Iblis yang bernama Azazil
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan : “Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa : “Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan : “Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? Israa [61]
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.
Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) Israa [62]
Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Israa [63]

Kisah Iblis Dengan Nabi Musa
Suatu hari ketika Nabi Musa berada dalam majlisnya, tiba-tiba datang Iblis dengan baju yang dilabuhkan pada kepalanya. Apabila dekat dengan Nabi Musa , ia menanggalkan pakaiannya itu. Maka terjadilah soal-jawab di antara Nabi Musa dan Iblis. Iblis :"Assalamu'alaka, Wahai Musa " Nabi Musa : "Siapa Kamu ?" Iblis : "Saya Iblis" Nabi Musa : "Allah SWT tidak menghormati engkau, untuk apa engkau datang ?" Iblis : "Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu di atas ketinggian tempat dan kedudukkanmu di sisi ALlah s.w.t. " Nabi Musa : " Bilakah apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan engkau dapat menghalanginya. " Iblis : " Apabila seseorang itu merasa taajjub terhadap dirinya dan ia berlaku sombong maka lupalah ia akan dosanya. " Seterusnya Iblis tersebut memberikan tiga peringatan kepada Nabi Musa a.s iaitu :-
1. Janganlah sesekali engkau berkhalwat dengan perempuan yang tidak halal bagimu. Kerana tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku menemaninya ( menjadi pihak ketiga ) tanpa teman-temanku yang lain sehingga aku Membuat fitnah terhadap keduanya.
2. Janganlah engkau berjanji ( bernazar ) kepada ALlah s.w.t. melainkan engkau memenuhinya. Kerana tidak berjanji seseorang kepada ALlah s.w.t. melainkan aku menemaninya tanpa teman-temanku yang lain , maka akulah yang menjadi dinding penghalang antara orang itu dengan janjinya sehingga janji itu tidak dapat ditunaikan.
3. Janganlah sekali-sekali engkau mengeluarkan sedekah melainkan apa yang engkau sayangi ( barang yang baik-baik ) kerana sesungguhnya tiadalah seorang itu mengeluarkan sedekah sedangkan dia menyayanginya melainkan aku sendirilah tanpa teman-temanku yang membuat tidak terlaksananya sedekah itu.
Selepas berkata demikian , Iblis itu berpaling dan sebelum pergi ia berkata : " Celaka! Celaka ! Celaka ! Musa telah pun mengetahui apa yang harus berwaspada terhadap anak keturunan Adam. " Al-Qurasyi berkata : " Aku mendengar sesungguhnya syaitan berkata kepada orang perempuan : " Engkau adalah separuh daripada tenteraku. Engkaulah anak panahku yang kugunakan untuk memanah ( manusia ). Aku tidak salah menjadikan engkau untuk mengetahui segala rahsia dan engkaulah utusan untuk menyampaikan hajatku. "
Kisah Iblis terpaksa bertemu Rasulullah
Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah" Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."
Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? " Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa." "Siapa yang memaksamu? "
"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: "Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."
"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."
Orang Yang Dibenci Iblis
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?" Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci." "Siapa selanjutnya? " "Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT." "Lalu siapa lagi?"
"Orang Alim dan wara' (Loyal)" " Lalu siapa lagi?" "Orang yang selalu bersuci."
"Siapa lagi?" "Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."
"Apa tanda kesabarannya? " " Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar." "Selanjutnya apa?" "Orang kaya yang bersyukur." "Apa tanda kesyukurannya ?" "Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ." "Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?" "Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam." "Umar bin Khattab?" "Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti lari " "Usman bin Affan?" "Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ." "Ali bin Abi Thalib?" " Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berzikir terhadap Allah SWT)
Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis
"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?" "Aku merasa panas dingin dan gementar. " "Kenapa?" "Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat." "Jika seorang umatku berpuasa?" "Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ." "Jika ia berhaji?" "Aku seperti orang gila. " "Jika ia membaca al-Quran?" "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api." "Jika ia bersedekah?" "Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? " "Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya." "Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?" "Suara kuda perang di jalan Allah." "Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?" "Taubat orang yang bertaubat." "Apa yang dapat membakar hatimu?" "Istighfar di waktu siang dan malam." "Apa yang dapat mencoreng wajahmu?" "Sedekah yang diam - diam. " "Apa yang dapat menusuk matamu?" "Solat fajar." "Apa yang dapat memukul kepalamu? " "Solat berjamaah." "Apa yang paling mengganggumu? " "Majlis para ulama."
"Bagaimana cara makanmu?" "Dengan tangan kiri dan jariku." "Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?" "Di bawah kuku manusia."
Manusia Yang Menjadi Teman Iblis
Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?" "Pemakan riba." "Siapa sahabatmu?" "Penzina." "Siapa teman tidurmu?" "Pemabuk.." "Siapa tamumu? "
"Pencuri." "Siapa utusanmu?" "Tukang sihir." "Apa yang membuatmu gembira?"
"Bersumpah dengan cerai." "Siapa kekasihmu? " "Orang yang meninggalkan solat jumaat" "Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? " "Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."
Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas
Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. " Iblis segera membalas :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.
Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?" "Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."
Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya
Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah. Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.
Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.
Cara Iblis Menggoda
Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.
Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.
Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul. Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai. Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan diapun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?
10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT
"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?" "10 macam" "Apa saja?"
Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64) Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda." Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya. Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119) Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)
Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."
Alkisah, ada seorang abid (ahli ibadat) golongan Bani Israel yang terkenal. Namanya Bashisha. Setiap hari ramai orang datang ke daerah tempat tinggalnya untuk menuntut ilmu dengannya. Ilmu yang diajarkan Bashisha mengkagumkan ramai orang. Apa tidaknya, ada antara muridnya yang mempu terbang di udara kerana berguru dengannya.
Pada suatu hari, berkumpullah para malaikat di langit membincangkan kealiman dan kesaktian Bashisha. Para malaikat memuji-muji Bashisha. Ketika para malaikat asyik membincangkan ketinggian ilmu Bashisha, tiba-tiba Allah memberitahu: “Hai para malaikat! Sesungguhnya Aku lebih mengetahui nasib Bashisha di hari kemudian. Ketahuilah sesungguhnya dia yang kamu kagumi itu akhirnya akan mati kafir.”
Sewaktu Allah memberitahu malaikat itu, kebetulan didengar oleh Iblis. Dengan perasaan lega Iblis turun ke bumi untuk datang ke tempat Bashisha dengan menyamar sebagai seorang alim. Iblis merancang untuk menipu Bashisha dan menjerumuskannya ke neraka.
“Assalammualaikum,” Iblis memberi salam kepada Bashisha. “Waalaikum salam,” jawab Bashisha. “Siapakah kamu?” “Tuan, hamba datang dari jauh, Maksud hamba datang ke sini adalah kerana ingin menjadi murid tuan,” kata Iblis. “Oh! Boleh. Setiap orang yang ingin mengaji di pondokku, saya terima dengan baik. Oleh itu saya mahu setiap orang dapat mengabdikan dirinya kepada Allah,” kata Bashisha.
Legalah hati Iblis setelah mendapat persetujuan Bashisha. Dan Iblis pun mulalah beribadah dengan tekun sekali. Selama tiga hari tiga malam ia tidak makan, minum dan tidur. Bashisha sangat kagum dengan ketekunan dan istiqamah anak murid barunya itu. Baru kali ini saya menyaksikan seorang yang beribadah sehebat dia, kata hati Bashisha. Tidak sangka dia boleh beribadah melebihi aku. “Aku ingin tahu bagaimana caranya beribadah begitu gigih tanpa makan, minum dan tidur selama tiga hari?” bisik hati Bashisha kehairanan.
Pada suatu petang, Bashisha memanggil murid barunya itu. Setelah mempersilakan muridnya duduk bersama, Bashisha pun bertanya: “Wahai muridku, tidakku sangka bahawa ibadahmu itu melebihi aku. Belum pernah aku menyaksikan orang beribadah sehebat kamu ini. Aku sendiri yang merasa sudah beribadah 250 tahun ini, belum mampu menjalankan ibadah sekuat kamu.”
“Ah! Tuan guru, saya kira ibadahku ini tidak seberapa kalau dibandingkan dengan tuan guru,” jawab Iblis berpura-pura merendah diri. “Betul.” Bashisha mengiyakan. “Tapi belum pernah saya beribadah selama tiga hari tiga malam tanpa makan, minum dan tidur. Sesungguhnya apakah yang mendorong kamu dapat beribadah sehebat itu?” “Tuan, memang betul apa yang diucapkan oleh tuan guru itu. Oleh itu, hamba akan menceritakan pengalaman hamba sebelum ini,” Iblis memulai pujukan. “Ceritakanlah,” sahut Bashisha.
