Showing posts with label mistika. Show all posts
Showing posts with label mistika. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

JALAN - JALAN CARI PASAL DI ALAM GHAIB - Mistika 35



Alhamdulillah.. Ada lagi peluang pakcik nak menaip and menambah koleksi pengembaraan khayalan alam kayangan peribadi pakcik ni. So sesape terjumpa entry ni kalau korang nak tau,( x nak tau pun pakcik nak bgtau gak sebab pakcik yg tulis), ni entry yang ke 513 kalau x silap pakcik.. So ada 500 lebih cerita2 merapu pakcik dah karang. Agak2 kalau pakcik buat buku dan lagi tebal dari novel Ombak Rindu kut …

Eh lupa korang dah sampai n start baca.. Assalamualaikum wbt.. Lupa lak pakcik nak bagi salam. Pakcik nak tanya kabar pun, korang jawab bukan pakcik dengar pong.. So semoga korang dilindungi Allah selalu hendaknya. Almaklumlah kita manusia ni selalu terlupa Dia tu ada tapi Dia walau sesaat tak pernah terlupa akan kita.. Pakcik arini rasa penat sikit la tapi Alhamdulillah sihat dan masih bernyawa lagi..

So di entry menyentap pakcik kali ni pakcik nak bercerita pasal cerita dongengan penglipulara pakcik bagi mengisi masa lapang ala2 sains fiksyen tahap 1,2,3,4,5,6,7,8 lapan lagi…. Pengembaraan khayalan pakcik kali ni membawa khalayak pembaca ke sebuah negeri yg tgh sibuk dgn aktiviti berkempen untuk pilihanraya. Kekekeke korang cari la negeri mana yg sibuk org berkempen disana sini sinun.. Tu la dia tempatnya..

Tetiba balik keje petang semalam pakcik dpt call dari adik beradik seperguruan call pakcik n mintak tolong tengokkan pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu dia yang kena sihir akibat hasad dengaki manusia yang ditanam depan kedai katanya. Dah ramai katanya org sana nak cuba ubatkan, tapi katanya sebab yang sakit ni darah keturunan Raden-raden atau kalau dalam bahasa kita sini darah kerabat diraja lah, maka org2 yang nak tolong ngubat tu tak boleh nak buat lak…

Agaknya sebab tu la klu tgk citer2 lama ada pawang diraja or bomoh diraja masa zaman kesultanan dulu2, org2 biasa xleh nak ngubat. Tu la untungnya doktor, dtg la sapa2 pun hatta maharaja besar sekalipun boleh jer dia ubat.. Xde makna nya gelaran2 didunia tu kalau semua tu hanya menyusahkan diri sendiri. Tiada manusia yang berdaulat melainkan jin yang mendampinginya berilmu tinggi dan kuat. Bukannya manusia itu hebat kalau ada keupayaan luar biasa tapi makhluk2 yg x pernah berhenti menghasut manusia dgn mcm2 sihirnya. Klu dah nak mati lagi seksa n hilang gak nyawa walau apa pun gelaran n daulatnya kan.. Bukan lah pakcik nak mencabar institusi beraja tapi raja yg disanjung ialah raja yg tinggi dengan ilmunya baik ilmu dunia (pengetahuan) mau pun ilmu akhirat (ugamanya) bukannya ilmu hitamnya.. tu maksud pakcik..

Tok Tok Tok.. Korang tengok.. pakcik nak mengarang pun ada org ketuk pintu.. mcm mana pakcik nak konsentret.. Owhhh rupanya ada teman lama pakcik dtg bertandang ke bilik bujang pakcik sebab dia ada urusan mesyuarat kat sini. Alang2 sudah sampai kami bertanya kabar masing2 yang dah lama terasing tempat kerja.Stelah menyampaikan pesan org untuk sampaikan fail kepada beliau pakcik sambung lah minum kopi dengan cucur taugeh kucai yg pakcik beli sbelum balik kerja.. Eh tadi pakcik x citer psl goreng pisang ngan kopi ek.. x pe lah.. ada pakcik kisah pakcik citer ke tak.. kan..

Lepas mandi, solat maghrib, berwangi2 n seksi2, pakcik pun kluar lah gi kedai kawan2 untuk mengisi perut sambil bersembang2 taik dengan sahabat2 pakcik. Maklumlah berseorangan kat sini mkn kedai je la hari2.. Lama dah tak merasa masakan datin paduka sejak pakcik dok sini nih.. pakcik balik esok2 datin mesti masak special2 untuk pakcik tu.. kann.n memang nasib baik xde kete eksiden kat area kitaorg mkn tu mcm aritu.. Kalau x dtg balik la penyakit phobia pakcik nak drive kat bumi org ni.. Lepas mkn pakcik balik ke bilik semula n ada mesej masuk yang mana saudara sehidup semati pakcik ni beri nama pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu dia yang kena sihir itu.. So pakcik tanya dia dok mana? Sedara pakcik tu ckp dia dok kat area ttuuuuuuttt.. Oooo pakcik kata kawasan dia sawah x berapa ada kan…

And Yes… You Are Wonderful Tonite…. Woit tu lagu… Pakcik nak kata……yes betul lokasi rumah si pesakit tu. Tapi pakcik bukan perawat or pengamal perubtan so jangan lak korang berduyun2 datang mintak berubat ngan pakcik.. pakcik x pandai mengubat sangat.. Pakcik ni hanya sekadar seorang panglima perang yang hina lagi dina jer.. .. so pakcik kata biarlah dulu sebab tunggu org2 kampung tido dulu lepas makan pulut durian petang tadi kan.. Uikkkk tak aci nih.. tetiba perut pakcik rasa lapar nak mkn pulut lak… Dan jeng jeng jeng.. tetiba bayangan orang asli menerpa dalam display kasyaf pakcik ni.. Uikk biar betul..ada ke orang asli kat area tu?? Pakcik pun demi untuk memuaskan hati dan mengconfirmkan pandangan yg pakcik dapat tu pakcik seru mambang google dan yesss again its there.. There is a lot of the tribe settlement all over the area.. Hmmm ckp orang putih ni kang ada lak org kata pakcik ni pengamal voodoo la sebab ckp omputih.. Mcm la pengamal perubatan islam x leh nak ckp omputih.. abis tu klu ckp siam pakcik kena jadi sami la… adooyaiiii. So mlm ni berlawan dgn ilmu org asli la pulak ni..

Balik bilik je pakcik tanya anak murid pakcik yg sulung nak merasa tak tengok arena perang ala2 komik pedang setiawan ni?Dia punya la xcited nak tgk n tanya mcm mana.. Sebab dia belum abis fasa kedua pembelajaran maka pakcik suh dia berwuduk n ajar dia kuncikan diri guna lam jalalah. Puas nak xplain kat dia satu persatu apa nak buat.. tapi xper janji ada minat mau belajar insyaallah pakcik ajarkan. Tapi kalau benak sangat rasa pakcik nak jurus jer salur limfa dia bagi senak perut sikit kut2 senang nak faham lepas tu. Bila dia dah rasa n dpt kunci tu maka pakcik jazamkan lah kunci tu utk dia guna di kemudian hari lepas pakcik terbang gi kat tempat dia untuk check betul ke tidak dia kunci.. sama ada tahap solex atau tahap kunci yell jer.. Tetiba dia mesej ckp okay boleh gerak skarang tuan guru.. ewahhh ikut suka engkau jer pakcik kata.. kau bukak dulu kunci tu. Lepas kul 12 nanti baru kita operasi pakcik kata. Maka dengan rasa akur dia pun jwb okkkk.. hahaha mcm x puas hati jerk at pakcik.. rumpanya memang betul sbb dia ternampak kelibat seseorang berjubah putih berselempang ijau.. Sibuk dia dok tanya sapa… Pakcik cakap aiii aku pun ko tak kenal?? Aku dtg check ko punya kunci.. Kalau stakat ko kunci tahap beli kat pasar malam satu linggit satu baling tu ko ingat aku nak jazamkan kat ko? Maka dia pun buka lah kunci dia balik n mintak izin nak call bini.. Pakcik bukan bapak dia, nak cal bini dia call la.. bukan pakcik nak kata jangan lak.. Kesian mak buyung tu kalau laki dia ni x call.. dak la dok berjauhan sokmo..

Bila nak berperang kali ni pakcik Cuma bawak sejadah cindai jer bersama pakcik beserta dengan tasbih. Pedang kalimah awal2 pakcik dah pesan kat anak murid pakcik suh ambik bila nak bergerak nanti. Pakcik mcm biasa guna pedang hamzah the excalibur pakcik dengan mandian ayat al-kautsar yang berapi-api tu jer. Bila bersila atas sejadah tu jer terus pakcik kumpulkan bala tentera yang ada bersama dengan kuda putih terbang (unicorn) yang pakcik x pernah test drive lagi masa berperang.. Sejak dia datang aritu pakcik lum bawak dia berperang lagi. Pakcik susun la serigala dan Datuk Raden di kanan, panglima hitam dikiri, panglima andi dan org2 nya di sekeliling bersama puteri2 datuk, unicorn n pengiring ghaib pakcik dibelakang. Maka dimulakan mengunci diri sebab pakcik rasa bukan calang2 gak tok batin ni.. pakcik pun mesej lak kat si Jet ni (anak murid – bukan nama sebenar) suh dia ready atas sejadah n wat kunci lam.. Bila dia reply ok ready jer pakcik dan rumpun2 serigala putih ni pun meluncurlah menuju ke satu alam yang tak pernah nampak oleh pandangan mata..

Mula2 sekali pakcik dibawak menuju kerumah pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu sahabat pakcik yang kena sihir tu. Kesian tgk dia. Badan berisi la jugak sebab baru kena sakit tapi tubuhnya ya allah, bercalar2 dan berdarah sana sini. Kesian pakcik tgk hamba Allah ini. Selepas bg salam pakcik kenalkan diri dan pakcik mintak dia bersabar sebab pakcik nak uruskan akar umbi punca segala sihir itu.

