Wednesday, January 25, 2012

Jin yang berlapis-lapis - Mistika 13

Oleh Ustaz Bukhari bin Hj Kadam
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRIJmX8wQaZuU2hfeEVSZHMFW6GrFhCHtOrP7XvWSNM6h5sT-RWszn6AqmygNLiFOJZ3G2Wslcc9JZO8vju0KXRWi4sDBYtTioJa2PRJl96vHnvMR8PNNpDrLwbk7UreKzO4rdSMECdOg/s135/walisongo.jpg
Dulu Tuan Guru Ustaz Majid selalu menyebut tentang kewujudan jin yang berlapis-lapis di dalam badan manusia. Agak sukar untuk membayangkan keadaan tu. Yelah, setahu saya yang berlapis-lapis tu tentulah macam kuih lapis atau kuih bahulu sarawak kegemaran saya tu, hehehe.

Apabila dah berkecimpung dalam dunia rawatan Islam walaupun secara 'part time' saya semakin memahami maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik kenyataan TG Ustaz Majid tu. Kita kena terima hakikat bahawa seseorang manusia boleh diganggu oleh beribu-ribu jin dalam satu masa. Wah, penuh la setiap inci tubuh badan pesakit dengan gangguan jin. Wallahu 'alam, semua dengan izin dan kehendak Allah jua. Kita sebagai manusia yang serba kekurangan ni tak payah la susah-susah untuk membayangkan bagaimanakah kedudukan dan susunan jin-jin dalam badan mangsa tu. Tanggungjawab kita ialah membantu mangsa membebaskan diri daripada semua gangguan tu.

Puan N dari Nilai telah datang untuk meneruskan ikhtiarnya mencari penyelesaian terhadap kes gangguan yang telah ditanggungnya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Dalam tempoh itu, kehidupannya memang kurang terurus, terumbang-ambing dan tidak tentu hala. Mujurlah suaminya, En Wan tetap setia di sisi dan tak jemu-jemu berikhtiar untuk memulihkan isteri tersayang. Sebutlah, di mana sahaja ada perawat yang mungkin dapat membantu, dia akan bawa isterinya. Sehinggakan dia pernah ditipu oleh perawat yang bukan ikhlas nak membantu tetapi lebih kepada kepentingan peribadi untuk mengaut keuntungan duniawi atas kesusahan orang lain. Inilah yang dikatakan pawang yang suka Paw Wang, menurut kata TG Ustaz Majid.

Dapatan saya selepas sesi rukyah dan scanning memang membuktikan wujud gangguan yang berbagai-bagai dalam diri Puan N. Yang agak menariknya jin-jin yang mengganggu Puan N ni membawa pelbagai watak dari pelbagai peringkat umur, agama dan bangsa. Pendek kata bukan setakat menyerlahkan ciri jin 1Malaysia bahkan bersifat global. Apa tidaknya, jin ni mampu membawa watak bayi sehinggalah watak orang tua. Mampu bertutur dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Indonesia, Thailand, Cina, India, Myanmar dan sebagainya.

Seperti biasa, saya suka guna pendekatan psikologi, kaedah dakwah dan tanzir untuk memujuk serta mengugut jin-jin tu supaya bertaubat dan hentikan kezaliman yang dilakukan selama ini. Ada yang akur, alhamdulillah. Tetapi tidak kurang yang sombong, degil dan mempermain-mainkan ayat-ayat Allah. yang tu memang saya belasah cukup-cukup. Kalau tak serik juga dan tak nak tinggalkan pesakit saya terpaksa gunakan pilihan terakhir iaitu, pancung. tersentak saya dibuatnya, setiap kali saya pancung jin-jin degil dan musyrik tu, dia gelak besar dan memperlekehkan saya. Bila saya sergah dan minta dia mengaku, rupa-rupanya itu jin yang lain. Jin yang tadi memang dah mati kena pancung.

Maknanya setiap kali jin-jin yang mengganggu tu dapat dikeluarkan atau terpaksa dihukum mati, lapisan-lapisan yang di bawahnya akan muncul mengambil tempat dengan pelbagai watak, ragam dan penampilan. Geram pun ada, nak gelak pun ada. Ya Allah, untuk sesi tu sahaja, saya rasa tidak kurang daripada 30 jin yang telah dapat dibebaskan atau dihukum mati. Saya minta agar rawatan ditangguhkan ke sesi akan datang sebab saya pun dah letih, Puan N pun dah tak bermaya, dan En Wan pun dah mula mengantuk. Sesi rawatan malam tu berakhir pada jam 1.00 pagi. Saya dapat rasakan masih banyak lagi jin dalam badan Puan N yang perlu diuruskan. Buat sementara ini saya minta mereka bertenang, jangan ganggu Puan N dan insya-Allah akan berjumpa lagi dalam sesi rawatan akan datang. Saya berdoa agar rawatan akan datang dimudahkan sebab dah tau rentak gangguan yang dihadapi oleh Puan N selama ini. Semuanya biiznillah, biaunillah.

No comments: