Baginda adalah nabi yang diutuskan kepada
bani Israel pada zaman Thalut menjadi raja Bani Israel. Baginda adalah
seorang pemimpin yang soleh dan taat kepada perintah Allah taala.
Di dalam al-Quran, baginda telah disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 246-248,
246. Apakah kamu tidak memperhatikan pemimpin-pemimpin Bani Israel sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah.” Nabi mereka menjawab: “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.” Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?”. Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim.
247. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab: “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi (mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
248. Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.
Ulama seperti Ibnu Kathir dan Ibnu Ishak bersependapat bahawa ayat ‘nabi mereka’ merujuk kepada Nabi Samwil as. Peristiwa ini berlaku ketika Bani Israel bertekak sesama mereka untuk melantik seorang pemimpin dan raja.
Allah swt telah memberikan kelebihan ilmu
dan kepimpinan kepada Nabi Samwil as sehingga baginda dipandang tinggi
oleh masyarakat pada zamannya. Kaum Nabi Samwil as sentiasa merujuk
kepadanya dalam apa jua masalah termasuk masalah politik.
Dalam masalah ini, mereka telah merujuk
terus kepada Nabi Samwil as. Diriwayatkan bahawa Nabi Samwil as telah
diilhamkan Allah swt untuk melantik seorang individu miskin bernama
Talut bagi memimpin mereka menentang musuh-musuh Bani Israel.
Berkat kesolehan dan doa Nabi Samwil as,
Talut yang dulunya seorang petani telah berjaya membawa Bani Israel ke
dimensi baru sehingga datang Nabi Daud as kemudian hari.
No comments:
Post a Comment