Pernah aku melihat gambar seorang islam, anak imam memelihara dan memegang anjing. Terfikir aku inikah orang yang akan melahirkan generasi akan datang yg akan terus memelihara kesucian islam dan agamanya?? Subha nallah, aku bukanlah tangan yang diberikan kuasa untuk menghukum namun aku juga antara khalifah yang harus memimpin komuniti yang paling kecil iaitu keluargaku. Apakah dengan melihat gambar2 tersebut takkan timbul keraguan dihati anak2ku kerana sering ku ajar anjing dan babi adalah najis mughallazah dan haram sedangkan dia melihat seorang islam dengan megahnya mendukung najis tersebut?
Bagi aku yang cetek ilmu agama dan ilmu akhirat ini masih dapat menilai larangan dan kebencian allah dan rasulnya. Bukanlah aku menulis untuk mengajak korang semua bunuh segala anjing dan babi yang ada kerana binatang tersebut juga makhluk allah yang punya nyawa. Namun pintaku jauhilah ia kerana ia sesuatu yang najis apabila dipegang apatah lagi untuk membelanya bagi tujuan pets atau binatang kesygan.
Dalam satu kenyataan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor, Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. Ini membawa erti bahawa andai dalam keadaan darurat dan kita terpaksa menyentuh binatang tersebut untuk menyelamatkannya atau sebagainya dan bukanlah dalam erti kata MEMELIHARA binatang tersebut seperti kucing yg kita belai.
Menurut JAIS lagi hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Ini pagar lagi tinggi dari rumah dan duduk di kota metropolitan jadi untuk apa lagi utk memelihara anjing? Bukannya mereka hidup dengan mencari rezeki dengan berburu.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim. Dahlah dosa yang ada tak larat nak pikul. Pahala yang ada pun belum tentu cukup makan dan menyokong kita masa dihisab nanti inikan ditolak sedikit demi sedikit.. Subha nallah..
Berbalik kepada isu seorang wanita melayu islam yang memberi pandangan dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab. Di dalam Kitab Majmu’ Fatawa, halaman
382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orang2 yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan
kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.
Oleh itu hamba allah yang serba hina dina ini mendoakan dan berharap andai individu tersebut membaca tulisan ini, insaflah.. jauhkan la yg dilarang dan kerjakanlah suruhanNya. Ingatlah kamu bahawa kamu itu memilih utk menjadi selebriti. Andai ada yg mengikut cara hidup kamu yg salah, betapa berat kamu akan menggendong dosa mereka pula sdgkan dosa kamu sendiri tak tertanggung oleh kamu andai kamu dapat melihatnya.
7 comments:
Hey there I am so delighted I found your web site, I really found you by error, while I was researching on Askjeeve for something else,
Anyways I am here now and would just like to say kudos for a remarkable
post and a all round enjoyable blog (I also love
the theme/design), I don’t have time to go
through it all at the moment but I have saved it and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more,
Please do keep up the excellent jo.
Feel free to surf to my homepage ... RashadBKlien
Hey very interesting blog!
Feel free to surf to my blog post: MilanFOlcott
hello there and thank you for your information – I have certainly picked up something new
from right here. I did however expertise a few technical issues using this website, as I experienced to reload the web site many
times previous to I could get it to load properly. I had been wondering if your web hosting is OK?
Not that I'm complaining, but slow loading instances times
will very frequently affect your placement in google and could damage
your high quality score if ads and marketing with Adwords.
Anyway I'm adding this RSS to my email and can look
out for a lot more of your respective exciting content.
Make sure you update this again very soon.
Feel free to visit my blog post :: GiseleEMetott
Hi there, this weekend is good in favor of me, since this
time i am reading this enormous informative paragraph here at my residence.
My web blog ... EmelyQWirtz
Hi! I just wanted to ask if you ever have any trouble with
hackers? My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing
many months of hard work due to no back up. Do you
have any solutions to prevent hackers?
my web page :: ShilaMDelnero
Hi, yup this piece of writing is in fact nice and I have learned lot of things from
it on the topic of blogging. thanks.
Look at my webpage ... CherlyOYach
It's hard to find educated people in this particular subject, however, you sound like you know what you're talking
about! Thanks
Also visit my blog post: FrancescaMGarrettson
Post a Comment