Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada semua pembaca setia blog lusuh pakcik ni. Rasanya mcm dah lama sgt
pakcik menulis kat blog ni. Kalau diari yg kerajaan bagi tu entah berapa kali
kena buang dah. Dalam pakcik menulis dengan marah, seram, gembira, sedih dan
syahdu ini ramai juga yang prihatin memuji penulisan pakcik dan ada juga yang memberi
komen pedas bak cili padi yg pakcik x kisah sikit pun Ada yg kata lagu Hotel California
ni x kena dgn blog pakcik pun ada. Pakcik diam je Cuma pakcik jawab kalau nak
tau kena atau tidak baca ler liriknya betul2. Kalau diamati lagu tu pasal hotel
yg mistik so kena la dgn irama blog ni jugak. Takkan la pakcik nak translate
lak lagu tu kat sini.. dah penat banyak sgt buku yg pakcik tolong translate..
La ni pakcik tgh dok wat projek tulis buku sendiri pasal alam semesta yg ghaib
dan tak ghaib ni. Tgk la hasilnya nanti dipasaran kalau pakcik hidup lagi..
Kadang-kadang tu bila tgh sedap korek
idung anak2 murid pakcik ni gemar sgt ngacau pakcik dgn call atau antar sms suh
scan gambar la, scan itu la, ini la… Diaorg ingat pakcik ni ada lekat jenama
canon ke hapa kat dahi ni.. Tapi org dah mintak tolong pakcik buat je lah.
Bukan ilmu pakcik pun yg pakcik guna, Allah bagi pinjam sekejap jer.. Mcm mana
pakcik Nampak bila scan tu? Sebenarnya kdg2 bila scan pakcik Nampak, kdg2
pakcik dgr, kdg2 dua2 dapat.. ikut rezeki la.. Apa yg buat kita x leh Nampak?
Sebabnya kita bertuankan iblis.. hahahah kontroversi betul kenyataan pakcik
kan.. Korang mesti nak tau apasal pakcik cakap mcm tu.. korang baca lah kisah
temberang pakcik lak kat bawah ni..
Kenapa pakcik kata kita bertuankan iblis
yer..Iblis itu adalah kita, kita yang bersifat keberadaan diri atau keberadaan
sifat keakuan, manakala mereka yang bersifat ikhlas itu, adalah mereka yang
bersifat ketiadaan diri (tidak ada diri). Bila mana sudah tidak ada sifat
keberadaan diri, maka tidak ada lagi sifat keakuan. Bilamana sifat keakuan atau
sifat keberadaan diri itu sudah tidak ada, mana lagi adanya iblis, mana lagi
adanya syaitan! Bilamana keberadaan diri telah tiada dari mana lagi boleh datangnya
godaan iblis atau syaitan pada diri. Betul tak pakcik kata tu ke korang tak
faham?
Yang dikatakan iblis itu, adalah apabila adanya sifat aku atau
yang masih adanya sifat keakuan (masih
ada diri). Bagi mereka yang tiada sifat keakuan dan tidak ada sifat diri, mana
lagi ada iblis dan mana lagi ada sifat goda menggodanya! Diri yang sudah hilang, sudah mati, dan diri
yang sudah binasa, apa lagi yang boleh iblis nak goda!. Setelah semuanya telah
dipulangkan kepada Allah, tidak ada apa-apa lagi yang tinggal, tersisa atau
terbaki, apa lagi yang hendak syaitan atau iblis goda?.Xkan berani Iblis nak
goda Allah sebab hanya Allah yang wujud.. Apakah bodoh sangat iblis itu, nak
menggoda orang yang sudah mati. Iblis tidak sebodoh itu!. Sebenarnya iblis atau
syaitan itu, adalah dirimu sendiri! Iblis itu, adalah diri kita yang masih ada
sifat diri dan yang masih ada sifat keakuan.
Setelah tidak ada sifat keakuan, maka
tidaklah adanya sifat iblis dan syaitan! Maka akan menyusullah sifat ingat
kepada Allah. Bilamana sifat ingat kepada Allah telah mengambil tempat maka
fana lalu lebur dan binasalah sifat diri, dengan syaitan-syaitan dan dengan
iblis-iblis itu sekali akan binasa! Bilamana
sifat ingat kepada Allah telah meleburkan sifat iblis, maka itulah yang
dikatakan tahap "IKHLAS" mana mungkin orang yang ikhlas dapat digoda
iblis. Orang ikhlas itu adalah orang yang dirinya sudah mati, binasa dan
hilang. Bilama diri sudah mati, hilang ghaib didalam wajah Allah, apa lagi yang
boleh iblis goda !. Apabila kita sudah berada didalam wilayah ikhlas (alam
mengenal diri) tidak boleh lagi ada didalam diri kita sifat sombong, takabur, angkuh
atau bongkak, semua dipulangkan kepada Allah kerana hanya dia yg mampu memiliki
semua itu dan hanya ada Allah yang maha melihat hingga terbuka segala hijab
kerana bagi Allah tiada sesuatupun yg menghijab dirinya... Pakcik rasa
bila pakcik dah buka cerita setakat itu ramai yg mula nak faham atau ramai juga
yg mula nak confuse..