Dari rumah tu pakcik dan geng bas sekolah pakcik pergi lak ke kedai tempat mangsa tu berniaga. Dalam masa yang sama pakcik tinggalkan beberapa org askar panglima andi untuk baca yassin 7 mubin kat rumah mangsa tu. Sedap bacaan diaorg n tajwid pun betul.. Bila sampai kat kedai jer pakcik arahkan pengiring pakcik gi ambik tanah haram untuk pagar balik kedai tu nanti selepas di clearkan. Pakcik pun lakukan scanning dan tummmmm pakcik jumpa lokasinya dengan tanpa menggunakan GPS mcm korang guna masa drive kete tu.. Bukanlah di letak di depan kedai tapi di tepi sikit.  Pakcik pun menyalahgunakan pedang hamzah tu untuk korek lubang bagi mengeluarkan barang yg tertanam itu. Mana lah pakcik ada simpan cangkul kat alam sana nun. Pedang ngan serampang adalah..  Terbongkah jer tanah terus pakcik nampak kain warna merah n hitam berbungkus. Datuk Raden terus tahan pakcik ckp jangan pegang sebab ada unsur2 najis mughallazah pada benda yang tertanam tu. Pakcik pun angkat guna hujung pedang lah n uraikan tali mengikat kain tu..

Dan masyaallah busuknya bau. Pakcik pun amati satu persatu barang yg ada. Pakcik nampak tulang tengkorak kongkak yang melengkung bersama minyak najis hitam tu dan patung tanah yang menjadi tempat jin malas duduk dlm tu dan ada lagilah benda lain dlm kain tu. Pakcik nak tunjuk kat korang pun x boleh sebab pakcik nak bwk DSLR gi kea lam sana x lepas.. kastam alam ghaib x kasi bwk.. barangan terlarang..dengan satu semburan berapi pedang hamzah pakcik neutralkan sampai jadi abu brg2 tu. N pakcik pun nampak lah jin malas yang dok membesarkan badan wat2 bodo dok depan pakcik. Kerjanya nak mkn jer.. isk isk isk.. sebab pakcik nampak BMI jin ni lebih sgt so pakcik suh pengiring pakcik tangkap n escort si jin malas ni ke penjara bawah laut. Biar nanti bila kurang makan n keje keras hilang sifat  malasnya n boleh turun berat bdnnya kepada berat badan ideal. Untuk2 dah hensem nanti leh masuk islam lak..

Dengan buat muka seposen n simpati pakcik pandang ke muka tok raden sebab nak mintak tolong dia semburkan air yassin kat tempat tanaman kain tadi supaya hilang bekas2 sihir dan segala tandanya dari bumi Allah yang Maha Suci ini. Jijik sungguh pakcik lihat barang2 sihir ni.. mak dia pun terus mengarahkan semburan air yassin untuk mensucikan tempat yg di sihir itu. Dengan tak buang masa lagi pakcik pun terus ambik bekas penyimpan tanah haram itu dan mintak pengiring pakcik ratakan hingga jauh sikit dr kedai biar jin2 dan syaitan2 nak dtg dekat pun x boleh. Mesti korang nak suh pakcik tabor satu Malaysia supaya xde jin kat Malaysia kan.. xyah la.. lupakan la niat korang tu sebab ingar senang ke nak ambik sebab yg sekangkang kera itu pun dua tiga kali pengiring pakcik gi ambik n bukannya mudah sebab ada tatacara yg betul digunakan utk mengambilnya dan Alhamdulillah rumpun pakcik dah dpt izin utk ambik dan digunakan. Mcm mana pakcik dapat usah tanyalah panjang ceritanya tapi pakcik pernah ambik dulu waktu bertarung dengan ratu laut dulu. Korang kalau saja2 nak ambik kim salam la. Nak melangkah keluar pun x boleh. X caya gi la buat umrah n try bawak balik batu or pasir dari tanah haram Mekah kalau korang berani.. Nak merasa dapat sakit dan malu buatlah..

Ayoyo dalam x sedar pakcik tanya mana kuda terbang n si Jet.. masa kat rumah mangsa tadi pakcik x perasan dia xde. Pakcik antar mesej tanya ko kat mana? Si jet pun balas ada batu besar hadang saya.. tak lepas nak jalan.. Haduhh si Jetnya ni kena la pakcik membuat tindakan mencari dan menyelamat lak. Baru jer hamba Allah tu nak merasa masuk dah kena road block lak.. Sesampai pakcik kat tempat Jet pakcik nampak sebijik batu besar terapung-apung mengepun jalan Jet. Dah mcm Encik Boss n robotnya yang ngacau Boboiboy lak lakunya. Pakcik pun terfikir masa ni la pakcik nak test pancaran mata oren si kuda terbang ni. Dulu dia kata matanya boleh menampakkan semuanya hinggalah kepada yang ghaib dalam ghaib sekalipun. Pakcik tau yg batu ni bknlah hakikatnya batu.. tp jin betina yg merupa-rupa seperti batu yg terapung. Batu didunia ni yg terapung ada seketulnya iaitu batu yang ingin mengikut Nabi Muhammad tercinta semasa israk mikraj. Demi terkena pancaran jernih cinta kristal dari mata kuda terbang pakcik maka terlihat pakcik jin rambut panjang yg perasan cantik. Maka pakcik semarakkan api kat pedang hamzah, pakcik ambik lajak baik punya, satu kali lompat tikam tinggi punya dan zasssss pakcik belah batu jin tu dan berserakanlah segala anggota tubuh dia laksana diletupkan dgn C4. Lega rasa dah lama x wat perangai budak2 melompat atas katil. Nasib baik xde sapa yg dok skodeng kut2 terangkat jubah pakcik masa menjunam tu.

