Blackberry hadapi nasib malang
Syarikat yang berpengkalan di Kanada itu menghadapi persaingan yang semakin
sengit daripada Apple iPhone dan Google Android, menyaksikan pasaran sahamnya
mengecut dan jatuh dalam tempoh 9 bulan kebelakangan ini.
Kejatuhan tersebut patut memberi isyarat kepada RIM yang banyak bergantung harap kepada teknologi Blackberry sebagai nyawa mereka tetapi bagaikan ada yang tidak kena padanya.
Kegagalan memasuki pasaran tablet dengan Playbook menjadi antara punca yang terlihat di mata kasar pengguna. Ia sangat menakutkan bagaimana teknologi yang pantas berkembang di dunia moden dan mana-mana syarikat yang gagal membuat pembaharuan bakal terduduk menepuk dahi.
Nasib Blackberry dan Nokia macam sama bunyinya yang pastinya memeningkan bos-bos yang duduk di kerusi atasan betapa sukarnya apabila pasaran semakin berkembang. Secara tidak langsung, ia turut memberi amaran kepada syarikat besar lain yang bukan dalam segmen telefon seperti HP, Intel, Microsoft dan sebagainya yang perlu menyedari kepesatan teknologi boleh memakan diri.
Apple sekalipun yang bunyinya gah menghadapi 'hakisan' pasaran yang memaksa mereka melakukan sesuatu sebelum terlambat.
Semuanya bermula pada tahun 2003 apabila RIM merintis industri telefon pintar dengan peranti Blackberry seterusnya menjadikannya pembuat telefon pintar yang paling dominan. Syarikat itu kini mendapati dirinya dalam bahaya yang serius sindrom 'kepupusan' kerana kedua-dua Apple dan Google terus menelan bahagian pasaran mereka.
Malah ada sesetengah penganalisis yang meramalkan sesuatu yang serius apabila percaya syarikat itu kini hampir dengan 'kematian' dan akan dikenang dalam sejarah telefon. Meskipun Blackberrylah yang membebaskan e-mel korporat dari PC dan menjadikan pekerja mudah alih melalui sistem e-mel mereka yang praktikal dan produktif.
Di sudut lain pula, Microsoft dilihat turut mampu mencabar Blackberry suatu ketika dulu tapi serangannya boleh ditepis RIM. Ia disebabkan solusi pejabat korporat RIM melalui Blackberry telah dibina secara menyeluruh yang mantap daripada perkakasan, perisian dan ciri keselamatan menjadikannya sangat praktikal kepada golongan profesional.
Tetapi semuanya seakan berubah, orang mengenali Blackberry untuk Blackberry Messenger (BBM). Itulah yang menjadi nadi telefon itu tapi mereka perlu risau kerana aplikasi sama juga meningkat naik untuk model iOS atau Android.
Whatsapp, Viber dan banyak lagi semuanya menawarkan servis hampir sama, jadi ke mana keunikan BB selepas ini? Ok, mereka mungkin mampu bertahan dengan ciri keyboard QWERTY yang masih menarik.
Berbalik semula kepada cabaran Microsoft, kemajuan dalam Exchange Server dan OS Windows Mobile memang sukar ditolak tepi.Tetapi cabaran-cabaran BB juga bermuladengan pelepasan Google Android dan Apple IOS di pasaran.
Jika pada tahun 2006 semuanya berkisar mengenai Blackberry dan Windows Mobile sebagai masa depan telefon pintar, ia sudah terbalik. Bayangkan bahagian pasaran Blackberry sebelum lebih 60%, tapi kini turun kepada 9% di Amerika Syarikat saja manakala di seluruh dunia 3%. Ada penganalisis berpendapat salah satu kegagalan yang paling besar adalah kurangnya inovasi.
Apabila kita berbicara tentang syarikat-syarikat yang paling inovatif dalam tempoh lima tahun yang lalu, RIM jarang masuk ke dalam perbincangan. Mungkin kerana mereka sudah berasa selesa menguasai pasaran dan percaya segmen mereka tidak akan disentuh.
RIM perlu segera kembali ke pasaran sebelum nasi sudah menjadi bubur, mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi seperti Nokia yang suatu ketika dulu dominan tapi tergugat.

1 comment:
Hi, this weekend is good in favor of me, because this moment
i am reading this great educational article here at my house.
my blog iphone 5 release date uk
Post a Comment