Showing posts with label pendidikan seks. Show all posts
Showing posts with label pendidikan seks. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Nyanyian Rebah Orang Berdosa

 
(Nak dgr lagu ni kena tutup lagu hotel california dulu)
Kali ini ingin aku kongsikan hasil nukilan seseorang yang hingga kini masih merasakan kesal yang tidak terhingga kerana gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya yang terakhir... Marilah kita baca dan ambil iktibar bersama...
SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna. Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya. Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya. Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. 
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami saya amat gembira petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju. 
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun. Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. 
Saya melihat jam tangan. “Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata saya. Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.  Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan. Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.  Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital. Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.    Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba- tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’. Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya.” 
Nukilan..  Seorang Insan Yang Menyesal..

Friday, May 18, 2012

Sex education...


Si Bedul Yang Lurus Bendul

Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedul yang lurus bendul. Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedul. 

Keputusan diambil untuk mengahwinkan si Bedul dengan seorang 'andalusia' bernama Minah.

"Bedul, bapak nak kawinkan kau dengan Minah. Setuju tak?"
 
"Ikut suka bapak lah. Saya mengikut saja," kata Bedul selamba walaupun dia tak tahu apa itu kahwin.
 
Dipendekkan cerita maka berkahwinlah Bedul dengan Minah.

Pak Mat pening memikirkan macam mana nak ajar Bedul apa-apa yang perlu dibuat bila tidur dengan Minah sebab si Bedul, lurus bendul.
 
Pada malam pertama sebelum masuk bilik, Pak Mat bisik ke telinga Bedul.
 
"Bedul, sebelum tidur kau buka baju Minah."
 
"Baik, pak."
 
Keesokan pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam mencuka lalu sambil berbisik dia bertanya Bedul, "kau dah buat macam mana yang bapak ajar?"
 
"Sudah, pak. Saya buka baju dia."
 
"Lepas tu kau buat apa?"
 
"Saya tidur."
 
Pak Mat garu kepala.

"Malam ni lepas kau buka baju Minah, kau selak kain kau ya."

"Baik, pak."
 
Malam berlalu. Keesokan pagi, masa sarapan Pak Mat tengok Minah masam mencuka.
 
"Kau buat apa yang bapak ajar malam tadi Dol?"
 
"Dah, pak."
 
"Kau buat macam mana?"
 
"Lepas buka baju Minah saya selak kain saya."
 
"Lepas tu?"
 
"Lepas tu saya tidur."

Pak Mat merungut-rungut kerana kebendulan melampau si Bedul.

"Bedul, malam ini lepas kau buka baju Minah dan selak kain engkau, kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau."

"Baik, pak."

Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa. Pak Mat tersenyum memikirkan tentang keberkesanan ajarannya kepada Bedul. Tiba-tiba dia nampak Minah dengan wajah yang lagi masam dari semalam. Sambil berjalan dihentak kakinya kuat-kuat.
 
Pak Mat pandang Bedul.
 
"Kau dah buat macam bapa ajar malam tadi Dol?"

"Dah, pak."

"Kau buat macam mana?"
 
"Saya buka baju Minah, saya selak kain saya dan masukkan anu saya ke dalam anu Minah."
 
"Bagus. Lepas tu?"
 
"Lepas tu saya tidur."

Pak Mat betul-betul bengang dengan si Bedul. Takkan yang itu pun dia nak ajar jugak. Lebih baik dia sahaja  yang kahwin dengan Minah. Seharian dia mundar-mandir mencari idea. Last- last idea pun datang dan dia pun bisikkan ke telinga Bedul.

"Bedul, bapak nak tolong engkau, tapi bapak tak boleh sebilik dengan engkau. Bapak kat luar pintu saja. Macam ni. Lepas kau buka baju Minah, kau selak kain engkau dan lepas kau masukkan anu engkau dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol. Bunyi pertama kau sorong anu kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau. Begitulah seterusnya, faham?"
 
"Faham, pak. Janji bapak tolong Bedul ya."
 
Malam menjelang, Bedul sudah sedia menunggu bunyi botol.

Pak Mat berada di luar pintu, setelah pasti Bedul dah bersedia dia pun ”TOING” ketukan pertama. Bedul pun sorong, ”TOING” ketukan kedua Bedul pun tarik. Begitulah kerja Pak Mat. Dia terdengar rengekan dari Bedul dan Minah.

Dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedul bertindak sebagai seorang suami sejati. Dek kerana dah naik sheikh maka Bedul pun tak tahan dengan 'sex education' yang lembab dari bapak dia tu. Dek kerana ayaq dah naik kepala last- last bapaknya terdengar Bedul menjerit, "bapak, boleh lajukan ketuk botol tu tak? Apasal lembab sangat?"

Pak Mat : #$%^*&)(*_)+++