Selepas berdoa agar tempat itu dan pemiliknya dijauhkan dari gangguan sihir maka pakcik pun cuba mengesan asal usul barang2 jijik yang pakcik musnahkan tadi.. Terdengar lah pulak bunyi gelak tawa jahat dan sinis terhadap pakcik yang x tau dari mana datangnya. Pakcik dgr mcm dari kesemua arah. Pakcik pun gelak sama jer lah nak wat apa lagi kan. Takkan lah pakcik nak nangis lak. So bila bab nak kesan ni pakcik senang jer. Try guna mata dan rasa dulu. Bila tak berjaya kita minum duluuuu eh silap!!!  kita guna la teknik kasar sikit. Maka pakcik mintak tolong panglima hitam paku la kat kain merah hitam tu.. Dari mana asal org yg buatnya jadi ‘hitam’ tu kat situ lah akan pakcik terjah. Tak sampai tiga kali ketuk paku pakcik dah dgr bunyi org tua merintih lak.. Aikk tadi gelak sakan kau ini merintih lak.. Apasal? Kuku kena cabut ngan ragum ker hahahaha time pakcik lak nak gelak.. Tu lah idup ni mcm roda kan.. bila kita kat atas jgn sesekali lupa satu masa nanti kita akan berada dibawah pulak.. takkan selamanya kita kat atas sebab roda itu bulat. Terus zappp pakcik kesan dari satu sudut kampong sebelah dengan kampung yang pakcik ada tu.. luar sikit dari ladang kelapa sawit jer.. Pakcik pun usha la.. perghhh besar gak umah tok batin ni.. Tapia pa pakcik kisah.. besar ke kecik ke.. yg salah akan tetap salah.. sapa suruh aniaya orang kan..

Maka perkara pertama yang pakcik buat bila berdiri di hadapan rumah tok batin tu ialah.. pakcik tgk la.. kalau tak mcm mana pakcik nak nampak rumah dia kan.. Pakcik terus digerakkan untuk tambah power pedang hamzah tu sampai juta2 kilovolt untuk bertindak sebagai senjata pemusnah. Maka dengan itu pakcik bacakan dua surah iaitu alam nasyrah dan surah al-fil.. maka makin berapi dan berelektrik lah pedang hamzah pakcik tu.. Dengan gerak hati pakcik hantarkan pesan buat sahabat sealiran untuk pinjam ababil dia sebagai persediaan menghadapi belaan2 yang banyak jugalah sit ok batin ni. Setelah itu pakcik luncurkan lah pedang hamzah meluru kearah dalam rumah tok batin tu bagi mencari mangsanya. Kami semua cuma menunggu diluar dahulu sebab tok batin ni takkan simpan belaan2 dia dalam rumah sebab tak nak menganggu anak bini dia lak. Dengar kecoh akan perihal tok batik dok menepis serangan pedang hamzah tu maka keluarlah jin besar askar barisan pertama tok batin tu dari belakang rumah. Si serigala putih pakcik arahkan menghapuskan jin tak pakai seluar tu yg badannya lagi besar pada rumah tok batin tu.

Kali ni bila serigala ni membesar pakcik tgk dia tak telan terus si jin ni. Mungkin sebab dah lama berehat dia nak beriadah gak kut. Maka dia menghempas pulaskan si jin ni dgn kepalanya dalam mulut serigala. Pakcik tgk mcm kucing tgh main2 kan tikus yg dah lembik pulak. Lantaklah Mud asalkan kau bahagia hahaha. Bila dah lembik baru ditelannya dan dalam masa yang sama pakcik tgk banyak lagi yg kluar nak membantu sahabat yg kena ganyang dgn Mud tadi.. Sampai ada yang pakcik tgk mcm raksasa dlm ultraman pun ada, mcm pokemon ada.. macam pokemak pun ada rupa hodoh2nya. Masa ni lah pakcik mintak ababil bwk batu2 membara neraka jahanam utk dihujankan atas makhluk2 hodoh tu.  Berlubang-lubang badan diaorg sambil mengerang kesakitan yg amat sgt..  Mana yg sedikit kebelakang cuba lari namun usaha diaorg sia-sia jer sebab lagi byk burung ababil yg dtg membantu pakcik.. Burung2 itu mengejar dan menyerang dengan tanpa belas kasihan umpama pasukan bolasepak liga premier lawan bola dengan budak sekolah tahun 6. Alhamdulillah datang banyak mana pun boleh kitaorg redah malam tu.

Lepas tu baru pakcik tau rupanya bini tok batin ni pun bersekongkol sekali rupanya. Apa lagi, darah pakcik yang belum kena tekanan darah tinggi ni pun mendidih la.. Bukan diaorg yg dtg sendiri rupanya bininya yg pakcik tak kacau yg tolong panggil hamjadah2 tu dtg.. Pakcik pun sebab pempuan, tua pulak tu malas nak wat lebih2.. kang org kata pakcik buli lak.. maka pakcik just kumpul aura oren dan lempar sekali je lah kat mak batin tu.. Tu pun dah cukup rasanya sebab lepas tu usahkan mentera, nama cikgu kelas masa dia form 5 pun dia dah tak ingat dah apatah lagi nama budak lelaki yang letak chewing gum atas kerusi dia sampai melekat kat baju sekolah dia masa dia ponteng sekolah panjat pokok petai dengan tok batin dulu..
Cari punya cari lepas tu anak murid pakcik x sampai gak lagi.. Aper ker hei nya ni x sampai pulak.. Pakcik mesej dia tanya kat mana dia ckp kat kedai lak.. haduh.. lemah pakcik org dok terhegeh-hegeh ni. Bukan kita nak jalan2 cari pasal kat alam ni.. ada tugas yg belum selesai kena dilaksanakan. Maka pakcik panggil dia dtg dgn kuda terbang pakcik. Dah bagi kuda terbang pun lewat lagi. Nasib baik la pakcik xde jet pejuang kat alam sana.. kalau x dah lepas ke mana la ko Jet..

Settle keje kat umah tok batin maka pakcik menscan lagi saki baki komunis alam ghaib tu. Maka pakcik dibawak ke sebuah busut or bukit yang didalamnya tersimpan sebuah pasu besar yg ada mcm2 benda termasuk minyak2 yg korang x dpt bayangkan. Bila pakcik tarik keluar jer start la nak melayang keluar asap2 hitam yg nak membentuk menyerupai lembaga2 yg korang selalu mimpi2 tu. Maka dgn mudahnya si serigala menyedut semua asap tu umpama vacuum cleaner. X yah susah2 keje, dgn jari pun boleh.. Selepas beberapa sedutan maka masa dah time untuk pakcik membakar barang2 tak bertuan itu. Byk kali juga la makrifat aura2 cahaya pelangi tu terpaksa pakcik hamburkan utk bakar totally benda2 perosak tu.. Bila dah settle pakcik terpaksa pecahkan tempayan tu lak sebab dah terlalu lama dia menampung benda2 yg tak sepatutnya. Kan elok kalau mak batin tu wat tanam pokok limau mandarin ker… leh gak mkn2 masa raya cina.. Lepas dibakar benda2 hangus tu pakcik tanan nun jauh didasar perut bumibagi mengelakkan kitar semula dek bangsat2 yg busuk hati iri hati pada org lain. Sorry lah pakcik guna bahasa mcm tu, bukan pakcik marah pun.. Cuma ter emo je sikit..

Setelah settle kerja2 pengeboman bukit umpama serangan ke Sulu di Lahad Datu tu pakcik pun move on ke rumah org yg pakcik panggil jantan x de telur sebab sanggup cari tok batin sebab nak kenakan org sebab x leh nak lawan bisnes org tu. Mcm hanjin punya perangai. Setelah rombongan pakcik menyelinap masuk rumah dia, kitaorg terus attack bilik tido dia.. maklumlah dah tgh mlm.. kalau nak cari org nya carilah kat bilik tido. Kalau cari kat dapur jumpalah dgn nasi sejuk dan ikan masin yg tak abis makan jer. Dengan tanpa bersalam pakcik langkah masuk sambil terus twist kaki n kunci mamat tu atas katil sampai x bergerak. Walau pun bini dia ada dok sebelah pakcik tak ambil peduli bak kata pepatah cina “Alak wa kisah ka” kan. Mamat yang ni pakcik tengok macam lagu Najwa Latiff lak ‘kosong.. kosong.. kosong..’ so pakcik saja nak melatih anak murid pakcik untuk menikmati feel sembelih org.. Selalu dia tgk kat TV al-jazeera je mat salleh kena sembelih lepas kena culik.. So skrg biar dia rasa sendiri. I am not khan but I m not a terrorist also.. pakcik sembelih dia bukanlah sebab saja suka2 tapi sebagai pengajaran hidup buatnya agar tak menganiaya org lain lagi. Mcm mana dia disembelih tu takyah la pakcik nak cerita kut. Kang ada org 21 hari tak lalau nak mkn nasi apatah lagi sentuh gulai asam pedas lak nanti..

Tengok jam dah dekat 40 minit dah. Lama sungguh la pulak selaman pakcik kali ni. Mana taknya.. head hunting lagi, cari org hilang lagi..Dari situ rombongan rumpun pakcik menuju ke rumah s sakit tadi yg terbaring lemah lesu atas pembaringannnya. Setelah menarik semua gangguan dan efeek nya melalui tapak kaki, jari dan kulit maka pengubatan pun dilakukan ke atas pesakit ni. Walau masih ada luka2 kesan cakar kat tubuhnya tapi insyaallah akan mengambil masa sedikit utk dia sembuh sebab penyerangnya pun bukan calang2 org. Setelah selesai mengubat barulah rumpun kitaorg berangkat balik..


Eyy Ehhh relax.. x abis lagi ceritanya.. On the way nak balik tu pakcik ternampak beruang kutub dalam bayangan pakcik. Baru pakcik teringat yg si Jet dah abis peringkat pertama dan beruang kutub ni pakcik x serahkan lagi pada dia. Maka beruang perang ini pakcik panggil dan duduk di sebelah singgahsana pakcik di alam sana. Pakcik bacakan alfatihah dan hadiahkan untuknya serta pakcik usap kepalanya. Beruang setinggi atap itu pun dengan muka kesian duk sebelah pakcik dgn merendahkan kepalanya tanda hormat. Setelah menyampaikan beberapa amanat yg dia mcm faham jer tu maka tuan barunya yg pakcik dah panggil dtg td pun sampai merapat sembah. Beruang yg ni selama dengan pakcik x pnah lak pakcik dgr suaranya. So sama ada dia jenis pemalu ker, jenis bisu ker, pakcik x tau la.  Tapi dgr dia menggeruh mcm bunyi guruh.. macho abis suara.. ikut la.. rezeki ko jet.. Maka pakcik pun buatla upacara serah menyerah beruang kat anak murid pakcik tu..

