Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus atau semangat jahat yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap menjadi kediaman jin atau penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang lebih dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut tidak mengganggu manusia dan sebaliknya akan membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini amat besar dosanya dan dikategorikan sebagai Syirik Jali iaitu perbuatan syirik yang jelas dan nyata. Amatlah perlu berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam golongan yang dimurkai Allah swt ini.
Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme. Dengan kedatangan agama Hindu dan Bhudda, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.
Islam menghapuskan kepercayaan tahyul
Kedatangan ugama Islam telah menyedarkan bahawa tidak terdapat roh dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin dan syaitan, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah swt. Sebagai umat Islam yang beriman dengan perkara-perkara ghaib, kita hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Kita digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan hendaklah selalu membaca 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - A'uzubillah himinash syaitanirrajim'. Sedarlah pembaca semua bahawa kata2 yang kita ucapkan pun adalah satu doa.. Maka sebab itulah dipesankan supaya berhati-hati apabila berkata-kata kerana dikhuatiri kita mengatakan sesuatu yang buruk utk diri sendiri sekaligus mendoakan keburukan utk diri kita.
Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu, yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak telah tampil ke hadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.
Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibu bapa yang sering menakut-nakutkan anak-anak dengan kewujudan hantu hingga menyebabkan anak-anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu berkuasa untuk memudaratkan mereka.
Peranan media massa
Pada zaman awal perfileman, filem-filem hantu Melayu seperti Pontianak, Dendam Pontianak dan Pontianak Gua Musang juga telah mendapat sambutan hangat daripada para penonton dan penggemar filem pada waktu itu. Akibat kejahilan dalam ugama dan ramai yang tidak terpelajar, filem-filem itu telah berjaya mempengaruhi masyarakat dahulu. Ini mendorong kerajaan menghentikan pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan akidah.
Bagaimanapun cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah-majalah. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa kebanyakan orang sekarang adalah terpelajar, dan faktor kebanjiran masuk filem-filem hantu asing, ini telah mendorong kerajaan menarik balik
sekatan tersebut sekitar tahun 2000. Malah dokumentari alam ghaib seperti Filem Melangkah ke Alam Ghaib, Misteri Nusantara di TV3, turut membincangkan mengenai kewujupan alam ghaib itu. Malahan sekarang filem-filem seperti Mistik, Susuk, Saka, Gong, Potret Mistik dan Pontianak Harum Sundal Malam telah kembali mendapat perhatian peminat filem-filem hantu tersebut.
Mengapa kita mengaitkan kewujudan hantu ?
Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui.
Contohnya :
- Sakit mengejut tanpa sebab padahal sebelum ini kelihatan sihat
- Pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam
- Sebuah rumah itu kerap ditinggalkan oleh penghuninya dan jika ada orang yang berpindah masuk, tidak kekal lama
- Kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam
- Mayat seseorang dikatakan ada badi
Pendapat sesetengah orang yang tidak percaya dengan kewujudan makhluk halus
Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Dan mungkin juga cerita hantu disebarkan kerana ia mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.
Ciri-ciri umum hantu
Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya pada bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.
Dan pada anggapan orang-orang Melayu juga, kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.
Jenis-jenis hantu
Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu puaka ini. Munsyi Abdullah dalam Hikayat Pelayaran Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini.
Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
01. Pontianak - wanita berpakaian serba putih berambut panjang
02. Polong
03. Toyol – hantu kanak-kanak bogel yang digunakan untuk mencuri
04. Pelesit – hantu perempuan yang dipelihara sebagai suruhan
05. Hantu air – tinggal di dalam air ( sungai, paya atau tasik )
06. Hantu raya – hantu lelaki, dipelihara dan dipelihara sebagai suruhan
07. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang berbungkus dalam kain kafan
08. Langsuir – hantu perempuan yang suka berterbangan dan mengilai
09. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah
10. Bajang - makhluk aneh
11. Bunian (Kerajaan, Penghulu, Puteri) - Kacukan Jin & Manusia
12. Hantu Jepun -
13. Hantu bukit
14. Hantu kubur
15. Pari-pari / Hantu Pari - Gelaran lain bagi Orang Bunian
16. Hantu punjut
17. Jerangkung
18. Hantu laut
19. Hantu Tinggi / Hantu Galah - Hantu yang setinggi pokok kelapa
20. Jin Tanah
21. Hantu Keramat
22. Hantu Kum-Kum
23. Hantu Bungkus
24. Orang minyak - Manusia biasa yang mengamalkan Ilmu Hitam
25. Penanggalan / Penanggal – Kepala yg terbang bersama organ perut
26. Pocong
27. Puaka
28. Hantu bidai
29. Hantu kopek
30. Hantu Tetek
31. Harimau Jadian - Jelmaan Jin atau Manusia yang berilmu
32. Jembalang tanah
33. Hantu tengelong / tengelung / tanglung - sama spt penanggal
34. Kuntilanak - Gelaran Pontianak di Indonesia
Menghalau hantu
Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap si pesakit diganggu sesuatu dan akan berpaling kepada perkhidmatan tradisional sebagai alternatif bagi mengubati pesakit.
Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-
• Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun.
• Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
• Menurut keugamaan masing-masing.
Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ianya hanyalan kesan placebo.
Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan sipesakit sembuh, mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.
Bersahabat dengan makhluk halus spt jin, jin Islam, khadam, bunian dll
Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Persahabatan dengan jin ini juga dikenali
sebagai saka.
Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarat seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemiyan pada waktu-waktu tertentu dan ada yang mengenakan syarat-syarat tertentu dan mereka perlu mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar
mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian.
Cara berhubung dengan sahabat jin
Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan , membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , menggunakan kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk
kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak lagi dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu beragama Islam kerana perkara itu telah diketahui sebagai syirik dan amat ditegah dalam
Islam.
Di Terengganu , tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagi Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.
Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing.
Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja.
Tidak pasti pula, entah betul entah tidak bomoh tersebut boleh berbahasa asing atau badannya dikuasai oleh Kuasa Asing yang lain.
Kualiti bomoh semakin meningkat jika berasal dari Orang Asli , orang Siam atau orang Jawa.
Ilmu orang Asli tentang menghalau hantu dan memanggil hantu dipercayai lebih mujarab dan sangat ditakuti. Sehinggakan jika mereka bertindak memuja atau mengenakan buatan terhadap orang lain, ternyata amat sukar diubati.
Bagi saya, perkara ini memang benar kerana mengikut ajaran Islam, syaitan yang mendampingi orang kafir adalah lebih kuat daripada jin yang mendampingi Ahli Kitab. Dan jin yang mendampingi Ahli Kitab adalah lebih kuat daripada syaitan yang mendampingi Umat Islam.
Menurut cara perubatan Islam
Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti Ustaz, Imam, Lebai, Pak Aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat- ayat tertentu bagi memulihkan semangat dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Ini lebih dikenali sebagai Mandi Bunga. Kebiasaannya, mengikut amalan orang Melayu, air yang dibacakan bacaan al Quran diberi minum bagi memulih / penguat semangat pesakit. Ini dinamakan terapi syifa' atau terapi penyembuhan dengan menggunakan ayat2 syifa' yang dipetik dari al-quran. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
Mengikut ajaran Islam, makhluk halus, roh jahat, jin atau hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi kaedah ini perlu diamalkan selalu untuk mendapatkan kesan yang mujarab. Oleh itu, kebanyakan orang Melayu lebih suka menyimpan al Quran di rumah sebagai penjaga, selain ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar jika diharapkan terus kepada Al-Quran atau ayat-ayat tersebut tanpa membacanya, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan atau tangkal semata.
