Untuk tajuk kali ini, beberapa kaedah resepi pengubatan sebagaimana yang telah disebut di dalam hadis akan saya huraikan. Ini kerana, ada sesetengahnya hanya disebut tetapi tidak tahu pula bagaimana pula cara penyediaannya, apakah pula rupanya. Sebagaimana tajuk tamar hindi, ramai yang tidak tahu tamar hindi itu ialah asam jawa (tamarind).
Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya. Barang siapa di kehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya. Benar, tidaklah seorang Muslim yang tertimpa musibah melainkan Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya.
Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya. Barang siapa di kehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya. Benar, tidaklah seorang Muslim yang tertimpa musibah melainkan Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya.
"Allah berfirman; "Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan penyakit pada kedua matanya, kemudian ia mampu bersabar, maka Aku akan menggantinya dengan syurga. Sesungguhnya sakit itu adalah kafarah iaitu penyucian dosa-dosa. Golongan yang masuk syurga tanpa hisab dan adzab adalah yang tidak minta diruqyah, dikay dan tidak melakukan tathayyur serta bertawakkal kepada Rabb dengan sempurna.
"Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya, kalau memang hal itu harus, hendaknya ia mengatakan;
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku.
Orang yang tidak minta diruqyah itu redha dengan ujian Allah dan menganggap semua sakit yang dialami adalah sebagai kafarah iaitu penyucian dosa-dosa. Lagi lama menderita sakit, lagi banyak dosa terhapus termasuk dosa-dosa besar. Oleh sebab itu, ia masuk syurga tanpa dihisab. Namun ada syaratnya iaitu apabila sakit, ia tidak mencela sakitnya walaupun perkataan "aduh, sakitnya! Kenapalah sakit yang amat ini!" atau selalu menurut nafsu amarahnya, contohnya apabila ia sakit gigi, ia tidak minta diruqyah mahupun pergi berjumpa doktor gigi, tetapi pantang rasa terganggu, mula melenting tak tentu fasal.
Jenguklah saudara yang sakit
Mendoakan pesakit
Letakkan tangan di atas keningnya kemudian usap wajah dan perutnya sambil berdo'a:
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanahdari Manshur dari Ibrahim dari Masruq dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjenguk orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada beliau, beliau berdoa:
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Hilangkanlah penyakit wahai Rab sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit)."(Hadis Riwayat Bukhari)
Setiap penyakit ada ubatnya.
Sebaik-baik sesuatu yang digunakan untuk berubat adalah bekam dan terapi kayu gaharu (الْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ).
Apa kelebihan bekam, sudah pun sedia kita maklum iaitu mengeluarkan racun, darah kotor dan darah beku di dalam badan yang menjadi punca penyakit. Dengan memerangkap darah dan racun yang lebih kental dari darah, kemudian dilakukan siatan dengan mata pisau untuk disedut keluar racun dan darah beku. Sesungguhnya padanya terdapat ubat. Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan menurunkan ubatnya juga.
Terapi kayu gaharu (الْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ) dan minyak gaharu (الْعُودِ الْهِنْدِيِّ)
Terapi kayu gaharu (الْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ) dan minyak gaharu (الْعُودِ الْهِنْدِيِّ)
Padanya terdapat ubat dari tujuh macam jenis penyakit, di antaranya adalah merawat sakit kerongkong (sama ada tongsil atau nanah keluar dari mulut) dan pleurisy iaitu radang penyakit paru (dada) atau radang selaput dada dan kesakitan berlaku semasa bernafas atau batuk. Bagi sesiapa yang menghidapi sakit kerongkong hidulah (melalui hidung) ia dan sesiapa yang mengidap penyakit pleurisi, letakkan ianya pada bahagian di sebelah tepi di dalam mulut. Kayu gaharu juga dapat dijadikan ubat salap bagi merawat jangkitan campak (smallpox), merawat demam kuning (jaundice) dan sengal-sengal badan, merawat penyakit darah gemuruh (heart palpitation) dan sebagai tonik diminum semasa mengandung dan selepas melahirkan bayi dan merawat penyakit-penyakit pada alat kelamin wanita.
Habbatus sauda' (jintan hitam)
Terdapat ubat dari segala penyakit kecuali kematian. Ambillah lima atau tujuh biji habbatus sauda', lalu tumbuklah hingga halus, setelah itu di sertai dengan titisan minyak. Minyak yang paling elok ialah minyak zaitun. Pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.
Air Penawar Dari Allah
Air Penawar Dari Allah
Demam itu berasal dari tiupan neraka jahannam, maka redakanlah dengan air. Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan supaya mendinginkan dengan air sama ada menyapukan di muka, badan, tangan, kaki mahupun dimandikan. Malah, keajaiban air juga dapat menyembuhkan penyakit kulit, gangguan syaitan dan penyakit kemurungan dengan izin Allah sebagaimana firman Allah kepada rasulNya Nabi Ayyub ketika baginda berdoa ke hadrat Tuhan-nya sebagaimana di dalam surah Shood ayat 41 dan 42:
وَاذْكُرْ عَبْدَنَا أَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطَانُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ
"Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan". Lalu Allah berfirman, “Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum".
