Friday, January 6, 2012

Hakikat Ilmu Sufi 1 - Berniatlah ketika berwudhuk

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa dari mulut dan lidahku ini" kerana kita sehari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak dan janganlah kau hitamkan muka ku ini" kerana ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku yang berat di tangan kanan ku ini" kerana ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". kerana ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" kerana panas di Padang Masyar umpama matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" kerana sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim" kerana ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" kerana Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Maka biarlah anggota badan tersebut membawa kita beribadat dari melakukan maksiat.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Kerana anggota itulah yang akan ditanya semasa kita dihisab. Subhanallah

No comments: