"Nabi saw pernah bersabda: “Kamu akan mengikut jejak
langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta
sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki
lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: "Siapakah mereka itu ya
Rasulullah?” Nabi saw menjawab: “Yahudi dan
Nasara, siapa lagi.” (HR Muslim)
Lihatlah sekeliling kita. Hampir semua cara hidup orang-orang Yahudi
dan Nasrani (Kristian) telah menyerap masuk ke dalam kehidupan masyarakat kita. Cara
kita menyapa saudara kita, fesyen berpakaian kita, kehidupan
berumahtangga kita, cara kita berinteraksi dan cara kita berfikir telah
hampir-hampir sama dengan mereka. Atau mungkin sudah sama dengan
mereka?!!
Media
telah berperanan dengan sangat cemerlang dalam mengubah sedikit demi
sedikit masyarakat kita sejak puluhan tahun lamanya. Idea Yahudi dan
Nasrani telah mencorak luar dan dalam jiwa kita. Televisyen telah
menjadi alat yang paling efisyen merubah tanggapan dan mengelirukan
minda ummat. Yang salah pada pandangan agama diperdanakan lalu menjadi
paradigma. Yang benar pada pandangan agama dituduh dengan pelbagai label
negatif. Lalu, tersenyumlah si al-Masih ad-Dajjal. Fitnahnya semakin
menjadi. Fitnahnya semakin tersebar. Memang dia pengeliru
hebat akhir zaman.
Mana
rancangan televisyen yang apabila barat mengadakannya, televisyen kita
tidak mengikutnya? Hampir semua program rancangan
televisyen yang dicipta Yahudi dan Nasrani ditiru lalu dicorakkan
dengan versi tempatan. Dari rancangan berita, dokumentari, hiburan,
kanak-kanak dan terkini program-program rancangan realiti memenuhi menu
hidangan mata dan minda masyarakat kita.
Ya,
sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta telah kita tiru mereka.
Kini ramai sudah berada hampir dengan lubang sempit yang kotor, malah
ada yang sudah bergelumang di dalamnya!!! Na`udzu billahi min dzalik!
Apabila manusia berkiblatkan Yahudi & Nasrani...
Si
Iblis dan si Dajjal tidak akan berpuas hati selagi semuanya belum
mereka tarik. Lalu diusaha dan dihias pula berbagai-bagai program yang
tidak jelas akan kesesatannya agar lebih ramai turut serta sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta rapat kepada mereka.
Maka lahirlah program-program realiti, karnival-karnival, pesta-pesta,
sambutan tahun baru dan lain-lain seumpamanya yang dihiaskan serta
disulam dengan unsur-unsur agama.
Cuba
fikir sejenak. Perlukah kita ummat ISLAM akan program-program seperti
ini pada peringkat awalnya? Perlukah kita ambil nilai-nilai mereka,
sedangkan nilai-nilai yang ditinggalkan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
belum kita ambil sepenuhnya lagi?
Walaupun
tidak dinafikan mungkin program-program ini bermanfaat dalam memberikan
alternatif kepada program yang lebih merosakkan, namun saya secara
peribadi tidak akan mengizinkan orang-orang yang saya sayangi menyertai
program-program sebegini. Saya sarankan juga para pembaca menjauhinya
sama. Terutama dari terlibat dengan penganjurannya. Kerana semakin kita
bertoleransi dengan cara dan corak yang diperkenalkan oleh
orang bukan Islam, semakin dekatlah kita dengan mereka dan semakin
terdoronglah kita untuk terjerlus ke lubang busuk kemurkaan ALLAH.
Untuk selamat dari ini semua, kita semua mestilah letakkan nilai taqwa di dalam diri. Jangan terlalu mudah dan sembrono berjalan di atas jalan kehidupan ini.
Ubay bin Ka`ab radhiAllahu anhu pernah mengumpamakan taqwa seperti
berjalan di suatu lapangan yang penuh duri. Sebagaimana kita berjalan di
lapangan yang penuh duri dengan penuh berhati-hati, begitu jugalah kita
berjalan di atas dunia ini. Mesti berhati-hati dan tidak terlalu
selamba serta lalai tatkala berjalan di atasnya. Takut nanti tercucuk
duri dosa.
Ummat
ISLAM mesti ada jati diri yang kuat dan tersendiri. Masalah hari ini
ialah ummat ISLAM tidak kenal Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan jauh
dari mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Sebab itulah kekosongan itu
telah diisi oleh bermacam-macam corak dan warna yang bukan dari Nabi
dengan Syaitan berperanan utama di sebaliknya.
Sunnah-sunnah
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam lah sepatutnya kita pegang
sungguh-sungguh dan bersabar dengannya walaupun terpaksa berhadapan
dengan situasi yang sangat mencabar di akhir zaman ini. Dengan berpegang
kuat dengannya, insyaALLAH kita akan terselamat dari terperosok masuk
ke dalam lubang dosa. Malah kita tidak akan mendekati sehasta malah
sejengkal pun dengan cara orang-orang berdosa disebabkan jiwa kita sudah
penuh dengan sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dengan izin ALLAH.
ISLAM
itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM. Tidak perlu kita
terikut-ikut dengan cara orang bukan ISLAM. Berlepas dirilah dari
terlibat dengan cara selain cara Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan
para sahabatnya.
ALLAHU A`LAM. Jika saya salah dan silap, tegurlah.
No comments:
Post a Comment