Talbinah
Sesungguhnya talbinah (adunan yang terbuat dari gandum dan buah kurma) itu dapat menyembuhkan hati yang sakit dan menghilangkan kesedihan. Talbinah adalah ubat yang tidak di sukai namun sangat bermanfaat. Masaklah sup (sup daging) kemudian dituang ke atasnya Talbinah kerana sesungguhnya al-Talbinah melegakan hati dan menghilangkan sebahagian kesedihan. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan selepas melahirkan anak. Talbinah ialah air dari tepung barli yang dikisar. Dipanggil dengan Talbinah kerana ia menyerupai susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair. Kadang-kadang dicampurkan ke dalamnya madu.
Ramuan dan resipi talbinah adalah seperti berikut;
1. Kisaran kacang barli (tepung barli)
2. Madu
3. Susu (kambing/unta)
4. Sedikit air
Gaul tepung barli dan air di dalam periuk di atas api yang sederhana. Apabila sudah likat, masukkan madu. Kemudian akhir sekali masukkan susu dan gaul hingga likat. Jika suka, boleh tambah hirisan kurma ajwa.
Madu Penawar Manis Dari Allah
“Dia yang mengeluarkan dari perut-perut (lebah) minuman yang berbagai warnanya, padanya ada penyembuhan untuk manusia.” (al-Nahl: 69). Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sangat menyukai manisan dan madu. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah bersabda tentang madu sebagai pengubatan iaitu:
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْغَسِيلِ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ أَوْ يَكُونُ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ تُوَافِقُ الدَّاءَ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ
"Sekiranya ada ubat yang baik untuk kalian atau ada sesuatu yang baik untuk kalian jadikan ubat, maka itu terdapat pada bekam atau minum madu atau sengatan api panas (terapi dengan menempelkan besi panas di daerah yang luka) dan saya tidak menyukai kay."
Apakah Kay?
Apa itu kay? Kay ialah suatu kaedah menghentikan darah yang banyak ketika bahagian anggota badan seperti tangan dan kaki terputus akibat kemalangan mahupun peperangan. Kay masih digunakan oleh tentera mujahidin di perbatasan sebagai kaedah menghentikan darah keluar apabila mendapat kecederaan seperti putus kaki dan sebagainya. Dalil untuk memakai kay sebagai perubatan ada terdapat seperti di dalam hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Haithami dan Baihaqi iaitu:
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَوَى سَعْدَ بْنَ مُعَاذٍ مِنْ رَمِيَّتِهِ
Dari Jabir bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melakukan pengubatan kay untuk Sa'd bin Mu'adz kerana luka panah yang ia deritai."
Sa'd bin Mu'adz adalah sahabat Nabi yang paling kerap tercedera sama ada di dalam perang mahupun di waktu aman. Beliau memeluk Islam sebelum hijrah bersama Ibnu Umair. Nabi pernah 'kay' pada anggota badan Sa'd bin Mu'adz akibat kecederaannya. Sa'd bin Mu'adz mati syahid dalam perang khandak (perang ini adalah satu-satunya peperangan yang mengangkat nama seorang 'budak' bernama Salman Al-Farisi). “Singgahsana Allah azza wa jalla bergoncang kerana kematian Sa’d bin Muadz.” [HR.al Bukhari]
Di dalam hadis yang lainnya, Abu Daud berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar salam para Malaikat, ketika beliau melakukan kay suara itu hilang, dan ketika beliau meninggalkan pengobatan kay, beliau dapat mendengar suara Malaikat kembali.
Ketahuilah, manusia yang paling berat ujian sakitnya adalah para Nabi.
Sa'd bin Mu'adz adalah sahabat Nabi yang paling kerap tercedera sama ada di dalam perang mahupun di waktu aman. Beliau memeluk Islam sebelum hijrah bersama Ibnu Umair. Nabi pernah 'kay' pada anggota badan Sa'd bin Mu'adz akibat kecederaannya. Sa'd bin Mu'adz mati syahid dalam perang khandak (perang ini adalah satu-satunya peperangan yang mengangkat nama seorang 'budak' bernama Salman Al-Farisi). “Singgahsana Allah azza wa jalla bergoncang kerana kematian Sa’d bin Muadz.” [HR.al Bukhari]
Di dalam hadis yang lainnya, Abu Daud berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar salam para Malaikat, ketika beliau melakukan kay suara itu hilang, dan ketika beliau meninggalkan pengobatan kay, beliau dapat mendengar suara Malaikat kembali.
Ketahuilah, manusia yang paling berat ujian sakitnya adalah para Nabi.
حَدَّثَنَا عَبْدَانُ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ الْحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُوعَكُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ لَتُوعَكُ وَعْكًا شَدِيدًا قَالَ أَجَلْ إِنِّي أُوعَكُ كَمَا يُوعَكُ رَجُلَانِ مِنْكُمْ قُلْتُ ذَلِكَ أَنَّ لَكَ أَجْرَيْنِ قَالَ أَجَلْ ذَلِكَ كَذَلِكَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
Abdullah berkata; saya pernah menjenguk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika beliau sedang menderita sakit, lalu aku berkata; "Wahai Rasulullah, sepertinya anda sedang merasakan sakit yang amat berat" beliau bersabda: "Benar, rasa sakit yang menimpaku ini sama seperti rasa sakit yang menimpa dua orang dari kalian." Kataku selanjutnya; "Sebab itu anda mendapatkan pahala dua kali lipat." Beliau menjawab: "Benar, seperti itulah, dan tidaklah seorang Muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya."
No comments:
Post a Comment