaa Robbiii… Jadikanlah aku imam bagi keluargaku. Imam yang adil dan mengajak kepada jalan yang Engkau redhoi. Bimbinglah aku dalam memimpin. Tegurlah aku dikala lalai dari tanggung jawabku, dengan teguran Rahman dan Rahim-Mu. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat buruk dan bejat, zalim dan fasik, dari sifat ujub dan khianat, dan dari segala sifat yang mendatangkan mudarat dan murka-Mu. Kuatkanlah keimananku, sebagai obor penerang bagi keluargaku dalam mengharungi gelapnya kehidupan akhir zaman ini. Bimbinglah kami, yaa Robbal ‘aalamiiin… 

Yaa Robbiii… Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Baik yang kami sedari maupun yang tidak kami sedari. Ampunilah dosa kedua Ibu dan Bapa kami. Ampunilah dosa saudara-saudara kami. Ampunilah dosa kaum kerabat kami. Ampunilah dosa sahabat-sahabat kami. Ampunilah dosa guru-guru kami. Ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal dunia. 

Yaa Robbiii… Kurniakanlah kami keturunan yang soleh dan solehah. Anak-anak yang taat menjalankan perintah-Mu dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Anak-anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Kurniakanlah kami keturunan yang akan teguh memperjuangkan tegaknya agama-Mu di bumi ciptaan-Mu ini. 

Yaa, Robbiii… Karuniailah kami keturunan yang menggenggam erat sunnah Rasul-Mu. Memperjuangkan kembalinya kehidupan Islam di persada bumi ini. Generasi yang bersedia mengorbankan segala yang ada padanya untuk mempertahankan aqidahnya, memperjuangkan al-Haq dan mengingkari al-bathil. Hambamu dalam kilauan senjaMu, Tertangkup tangan doa bahagia memohon restu-Mu, Membisik harapan pada Mu Ya Robbi…

Ya Allah…. Izinkan aku sujud di sejadah bersamanya, Beralas cinta berhujungkan syurga. Yang menenggelamkan kami dalam sujud penuh kerinduan kepada-Mu, Dalam takbir yang mengakui Keagungan-Mu, Dalam salam yang mengingatkan kami bertemu atas qadarmu, Dalam wudhu yang membersihkan hati kami untuk melihat Wajah-Mu, Dalam tilawah yang kami lantunkan penuh haru, Dalam zikir yang tiada akhir dan sempadan waktu, Yang membuat kami semakin kagum akan Pesona-Mu.. Menyukuri ayat-ayat Cinta-Mu yang Kau bentangkan pada kami selalu, Yang menetapkan kami menjadi Akhlakul Karimah Rohmatan lil Alamin umatMu.. 
Ya Allah….Tak kupinta dia untuk sempurna..Tapi jadikan kami sempurna untuk saling mengisi kekurangan kami..Tak kupinta dia datang dengan kesombongan atas apa yang diraihnya..Tapi datangkan ia dengan ketulusan cinta hanya kerana-MuAgar ku mendapat kebaikan dunia, agama dan akhiratku….. Ya Allah…Izinkan aku bersama sujud di sejadah-Mu sajadah bersamanya selamanya..

Aamin ya Rabbal’Alamin….. Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa ‘adzaaban naar…Allohummaghfirlanaa bikaroomika ajma’iiin, watubuwazaqi wa’fu ‘an man yaquulu aamiiin aamiiiin aaamiiin…. Washollollohu ‘alaa sayyiidinaa Muhammad wa ‘alaa aalihi ajma’iiinWalhamdulillahi robbil ‘aalamiiin… 

Wednesday, January 23, 2013

Mulut tak bertelinga.. Lidah yang tak bertulang... Mistika 32

Tit tot tit tot tit tot berbunyi iphone 4 aku yang dibeli dek Puan Sri satu ketika dulu. Ohhh si misai rupanya yang call aku. Tapi sbb tgh engage dgn Puan Sri maka aku pun x dpt la nak jwb call dia.. nak mampus tgh engage dgn puan sri jwb call org.. bukan aku takut ngan bini ek tolong sikit.. bini aku jer yang tak takut kat aku.. So masa senang lenang tak ada kerja mendesak ni aku pun menglipur lara lah untuk korang bagi mengisi masa lapang korang dengan bacaan santai cerita rekaan aku yang melampaui fiksyen tahap gaban macam biasa yang tak ada kena mengena dgn yang hidup atau pun yang dah di panah petir meninggalnya..



So lepas tu si misai msg lak aku katanya mlm ni aku free tak nak pergi Tanah Merah.. oleh sebab ada kekangan yang tak mengizinkan aku x boleh nak pergi la. Lalu misai terus call aku mintak tolong n aku bg la tau apasal aku keberatan sikit nak pergi. maka si misai mcm biasa pujuk aku sampai lembik lutut aku dibuatnya n bagi solution mcm mana nak pergi. So akhirnya aku pun bersetuju lah nak pergi. Dalam masa call tu si misai ada la bg hint2 sikit kat aku masalahnya.. Tapi yang jadi masalahnya ialah tak melibatkan sihir pun pada pandangan mata tak bersuluh aku... so aku memang la takkan offer diri aku untuk tlg. jadi si misai mintak tlg aku bwk jumpa Tok Gunung untuk kononnya berubatkan kawan dia ni.. so aku hekutkan saja la..

