Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Kenyataan, kebenaran yang terpaksa diterima walaupun pahit..

TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT




Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian pakcik sejak dari dulu lagi. Kecantikan bukannya datang dari luar tapi dari dalam badan kita sendiri. Meskipun pakciki menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, pakcik tetap degan pendirian pakcik. Kebenaran tetap akan pakcik dedahkan sebab kebenaran itu nyata walaupun pahit utk kita terima. Contohnya dalam isu detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. 

Dalam menyatakan kebenaran, pakcik tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. Bukan pakcik dapat royalty atau imbuhan apa-apa pun kalau pakcik nak puji or mengata apa2 produk cuma pakcik tak suka orang menipu-nipu ni, pantang pakcik. Kebenaran tetap kebenaran. Walau pakcik agak kemistikan tapi pakcik dulu kelas sains gak. Tu sebab org nak jual kat pakcik penapis air menghasilkan air beroksigen balik rumah dia mcm tu jer.. Sebab bila pakcik tanya apa formula utk air pun dia xleh jawab.. Bila pakcik terangkan H2O baru dia tau. Rugi hidupnya berpuluh2 tahun hidup. Kalau air ada oksigen maka ia jadi H2O2   la. So apa yg tinggai utk kau minum kalau semua dah jadi gas.. Pakcik rasa makcik yg promote tu berenti dah dari MLM n gi ambik SPM skali lagi kut sebab tak nampak dah dia dok mengelewar kat pasar malam tu..


Kolagen yang korang perempuan dok gila2 mkn sbb nak cantik tu adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. Ini memang faktanya..

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, penurunan kadar kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen bukannya makan kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. Ni yang pakcik tgk ramai sgt org seluruh dunia kena tipu. Klu korang mkn makanan yg merangsang kolagen makanya kolagen dlm bdn korang akan bertambah. Tp kalau korg mkn makanan yg ada kolagen, ianya setakat jadi tahi je la n just mcm korg mkn sayur bayam je la. Sayur bayam seikat singgit sdgkan nak mkn rumpai laut berpuluh-puluh ringgit.

Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar-agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian pakcik tentang bukti kolagen dalam rumpai laut tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus dan BUKAN DALAM RUMPAI LAUT. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen tapi ia amat cemerlang dalam merangsang penghasilan kolagen dlm badan.. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? Kolagen tidak hadir begitu saja. 

Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa terdapat 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah melainkan korang ekstrak dari badan manusia.Korang tau sebab apa?? sebab manusio yo takutkan kodut2 kek muko ehh singo ko rimau ko x kisah kodut banyak mano pun kek badan dia org.

Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut pun hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman sayur sebab tu mereka beralih kepada sumber lautan sebagai alternatif. Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi pakcik dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar-agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ni sebenarnya ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan kepada air, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya aiskrim atau confectionary boleh kekalkan tekstur licin). Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. 

Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid tetapi hasil kajian jelas menunjukkan bahawa ianya bukan untuk awet muda. Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen... Inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. Tapi tak tau lah pakcik kalau diaorg sendiri pun tertipu beli n mkn sekali rumpai laut tu.  Pakcik rasa pakcik tak lah sejahil tu nak percaya bulat2 iklan2 yang menjijikkan tu sebab yang banyak ditunjukkan dalam iklan tu muka org2 yang perasan glamour je sbb ada org berminat nak ambik gambar diaorg, bukannya nak buktikan sgt kebenaran keberkesanan produk diaorg tu..

Pakcik dah sampaikan pesan pakcik, tapi jika korang nak terus menggunakannya, korang boleh teruskan. Pakcik takdelah nak bawak org2 kementerian kesihatan dgn polis utk tahan korg.. Korang makanlah sbb sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma korang membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar. Klu beli kek pasar malam pun banyak lebihnya dan korang boleh gak dpt pahala bersedekah kat org yg kurang mampu tu. 

Dari mana korang nak dapatkan kolagen-kolagen lak kan sebab dia tidak boleh didapati begitu saja. Korang tidak boleh mendakwa korang mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin wat lawak tahap gaban jer atau dia memang bangang sebab tidak pernah belajar ilmu biologi. Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara.

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.Kolagen yang tubuh perlukan dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari makanan lain yg ada kandungan kolagen. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur. So iIngat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..

Sumber : The Secret Medicines

Wednesday, October 3, 2012

Sapa kata Kari x Kawwww

Kari mungkin boleh sembuhkan kanser

 LONDON 29 Okt. - Satu molekul yang dijumpai dalam kari didapati mampu membunuh sel kanser esofagus di dalam ujian makmal, sekali gus memberi pembayang yang ia mungkin berpotensi dibangunkan sebagai rawatan antikanser.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Kanser Cork di Ireland, berjaya merawat sel kanser esofagus dengan menggunakan curcumin iaitu bahan kimia dalam kari yang memberikan warna kuning dan mendapati ia mula membunuh sel kanser dalam masa 24 jam. Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Cancer itu juga menyatakan, sel-sel kanser tersebut juga mula terhadam sendiri.