Tetapi bagi saya, lebih baik menggantung ayat-ayat suci Al-Quran sebagai hiasan dengan niat untuk mendapatkan rahmat Allah swt, asalkan tidak tersalah niat iaitu mengharapkan kuasa
daripada ayat-ayat tersebut, daripada mengantung gambar-gambar yang kurang sesuai seperti gambar-gambar makhluk ( binatang, artis, ahli sukan dll ) yang akan menjauhi kunjungan malaikat ke dalam kediaman kita, sebaliknya mengundang syaitan pula untuk bertapak. Selain itu, terdapat juga ayat-ayat Quran dan doa-doa yang telah dijadikan rajah dan boleh diperolehi daripada kitab-kitab yang menjadi catatan amalan kebatinan Islam sejak zaman dahulu. Rajah- rajah ini juga dijadikan ikhtiar dan sebagai alternatif doa di atas sesuatu tujuan asalkan
berpegang teguh bahawa ia hanyalah sebagai ikhtiar dan hanya Allah swt sahaja yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu. Tetapi ramai yang tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan secara Islam, terus melabelkannya sebagai syirik, khurafat dan sebagainya
Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts
Monday, September 3, 2012
Friday, April 20, 2012
Hantu raya Beraya..
Ceita dari seorang teman untuk iktibar semua..
Hajjah Rumiah bukan nama sebenar adalah salah seorang isteri seorang tuan guru yang hidup selama hampir 90an tahun umurnya, Saya tuliskan kisahnya berdasarkan peristiwanya yang berlaku di zaman saya baru sahaja mendirikan rumatangga 2002M lalu. Saya dah tua baru kawin, lambat sikit begitulah suratan takdir.
Saya amat mengenali Hajjah Rumiah sebagai salah seorang ibu yang amat penyayang kepada anak anaknya yang seramai enam atau tujuh orang itu. Allahyarhamah sangat mesra dan mudah didekati walau di mana jua dia berada, mesti ada saja orang yang ditegur atau disapa oleh orang lain.
Allahyarhamah seorang yang sangat mengambil berat kebajikan sanak saudaranya tak kira di mana kampungnya dia akan pergi ke sana jika terdengar sanak saudaranya sakit, kematian, kenduri kendara dan apa juga majlis kebaikan dia akan ditemui dimajlis apa pun. memang Allahyarhamah sangat suka berkawan dengan orang kampung sekitar. Saya rasa tak ada seorang pun yang tidak mengenalinya kalau sebutkan saja namanya. Apalagi dirinya menumpang tuah suaminya sebagai salah seorang tuan guru yang amat dihormati diseluruh kampung malah di seluruh negeri waktu itu.
Saya belum pernah lihat dia tidak datang kenduri ke rumah sanak saudaranya walaupun kenduri itu cuma kenduri pulut kuninglah senang cerita. Kalau dia ada dalam majlis gotong royong sambil duduk itu riuh rendah dengan cerita yang macam macamlah. Ada yang sedih, ada yang marah kalau dengar cerita darinya. Ada yang takut, kalau dia cerita pasal benda benda tak nampak nih. Allahyarhamah semasa hidup sebenar boleh boleh sikit. Dialah dukun bayi, bidan orang bersalin, tukang urut ibu mengandung, kaki terkehel ke apa ke semua dia boleh. Mungkin dia pernah belajar dulunya dengan sesiapa masa muda muda dulu. ramai yang datang urutkan isteri , anak kecil, bayi masa Allahyarhamahnya ada.
Rumahnya sentiasa saja ada tetamu , kalau kebetulan ramai, riuh rendahlah rumahnya dengan majlis sembang menyembang sambil tangannya mengurut. Memang dia seorang yang sangat suka bersembang masa hidupnya. Ada saja cerita yang dibawa dari satu topik ke topik yang lain. Pendek cerita tak jemulah pendengarnya yang setia. Ada juga pendengarnya yang tak setia, kalau dah balik dikata pula dengan orang yang tak suka dengannya.. macam macam cerita orang hidup nih.
Allahyarhamah akhirnya jatuh sakit kena stroke kalau tak salah saya , beliau terlantar dipangkinnya selama hampir 5 tahun. Anak anak semua duduk k.l, tak ada yang duduk rumah kampung kecuali sorang saja. jadi anak anak yg di k.l berpakat carikan pembantu dari Indonesia untuk membantunya waktu mandi dan keperluannya yang lain. Waktu itulah saya mula terdengar kisah seram yang diceritakan sendiri oleh Allahyarhamah pada saya pada satu ketika saya menziarahinya.
HANTU RAYA SERING MENGUSIK .
Allahyarhamah cakap, dia sering didatangi hantu raya waktu malam atau waktu sepi tak ada orang. Dia sendiri sering ketakutan sehingga tidak dapat tidur jika didatangi oleh hantu hantu seram itu. Saya pernah cuba cuba kononnya jadi tok moh ler dengan menuliskan ayat kursi di sehelai kertas dan saya tampalkan di dinding sebelah tempat tidurnya. Dia kata semenjak ditampal ayat kursi tu kurang lah sikit gangguannya tapi masih ada. memandai mandai saya tu menjadi le juga. Memang saya tak tau apa apa , cuma atas rasa simpati saya cuba reka rekakan mana tahu dapat membantunya, tapi tanpa pengetahuan suaminya lah. Sebab waktu saya datang ziarah tu hanya ada dia dan pembantunya saja.
Ada orang kata Allahyarhamah bela saka , ada yang kata Allahyarhamah memang bela hantu raya. Saya pun tak tahulah yang mana benar. Tapi cuba ikuti cerita ini mana tahu ada sesapa yang boleh berikan andaian berdasarkan pengalaman diri masing masing. Saya alu alukan komen mengenainya.
Cukup 5 tahun Allahyarhamahnya sakit akhirnya rohnya kembali ke hadrat Allah swt dengan meninggalkan suatu peristiwa yang agak menyayat hati. Saya pun tak sangka apa yang berlaku itu terjadi ke atas dirinya yang memang dikenali ramai masa hidupnya.
MUNTAH TAHI HITAM.
Menurut kisah yang sampai di telinga kanan kiri saya sewaktu Allahyarhamah menempuh siksaan sakaratul maut, Allahyarhamah telah memuntahkan beberapa gelas cairan hitam yang amat meloyakan baunya dan teramatlah busuk baunya. Sehingga ada yang terpaksa menutup hidung tercium bau muntahan hitam pekat itu. Kalau mengikut kisah yang saya dengar muntahan itu hampir empat atau lima gelas semuanya.
Selepas muntahan itu berakhir , tidak lama selepas itu Allahyarhamah menjerit dengan satu jeritan luar biasa sama sekali. Allahyarhamah menjerit dua kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua anak anak yang hadir ketika Allahyarhamah nazak sebenarnya amat terkejut dengan peristiwa yang berlaku. teramat azab dan menghinakan kisah sakaratnya sehingga mengundang serbu tanda tanya pada yang hadir termasuk anak beranaknya. jeritan yang kedua pula agak lemah dari jeritan yang pertama. Selepas habis jeritan kedua itulah rohnya keluar dan mengakhiri zaman kehidupannya sebagai seorang manusia yang peramah da manis muka.
Saya sedar apa sebenarnya yang telah berlaku, sebenarnya Allahyarhamah itu semasa hidup amat suka menceritakan perihal suaminya kepada orang lain. Dia seolah olah amat membenci suaminya jika suami tiada di sisinya. tapi kalau suaminya ada baik pula dia. begitu juga halnya dengan orang lain, dia sangat suka mengambil tahu perihal kesalahan dan kekurangan orang lain. jadi kalau dia tak mengumpat sehari seolah olah hidupnya tidak berseri agaknya.

SUKA MENGUMPAT ORANG DAN NAMIMAH ADU DOMBA.
Ramai yang tidak puashati dengannya semasa hayatnya akibat cerita yang dibawa ke sana kemari itu. Sampai pernah dia terjerit jerit melawan cakap suami dan jirannya. Semua itu berpunca dari mulut dan lidahnya yang amat gemar menyebut kekurangan dan keaiban orang lain. Jadi saya tidak hairan kalau di akhir kalamnya dia menerima siksaan sebegitu rupa sebagai pengajaran kepada orang yang masih hidup.