Tetiba satu soalan kurang cerdik kuar lak dari mulut dia.. nak buat apa ngan beruang ni guru? Aduh pakcik antara nak marah dgn nak gelak sama byk masa tu. Tak sampai ati pakcik nak ckp beruang ni ko buat teman tido..Pakcik pun ckp lah bahawa yg ni bukan beruang zoo.. Ni namanya beruang perang.. So kejenya mcm apa yg kita buat tadi.. Apa kelebihan dia ko carik la sendiri.. Ko dgn bini ko pandai lak korang buat aktiviti sendiri.. so xkan la dgn beruang ni aku nak ngajar lak.. So selepas abis upacara tu ada lagi soalan rupanya.. Apa saya nak buat dgn cemeti api n panah ni tuan guru.. Nak pakcik suh buat kayu api kang dia bakar betul2 alamatnay berperang dgn jari lak nanti. So pakcik ckp ko simpan dan ko gunakanlah bila berperang nanti. Takkan tiap kali ko nak pinjam pedang kalimah aku.. baik guru aku bg kat kau jer.. so dari hari itu berdamping lah dia dgn beruang teddy bear itu bersama cemeti api dan panahnya. Tak ke indah belajar ilmu ni.. dapat berperang, dpt berjalan free, dapat hadiah lagi.. dapat pets lagi percuma.. Syukurlah rezeki yg x ternilai hasil uasaha dan kesabaran utk belajar selama ni..



Setelah kami sama2 kembali ke atas tikar sejadah maka pakcik ingatkan lagi pada anak murid tu utk buka semula kunci lam jalalah itu dan tinggalkan atas sejadah supaya senang bila nak digunakan semula nanti. Dan tanpa segan silu dan usul periksa, setalah terbuka kunci maka si hero malaya tu pun terus meluru ke tandas sebab tak tahan nak terkucil air kecil..


Friday, March 22, 2013

Tanya sama pokok.. Aduh Saleha.. Mistika 34



Pokok merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan telah membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan telah membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan telah menyaksikan dampak yang ketara kepada negara. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi 1001 masalah di hari muka.

Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak keapada orang lain.

Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.

Selain dari sepesis2 tersebut pontianak juga tak ketinggalan merasai hasil daripada penebangan poko2 yg menjadi bangle, casa dan villa mereka. Maka dengan kemusnahan itu mereka berpindah ke tempat yang lebih dekat kepada manusia. Begitulah juga dengan kejadian yang terjadi kepada salah seorang anak murid saya dimana seorang pontianak telah berdiam dihadapan bilik penginapan bujang beliau bersama deretan bilik bujang teman sekerjanya. Apa yang menjadi masalahnya disini ialah dia selalu menakutkan manusia dengan wajahnya yang umpama indah kabar dari rupa. Maka dalam ketakutan lah mereka yang sering terjumpa dengan sepsis ini.

Apasal pakcik terikut2 bahasa karangan budak SPM ni.. mentang2 lah keputusan baru keluar.. Xpe lah layan jer lah.. Biarlah kali ni pakcik tulis ikut gaya bahasa budak SPM lak.. Setelah dibuat pengaduan kepada pakcik sewaktu di dalam kereta maka dengan serta merta pakcik menerawang kea lam sebelah yang tidak berhutan untuk melihat keadaan sebenar kedudukan pontianak itu dalam kisah yang diceritakan kepada pakcik. Sewaktu kejadian penerawangan semasa memandu itu (jangan tiru atau lakukan aksi merbahaya ini ) telah ternampak oleh pakcik seekor pontianak sedang mencangkung dihadapan tempat sampah sisa buangan dari rumah masak berdekatan dengan deretan bilik bujang tersebut.. Maka apabila hadirkan diri di alamnya maka tersedarlah cik pon ini dari aktivitinya memakan hasil buangan makanan lebihan serta anggota dalaman haiwan yang tak dimasak. Sungguh berselera cik pon ini menikmati juadah suppernya pada malam tersebut. Demi terasa pergerakan mengintipnya maka cik pon terus memalingkan muka kearah pakcik yang dalam kedudukan sekodeng satu kelopak isi peluru. Demi melihat wajahnya pakcik juga yang sedang memandu iu hampir memusingkan steering kereta kerana teramat geli serta geleman melihat wajahnya yang sungguh kurang sopan itu. Sesusuk wajahnya pakcik melihat kelopak matanya ditarik ke atas dan bawah sehingga tompokan daging merah jelas kelihatan sebesar penumbuk di kedua matanya dan biji matanya pula tergantung ditengah2 diamana saya mengadap eh bukan ditengah-tengah daging kemerahan itu. Hidungnya pula berlubang hingga ke bahagian batang hidungnya dan dikhuatiri bahawa cik pon ini pernah mengidap sinus atau resdung yang kronik. Dipercayai juga cik pon ini tidak pernah mendapatkan rawatan pergigian berdasarkan rekod kesihatannya kerana gigi taringnya yang melepasi dagunya ke bawah tampak agak kekuningan dan memerahan sedikit. Mungkin oleh kerana tidak pernah diterima utk membuat rawatan manicure maka kukunya juga agak menggerutu serta panjang dan boleh diklasifikasikan sebagai senjata panjang iaitu melebihi ukuran 6 inci.



