Monday, April 16, 2012

ORANG MATI HIDUP BALIK

Aku saja lemparkan soalan pada anak didik aku n isteri aku.. Sapa yg disoal oleh Munkar dan Nakir dalam kubur nanti? Persoalan tu confirm masih berlegar-legar dalam kepala otak diaorg sebab tak sorang pun dalam dunia ni yg pernah mati dan menjalani situasi tu untuk diaorg refer or tanya. Kalau ada sumpah lari malam aku..   Saja aku bagi intro macam kat atas supaya nampak gempak sikit mcm harian metro buat. Bukan senang nak menarik org membaca tulisan kita..Tapi tajuk aku betul apa. yang mati, dah tentu tinggal, so mana manusia yg masih idup balik la kerumah kan..

Bebalik kepada persoalan tadi, dalam menyoal aku pun kajiselidik balik takut jawapan yang aku nak berikan menyimpang lak dari hakikat dengan ilmu yang diperturunkan kat aku. So aku nak bagi diaorg lagi confuse so aku leraikanlah catatan dari penuntutan ilmu aku yang serba cetek selama ni. Aku tak nak kupas panjang2 isu ruh ni dari alam malakut ke alam janin dan alam manusia. Just aku nak fokuskan ke alam barzakh sebab tulisan ni aku yg tulis, bukan ahmad albab yg tulis, so ikut suka aku la nak tulis bahagian mana.. Korang just baca jer.. Kalau tak faham leh tanya org yg lebih bijak pandai dari aku yg cetek ilmu ni.. Kalau salah kutuk jerk at komen.. At least mana yang nak melaser kat aku aku leh unapproved komen korang wakakaka.

Dengan muka serius aku pun membuka kata, permasalahan ruh dan apa yg berlaku di barzakh memang rumit untuk dimengerti kerana perbahasannya panjang dan bersimpang siur. Ulama' sendiri berselisih pendapat mengenai apakah ruh atau jasad atau kedua-duanya sekali akan disoal dalam kubur.

Dua pendapat paling popular ialah :

1.         Hanya ruh yg disoalsiasat di dalam kubur kerana jasad akan reput dan kembali kepada asal tanah (Syekh Salleh Uthaimeen, Fatawa anil Iman wa arkaanuh),

2.         Jasad dan ruh akan disoal dalam kubur (Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa)

Selepas itu ke manakah ruh akan pergi? Juga luas sekali perbahasannya. Sebagai orang awam memadai kita percaya bahawa ruh-ruh orang mati itu berada di Barzakh. Barzakh ialah suatu alam yg mendindingi alam dunia dan alam ukhrawi (Ibn Atsir, Nihayah).Manakala jasad akan terus berada di alam kubur.. Apa beza barzakh ngan kubur.. cari la sendiri k..

Dalilnya:
AQ 55: 20 (di antara keduanya ada barzakh yg tidak dilampaui oleh masing2)
AQ 23:100 (di hadapan mereka ada dinding barzakh sampai mereka dibangkitkan)

Dalam alam barzakh (penempatan sementara) ini ruh itu ditempatkan pada kedudukan yg bertingkat-tingkat (ada kelas-kelas): para Nabi ditempatkan pada kelas Illiyin (Fathul Bari Jld 11, 357), para syuhada', ruhnya ditempatkan dalam burung hijau (AQ 3: 169), orang mukmin ditempatkan dalam sangkar dan digantung di pohon syurga (Albani, Silsilah Ahaadith Jld 2/730, Hadis no 995), dan seterusnya bergantung pada amal dan status keIslamannya.

Manusia terdiri daripada jasad dan roh sekalipun dengan hubungan antara keduanya yang bersifat sangat relatif (nisbi). Terdapat lima bentuk hubungan antara roh dan jasad, iaitu: 

1. Hubungan antara roh dan jasad di dalam rahim ibu (janin).
2. Hubungan keduanya di muka bumi setelah dilahirkan.
3. Hubungan antara keduanya ketika tidur.
4. Hubungan antara keduanya ketika di alam barzakh.
5. Hubungan antara keduanya ketika dibangkitkan dari alam barzakh.

Walaupun roh berpisah setelah kematian namun perpisahan antara keduanya bukanlah perpisahan yang mutlak (firaq kulliy). Sungguh banyak dalil yang menjelaskan bahawa roh dikembalikan kepada jasad di dalam kubur ketika disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir namun dalil ini tidak dapat dibuktikan secara nas atau sahih. Ini kerana tiada manusia yg telah mati itu dapat kembali kedunia dan menulis tentang alam barzakh itu melainkan kita yang menjalaninya sendiri.

Roh juga dikembalikan ketika menjawab salam orang yang menziarahi kubur. Pengembalian roh ini adalah pengembalian khas dan tidak semestinya pengembalian yang dapat menghidupkan jasad melainkan pada hari kebangkitan. Pengembalian ruh bagi jasad yang berada di alam kubur hanyalah seperti sekadar menziarahi jasad.

 Sehubungan dengan hakikat ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjadikan untuk manusia tiga peringkat kehidupan, iaitu:
1.    Kehidupan Dunia.
2.    Kehidupan Barzakh.
3.    Kehidupan Qarar.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjadikan bagi tiap-tiap kehidupan tersebut khas dengan hukum-hakamnya yang tersendiri berbeza dengan kehidupan yang lain. Manusia dijadikannya memiliki jasad dan roh.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala menetapkan hukum-hakam di dunia berdasarkan jasad kasar manusia sedangkan roh hanya mengikutinya. Oleh sebab itu Allah menjadikan hukum-hakam syari‘at didasarkan kepada ucapan lisan dan amalan anggota sekalipun rohaninya bercanggah dengan apa yang diucap atau yang diamalkan.

Adapun hukum-hakam Barzakh, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menetapkannya berdasarkan roh sedangkan jasad kasarnya hanya mengikutinya. Ini berbeza dengan kehidupan di dunia sebagaimana yang telah diterangkan di atas. Oleh itu di alam Barzakh badan akan turut merasakan kepedihan azab jika rohnya disiksa sebagaimana badan akan turut merasakan nikmat jika roh mendapat nikmat. Ini  kerana jasad adalah penyebab untuk mendapat nikmat atau sebaliknya siksaan.

 Adapun pada Hari Kiamat ketika jasad dibangkitkan dari alam Barzakh untuk menghadap Allah, maka berhimpunlah jasad dan roh secara hakiki untuk menerima nikmat ataupun siksaan. Di alam akhirat inilah pertautan jasad dan roh menjadi yang paling sempurna. Ia melebihi pertautannya di alam yang lain kerana pertautan kali ini tidak akan dicemari oleh kematian, tidur, kerosakan dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im bahawa apabila malaikat mengambil roh sesaorang dia akan membawa hingga bertemu dengan Allah Azzawajalla. Jika roh itu termasuk daripada orang yang baik dan beriman ia mendapat kebahgiaan,  Allah akan berfirman kepada Malaikat. “Bawalah dia dan perlihatkan   tempatnya di dalam syurga”.  Malaikat akan membawanya ke dalam syurga. Aapabila jasadnya dimandi dan dikapankan akan diletak bersama dengan jasadnya,   ketika  jasadnya diusung  ia boleh mendengar suara  orang yang berbicara tentang dirinya sama ada baik atau buruk.

Apabila  disembahyang   dan dikuburkan, pada masa itu roh akan dikembalikan ke jasadnya untuk disoalkan oleh dua orang malaikat yang ditugaskan untuk menyoal orang mati, dan seterusnya akan memberitahu tempatnya selepas itu berdasarkan baik buruk amalannya.
 Amru bin Dinar pernah berkata; “Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh melihat jasadnya ketika dimandikan, dikapankan, bagaimana jasadnya diusung  dan dimasukkan ke dalam kubur. Dalam riwayat lain ditambah;  dan dikatakan kepadanya  Ketika berada diatas katilnya, “dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik atau buruk”.

Dalam satu riwayat lain dikatakan;  Seorang bermimpi bertemu dengan  Muhammad bin Nabatah setelah dia meningal dunia dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah keatas kamu”, ia menjawab ; “Allah menempatkan aku didepanNya dan bertanya kepadaku;  “Kamu adalah orang yang membenarkan kata-kata mu semasa hidup didunia,  sehingga orang memujimu”, lalu aku  berkata; “maha suci Engkau Ya Allah dan seterusnya aku    mengajar mereka    tentang sifat-sifat Mu Yang Mulia dan mengajar mereka tentang ilmu tauhid”.
 Lalu Allah berkata kepadaku; “Katakanlah seperti yang kamu katakan semasa di dunia”,  aku pun berkata; “Dia,  Allah s.w.t. akan menghancurkan manusia  sebagaimanaDia menciptakannya, Dia  akan  menjadikan manusia tidak bercakap  sebagaiman Dia membuat manusia   bercakap, Dia menciptakan manusia sepertimana sebelum ini manusia tidak ada, Dia akan mengumpulkan manusia sebagaimana Dia memisahkannya”, lalu Allah s.w.t. berkata; “Kamu benar, pergilah! Aku telah mengampunimu”.