Selepas ambik si misai kat Loqstaq aku pun membawak diaorg lalu kat hiway balik menuju ke Tanah Merah. So aku dgr je la luahan hati si Jantan ni, kawan si misai..Dakwaannya bini Jantan ni dah biasa hidup bebas, bergelar doktor dan selalu terlanjur sebelum kahwinnya pun sebab kononnya belajar di oversea. Pastu lahirkan anak tak sah taraf lepas 4 bulan kawin n kawin pun kat siam. Aduhh aku dok keje kat border bertahun-tahun pun tak pernah terfikir nak wat keje2 mcm tu.. Tercerita la jugak dia kat aku n misai segala yg buruk2 tentang bini dia termasuk lah kisah bini dia kantoi 4 kali antar gambar bogelnya kat suami org.. Aku pun tak sanggup nak citer apa yg aku dgr n aku cuba nak cover apa yg boleh tp jari jemari runcing aku ni laju je menaipnya..

 

So dlm tgh drive aku pun panggil segala bodyguard2 aku, para2 rijalul ghaib dan seangkatan dengannya utk bantu aku jap.. aku ada misi mustahil nak dibuat.. lalu aku pun scan dulu pempuang ni kata ustaz azhar idrus.. aku tgk x de apa pun yang melibatkan pempuang ni dgn benda halus lagi mistik. Tapi oleh kerana aura keenam aku yang alhamdulillah pantas mengesan maksud maka tertampaklah oleh aku lembaga bogel yang sedang berdiri tanpa arah tujuan kat luar pintu dapur rumahnya.. si misai ada mention pasal hantu raya, aku kata ni bukan hantu raya sebab dia tak merupa sesiapa, tak ada berbulu tapi badannya berlendir mcm bernanah kat seluruh badan.. eiii geli aku tgk.. jap aku nak ambik rokok jap kat dalam kereta, baru la sedap nak sembang taik kan...

 

Bila dah nyala gudang garam ni barulah boleh nak bercerita.. So aku akuncikan lembaga ni jadi keras tak boleh nak gerak kemana dan aku suruh bodyguard kesayangan aku Panglima Hitam and sahabat setia aku si serigala Macho untuk bawak lembaga harem tu pergi ke penjara bawah laut kami yang mana terkenal dengan seksaan ala-ala guatanamo nya. Panglima Hitam pakukan ke dinding kaki, tangan dan jantungnya agar sesiapa yang punya binatang lembaga ni pun akan gelisah sakit mcm mana si lembaga ni resah tahan sakit kena paku. Kalau Panglima Hitam paku kat kepala mati lak lembaga ni so akibatnya aku lak tak tau sapa empunya tuan ni.. Si serigala macho ni pun tak tergamak nak telan menatang haram ni sebab terlalu jijik rupanya..


Maka aku pun mulalah tarik semangat pempuang doktor ni dengan tujuan nak siasat apa kejadahnya yang berlaku ni.. punya byk cerita sampai aku pun tak faham apa jadi.. Bila aku tarik je pempuang ni marah2 lak kat aku sebab ganggu dia.. aikk aku kata sapa yg kacau siapa.. aku bukan kacau dia tido ke apa.. maka dengan sekali pusing menjerit lak dia sebab kelakuan kekurangan ajaran dia kat aku kan.. Sapa suh cakap kasar2 dengan Mael Lambung... eh silap skrip lak.. dengan aku..

Maka menjerit seorang perempuan di tengah malam akibat perbuatan suaminya.. Dia menderita sebab kena citer semua kat aku dan ceritanya amatlah bercanggah dengan cerita suaminya. Namun aku hanyalah insan biasa yang payah nak percaya cakap-cakap org tak boleh dgr ni sebab kdg2 bisikan syaitan mencelah n jadikan cerita tak betul dan juga kadang2 usahkan lidah yang tak bertulang tu, si semangat diaorg ni pun pandai menipu.. Cuma sebelum melepaskan sisemangat doktor ni pergi aku mintak dia bersumpah laknat bahawa tidak akan mengganggu si Jantan lagi dengan memalukan dia walau apa cara sekalipun dan andai dia engkar maka kutukan Allah akan melanda dirinya serta merta.. Walaupun terpaksa aku buat dengan paksaan akhirnya habislah juga sumpah dia kepada Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Memusnahkan itu..

Tgh2 aku genggam semangatnya ditangan kiri Puan Sri lak call and aku terpaksa jawab dgn tangan kanan hp aku.. so tangan mana lak aku nak pegang steering ni.. aku pinjam tangan Datuk raden je lah kalau dah x cukup tangan. Aku bukan dewa ugama hindu yg ada byk tangan tu.. ada dua jer..

