Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Unsur-unsur dan
bentuk hormon testosteron
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui
sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah
kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut
suami.
Dr Jamnul
Azhar
Kata Dr Jamnul
Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National
Geographic.
Ini sekali gus
menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan
secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Hukum
Memelihara Janggut
Berjanggut telah
diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat
banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang
mencukurnya dengan larangan yang keras.
Berjanggut dan
berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin
dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman
kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali.
Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti
memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada
fasiq.
Sikap tidak
memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana
meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq.
Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan
persoalan hukum berjanggut.
Seseorang itu tidak
dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai
dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di
manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak
merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku
mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa
membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara
kecil.
Rasulullah saw telah
menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan.
Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut
atau jambang mereka.
3 comments:
kenA beLa ni . haha
Ianya sunnah tp cara saudara/i menulis ibaratnya adalah ianya wajib. Tidak semestinya tidak mempumyai janggut brrmakna tidak menyukai sunnah nabi.. Tetapi Sunnah nabi adalah terbaik untuk ikutan
Anonymous.. Saya tak ada menyatakan ianya wajib. Telah jelas saya nyatakan dari tajuk lagi ianya sunnah.. Memakai serban juga adalah sunnah, tapi x memakai serban tidak menjadikan kita kafir, dan memakai serban juga tak menjadikan kita sebgai seorg islam. Tapi apabila kita menjadi seorang Islam maka tidakkah kita bercita-cita menjadi Islam yg baik atau cemerlang? Islam yg menjadikan seorg rasul sbg idola atau contoh dlm kehidupan seharian kita? Walau kita x mampu taraf Rasulallah tapi x maukah kita menjadi insan yg mulia disisinya kerana mencontohi manusia kekasihnya? terpulanglah pada hati kita untuk menentukan sama ada kita hanya mau sekadar menjadi seorg islam atau seorg islam yg cemerlang..
Post a Comment