Begitu juga dengan kata Mansur bin Imar, seorang  bermimpi bertemu dengannya setelah meninggal dunia lalu dia pun bertanya; “Apakah yang Allah lakukan kepadamu?”, ia menjawab: “Allah s.w.t. telah menempatkan aku didepanNya, lalu berkata; “ Dengan apa yang kamu datang  kepadaKu wahai Mansur?”, aku pun menjawab: “Dengan tigapuluh enam hujjah (alasan). Jawab Allah; “Aku tidak terima walau pun satu hujjah”. Kemudian Allah bertanya lagi; “Dengan apa yang kamu datang bertemu dengan Aku wahai Mansur?”. Dengan tiga ratus enam puluh kali khatam al-Quran al-Karim”.  Allah berkata lagi;  “Aku tidak menerima satu pun dari khatammu itu”,  lalu Dia bertanya  lagi; “Dengan apa kamu datang  bertemuKu  wahai Mansur?”, aku menjawab, “   “Aku datang  kepadaMu dengan Mu Ya Allah”.  Maka Allah s.w.t. pun menjawab” Mahasuci Allah, sekarang baru kau  datang disisiKu,   pergilah,  Aku telah mengampunimu”. 

SEDEKAH AMALAN YG HIDUP KEPADA SIMATI

Jika sesaorang itu melafazkan dengan  kalimah untuk menghadiahkan pahala kepada sipulan adalah diharuskan,  jika tidak melafazkan memadai dengan niatnya sahaja dan sampai pahala kepada simayat,  tidak perlu dia mengatakan; “ Ya Allah sesungguhnya aku puasa besok hari untuk pulan bin pulan”. Disyaratkan niat semasa mengerjakan  sesuatu amalan untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Apabila sesaorang mengerjakan suatu amalan dengan niat untuk dirinya sendiri, kemudian dia ingin   untuk disampaikan kepada orang lain, tidak akan sampai dengan niatnya itu, sama juga seperti jika sesaorang niat semasa menghebahkan sesuatu benda, atau membebaskan hamba atau bersedekah, tidak akan sampai pahala kepada orang lain dengan niatnya sahaja. Untuk lebih jelas lagi  sebagai contoh apabila  sesaorang membina rumah lalu diniatkan untuk dijadikan masjid, atau sekolah, atau tempat agihan air minuman, akan menjadi wakaf dengan perbuatannya beserta dengan niat dan tidak perlu kepada lafaz lagi. Demikian juga jika sesaorang memberi wang kepada oran faqir dengan niat zakat, dengan sendirinya gugurlah tanggungan zakatnya walaupun dia tidak melafazkannya. Jika sesaorang membayar hutang saudaranya sama ada masih hidup atau mati maka gugurlah zimmah (tanggungjawab membayarnya) walau pun dia tidak melafazkannya seperti dia berkata;”hutang ini adalah untuk sipulan”.

Adakah boleh seseorang  mensyaratkan ta’liq terhadap hadiahnya itu, seperti dia berkata; “Ya Allah Ya Tuhanku jika Engkau terima amalku ini,   Engkau berikan pahalanya pula   kepada sipulan bin pulan”, adakah    boleh atau tidak  ta’liq ini?. Sebenarnya tidak perlu  ta’liq serupa ini dengan lafaz atau niat, malah dia tidak mendatangkan faedah dengan  ta’liq begini, kerana Allah Ta’ala tetap akan melaksanakannya sama ada disyaratkan atau tidak, kalau sekiranya Allah tidak akan melaksanakan  tanpa  ta’liq ini, maka dengan demikian   ta’liq ini akan  berfaedah.