Jelas aku tgk pempuang tu takde resah gelisah pun andai dia yang empunya lembaga berlendir tu mcm dakwaan si Jantan. So xpe lah mungkin salah kut firasat aku. Maka aku teruskan perjalanan sampai la kat umah Tok Gunung tadi. Aku tgk keadaan si Jantan macam tak keruan. Dah la memang tak hensem dgn botaknya dengan resah dan macam segan2 nak jumpa Tok Gunung pun ada. Si misai lak jadi mcm bapak bawak anak nak jumpa tok mudim.. Hmm  amende lah si Jantan ni kata aku. So sampai je tepi umah aku bagi salam dan terus bersalaman dengan semua jemaah Tok Gunung yang memang regular ada kat situ termasuklah cikgu2 pun ada. Lepas dipanggil Tok Gunung mengadap aku pun tunjukkanlah kepada Tok Gunung empunya diri yang membawa hajat.

Maka berceritalah si Jantan dengan sedikit versi lain dari apa yang dia ceritakan kepada aku. Aku dah start syak ada something yang tak kena dgn si jantan ni sebab lepas aku paku kan si lembaga tu dia ni pulak mcm orang yang nak berak tapi taik tak lepas. So aku dah dpt agak siapa empunya lembaga dan kenapa dia ada kat umah perempuan tu n dalam firasat aku patutlah sengsara pempuang doktor tu bila bulan mengambang sebab lembaga tu makan dari pempuang tu, walau si Jantan tak cerita aku tau what u did last raya wahai si jantan....

Stelah bercerita maka Tok Gunung bersetuju nak bantu dia dan aku lepas dah tanggungjawab aku utk bwk si jantan pergi berubat, itu pun atas permintaan si misai. kalau tak mampus aku tak mau tolong orang yg menganiaya orang lain mcm si jantan ni..Tapi aku tak lah tunjukkan apa yang aku rasa kat depan Tok gunung dan si misai.. Biarlah kalau Tok Gunung nak bantu dia. Maka setelah menetapkan sekian-sekian mahar utk nama pempuang tu maka Tok Gunung berjanji akan melaksanakan tugasnya tetap jam 1 pagi nanti.. sebab apa pukul satu jangan tanya aku sebab bukan aku yang buat.. korang nak tau kena tanya la Tok gunung sendiri.

Dah selesai urusan si jantan maka aku pun sempat memotong kat selekoh persembangan dengan Tok Gunung. Aku cuma tanyakan mcm mana ceritanya tentang keris yang ingin diberikan kepada aku oleh orang ghaib aritu. maka Tok Gunung dengan rasa bersalahnya ckp tak sampai lagi dan mengakui bahawa dia terlupa sebab aku tak selalu dtg aritu untuk ingatkan dia pasal itu brang... so aku pun bersalamdengan Tok Gunung dan jemaahnya selepas sempat tingalkan nombor telefon aku utk Tok Gunung hubungi andainya keris alam ghaib aku dah sampai (masa ni keris tu dah sampai ada dua bilah yang aku masukkan dalam entry yang sebelum ni).

Lepas bergerak si Misai tanya aku dah mkn belum. Aku jawab aku belum mkn apa2 lagi Misai semenjak pagi tadi.. Aku cuma mkn mi je untuk sarapan pagi tadi dan itulah saja makanan yang aku jamah utk hari itu, Maka Misai dengan rasa bersalahnya ajak aku gi mkn kat Samudera sebab kat situ ada karaoke. Lagi pening aku tgk diaorg ni. Orang kalau ada masalah jak la mkn yang siple2 agar boleh gi surau or masjid agar boleh berdoa mintak Allah bantu dan hilangkan kesusahan hidup masa ni.. ni aku tgk si jantan lagi ghairah nak berkaraoke dari si Misai.. Layan je lah kengkawan kan... Janji perut aku tak terbiar kosong..

Bila duduk je si Jantan terus termenung lepas order makanan dan minuman.. Dengan menggulung rokok daunnya maka melayang jauh la perginya fikiran si Jantan.. Aku boleh agak apa yg difikirkannya tapi biarlah aku simpan dalam diri aku sendiri tanpa bgtau pada si Misai atau si Kamal yang dtg kemudian semata-mata sebab nak lepaskan geram berkaraoke. Lepas makan kira-kira pukul 1.30 pagi aku pun mintak diri sebab nak balik rumah jap nak tgk2 keadaan rumah yang dah beberapa ketika ditinggalkan sebab Puan Sri cuti bersalin pada masa ni. Bila aku lintas balik tempat persinggahan si Misai dan rakan2 sejenayahnya tu aku dapat rasakan kegelisahan sikit.. mcm ada benda tak best je.. aku pun cuba berfikiran positif dan cuba lupakan apa yang berlaku tadi. Biarlah fikirku itu antara mereka dgn Allah..