Oleh kerana telah dikantoikan pengskodengan pakcik maka pakcik terpaksa membuat tindakan selamat dengan kunci selamat kepada safe iaitu pakcik terpaksa mengerahkan kepantasan pakcik untuk menggengam rambut hapak beliau dan bukanlah tujuannya untuk dibawa ke saloon tetapi sekadar membuat gerakan mengunci pergerakannya sahaja. Namun makhluk perosak ini terus melawan dengan cubaan untuk menggunakan cakaran kukunya bagi melukakan pakcik yang telah bersiap sedia mengaturkan panglima hitam yang memegang hammer serta paku kesakitan mengakibat kematian yg abadi disebelahnya. Andai keadaan menjadi tidak terkawal maka satu lantunan tukul itu cukup untuk membuatkan paku itu menyeksa cik pon tersebut hingga hujung nyawanya. Serentak dengan itu juga renjatan letrik kaler biru diarahkan ke pinggang cik pon tersebut yg membuatkan beliau akan kaku dan lumpuh seketika.

Setelah tiada unsur serangan balas dari cik pon maka pakcik terus menukar watak sebagai polis bersara denganmengajukan soalan2 yang tidak disoal dalam peperiksaan SPM seperti dari mana kamu dtg, kenapa kamu disini, dan apa yang kamu mahu. Maka diberitakan kepada pakcik tentang penebangan pokok yg menjadi habitat semulajadinya lantas meruntuhkan villa kediaman beliau. Oleh kerana menjadi mangsa kehilangan rumah maka beliau bergelandangan dihadapan blok bilik bujang itu untuk menagih kasih mencari tuan yang sesuai pula.

Setelah dikenalpasti makhluk tanpa rumah itu maka pak cik telah member dia dua pilihan. Ini disebabkan kerana beliau seekor perempuan maka amatlah dipandang zalim sekiranya pak cik membunuhnya. Maka pakcik pun mengutarakan pilihan yang ada iaitu masuk Islam dan dihantar ke bandaraya Jin di Bukit Anatarabangsa dan pilihan yang kedua iaitu rujuk kepada pilihan pertama atau mati. Maka cik pon insane lemah ini pun memilih pilihan talian hayat yg pertama kerana beliau mahu hidup  Namun yang menjadi isu buat masa kini ialah persoalan dr cik pon sendiri tentang bekalan makanan di bandaraya itu serta bekalan jantan2 macho buat dirinya. Tanpa mengendahkan kemahuan beliau pakcik kata itu cerita kemudian lantas mengajarkan ucapan syahadah beserta tafsirannnya serta sedikit ceramah tentang do’s and don’t setelah beliau memeluk Islam nanti. Sambil menahan nafas dr cikpon yang seharum bauan lori khinzir baru lalu pakcik menerangkan serba sedikit tentang kehidupan beliau nanti di bandaraya tersebut Bagi meneruskan majlis seterusnya dijemput pakcik utk membacakan doa. Maka dimintalah buat beliau wajah baharu yang lebih Islamik serta persalinan berupa telekong, sejadah, tasbih serta sebuah quran buat bacaan beliau bagi mengisi masa lapangnya dlm mencari pasangannya di sana.

Alhamdulillah, atas limpah kurnia dan rahmatNya maka dikurniakan ke atas beliau wajah yg indah namun belum mampu memukau pakcik dengan kecantikkannya. Ini adalah disebabkan Datin Paduka pakcik jauh lebih indah dari beliau. Demi untuk membuktikan kebesaran Ilahi pakcik keluarkan cermin hikmat dihadapan beliau bagi beliau melihat wajah baru beliau dengan lebih dekat serta dari pandangan sisi. Walau bagaimanpun pakaian beliau menjadikan mana-mana jin jantan pada masa itu tidak terliur atau tak kebuloq kata orang utara.

Setelah itu dengan mengekalkan kedudukan sedang memandu pakcik berikan sebuah nama yg indah utk beliau bawa hingga ke akhirat iaitu dengan nama Siti Saleha. Dengan nama yg indah dan wajah yg menawan cik pon ini cuba pulak mencabul pakcik dengan cubaan untuk mencium pakcik sebagai menunjukkan tanda terima kasih beliau. Lantas satu pelempang sebelah kiri tangan pakcik singgah kemukanya tanpa ada rasa belas ikhsan kerana pakcik memaklumkan beliau bahawa perbuatan tersebut haram sebab bukan muhrim. Itulah agaknya buah tangan dari pakcik sebelum beliau meningalkan tempat tersebut utk mendiami bandaraya jin.

Pakcik pun tidak ketinggalan untuk memanggil rijalul ghaib yang telah bersama pakcik menjadi pengawal peribadi pakcik sekian lama untuk memandu cik Siti Saleha ke kawasan penempatan yang baru. Mujurlah Panglima Hitam (yg sedang kecut perut kalau2 bininya dirumah nampak beliau berdekatan dengan cik Siti pasti akan berlaku salah sangka dan silap-silap perang dunia akan tercetus pula nanti) sempat mengingatkan pakcik bahawa cik Siti ni tak mandi hadas lg. Maka dilaksanakan adat bersiram hadas utk cik Siti dengan air zamzam kau yg segar dari ladang yang dibawa oleh pengawal peribadi pakcik  dan seterusnya dibawa ke penempatan baru tersebut.

