Dikisahkan
bahwa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan
sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang
khusyuk.
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"
Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin."
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?"
Berkata Hatim: "Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin."
Bertanya Isam: "Bagaimana wuduk batin itu?"
Berkata Hatim: "Wuduk zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:
* Bertaubat.
* Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
* Tidak tergila-gila dengan dunia.
* Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
* Meninggalkan sifat bermegah-megahan.
* Meninggalkan sifat khianat dan menipu.
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata: "Kemudian aku pergi ke Masjid, kukemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku.
Dan kubayangkan
pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim' dan aku
menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku
(kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan
dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan
tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan
aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Bukanlah beliau menangis ketika menonton Pelajar AF yang terkeluar atau ketika menonton filem hindustan yang terlalu menusuk jiwa bila Kajol mati dalam keadaan pusat terkeluar atau ketika Karisma Kapoor putus cinta mahupun ketika menonton filem Ombak Rindu.... x macam orang sekarang..
No comments:
Post a Comment