Sebaiknya kita ini sementara masih bernyawa, sementara tuhan izinkan berkata kata eloklah dijaga lidah lisan kita ini daripada menyakiti hati orang lain. Saya kecualikan pendajjal agama, itu syaitan yang harus dibenteras habis habisan kalau mampu. Saya maksudkan supaya jauhilah diri kita ini dari menyebut, mengumpat keburukan orang lain sedaya upaya kita agar terpelihara diri kita dari fitnah azab siksaan ketika sakarat dan azab ketika di dalam kubur nanti. tentunya tidak akan terlepas dari azab neraka waliyazubillah.
POLITIK HARI INI.
Cuba kita kaitkan cerita ini bukan sahaja dengan kehidupan kita sekeluarga dan sekampung dengan bermasyarakat ini, cuba kita lihat senario politik semasa di dalam negara. Bagaimana keadaannya seorang tuan guru atau ustadz ustadz berceramah dipentas, surau dan masjid tetapi menyebut keaiban manusia islam yang lain sehingga menimbulkan perbalahan besar besaran. Menghilangkan keharmonian di dalam susana masyarakat yang aman damai sebelumnya. Buktinya lihatlah sewaktu pilihanraya. Berpagi pagian kita ke masjid menunaikan solat subuh dan tahajjud sebelumnya memohon ampun di atas segala dosa dosa masa lalu dan yang akan datang, tiba tiba tengaharinya mulut dingangakan untuk mencerca aib saudara muslim yang lain. Tidak kira apa jenis parti yang ada ini semuanya menghalalkan cara demi mencapai kerusi dun atau parlimen.
Kalau dibahaskan bersama mereka ada sahaja pusing cakapnya dengan hadith dan dalil firmannya semata mata mahu menegakkan benang yang basah. Saya kurang bersetuju lidah kita ini diguna semata mata untuk memecahkan mikrofon dengan mengutuk dan mencaci nista saudara yang lain. Apa gunanya solat tahajjud dan puasa kita. Bukankah semua pahalanya akan diberikan kepada orang yang diumpat. Berapa ramai pemimpin negara yang tidak pernah solat tahjjud agaknya lah, yang tidak pernah puasa sunat, agaknya lah..tiba tiba penuh kantungnya dengan pahala amal kebajikan seorang ahli tahajjud dan ahli berpuasa penuh tiga bulan berturut turut. Alangkah ruginya ahli ibadat termasuk tuan tuan guru itu nanti.
Tidak hairan, ini pandangan saya kalau tun Mahathir nanti waktu mengadap tuhan dilepaskan dari sekalian kesalahannya kerana beliau mendapat hadiah pahala percuma akibat kena herdik, cerca dan umpatan manusia beriman yang muslim yang juga rajin beribadat siang dan malam. Yang mengumpat kehilangan pahala amal kebajikannya, yang diumpat berguni guni membawa pahala untuk ditimbang di mizanul kubra nanti.
Oleh itu saya menyeru kepada para pemimpin dari semua jenis parti, dalam usaha mencari kebenaran janganlah hendaknya menggadai maruah diri , syariat, dengan menghalalkan cara yang haram. Haram tetap haram...yang haram berdosa tetap haram berdosa. Tidak ada tolak ansurnya..jika sanggup memakan daging saudaranya sendiri. Marilah kita sedari perkara ini untuk keselamatan tabung pahala amal kebajikan kita yang teruk kita ini nak kumpulkan hasilnya itu. Mudah mudahan ini membawa sepenuh arti dalam kehidupan manusia hari ini yang terpaksa menelan cara hidup pemerintahan umat yahudi.
Labels:
derhaka,
hantu,
hantu raya,
iktibar,
ilmu hitam,
isteri,
jin,
Mistik,
mistika,
syaitan
Subscribe to:
Posts (Atom)