“Dulu, sebelum hamba tekun beribadah, hamba ini tergolong dalam orang-orang yang selalu berbuat maksiat. Mencuri, minum arak, berzina dan membunuh orang adalah perlakuan hamba sehari-harian. “Pada suatu hari datang musibah menimpa hamba. Hamba jatuh sakit yang sangat teruk dan susah untuk diubati. Ketika itu hamba rasakan ajal hamba sudah sampai, lantas hamba pun bertaubat nasuha dan Allah menyembuhkan penyakit hamba. “Mulai sejak itulah hamba selalu tekun beribadah sehingga dapat merasakan bagaimana manis dan nikmatnya orang yang beribadah.
“Jadi, sebetulnya apa yang hamba capai dalam beribadah sekarang adalah kerana perbuatan hamba yang dahulu, iaitu ketika asyik mengerjakan maksiat. Itulah sebabnya sekarang hamba dapat merasakan nikmat dan mansinya beribadah. “Berbeza dengan orang yang belum pernah melakukan maksiat lalu tiba-tiba beribadah sahaja. Tentu dia tidak boleh merasakan kenikmatan beribadah.” Demikian penjelasan Iblis mencucukkan jarum tipu muslihatnya ke dalam hati Bashisha. Bashisha sangat tertarik dengan cerita muridnya itu.
“Sungguh hebat muridku. Ceritamu itu sangat menarik hatiku. Memang betul bahawa seseorang itu dapat lebih tekun beribadah jika dia telah merasakan bagaimana rasanya orang yang selalu derhaka kepada Allah. Tidak seperti saya ini yang tidak pernah melakukan seperti yang kamu lakukan,” ulas Bashisha yang mula terpedaya.
“Saya rasa itulah kuncinya, tuan guru. Seseorang itu dapat merasakan betapa manisnya beribadah jika telah merasakan pahitnya kehidupan kerana mengerjakan maksiat,” kata Iblis.
“Sekarang apakah yang patut saya lakukan?” tanya Bashisha. “Bagaimana kalau tuan melakukan zina?” usul Iblis. “Ah! Itu terlalu berat bagiku,” jawab Bashisha. “Kalau membunuh, bagaimana tuan?” pujuk Iblis. “Itupun agak berat bagiku,” jawan Bashisha. “Ha! Kalau begitu, bagaimana jika tuan guru hanya minum arak sahaja,” pujuk Iblis serius. Saranan terakhir muridnya itu diterima oleh Bashisha lalu dia berkata, “Muridku, dimankah ada kedai menjual arak yang jauh dari pandangan orang ramai?” “Urusan itu mudah sekali tuan guru. Di sana ada sebuah kedai arak yang agak terpencil,” jawab Iblis.
Lalu dengan segera Bashisha pergi ke warung yang ditunjukkan oleh muridnya itu. Di kedai itu menanti berbotol-botol arak dengan seorang pelayan perempuan yang sangat cantik. Bashisha minta sebotol arak lalu meminumnya. Belum puas satu botol dia tambah lagi sebotol sehinga akhirnya dia benar-benar mabuk. Matanya jadi merah, pandangannya meliar. Nafsu berahinya mula bergelora. Apatah lagi di sebelahnya ada seorang pelayan perempuan yang cantik. Nafsunya sudah tidak dapat dikawal lagi. Lalu wanita itu diperkosanya walaupun dia telah mempunyai suami. Suaminya cuba menghalang, tetapi Bashisha bertindak membunuh suami wanita berkenaan. Kejadian itu disaksikan Iblis. Dengan menyamar sebagai murid kepada Bashisha, Iblis mengadap Raja dan melaporkan kejadian yang dilakukan oleh Bashisha.
Akhirnya Bashisha didapati bersalah oleh Raja. Sebagai balasan, dia dihukum salib dan sebat di khalayak umum. Hukuman yang berat itu menyebabkan Bashisha hampir mati. Di saat itulah Iblis datang dihadapan Bashisha tetapi bukan lagi menyamar sebagai murid seperti sebelumnya.
“Bashisha...” sapa Iblis. Bashisha yang hampir mati itu merintih meminta bantauan daripada Iblis. “Tentu... tuan... tentu. Tuan tentu akan dapat saya tolong,” kata Iblis meyakinkan. “Tetapi saya ada syarat denganmu, jika kamu ingin selamat.” “Apa syaratnya.” “Sembahlah aku,” kata Iblis. “Setelah itu, saya akan menolong tuan dan tuan akan selamat sehingga dapat bertaubat kepada Tuhan dengan nikmat sekali,” pujuk Iblis. “Betulkah kata-katamu itu?” “Tetapi bagaimanakah caranya? Pada hal saya sedang di salib begini? “Mudah sahaja. Tundukkan mukamu sebentar saja kepadaku,” kata Iblis.