Sehari selepas itu diwaktu malam maka pakcik membuat tinajuan semula ke tapak tempat pelepakkan cik pon a.k.a cik Siti sebelum itu. Maka terlihat sesusuk lembaga lain pula menyerupai beliau. Namun demi melihat akan kelibat pakcik lantas makhluk itu terus mintak ampun banggggg katanya saya tak dok sini dahhhh saya pergi ketempat lainnn laungnya sambil terbang melayang kearah sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dari situ.
Bak kata orang pokok jangan ditebang, nanti daunnya gugur, tukang kebun juga yang kena bersihkannya… Geram Sangat Wallaweii untuk bulletin blog Arisha..

Wednesday, May 30, 2012

Terberak di Restoran ... Mistika 29..


 
"Dah lama aku perhatikan...sebagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sebelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sebab tertentu, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Aku sebenarnya dengan family aku pernah makan sekali kat restoren ni walaupun rasanya tak lah begitu sedap sebelum ia ditutup. Kalau dilihat sekarang 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sebagai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri"... 
Menurut cerita seorang kawan aku... jeng jeng jeng... begini.. 
 
 
Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. 
Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr..

Dan seorang rakan yang lain juga tak nak ketinggalan bercerita pengalaman dia..

Aku membesar dgn dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Pernah dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.

Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org terkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.

Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.
 
Naper kedai ni banyak menyembunyikan misterinya korang rungkai lah sendiri.. So cuti2 sekolah ni boleh lah bawak anak2 korang gi jalan2 tengok tempat ni.. kalau kena ganggu settlekan lah sendiri k... N korang mana yg dok area Kuantan leh la usha2 kedai ni noooo..

Wednesday, May 23, 2012

Menyundal Waktu Malam.. Mistika 28

Bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama Tuberose berasal dari Amerika Tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa tergolong dalam famili Amaryllidaceae/ Agavaceae. Sundal Malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai Lili sama seperti Amaryllis dan pokok Spider Lily atau Bakung. Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya. Namun Sundal Malam mempunyai sifatnya berbeza. Sama seperti bunga Melur, walaupun setelah dipetik bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials). Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun. Sama seperti tumbuhan Lili yang lain, Sundal Malam membiak dengan ubi atau bebawang.  Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan. Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Kegunaan:

Sundal malam digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka. Di India juga bunga ini dikenali dengan nama Ratkirani yang bermaksud “Mistress of the Night”.Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya). Minyak pati dari bunga ini sangat mahal. Ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emos. Ia dipercayai dapat mendatangkan ketenangan hati dan perasaan. Bunga ini banyak ditanam secara komersial di Mexico, Hawaii dan US.

Menurut sesetengah petua orang tua-tua katanya jika wanita yang mempunyai pasangan lelaki, 10 minit sebelum bersetubuh oleskan bunga ini pada keliling lubang faraj. Selepas itu bersetubuhlah. Walaupun lelaki tersebut bersetubuh dengan 100 wanita lain namun ia tetap takkan boleh melupakan yang seorang. Di katakana juga  zakar lelaki itu tidak akan hidup di dalam faraj wanita lain melainkan faraj yang telah dioleh dengan bunga ini. (Macam sihir la pulok).

Ada pendapat lain mengatakan bunga ini bunga pengasih khas dari perempuan untuk menarik syahwat lelaki dalam masa paling cepat. Wangiannya boleh menyebabkan lelaki gila sehingga ke tahap ia sanggup berbogel. Entahlah....tapi ada kawan yang dah cuba dan dikatakan betui. Cuma hati-hati lelaki itu mungkin jadi agresif seperti haiwan. (tahayul lagi atau aromaterapi).

Pendapat ketiga : Memang bunganya antara yang terwangi terutama diwaktu malam ketika maghrib hingga subuh. Ia mampu membuat pasangan yg berbulan madu lupa dunia. Ppokok ni banyak disebelah utara Malaysia dan memang betul bau nya boleh merangsang keinginan seksual terutama wanita.

Dan pendapat yang paling best : Kata arwah bapa saya, kalau tanam bunga harum sundal malam dan hendakkan ianya berbunga petuanya ialah "isteri tak boleh membebel bila suami keluar malam" and jangan lupa spray pokok dengan baja daun & bunga tiap 2 minggu sekali. Hahaha betul ke idak teman tak tau.. Kalau nak try, cuba la sendiri kekeke.

Tuesday, May 22, 2012

QARIN, KARIN DAN BUKAN KARIM..... Mistika 26

Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

 Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:  Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan m alaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan  saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.

Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. 

Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat. Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya. 

Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas,melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya: Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia:

Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq: Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. 

Baginda bertanya: Apakah ang terjadi Aishah? 

Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? 

Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. 

Maka saya menjawab: Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? 

Jawab baginda: Ya. 

Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia?

Jawab baginda: Ya. 

Maka saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah?

Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripda tipu dayanya.

Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka. 

Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai bagai cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam, dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menentangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk menganggu manusia dengan jalan hijrah ". Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagibahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan.

Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42: Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang sesat.
Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36 : Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam.

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan. 
 Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata:  Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.a. melahirkannya.

Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:  Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.

Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi : Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya. Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67:  Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar.

Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup. Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu. Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1%, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:  Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.