Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Rysha Skin Solution... termurah dipasaran..


Memiliki kulit yang cantik berseri adalah impian bagi kebanyakan orang, terlebih lagi wanita. Sayangnya, untuk melakukan perawatan wajah hingga mampu berseri dan indah itu tak murah. Perlu belanja yang cukup meriah untuk pergi ke salon kecantikan atau berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan rawatan dan produk skin solution yang suka sgt menipu duit org sampai puluh2 ribuan ringgit.

Akan tetapi masih banyak cara lain yang boleh membantu kulit wajah anda agar menjadi berseri indah. Mau tahu bagaimana caranya? Aku Cuma nak kongsi sedikit beberapa tips murah tapi sangat berguna untuk mencerahkan wajah, seperti yang diturunkan dari allahyarham ibu mertuaku.

- Cara pertama, rebus kobis dengan air. Setelah mendidih, asingkan kobis tadi dari air rebusannya dan gunakanlah air rebusan kobis tadi untuk membasuh muka. Lakukan dua kali sehari.

- Cara kedua, campurkan air perahan mentimun dengan yoghurt. Setelah digaul dengan rata, sapukan ke wajah anda laksana maskerdan biarkan seketika hingga kering sedikit lalu bilas dengan air biasa.

- Cara ketiga, gunakan santan kelapa yang dicampur dengan serbuk cendana merah (orang boleh beli kat kedai India atau mamak). Gaulkan sampai sebati lalu sapukan pada wajah lalu di bilas apabila ia kering dengan pencuci muka.

- Cara keempat, Campurkan air kelapa dan jus nenas. lalu ratakan ke wajah secara perlahan sambil mengurut2 bahagian wajah anda. Setelah merata sapuan ke wajah anda, bilas dengan air dingin atau air dari peti ais.

- Cara kelima, campurkan satu sudu teh cuka dengan satu sudu teh air mawar. Setelah itu oleskan pada wajah dan biarkan ia kering hingga lebih kurang 10 minit. Setelah 10 itu, bilas dengan air biasa. Lakukan salah satu dari kesemua cara ini seelok2nya 2 kali sehari.

- Cara keenam, campurkan satu sudu teh madu dengan satu sudu teh jus tomato. Biarkan pada wajah selama 10 minit lalu bilas dengan air biasa.

- Cara ketujuh, pakai fair n lovely dan fair n lovely kekeke..
Nah, ternyata kecantikan itu bukanlah perlukan bahan kimia dan pembedahan yang menelan belanja beratus ribu ringgit, Cuma perlu ketekunan dan usaha yang berterusan sahaja. Selamat mencuba dan semoga impian wanita semua tercapai. Jangan lupa senyum selalu agar anda tampak lebih manis berseri.

Wednesday, April 25, 2012

Neraka... Open for booking..

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu hari raya, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
 
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
 
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
 
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
 
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
 
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
 
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
 
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
 
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
 
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.