Esok paginya si Misai call aku n bgtau pada pukul 2 lebih si pempuang ni datang dan nak berjumpa sgt dengan si Jantan. Maka diceritakan si pempuang dapat kaunseling dari sesorang dan bersetuju untuk balik ke KL lepas tu. Tak ada lah di berkeras and buat tindakan bukan2 mcm sebelum ni. Aku kata ok lah dia tak buat mcm tu.. Alih2 beberapa hari selepas itu Si Misai call aku dalam nada yang agak kaget. katanya kita dah aniaya orang tuan.. apa yang kita aniaya tanya aku.. maka si Misai pun bercerita lah akan perbualan dia dgn pempuang tu dan baru lah si Misai tau akan cerita sebenar. Baru lah aku berani buka mulut tentang apa yang aku tau dan aku simpan pasal si Jantan pada malam tu dan apa sebenarnya yang aku buat pada malam tu. Bukan aku nak menunjuk tapi si Misai lebih kenal si jantan daripada aku dan aku rasa masa tu tak sesuai kerana si Misai terpengaruh dengan cerita si jantan walau pernah berkali si jantan cuba untuk menikam Misai dari blakang umpama gunting dalam lipatan. Tapi itulah satu sifat si Misai yang aku puji, dia tak pernah simpan dendam pada musuhnya... Dia pasti akan tolong walau macammana pun musuhnya bila musuhnya mintak tolong pada dia. Aku cuma harap dia tak jadi macam menolong anjing tersepit jer la.

Pengajarannya ialah jangan sesekali para pengamal perubatan ni membantu membabi buta supaya kita tak menganiaya orang lain mcm kes yang aku ceritakan ni. Kena siasat dulu and kena ada ilmu scan dulu apakah cerita sebenarnya yang berlaku supaya di akhirat nanti kita tak didakwa dengan perbuatan kita. kadangkala memang kita cuba menolong tapi niat baik kitadigunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk menganiaya orang lain sedangkan dia yang bersalah. Jadi kena dengar dari mulut yang tak bertelinga dan bukanlah dari lidah yang tak bertulang...

Monday, November 26, 2012

Aku suka pada yang "TA" yang satu iaitu cinta...

Di suatu masa , saya pernah bercerita atau dalam erti kata lain sembang kosong atau dalam erti kata lain yg saya dang geng2 saya selalu sebutkan Sierra Tanggo (ST - Sembang Taik) tentang keperluan  malah 'pengantin veteran' perlu ada iaitu tiga 'ras' untuk kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan iaitu:

waras (berkaliber sebagai pemimpin rumah tangga yang sentiasa berfikiran matang), 
beras (kemampuan menyediakan nafkah kehidupan) dan 
keras (kesihatan yang baik); 

Kemudian saya terdengar dalam suatu ceramah agama ustaz tersebut dalam ceramahnya mengutarakan tiga 'ta' yang katanya menjadi pembinasa lelaki. Saya pun tertunggu-tunggu dan tertarik ingin mengetahui apakah tiga 'ta' itu. Sama ada Rozita kah atau Permata yang Hilang kah,  

Yang pertama kata si ustaz, 'takhta' iaitu kedudukan, pangkat dan kuasa. Orang yang gila 'ta' ini tidak pernah puas dengan kedudukan yang sudah diraihnya. Jika tiada kuasa, dia mahu kuasa, jika sudah ada jawatan dan kuasa dia mahu yang lebih tinggi lagi. Dia sentiasa lapar kuasa, mungkin dia mahu kedudukan setinggi langit. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan kedudukan ini - soal halal haram - tiada dalam kamus kehidupannya. Yang penting orang puji dan sanjungnya berdasarkan kedudukan, pangkat dan kuasa yang dia ada.

'Ta' kedua kata si ustaz, adalah 'harta'. Orang gila harta ini juga akan berbuat apa saja untuk memperbanyak kepunyaannya, halal dan haram tolak ke tepi. Harta ini adalah dalam pelbagai bentuk, yang paling penting adalah wang. Terlalu ramai orang gila wang, ada yang siang malam berhempas pulas bekerja kerana mahukan wang yang banyak. Mereka akan gembira melihat angka besar wang mereka dalam bank. Dengan melihat angka saja mereka rasa senang, tidakkah itu gila namanya.Mengenai 'gila harta' ini, Nabi kita (s.a.w.), ada memberi amaran dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Andaikata anak cucu Adam (manusia) memiliki dua lembah emas, nescaya dia tetap menginginkan lembah (emas) yang ketiga, dan tidaklah penuh perut anak cucu Adam melainkan tanah, dan Allah memberi taubat kepada orang yang mahu bertaubat (kepada-Nya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ustaz itu memberitahu 'ta' ketiga adalah wanita. Ramai lelaki yang nampak perkasa dengan mudah tewas dengan wanita yang lemah lembut sifatnya. Ramai raja, pahlawan, 'spy' (pengintip) malah ada ahli agama tersungkur di kaki wanita. Dengan pujuk rayu wanita sudah cukup untuk mencairkan hati lelaki, semuanya akan digadaikan termasuklah takhta dan harta. Inilah pembinasa lelaki paling hebat.