Penyelidikan saintifik sebelum ini mengakui curcumin mampu mengawal tumor dan mereka yang memakan banyak kari kurang berisiko terhadap penyakit itu, walaupun curcumin kehilangan ciri-ciri antikanser sebaik dimakan. Namun Sharon McKenna yang mengetuai kajian itu berkata, terdapat potensi untuk menjadikan curcumin sebagai ubat antikanser bagi merawat kanser esofagus.

Kanser esofagus membunuh 500,000 orang di seluruh dunia setiap tahun. Tumor yang tumbuh adalah sangat mengancam nyawa dengan kadar kelangsungan hidup untuk lima tahun berada pada 12 hingga 31 peratus.

Menurut McKenna, kajian menunjukkan curcumin menyebabkan sel kanser mati 'dengan menggunakan sistem mesej sel yang tidak dijangka'. Penyelidik Amerika Syarikat pada 2007 menyatakan penemuan mengenai curcumin yang mampu merangsang sistem imunisasi sel dalam penyakit angin ahmar. - REUTERS

Monday, July 9, 2012

Ikan Dilaut... Asam Didarat..

Ikan, termasuk "seafood" lainnya, merupakan jenis makanan sihat yang rendah lemak tepu, tinggi protein, dan merupakan sumber penting omega 3. Ikan baik untuk tambahan diet kerana kaya dgn vitamin, mineral, dan nutrisi yang diperlukan agar tubuh tetap sihat. Orang yang sering makan ikan cenderung mengambil lebih sedikit daging dan keju. Beberapa cara sihat untuk memasukkan ikan dalam program diet anda dengan cara dipanggang, rebus, dan dikukus. Ikan sangat disarankan oleh banyak pakar kesihatan sebagai makanan dengan manfaat kesihatan yang kompleks.

Berikut ini adalah beberapa manfaat yang dapat anda perolehi dengan memakan ikan.

1. Kesihatan kardiovaskular
Khasiat omega 3 yang ditemukan dalam ikan telah terbukti manfaatnya bagi jantung, arteri, dan venal yang membentuk sistem kardiovaskular anda. Memakan ikan dapat membantu mencegah penyakit jantung dan kegagalan fungsi jantung dengan mencegah akumulasi trigliserida, mengurangkan penghasilan trigliserida berlebih, meningkatkan HDL (kolesterol baik), dan mencegah pembekuan darah. Kajian penuntut Harvard School of Public Health menyimpulkan, makan dua potong ikan dalam seminggu dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung tiga kali ganda.

2. Menurunkan tekanan darah
Minyak ikan sangat berguna untuk menurunkan tekanan darah, tetapi peranan mereka dalam pencegahan belum jelas. Namun, mengambil terlalu banyak  minyak ikan tidak disarankan.

3. Menurunkan berat badan 
Menurut sebuah penelitian yang dilakukan di University of Georgia, minyak ikan dengan DHA membantu menghentikan penukaran pra-sel lemak ke dalam sel lemak sehingga mengurangkan tompokan lemak secara keseluruhan. Penelitian sebelumnya juga menunjukkan, pengambilan kapsul minyak ikan diikuti dengan bersukan sangat efektif bagi menurunkan lebih banyak lemak daripada bersenam sahaja tanpa mengambil suplement minyak ikan.

4. Mengurangkan risiko kanser 
Omega 3 dalam ikan telah terbukti membantu mencegah tiga jenis kanser yang paling umum, yakni kanser payudara, kolon, dan prostat. Suplement minyak ikan juga dapat membantu paesakit yang menderita hiperlipidemia.

5. Meningkatkan fungsi otak 
Khasiat omega-3 pada ikan dapat membantu perkembangan otak anda. Pengambilan omega-3 yang tepat dapat membantu meningkatkan fokus mental pada anak-anak dan orang dewasa. Sebuah kajian baru menunjukkan, suplement minyak ikan dapat meningkatkan memori pada orang dewasa. Para peneliti juga menemukan omega-3 pada ikan dalam meningkatkan perkembangan otak bayi dan anak-anak.

6. Menghindar radang
Ikan, terutama minyak ikan, memiliki sifat anti-radang. Oleh kerana itu, ikan efektif dalam mengurangkan radang dalam darah dan jaringannya. Omega-3, khususnya EPA, banyak ditemukan dalam minyak ikan dan memiliki kesan yang sangat positif pada alahan radang sehingga membantu dalam mengurangkan radang sendi, prostatitis (radang prostat), dan sistitis (radang janin).  