Jika dikatakan; ‘Ya Alah jika Engkau beri pahala kepadaku terhadap amalan ini maka beri kan pahala ini  kepada si pulan, sebenarnya pahala amalan sesaorang adalah miliknya kemudian akan berpindah kepada siapa yang dia ingin menghadiahkannya, sebenarnya bukan begitu, bahkan apabila sesaorang itu meniatkan ketika hendak mengerjakan sesuatu amal, supaya pahalanya disampaikan kepada sipulan, maka secara terus sipulan itu akan menerima pahalanya, demikian juga seperti memerdekakan hambanya   untuk orang lain, bukan lah  walaknya akan diberikan kepada orang yang membebaskan hamba kemudian barulah berpindah wala’ kepada orang lain.

Jika dipersoalakan; apakah amalan yang utama sekali untuk dihadiahkan kepada mayat, jawabnya; yang utama untuk dihadiahkan kepada  mayat ialah membebaskan hamba untuknya, sedekah adalah lebih utama berbanding dengan puasa, sedekah yag paling utama ialah diberi ketika sesaoang memerlukannya dan sedekah diberi secara tetap atau berkekalan, sabda Nabi s.a.w.:

 “Sebaik-baik sedekah ialah memberi minuman kepada orang ramai”.

Ini bergantung kepada tempat-tempat yang memerulukan air, iaitu di tempat kemarau sehingga setiap orang dahaga dan memerlukannya, adapun memberi air dari sungai atau tempat-tempat takungan air tidak diberi keutaman berbanding dengan waktu yang amat memerlukan minuman dan amakanan, demikian juga berdoa dan memohon ampun untuk sesaorang dengan ikhlas dan merendahkan diri, doa yang serupa ini adalah lebih utama dari memberi sedekah kepada   simayat seperti sembahyang jenazah atau berdiri dan berdoa di siinya atas kubur .

ROH MENJADI HANTU???

Roh-roh orang yang telah mati sekali-kali tidak boleh menjadi hantu ataupun segala jenis makhluk yang seerti dengannya . Hantu itu tak lain dan tak bukan hanyalah satu gelaran kepada syaitan yang terdiri daripada kalangan jin-jin yang jahat , manusia-manusia yang menyembah Iblis dan kadang-kadang perkataan hantu itu juga digunakan untuk Iblis ( LaknatulLahi ‘alaih ) .
Bangunnya seseorang daripada Alam Barzakh itu dinamakan sebagai QIYAMAH , dan perkataan “ Qiyamah “ itu sendiri bermakna “ bangun “ , Maka kalau betullah roh-roh itu bangun kembali , maka sudah tentu ini bermakna telah berlakunya “ qiyamah “ ( Hari Kiamat – menurut sebutan orang-orang Melayu ) . 

Maka yang jelasnya , seseorang yang telah mati ( betul-betul mati ) tak kan boleh sama sekali bangkit daripada kuburnya sebagai hantu ataupun zombie dan seumpamanya ! . Peristiwa yang berlaku , seperti ada beberapa orang yang melihat satu lembaga ( hantu ) yang menyerupai mayat seseorang ahli kampung tersebut dan sebagainya bukanlah dalil bahawa seseorang yang telah mati itu boleh bangun kembali daripada kuburnya , bahkan itulah dalil bahawa syaitan-syaitan ini begitu bijak untuk menipu-daya Bani Adam dengan menyamarkan diri-diri mereka sebagai mana rupa orang-orang yang telah mati . 

Kalau betullah orang yang telah mati boleh bangun kembali , maka bukankah lebih baik dia bangun kembali untuk berbuat amal kebajikan?  Maka kenapakah pula dia perlu bangun kembali daripada kuburnya sebagai hantu-syaitan? . Yang paling malang , masih ada orang Melayu yang percaya bahawa seseorang yang baik amalannya (orang yang soleh ) , boleh bangkit nanti sebagai hantu dari kubur .  Alangkah karutnya kepercayaan ini . Bagaimanakah boleh seseorang yang baik hubungannya dengan Allah Ta’ala boleh bertukar menjadi hantu kuburan yang hina-dina?  

Nampaknya bangsa kita masih kuat pegangannya dengan benda-benda mistik ini dan semua kekarutan ini , khurafat-khurafat ini takkan mudah dikikis dan dibuang melainkan dengan mempelajari pengajian Tauhid / Aqidah dengan sebenar-benarnya . 