Malang bagi Bashisha, pujukan dan tipu daya Iblis itu diterimanya. Baru saja dia menundukkan kepala, malaikat pencabut nyawa datang dan merentap nyawanya. Maka matilah Bashisha di dalam kekafiran. Iblis pun ketawa berdekah-dekah
Kisah Iblis Laknatullah dengan Ahli Neraka
Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis laknatullah itu dengan tali dari api.Kemudian dikatakan kepada iblis laknatullah: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka." Setelah iblis laknatullah menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka." Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu iblis laknatullah .
Kata iblis laknatullah : "Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'iir."
Berkata iblis laknatullah lagi: "Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat."
Berkata iblis laknatullah lagi: "Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?"
Akhirnya iblis laknatullah berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam."
Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata iblis laknatullah itu maka mereka melaknati iblis itu. Setelah itu iblis laknatullah dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: "Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya."
5 comments:
My family every time say that I am wasting my time here at web,
however I know I am getting knowledge all the time by reading thes nice content.
Also visit my web blog MammieOCler
Excellent article. I absolutely love this site.
Keep writing!
Here is my blog: ArronLMilius
Does your website have a contact page? I'm having problems locating
it but, I'd like to shoot you an e-mail. I've got
some creative ideas for your blog you might be interested in hearing.
Either way, great blog and I look forward to seeing it grow over time.
Take a look at my homepage :: BulahCMask
Front.May result in obstruction or vascular compromise with potential for necrosis andor perforation if untreated [url=http://cidovir.com]cialis[/url] They slow the response of heart muscle to nervous system stimulation or slow the rate at which nervous system impulses are carried through the heart.Symmetric weakness affects proximal muscles more than distal muscles shoulders and hip muscles.Helps antibodies kill antigens. [url=http://kajouk.com]viagra[/url] lactose intolerance phenylketonuria malabsorption syndromes e.sclero The combining form sclero also means hard as in scler oderma a hardening and thickening of the skin and arterio scler osis hardening of arteries with collection of plaque.Deaconesses had been around for centuries the Bible describes Phoebe who offered care food and medicine as an early visiting nurse.You will be introduced to infant mortality and health disparities. [url=http://ahiukol.com]viagra[/url] Primary Pulmonary Hypertension PPH a.Another idea is that they were related to a form of acupuncture or acupressure therapy many of the lines correspond to the acupuncture lines known as channels or meridians in Chinese medicine see pp.This condition is not caused by an infection with bacteria. [url=http://vbdrug.com]buy kamagra uk with mastercard[/url] For example Boulton et al.Multiple uidlled sacs cysts within and on the kidney.stop medication treat hypothyroidismfor help with unfamiliar or difcult terms. [url=http://acelpsa.com]buy kamagra jelly india[/url] Excessive glucocorticoids e.The outbreak known as the Black Death begins probably in the Russian Steppes it reaches the Crimea later in the year.
Support Groups You can ease the stress of illness by joining a support group with members who share common experiences and problems. [url=http://adaroll.com]purchase orlistat 60 mg[/url] The Huangdi NeiJing identifies or implies the presence of nearly acupuncture points.Other contributing factors could be the presence of endogenous NOS inhibitors e.References Custer PL.Worldwide that number is about million with the majority of cases in subSaharan Africa.AlRhazis numerous writings include two massive encyclopedic works encompassing medical theory and practice medical philosophy and life in general.Can lead to digital ischemia with ulceration and infarctiongangrene d. [url=http://byrxboxshop.com]buy viagra online[/url] Most women have cycles between and days apart.As long as the pulmonary vascular resistance PVR is lower than the systemic vascular resistance SVR the shunt is left to right.Cerebral edema occurs within to days and can cause mass effects for up to days.Palpitations e.M. [url=http://vicile.com]kamagra 100[/url] NSCLC accounts for of lung cancers and comprises three main types adenocarcinoma derived from mucussecreting cells squamous cell carcinoma derived from the lining cells of the upper airway and large cell lung cancer.Visual disturbances [url=http://cialisfor.com]cialis[/url] et al.Nickel JC Downey J Clark J et al.c.As long as the pulmonary vascular resistance PVR is lower than the systemic vascular resistance SVR the shunt is left to right.The tumor induced general DNA hypomethylation and the specic hypermethylation of the ER a gene were reversed and additionally the genespecic reduced methylation was accompanied by an increase in the amount of ER a mRNA. [url=http://banzell.com]buy kamagra with american express[/url] dryYou must stop smoking for at least weeks before surgery.
Post a Comment