Sebelum ini guru aku ada ajar dan aku ni dah jenis suka reconfirm sesuatu ilmu yang aku terima dengan hadis, quran atau bijak pandai lain supaya keyakinan aku lebih tebal atas ilmu yang aku terima. Sebab kalau boleh aku nak jadi gedung ilmu mcm guru aku gak. Dan beliau ckp gedung ilmu ialah bila seseorang menerima ilmu lalu dia menguasai ilmu tersebut lalu mengamalkan ilmu itu, beramal dengan ilmu itu lantas menyampaikan ilmu itu kepada yg lain pula.
So ptg tu Dr Zulkifli ada mention tentang MENGKHATAMKAN DIRI. So apakah erti mengkhatamkan diri ni? Mcm khatam quran ker? Tahukah kita bahawa Nabi Muhammad saw mengkhatamkan diri dia tiap2 hari.
Dari guru aku disampaikan bahawa mengkhatamkan diri adalah wajib bila kita dah belajar apa itu mengkhatamkan diri. Ini kerana ini adalah sunah dan amalan Rasulallah saw. Apakah mengkhatamkan diri itu? Ia adalah perbuatan dan lisan yang dilaksanakan setelah setiap kali solat fardhu. Kalau sebelum ini aku membicarakan akan rahsia dan kelebihan rukun2 dalam solat maka kali ini aku sambung dengan rahsia selepas solat lak.
Apakah kelebihannya? Menurut guru aku mengkhatamkan diri adalah amalan Rasulallah saw dan wali2 Allah. Menurut wali2 dahulu (termasuk guru aku) apabila mengkhatamkan diri ni, bermakna jasad mengkhatamkan ruh. So nanti bila tiba masanya jasad dan ruh kita berpisah, maka ruh pula akan mengkhatamkan jasad. Bila tu? Bila saat selepas kita melepaskan nafas yang terakhir.
Menurut beliau bila kita lihat dulu2 bila wali2 dan org2 alim, mereka lebih suka hidup terpencil kerana menjauhkan diri dari godaan dunia dan kemungkaran. Lalu apabila mereka meninggal tiada siapa yang tahu mereka telah kembali ke rahmatullah. Jadi siapa yang akan memakamkan mereka. Ya sahabat2 ku, apabila mereka meninggal dunia, sudah tentulah jasad mereka dipelihara dan di muliakan oleh Allah. Maka apabila tiada manusia yang menguruskan pengkebumian mereka maka akan muncullah malaikat2 dan utusan2 dari Allah yang akan memakamkan mereka. Maka itulah kelebihannya menurut guru aku.
Dan dari akal aku yang cetek pula, mengkhatamkan diri bermanfaat seperti mengkhatamkan quran. Apabila khatam quran bermakna telah sempurna pembacaan al-quran kita. Maka apabila mengkhatamkan diri maka bermakna telah sempurna amalan hidup kita yang telah dimulakan dengan mendirikan tiang agama yakni mendirikan solat.
Sebenarnya mengikut amalan Rasulallah saw, mengkhatamkan diri ni kita baca selalu tapi kita
tak tau rahsia dan maknanya. Mcm kita membaca tahiyyat selalu tapi kita tak tau maknanya shahadah sebab tak dibaca dan dilakukan beserta dengan qolbu yakni pengakuan dengan hati. Dan andai ditanya maka jadilah kita saksi palsu kerana naik saksi bahawa allah itu sembahan kita hanya dimulut bukan dihati.
ALLAH HUMMA AJIRNI MINAN NAR ( beberapa kali termampu ) ALLAH HUMMA ANTAS SALAM WA MINGKAS SALAM WAILAIKA YA U DUS SALAM FAHAIYEINA ROBBANA BIS SALAM WA ADKHILNA JANNATA DARAS SALAM TABARAK TARAB BANA WATA A’LAITA YA ZAL JALA LI WAL
No comments:
Post a Comment