Saya ingin jelaskan bahawa orang yang telah mati, ruh mereka berada dalam alam barzakh sehinggalah dibangunkan semula pada Hari Kiamat besar. Ertinya,orang-orang telah meninggal dunia, tidak mungkin kembali sebagaimana orang hidup.

Pada saya, hal kepercayaan ruh pulang kerumah ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membawa kepada kerosakan, atau sekurang-kurangnya cacat akidah, tidak boleh mempercayai orang yang telah kembali ke alam kubur boleh kembali ke dunia, boleh menziarahi keluarga atau bercakap-cakap semula dengan orang yang mengenalinya. Ia tidak mungkin berlaku dalam alam realiti. Yang mereka jumpa itu bukan orang yang telah mati, besar kemungkinan itu adalah sejenis makhluk halus yang al-Quran mengistilahkannya sebagai Qareen.

Dalam Surah Fussilat, ayat 25 (mafhumnya),

"Dan kami tetapkan bagi mereka teman-teman (Qareen) yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan (hukuman) asal, pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia bahawa sesungguhnya mereka adalah golongan yang rugi."

Ayat ini merujuk kepada adanya, makhluk halus yang dipanggil Qareen atau Quranah (jin yang menjadi sahabat baik kepada manusia).  Dalam Surah an-Nisa, ayat 38 (mafhumnya),"....Dan sesiapa yang menjadikan syaitan itu kawan setianya, maka dia mendapat kawan setia yang amat jahat."

Pada Hari Kiamat bila insan dibangkitkan, dan mendapati dirinya termasuk dalam golongan yang derhaka terhadap Allah S.W.T, mereka saling menyalahkan antara satu sama lain, terutamanya menyalahkan Qareennya (syaitan yang menjadi kawan mereka). 

Seperti yang disebut dalam Surah Qaaf, ayat 27 (mafhumnya),"Berkatalah (syaitan yang menjadi kawan baik manusia), 'Wahai Tuhan kami! aku tidak menzaliminya, akan tetapi dia sendirilah yang melakukan kesesatan yang amat jauh (terhadap-Mu)."

Banyak ayat-ayat yang berkenaan Qareen seperti Surah as-Saffaat (51), Surah Zukhruf (38), Surah Qaaf (23) dan ayat-ayat lain. Qareen berbeza istilahnya daripada ifrit, jin, syaitan dan sebagainya, kerana Qareen ini dirujuk sebagai makhluk halus yang berdampingan dengan manusia sehingga menjadi kawan rapat yang boleh bantu membantu.

Malah Allah memberi penjelasan bahawa manusia berlindung dengan jin seperti disebut dalam Surah Jin ayat 6 (mafhumnya),"Dan bahawa sesungguhnya ada kalangan laki-laki manusia, berlindung dengan laki-laki daripada jin, maka bertambah-tambahlah kejahatan syaitan ke atas manusia."

Ayat ini merujuk kepada persahabatan yang begitu rapat antara manusia dengan jin, sehingga menganggap jin ada kuasa, ada kebolehan untuk melindungi manusia, mereka berlindung dengan jin, mereka tidak berlindung dengan Allah. Ini adalah Qareen, sehingga sesudah mati manusia itu pun, jin ini boleh menyerupai seperti mereka untuk menyesatkan manusia dan mencederakan aqidah manusia.

Saya menasihati diri saya sendiri dan saudara/i sekalian supaya kita selalu memakmurkan majlis-majlis pengajian ilmu-ilmu Islam yang berteraskan Al-Quranul Karim dan Sunnah . Tidak cukup dengan sekadar menambah ilmu dengan cara melayari web-web Islam di internet , bahkan kita sendiri mestilah menyediakan masa dan hari untuk menyertai majlis-majlis ilmu sebagai mana kita boleh menyediakan masa dan hari untuk tujuan-tujuan selainnya. Saya juga menasihati saudara/i sekalian agar tidak mudah terpedaya dengan buku-buku kisah misteri dan cerita hantu-syaitan yang mana semuanya diolah lebih kepada untuk meraih keuntungan material. Juga jangan mudah terpedaya dengan cerita-cerita kisah benar, hadis2 palsu serta fatwa2 jelas mengharamkan yg halal dan menghalalkan yg haram di internet ini. 

