Biarpun tidak disebut dalam al-Quran, Nabi Khidir menjadi sebutan umat
Islam sejak zaman berzaman, malah ada juga yang percaya beliau masih
hidup sehingga sekarang.
Siapakah sebenarnya Nabi Khidir sehingga dianggap sedemikian rupa?,
Sedangkan 25 orang Rasul yang dinyatakan Allah secara qatie (putus)
didalam Al-Quran semuanya telah wafat kecuali Nabi Isa.
Kita wajib percaya ujutnya Nabi Khidir sebab didalam Al-Quran dan Hadis
begitu jelas menerangkan , tapi kalau kita kata baginda masih hidup itu
tidak dapat kita terima. Apa perlunya Nabi Khidir dihidupkan sedangkan
jujungan besar kita Nabi Muhamad s.a.w diwafatkan oleh Allah. Malah Nabi
Isa juga sebenarnya diwafatkan Allah, Cuma caranya berlainan yaitu roh
dan jasadnya diangkat kelangit.
Didalam Al-Quran ada menceritakan pertemuan Nabi Musa dengan lelaki
soleh yang disebut sebagai hamba-Nya yang diajarkan ilmu laduni. Nabi
Musa berguru beberapa ketika dengannya sebelum meneruskan dakwah baginda
keatas kaum Bani Israel. Lelaki itulah diyakini para ulama tafsir
seperti Ibnu Abas, Ibnu Kathir dan Al-Tabari sebagai Nabi Khidir. Dalam
bahasa Arab Khidir bermaksud hijau.
Berdasarkan dalil Al-Quran Nabi Khidir diujutkan semasa zaman Nabi Musa,
pada suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya tentang ajaran
Allah, selesai Baginda berucap, bangkitlah seorang lelaki lalu bertanya,
� Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling pandai?� dengan pantas Nabi
Musa menjawab �Aku!�, Lelaki itu bertanya lagi �Adakah pernah kau tau,
ada orang lebih berilmu daripada kau!� �Tidak!� jawab Nabi Musa.
Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah kerana ucapannya itu
tercermin riak kesombongan. Lantas Allah menurunkan Wahyu menyatakan ada
lagi seorang hamba-Nya yang lebih berilmu (Sahih Bukhari, Hadis ke 72).
Insaf dengan teguran Allah itu, Bersama seorang pengikutnya, Yusak Bin
Nuh, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki soleh tersebut hingga
menemuinya disatu tempat dimana bertemunya dua lautan. (Surah
al-Khafi:60-82).
Dikatakan tempat itu ialah dipertemuan Teluk Suez dengan Teluk Akabah
dilautan Merah. Ini karana disitulah lokasi peredaran sejarah kehidupan
Bani Israel yang dipanggil Daratan Sinai setelah mereka keluar dari
bumi Mesir.
Sebagai Pesuruh Allah Nabi Musa memiliki ketinggian ilmu sehingga
baginda dapat menghadapi kezaliman dan keangkuhan Firaun, Haman dan
Qarun. Malah Baginda juga berhadapan perbagai kerenah Bani Israel
sehingga dikurniakan Mukjizat yang hebat seperti boleh membelah lautan,
Tongkat menjadi ular dan diturunkan makanan dari langit.
Kata-kata Nabi Musa itu telah dicelah Allah dan mengutuskan Nabi Khidir
untuk menyedarkan Baginda bahawa masih terdapat hamba-Nya yang lebih
berilmu. Nabi Khidir adalah seorang yang Soleh yang berperanan
menyebarkan risalah Allah kepada orang disekitarnya. Tetapi Nabi Khidir
tidak diutuskan seperti Nabi-Nabi lain yang bertaraf Rasul.
Nabi Khidir ditugaskan membimbing Nabi Musa yang hidup dizamannya,
sebagaimana kita sekarang wajib menyampaikan dakwah kepada orang lain
disekeliling kita. Baginda tidak dikurniakan Mukjizat seperti Nabi Musa
sebaliknya diajarkan ilmu secara Laduni.
Hal ini turut dimiliki Para Wali Allah dan Alim Ulama yang dianugerahkan
Allah Ilmu Makrifat serta Kasyaf. Golongan ini selalunya berhati-hati
daripada mendabik dada dengan Ilmu yang mereka miliki. Sifat Warak dan
merendah diri pada Baginda inilah yang diamalkan oleh Wali Allah
sehingga orang ramai menyebut-nyebut namanya sampai kehari ini.
Biarpun ada golongan Sufi mendakwa ada bertemu malah bersahabat dengan
Nabi Khidir, Tetapi sebenarnya yang ujut adalah semangat kewarakan
Baginda, Seperti Syiekh Kadir Jailani, namanya sentiasa disebut-sebut
walaupun telah wafat ribuan tahun yang lampau.
Begitu juga orang yang mati syahid seperti Para Sahabat Rasulullah,
Al-Quran sendiri menyebut mereka ini tidak mati walaupun hakikatnya
jasad mereka telah disemadikan. Oleh itu marilah kita ambil jalan
tengah, Setiap manusia itu pasti mati, Begitu juga Nabi Khidir,
memikirkan sama ada Nabi Khidir masih hidup atau tidak adalah lebih baik
kita menanamkan sifat Nabi Khidir dalam diri kita. Ini kerana bukan
saja Nabi Musa mesti mencari Khidir untuk menambah ilmu malah sesiapa
saja perlu mencari Khidir. Orang yang mempunyai watak seperti Khidir
memang sukar ditemui. Namun kita sering ditemui orang alim yang bertutur
penuh hikmah dan kejernihan buah fikirannya dapat dijadikan pedoman
hidup. Dipandang dari satu segi dikata ujut ramai Khidir dan dia tidak
mati melainkan sentiasa silih berganti. Marilah kita amalkan semangat
Nabi Khidir dalam menyebarkan ilmu tanpa sifat angkuh dan sombong.
Insyaalah!!.
No comments:
Post a Comment