7. Menyihatkan mata 
Memakan ikan sangat baik kerana mempunyai kemampuan dalam memperbaiki penglihatan. Ikan dapat melawan degenerasi makula (bagian tengah retina), glaukoma, dan sindrom mata kering. Satu kajian baru menemukan bahwa orang yang makan setidaknya dua potong ikan seminggu lebih kecil kemungkinan mengalami degenerasi makula dibandingkan orang yang tidak makan ikan sama sekali. Para peneliti mengatakan, omega-3 dapat mengurangkan risiko radang dan meningkatkan fungsi pembuluh darah.


8. Perawatan kulit 
Memakan ikan membantu menjaga kulit. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, omega-3 EPA yang ditemukan dalam minyak ikan dapat membantu mencegah kerepot dan menunda proses penuaan kulit. Bahkan, menurut beberapa kajian terbaru, suplement minyak ikan dapat menjaga kulit dari kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari.

9. Mengatasi tekanandan stress
Omega-3 dalam minyak ikan baik untuk mengurangkan tekanan dan stress. Kajian telah membuktikan bahwa masyarakat yang makan banyak ikan mengalami kurang tekanan dan stress berbanding yang lain.

Monday, June 11, 2012

SEMANIS-MANIS MADU, SUNGGUH MANIS KURMA ITU....

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkanNabi Isa AS.


Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.


Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Makanan-makanan manis yang lain yang perlu dijauhkan.


Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
 
KHASIAT KURMA, KISMIS,MADU DAN BUAH TIN

1) KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".


Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".


Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".


Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


3) MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".


Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

4) BUAH TIN

Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? / (8) - Alquran Surah At-Tin ayat 1 -8.

Buah Tin, yang namanya tercantum dalam Al-Qur`an disamping buah zaitun, disebut-sebut oleh hasil kajian perubatan terbaru sebagai buah yang bermanfaat untuk mencegah kanser.


Menurut hasil kajian perubatan yang disiarkan oleh harian Al-Raya, Qatar,buah tin kaya dengan kalsium dan potasium juga mengandung zat benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser.


Di dalam buah tin yang rasanya manis itu juga mengandungi zat yang sangat penting bagi tubuh manusia kerana dapat mengurangi kolesterol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan pernafasan bagi penderita sesak nafas.


Buah yang juga dikenal dengan nama Ara atau Figs itu banyak dijumpai di negara-negara Arab. Buah ini mudah dicerna oleh alat pencernaan, bermanfaat untuk mengubati kesulitan buang air besar,juga bermanfaat untuk hati dan limpa.


Buah yang rasanya manis seperti kurma ini juga lebih mirip sebagai makanan biasa kerana mengenyangkan seperti buah kurma. Sehingga warga Arab tidak menganggap buah tin ini sebagai buah-buahan namun mereka menganggapnya sebagai makanan ruji.


Kajian tentang kandungan benzaldehyde dalam buah Tin sebenarnya telah diungkap dalam jurnal yang dimuat website Cancer Cure Foundation. Website ini menyatakan bahawa kajian yang dilakukan para ahli dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti efektif dalam menghapuskan tumor.Selain itu, Jabatan Pertanian Amerika Serikat menyatakan bahawa buah Tin mengandungi bermacam nutrisi dari vitamin A, C, kalsium, magnesium hingga potasium. Buah ini juga baik untuk mengendalikan nafsu makan dan membantu usaha penurunan berat badan. Jus buah Tin pun merupakan minuman yang baik untuk membunuh bakteria jahat dalam badan menurut sebuah kajian yang telah dilakukan.

Friday, May 4, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
13. Kopi - Kopi adalah sejenis beri yang bersifat antioksida mampu melindungi jantung, mencegah diabetes, meningkatkan kekuatan otak dan membantu menghilangkan sakit kepala/sakit kepala.

14. Daging Kambing - Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.Sebenarnya daging kambing berkhasiat untuk Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti, Pengurai Kolestrol Tepu dalam badan (sebab itu org darah tinggi bila mkn sakit leher sebab healing effect), Mencantikkan Kulit serta Meningkatkan hormon Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraa.

Saturday, April 21, 2012

Air Tangan Mamak...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak  kan ?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Agak2 mamak tu dari pagi sampai ptg dok depan api tu solat tak? sebab selalunya kalau kita tgk mamak dari pagi sampai ptg tgn berminyak, bila lak tgnnya nak basah dgn air wuduk kan kan kan.. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. So kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Macam tu lah guru aku pesan dulu. Dia cukup x bagi aku mkn hasil masakan org bukan islam sebab nanti gelap hati rupanya.. sebabnya dia tak bg tau.. now skarang aku dah tau kenapa.. So korang bila lagi.. mulakanlah sekarang.. Sama gak kalau nak berubat.. Carilah pengamal perubatan Islam yang mengamalkan cara islam...