Generasi Islam di masa silam , yang tinggi ilmu , amal dan imannya , tidak pernah mereka-cipta kisah-kisah seram dan hantu-setan dengan dalil (dalih) supaya seseorang itu menjadi lebih takut (taqwa) kepada Allah Ta’ala dan lebih membesarkan-Nya . Bahkan mereka cuba mencari-cari bahan yang boleh menimbulkan taqwa itu dengan cara menggali sedalam-dalamnya mutiara-mutiara ilmu daripada Al-Quranul Karim dan Sunnah . Kita tidak pernah bertemu pun seorang manusia yang menjadi lebih soleh , lebih beriman , lebih bertawa dan lebih keyakinannya kepada Allah Ta’ala akibat membaca banyak kisah-kisah seram & hantu , bahkan yang kita temui pula ialah manusia yang lebih takut kepada syaitan daripada Allah Ta’ala Yang Maha Berkuasa , akibat ketagih sangat membaca kisah-kisah seram dan misteri yang disalut dengan nama “ Kisah Benar “  

Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan kita daripada sebarang gangguan syaian durjana dan menyelamatkan aqidah kita semua daripada sebarang kepercayaan yang tidak ada asal-usulnya daripada Baginda Rasulullah s.a.w . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 - AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM ( Jilid 4 , Halaman 689 ) Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha ) ~ ( Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar ) Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah .

2 - YAS ALUNAKA FID DIN WAL HAYAH ( Jilid 2 , Halaman 297 & 314 ) Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Dr. Ahmad asy-Syarbasi ( ha ) Terbitan : Darul Jail , Beirut .

3 - MERAWAT KEMASUKAN JIN & HISTERIA Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Abdussalam Bali ( rh ) Terbitan : Pustaka Ilmi , Taman Jasa , Batu Caves , KL.

4 - BERINTERAKSI DENGAN JIN Oleh : Al-‘Allamah Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar (ha) Terbitan : Pustaka Syuhada , Sentul Ulu , KL.

5 - AMALAN MISTIK DAN KEBATINAN SERTA PENGARUHNYA TERHADAP ALAM MELAYU Disusun Oleh : Ahmad Zuhairi Abdul Halim, Hariza Mohd Yusof dan Nizamiah Muhd Nor Terbitan : Tamaddun Research Trust , Petaling Jaya.

6 - BERDIALOG DENGAN JIN WALI ALLAH Oleh : Al-Fadhil Dr. Amran Kasimin ( ha ) Terbitan : Percetakan Watan Sdn. Bhd , Kg. Baru , K.L.

7 - DI SEBALIK  TABIR ALAM JIN Oleh : Hj. Abdul Halim Bashah ( ha ) Terbitan : Pustaka Aman Press , Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

8 - KITAB AL-ROH Oleh: Ibnu Qaiyim Al-Jauziyyah

7 comments:

Anonymous said...

My brother recommended I would possibly like this website.
He was once totally right. This post actually made my day.
You cann't believe simply how a lot time I had
spent for this information! Thank you!

my web page: EtheleneWGrismer

Anonymous said...

You have made some good points there. I looked on the web for more information about
the issue and found most people will go along with your views on this site.


Feel free to surf to my page :: GenieABinker

Anonymous said...

Hey there terrific website! Does running a
blog such as this require a great deal of work? I've absolutely no knowledge
of computer programming however I had been hoping to start
my own blog in the near future. Anyway, if you have any recommendations or techniques for new blog owners please share.

I know this is off subject nevertheless I just had to ask.
Cheers!

Here is my web page - ChelseyIMcintosh

Anonymous said...

Hello, There's no doubt that your blog might be having browser compatibility issues.
When I take a look at your blog in Safari, it looks fine but
when opening in I.E., it has some overlapping issues.
I merely wanted to provide you with a quick
heads up! Apart from that, excellent blog!

Here is my web-site ... AveryYChamley

Anonymous said...

Greate post. Keep writing such kind of information on your page.
Im really impressed by it.
Hi there, You have done a fantastic job. I will certainly digg it and in my view suggest to my
friends. I am sure they will be benefited from this site.


My web-site; BrendonLHassian

Anonymous said...

Hello there, just became aware of your blog through Google,
and found that it is truly informative. I am gonna watch out for brussels.

I will appreciate if you continue this in future. Many people will
be benefited from your writing. Cheers!

My blog :: BennieNPata

Anonymous said...

Wonderful article! We will be linking to this great post on our
site. Keep up the great writing.

My website - CatheyKSteir