Dalam satu lagi ceramah yang saya dengar, si ustaz memberitahu perihal kelemahan orang lelaki dan wanita. Katanya, wanita cukup mudah tewas dengan harta kekayaan seperti assesori kehidupan seperti emas permata. Longgokkanlah harta di depan mereka, hati mereka akan cair. Orang tua ganyut yang meminang pun akan diterima asalkan dia berharta dan berkuasa. Cubalah orang tua tiada harta, tiada kuasa dan kedudukan mahu menyunting, mahukah mereka?

Jika perempuan lemah pada godaan harta benda, orang lelaki pula mudah tewas dengan perempuan, kata ustaz itu. Orang tua keriput yang berkuasa jika sudah kahwin orang muda, akan didengar dan diikuti saja kehendak isteri mudanya. Disepak dan diterajang oleh si isteri pun tak apa; bagi orang lain itu satu penghinaan, bagi si tua bangka tak sedar diri mungkin ia suatu keseronokan pula...syoknya kena sepak kerana yang melakukannya si intan payung cantik jelita daripada orang asing berbangsa mulia pula.

* Berkenaan 'takhta' (kedudukan, pangkat dan kuasa) kedudukan, pangkat dan kuasa tidak wajar dikejar; itu bukan matlamat orang beriman; bagi mereka kehadiran di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredaan Illahi semata-mata. Namun bagi orang yang tidak mengejar dunia, dunia akan mengejarnya pula. Itulah kedudukan, pangkat dan kuasa akan diberikan kepada mereka. Pada ketika itu, ia menjadi amanah dan inilah yang ditakuti oleh insan beriman.

Seperti diperkatakan si ustaz pada awal celoteh, 'ta' (takhta) adalah pembinasa lelaki, namun jika 'ta' ini digunakan dengan ikhlas untuk mendapatkan reda Illahi, insya-Allah tugas berat yang dipikul ini akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Demikian juga dengan dua 'ta' lagi iaitu harta dan wanita jika ditangani semata-mata kerana Allah Taala, insya-Allah akan membawa kita ke syurga-Nya.

Sepanjang sejarah Islam, ketiga-tiga 'ta' ini telah digunakan bagi mengapai keredaan Illahi. Dengan 'taktha', telah ditegakkan negara Islam Madinah, dengan adanya 'harta', Sayidina Abu Bakar r.a. telah menunjukkan contoh apabila mendermakan seluruh miliknya untuk jihad fisabillah manakala dengan adanya wanita serikandi seperti Sayidatina Khadijah Khauwalid, Sayidatina Fatimah Rasulullah dan Sayidatina Aishah Abu Bakar telah membantu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Mereka berdiri kukuh di sisi suami, bapa atau saudara mereka dalam perjuangan menegakkan Islam. Terbukti tiga 'ta' itu (takhta, harta dan wanita) jika dipimpin di jalan benar, semuanya adalah penyumbang ke arah syurga Allah, jika disalahgunakan akan menjerumuskan seseorang lelaki ke neraka Illahi!

Tuesday, August 28, 2012

Sekeping warkah... Seribu Perasaan... :-)

Bila suami isteri bergaduh maka kadangkala surat menjadi medium utama komunikasi antara keduanya. Apabila mulut saling tak terucap agakanya. Mak isteri yang merajuk akan lari meninggalkan suami (sambil hadang pintu :-) ) dan meninggalkan surat untuk tatapan suami... Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg telah meninggal dunia.. Hanya sekadar bacaan santai buat mengisi waktu yang terluang.. Share linknya saya izinkan..

Berikut adalah surat yang sempat di rembat dari seorang isteri untuk suaminya.....

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang



Lepas baca surat tu maka antara senyum ngan tidak maka si suami pun balaslah surat si isteri dengan nada yang bercampur-campur lucu, marah, hiba, semua adi... . Setelah dirembat jugak surat dari suaminya (yang disorok kedua-duanya dalam stokin bachin suaminya yg x pnah dibasuh 3 bulan) maka di sertakan bersama surat bachin suaminya tersebut..



Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kena faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang x nak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2,  kan abang gi keja... Bos abang kdg2 abis meeting ngan dinner tgh2 mlm, x kan abang nak tinggalkan dia mcm tu jer balik naik teksi.. kan dia yg bayar gaji abang. Klu ada drebar tapi kesana sini naik teksi maka x de lah keje abang nanti.. 


Lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. Nak oderkan beg Coach ngan set Tabitha ayang pun abang x mampu inikan pulak nak order piza jepun tu.. Lagipun kan Jepun wat piza mcm sushi dia.. x masak.. nak ke ayang mkn mcm tu? Abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish x nak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek.. Hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang.. Abang oder dari internet..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm 11k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm 11k..tapi demi ayang abang wat jugak.. Lisa Surirumah punya hantaran pun tak mahal mcm hantaran ayang tau.. Sbb masa tu ayang kalau mekup lagi lawa dari maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stiap kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer Pontianak Harum Sundal Malam.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur misai n janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu.. Pasal morning kiss tu, ayang bgn pun dah tghari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe.. abang rela..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa... hahahhahahahahha


Lovely Truly Your's

Abang

Tuesday, August 7, 2012

Ku tak ingin berleter lagi...

Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya.Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya.Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut.Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar. 

Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah.khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya,membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar.Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?.Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka

Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal,syahwat.Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari.Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora. 

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya.Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat.Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar.Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.


2. Isteri sebagai pemelihara Rumah

Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya.Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia. 

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan

Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak

Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan

Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat,tawar-menawar,kerana harga melebihi bajet. 

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji.Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini.Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.

Thursday, August 2, 2012

Nyanyian Rebah Orang Berdosa

 
(Nak dgr lagu ni kena tutup lagu hotel california dulu)
Kali ini ingin aku kongsikan hasil nukilan seseorang yang hingga kini masih merasakan kesal yang tidak terhingga kerana gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya yang terakhir... Marilah kita baca dan ambil iktibar bersama...
SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna. Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya. Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya. Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. 
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju. 
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun. Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. 
Saya melihat jam tangan. “Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya. Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.  Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan. Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.  Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital. Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.    Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba- tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’. Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.” 
Nukilan..  Seorang Insan Yang Menyesal..

Friday, April 20, 2012

Panahan Arjuna.. Mistika 23

Ini ada cerita dongeng alam jin yang aku saja nak bercerita untuk mengisi mAsa lapang korang..Kekeke walau pun blog ni boleh la dikatakan glamour gak tapi saja jer nak menghangatkan suasana. Anggap je la ini tayangan gambar temberang tahap gaban abad ini sebab aku tak suh pun korang pecaya. Daripada baca cerita Fasha Sandarkan Pada Kenangan nak kawin dengan Jejai baik baca cerita macam ni kan.. Lebih baik baca dari tgk cerita Sin Chan yang tak matured tu..

Ring..ring..Ring..telefon berbunyi..Sapa la pulak yang menelefon nih..Aku segera angkat kebetulan aku free waktu itu. Biasanya aku tidak akan melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali sebab aku risau dengan cerita ramai yang sedang menjadi spy menyiasat aku yang dikatakan ura ura kedengaran sebagai bomoh yang menyihir orang..kemudian orang yang disihir dipergunakan untuk kepentingan diri aku.. aku geli geleman dengar cerita dari mulut orang yang macam macam longkang nih. Ingat aku cari rezeki jadi bomoh ker?? Khaqqq Tuihhhhh.. Tak kuasa aku… Kerja aku mulia tau dengan cara yg halal.. .tapi xpelah sebab tak buat apa2 aku jwb gak lah ..mungkin ada rezeki kot menang peraduan apa2 ker..

Persoalannya..kenapa suka sangat masyarakat memandang serong terhadap orang orang yang seperti aku ni..apasal bila niat baik kita nak tolong org ni, selalu org anggap negatif? Aku hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka membuat fitnah tanpa usul periksa..Lama sudah aku diamkan so aku harap diaorg pun akan diam..rupanya macam macam berlaku. Itu la sebab bila terdengar deringan telefon dari nombor yang tidak dikenali aku tidak akan angkat..malAs dah nak melayan orang dengan cerita yang bukan bukan. 

MENANGIS TERESAK ESAK DI TELEFON

Ustaz..tolonglah saya ustaz..saya sudah tak tau nak buat apa sekarang ini..isteri saya dilarikan orang..saya kenal org yang bawak isteri saya lari tu..dia naik kereta. (Ni pun aku kurang berkenan gak. Aku bukan ustaz sebab tak belajar sampai Al-Azhar pun. Belajar kat Kolej Insaniah pun tak..Aku org biasa jer) Dulu isteri saya tak macam ni..ini tiba tiba saja ustaz..Tolonglah saya ustaz. Bergema suara tangisan teresak esak didalam telefon dari seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia telah dikenalkan pada aku oleh En Doraemon (bukan nama sebenar). 

Ini pun satu hal yang memeningkan kepala aku. Merayu rayu meminta tolong..kalau aku jawab begini; dah dah dah...pergi carik bomoh lain..aku dah penat dengan ini semua..apa agaknya yang akan dirasakan di dalam hati masing masing bila terdengar jawaban dari orang yang amat mengharapkan pertolongan seperti itu. Maka inilah keadaan aku setiap hari sehingga kadang kadang aku tak ada masa untuk berehat bersama keluarga. kepentingan org lain aku dulukan tanpa mengira penatnya.

Aku segera menasihatkannya supaya bersabar dan aku minta saudara yang menghubungi aku itu agar dapat datang menemui aku di teratak aku. Senang aku mendapatkan butiran butiran yang lebih tepat lagi untuk disiasat asal punca kejadian yang telah merenggut kasih syg dari seorang isteri yang amat dicintainya. Aku minta saudara tersebut datang membawa gambarnya supaya dapat aku kenali rupa wajahnya dan juga nama isterinya itu serta nama ibunya. Keesokkan harinya saudara tersebut hadir bersama rakan rakannya sekeluarga bersama sekeping gambar yang aku minta.

KENAPA HARUS BERBINTIKAN IBU BUKAN BAPA..?

Ramai dari kalangan kita yang sedia faham akan hal ini..kenapa kalau berubat hal hal mistik mesti orang tu minta namanya dan nama ibunya. Kenapa ..apa sebenarnya yang berlaku atau ada apakah rahsianya meminta nama si pesakit dan nama ibunya..Insyallah akan aku bukakan sebahagian rahsianya untuk pengetahuan umum sebagai jalan memahami perkara adat tersebut supaya ia tidak pula disesatkan atau dikhurafatkan pula kali ini setelah bermacam macam perkara kerohanian yang baik baik itu disalah ertikan dan di sesatkan sesetengahnya oleh sebahagian orang yang lain.
Tak salah mem binti kan dgn nama ibu sebab bila membaca talkin juga Rasulallah menganjurkan dibaca nama simati dengan berbinti kan dengan siibu. So korang rasa Rasulallah tu khurafat gak ker? Lu pikir la sendiri..

Selang dua hari kemudian datang seseorang muda tak muda tua pun tak tua sangat, umurnya ekitar 40an 50an agaknya memperkenalkan diri dengan nama Bobby ( bukan nama sebenarnya ) bersama teman2 nya lain.

MINYAK PENGASIH
Bobby memulakan ceritanya dari awal sehingga akhir mengenai kebaikan isterinya soal penjagaan makanan dan minuman serta tanggungjawab yang telah dilakukan oleh isterinya itu amat dihargai. Tetapi dia kesal dan amat terkejut semenjak akhir akhir ini apabila isterinya yang dipanggil 'sayang' itu telah mula bersikap keras dan garang terhadapnya. Kalau keras yang lain tu ok gak ni keras lain mcm..

Bab keras ni aku teringat cerita bini aku.. Dia kata ada seorg lelaki ni selalu mengeluh.. lalu kawan baiknya tanya lah naper mengeluh.. Lalu dengan selambernya dia jawab.. Susah la idup macam ni.. Minum minuman keras bini marah, masak nasi keras bini marah, kerja keras sampai tak ingat anak bini pun bini marah, Tuttt keras jer bini suka sebab yg tu kalau lembik bini marah.. sat sat, aku lost ntah kemana dah ni..

Isterinya itu bekerja di salah sebuah restoran berhampiran rumahnya dan apabila malam isterinya akan menyambung kerja jadi pembantu pasar tani pula. Berbekalkan paras rupa nya yang hampir mirip seperti mami itu agaknya jualan di gerai pasar tani rakannya laris. Pelanggan pula suka mengambil kesempatan bermanja manja dan akhirnya jatuh hati. Agaknya tak cukup dengan itu di minyakkan pula wanita yang digilainya lalu dibawa pergi. Begitulah nasib kaum ibu hari ini dan aku rasa memang dari dulu kaum bapa yang agaknya tak cukup makan itu mencari mangsanya di luar rumah.

Dengar khabarnya isteri si Bobby telah mula berjinak jinak gagak dengan salah seorang pelanggan restoran di tempat kerja semenjak 8 bulan yang lalu. tanggungjawabnya mula terabai, anak anak kecik di rumah yang mengharapkan belaian kasih seorang ibu kini tinggal berpampers masham. Ibunya lari dgn jantan haprak barunya walaupun sedar dirinya masih bersuami. Sudah dua minggu bang isteri saya tak pulang ke rumah. Tolonglah saya bang , tolonglah..rayunya dengan nada kasihan sekali (bila masa aku kawin dgn kakak dia pun aku tak tau. Aku belum sampai 4 series lagi dah dipanggilnya aku abang). tapi kali ini si Bobby sudah tidak menangis lagi seperti di dalam telefon kelmarin, malu agaknya dia sebab kami ramai yang mendengar kisahnya.

Aku sangka isterinya tidak disihir orang, rupa rupanya terkena juga tempias minyak pengasih dari seorang laki laki melalui bantuan orang asli di tempat sebelah Selangor. Ini aku tau selepas aku ambil gambar isterinya , nama isteri dan ibunya dan kemudian aku bacakan beberapa potong ayat munajatnya.

Kebetulan memang Puan Kuntum dan Encik Doraemon turut hadir..jadi aku minta izin pada suaminya agar Kak Tom jadi sarungnya. Suaminya mengizinkan dan dia memang mengharapkan beritanya melalui isterinya ketika itu. Aku sebenarnya bukannya tahu sangat tentang kisah alam alam mistik ni.. kalau tak kerana ada bantuan sarung seperti Kak Tom yang aku alami dulu masa tgk kawan aku ngubat. Saja jer aku try cara ni sebab selalunya aku zas terus jer.. mahkamah aku Pedang Hamzah jer senang.

ROHANIAH DIRI ISTERI MENANGIS

Entah macamana tetiba Kak Tom menangis teresak esak..aku tak cam entah bila ‘dia’ masuk… tau tau dah meleleh air matanya ke pipi. Aku beberapa kali cuba bertanya tapi diam je..tak berjawab langsung. Aku minta dia bercerita kenapa dia jadi begitu..tak lama kemudian keluar suara halus dari mulut Kak Tom ' aku terkena minyak pengasih panah arjuna...huhuhuhu'..terus menangis tak henti henti. Aku minta dia keluar dari sarung dan minta panggilkan ketua jin minyak pengasih yang menumpang di sarung isteri si Bobby.

Tidak berapa lama kemudian tubuh Kak Tom mengembang , kedua belah tangannya menggenggam pedang di kanan kirinya. Aku minta dia turunkan kedua belah pedangnya ke lantai dan segera dia berbuat demikian. ' Di sini bukan tempat untuk berpedang..ini tempat mesyuarat perundingan' aku berkata kepada si sarung Kak Tom. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Kalau nak berpedang, 2 – 3 pedang aku keluarkan, tak tertepis lak dia nanti.

Kalau ikut aku memang “A” sangat la kalau bab berperang ni. Namanya pun panglima perang. Tapi sebab hormat kat orang2 yg datang so kena sopan la beb.

KEMENYAN DAN GAMBAR

Segera aku minta En Doraemon menyalakan api bara untuk membakar kemenyan yang aku minta. Aku nak tunjukkan pada mereka fungsi kemenyan yang amat ditakuti oleh manusia kerana dikatakan makanan jin. Jangan takut dengan kemenyan, itu amalan orang tua tua dulu. Mereka tahu rahsianya. Kemenyan bukan khusus untuk beri makan jin , dalam rumah kita sendiri pun masih banyak lagi makanan jin contohnya tulang ikan, ayam, lembu korban yang tersimpan di dalam peti sejuk itu. Bukankah itu semua makanan jin...? Kemenyan ni kalau kita niatkan atau sengaja diguna untuk memberi makan jin maka mereka yang berkenaan akan datang lah. Itu pun kena tengok kemenyannya..biasanya bukan kemenyan wangi..kemenyan busuk yang selalu diguna..

Gambar isteri si Bobby aku cuba layur di atas bara yang berkepul asap kemenyannya. ' Aku katakan padanya, rasakan betapa sakitnya kalau gambar ini aku layur. Tidak berapa lama kemudian jin yang berada di sarung Kak Tom mengaduh kesakitan dan meminta ampun berkali kali..' ampunkan aku..ampunkan aku..aku berjanji tidak akan mengganggu lagi..aku akan keluar'' itu yang aku dengar dari Kak Tom. Aku terus campakkan gambar itu terus ke dalam dupa kemenyan dan terus terbakar..aku rasa mungkin jin tersebut hampir hangus terbakar tapi tidak mati..sebab niat aku bukan untuk membunuhnya sekadar mengingatkan saja. (Rentung sikit tu kira tahap member amaran la pada aku).

SOLAT TAUBAT DAN SOLAT TASBIH

Aku berpesan pada si Bobby supaya mendirikan solat taubat dan tasbih selama 40 malam untuk dirinya sendiri dan juga untuk isterinya supaya lembutlah hatinya selepas itu kerana isterinya bukan saja terkena palitan minyak pengasih tersebut tapi memang nafsu dirinya juga berkeinginan begitu. Sehingga akhirnya dia terjebak dengan pengaruh minyak pengasih yang sengaja di palitkan oleh kekasihnya. Kalau tak jalan lagi kita buat yg keras sikit mcm biasa baca yassin fadhilat ker, yassin 40 ker atau yg paling kemas yasin 7 mubin.. Kasi mati trus.

Aku jelaskan pada si Bobby, bahawa aku bukan punya kuasa menyembuh dan menghilangkan masalah keluarganya melainkan semua adalah kuasa Allah. terjadi peristiwa seperti itu barangkali adalah teguran' dariNya supaya lebih bersikap berhati hati dan lebih menunaikan hak tanggungjawab sebagai seorang suami jika benar masih menyayanginya. Aku minta supaya hidupkanlah susana beragama di dalam rumah dengan bacaan al quran dan solat berjemaah supaya tiada lagi gangguan datang walaupun hakikatnya ia datang dari Allah jua.

Masuk hari kedua ini aku belum mendapat apa apa jawaban dari si Bobby mengenai isterinya mungkin dia sedang berusaha untuk kembali ke jalan tuhannya menginsafi kekurangan dirinya sendiri yang selama ini lalai..Mudahan kita doakan si Bobby berjaya mendapatkan semula isterinya yang telah lari mengikut lelaki lain..dan jadikanlah ini sebagai pengajaran, kepada diri pembaca sekalian. Jangan hanya semata mata menyalahkan orang lain.lihatlah tiliklah diri sendiri..pasti ada kekurangan yang menyebabkan berlaku perkara seperti itu. Mesti ada..Mungkin anda telah curang dalam diam diam juga kepada isteri kalian..