Friday, January 6, 2012

Hakikat Ilmu Sufi

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya mengizinkan aku utk terus mengembang ilmu Allah yang sedikit saja manusia dapat tahu tetapi amat bermanfaat.


Kata orang untuk kita berada dekat dengan hati Rasulallah amatlah jauh kerana duduk diri kita amatlah jauh jika ingin dibandingkan dengan ketakwaan sahabat2 yang empat dan para syuhada. Maka sekiranya mendapat tempat dihati para wali hatta mendapat sedikit ilmu dari para wali itu maka itu pun sudah seribu rahmat buat kita.

Alhamdulillah diriku antara berjuta manusia yang dipilih oleh wali itu sendiri. Nama beliau ia bersamalah Datuk Raden Sandhi bin Sultan M. Stafiuddin yang mangkat di alam ghaib pada tahun 2007 (menurut guru saya). Beliau berasal dari Sambas, Indonesia, tempat yang terkenal dengan kemistikannya dan penuh dengan keilmuan kebatinan. Cerita tentang beliau banyak terdapat dalam web2 Indonesia tetapi menurut guru saya yang telah sekian lama banyak menuntut dengan beliau, banyak dari cerita lagenda rakyat tersebut yang kurang tepat. Menurut guru saya (Panggeran Guru Wan Azman Bin Wan Idros), Datuk Raden Sandhi amat minat berburu semasa mudanya. Beliau juga telah berkahwin namun tidak mempunyai zuriat di alam nyata. 

 Suatu hari sewaktu sedang pergi memburu bersama rakan-rakannya beliau terpanah seekor burung yang cantik dan kakinya bersisik emas. Beliau tidak tahu bahawa burung tersebut adalah belaan Raja Alam Ghaib disana. Lantas selepas itu beliau jatuh gering sehingga mangkat di alam nyata. 

Namun hakikatnya beliau telah dihukum oleh Raja Alam Ghaib yang telah tua dan uzur untuk berkahwin dengan puteri baginda atas kesalahan membunuh itu. Lalu beliau ditabalkan menjadi Raja di Alam Ghaib Sambas dan berkahwin dengan puteri raja tersebut. Beliau berdampingan dengan moyang beliau dan banyak menuntut ilmu dari moyang beliau. Kerana itulah guru kepada panggeran guru saya (yang saya panggil nenek) memberitahu panggeran guru saya bahawa Datuk Raden Sandhi adalah 'Gedung Ilmu'. Apabila saya sendiri bertanyakan kepada Datuk beliau menyatakan bahawa maksud gedung ilmu itu adalah mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna (berguru) lalu menguasainya dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi.

Di alam ghaib seterusnya beliau memerintah sehingga lah beliau wafat dalam tahun 2007 lalu bersemadi di alam wali. Nenek sempat berguru dengan datuk selama hayatnya hingga mampu menerobos alam nyata dan alam ghaib dalam sekelip mata dan memperoleh maqam (darjat) yang tinggi dalam ilmu kebatinan. Ilmu yang meliputi tariqat, makrifat, syariat dan hakikat.

Oleh yang demikian saya adalah generasi ketiga yang mewarisi ilmu kebatinan Datuk Raden Sandhi dan bergelar Panglima Serigala Putih. Dalam melalui hidup seharian, saya, Panggeran guru dan Panglima Mostafa yang menjadi damping Prabu Siliwangi sentiasa bersatu dan berjuang bersama dalam menangani musuh2 manusia dan musuh2 Allah iaitu dari kalangan Jin, Syaitan dan Iblis yang terdiri dari makhluk halus dan nyata (manusia berperangai iblis dan mengamalkan ilmu hitam). 


Berkat tunjuk ajar guru2 kami, perpaduan kami dan penyatuan kami tiga rumpun (rumpun ku rumpun serigala putih dan rumpun Datuk Raden Sandhi serta rumpun Prabu Siliwangi) telah berjaya mematah dan memusnahkan beberapa serangan sihir sehingga yang terakhir sekali menuntut tumbal (korban) nyawa manusia. Alhamdulillah Allah sentiasa membantu kami dalam menangani perkara sihir. 




Serigala putih ini adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa kepadaku setelah mempelajari ilmu dan amalan dari guru pertamaku iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Nawawi yang begitu banyak menurunkan kepadaku ilmu-ilmu kebatinan beliau.


Semoga Allah memberkati semua guru-guruku yang banyak berjasa menurunkan ilmu mereka yang tiada ternilainya di dunia mahu pun akhirat. Marilah kita bertawassul dan memberikan al-fatihah buat semua guru-guruku yang banyak mendidik dan mengajar ku tentang mengenal diri dan mengenal tuhan terutamanya kepada Tuan haji Ismail bin Haji Nawawi, Ustaz Thazali, Datuk Raden Sandhi, Datuk Panglima Hitam, Datuk Panglima Andi Sumpu Muhammad, Datuk Sheikh Abdullah Sulaiman Hijaksa, Ratu Melati, Ratu Kenanga dan ratu Cempaka Sari.... Al fatihah....

3 comments:

Sahruddin Esa said...

Assalamualaikum warohmatullah, tuan.

Jika tuan berdarah Raden Andin dari kerajaan tua Banjarmasin, harap dapat hubungi saya di email ini...

sahruddin_esa@yahoo.com.my

atau di facebook...

https://www.facebook.com/sahruddin.esa

in shaa ALLAH, tuan... Semoga ALLAH memberkati hidup tuan dunia dan akhirat...

Sahruddin Esa said...

AL-FATIHAH buat guru tuan dan datuk nenek moyang kita...

Amiiin Ya Robbal Alamiiin

Anonymous said...

[url=http://buydiflucan-online.org/]Buy Diflucan[/url] Propecia Pharmacy http://40mg-lasix-buy.com/