Hidup kita ini hanya menumpang harta
Allah, dengan itu kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah
seumpama lembaga atau patung yang jika tidak didukungi, ditunjangi, dipayungi
dan tidak didirikan oleh nyawa/roh maka kita as good as pokok yang mati akibat kena
langgar ngan pajero orang balik kelab malam n mabuk..
Untuk kita melihat roh yang bersemanyam
didalam badan kita, maka kita hendaklah membinasa, melebur, melenyap dan
mengembalikan terlebih dahulu sifat diri yang zahir ini kepada Allah, barulah
disitu akan kelihatan dan akan terpandang tuan yang empunya badan iaitu Roh. Bagi
yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi disebalik jasad, maka akan
jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis. So sapa yang tak nampak roh
dia maka sama la dia mcm iblis kut pakcik? Nak jer pakcik jawab termasuk diri
kau la tu.. E Eh sapa yang tanya pakcik tadi??? Malu nak angkat tangan lak..
Iblis dulu ketika disuruh sujud kepada
Adam, Ia tidak nampak bahawa berdirinya Adam itu adalah diatas dasar berdirinya
roh. Yang menguatkan pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh. Roh yang
tercipta dari nur Muhammad atau nur Allah. So bila iblis tak mau tunduk kepada
Roh Adam tu maknanya Iblis x mau tunduk kepada kuasa Allah la. Sebab ego dia
tinggi maka dia tak nampak roh suci yg terselindung didalam jasad Adam tu.
Allah bukan suruh dia sujud pada jasad Adam tu tapi pada roh yg ada dalam badan
batin Adam tu. Sebab jahil dan bongkaknya Iblis la dia jadi mcm tu. So hangpa
toksah nak dok ikut mcm dia. Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau
rahsia Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar. Yang
menyebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan Allah dari syurganya adalah
diatas dasar sifat lupa diri iblis kepada roh Adam. Bahawasanya yang mendiri
dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenarnya adalah roh, yang disebalik
jasad Adam.
Apa yang membuatkan
Iblis tak nampak kesucian roh ciptaan dari nur allah tu? Sebabnya dengan adanya
sifat2 belagak dial ah maka terhijab semua tu drpd iblis. So kita sbg manusia
kena la buka kunci hijab kita. Kat mana nak cari kunci hijab tu? Kat locksmith
di Tesco tu x dak jual aih.. Kunci Pembuka Hijab tu tak perlu dibeli
sebenarnya.. hanyalah Ingat hanya Kepada Allah.
Kunci keramat untuk membuka hijab kepada Allah pulak adalah dengan
"Tidak ingat kepada selain Allah". Kunci, petua, cara, kaedah atau
jalan yang boleh membuka hijab zulmat hati menuju cahaya ingat kepada Allah
itu, adalah dengan cara lupa kepada makhluk termasuk dirinya sendiri. Cara
untuk lupa kepada sifat makhluk itu adalah dengan mengembalikan semua yang
bersifat kepada Allah. Inilah juga kunci
pembersih hati dari bersifat kotor. Dengan cara berserah diri, diri akan
menjadi bersih, selepas diri menjadi bersih ingat kepada Allah maka hijab pun akan
terbuka sendiri.
Ingat kepada Allah itu setelah
ingatan kita tidak lagi terhenti atas sifat makhluk. Selagi ingat makhluk,
ingat dunia dan ingat alam benda maka selagi itulah Allah tidak akan dapat diingat.
Sebab tu orang selalu kata bertuhankan benda lain seperti duit, harta dan
sebagainya sebab ingat selain drpd Allah. Yang sepatutnya diingat is Allah
semata mata. Setelah putusnya ingatan
kita terhadap makhluk dan diri, disitulah baru wajah Allah dapat kita lihat,
pandang, tengok dan dapat kita ingat dengan jelas terang lagi nyata. Ingat atau
zikir kepada Allah itu pulak hendaklah sebagaimana berzikirnya makhluk-makhluk
lain yang taat. Ingat/zikir kepada Allah bukan sahaja makhluk manusia saja malahan
semua makhluk berzikir dan bertasbih kepada Allah setiap masa. Kita je tak
dengar sebab banyak sgt lapis hijabnya. Tandanya makhlok lain dialam ini
berzikir kepada Allah adalah melalui sifat patuh, sifat tunduk dan sifat
taatnya kepada perintah dan ketetapan yang telah Allah tetapkan.
Tanda ingat dan tanda berzikirnya
makhlok alam kepada Allah itu, adalah seumpama tidak ada hujan yang terbit dari
bumi kelangit. Tak ada bulan bintang yang lari atau targelincir dari paksi
pusingan galaksinya. Sifat patuh, taat, akur dan tunduk itulah, tanda berzikir
dan ingatnya makhluk alam kepada Allah. Tanda ingatnya kita kepada Allah itu,
hendaklah juga sebagaimana ingatnya makhluk lain iaitu dengan percaya, yakin,
taat dan patuh kepada ketetapan Allah. Berzikirnya makhluk alam ini kepada
Allah itu bukan dengan cara sebagaimana sebutan manusia. Berzikirnya makhluk
alam itu adalah dengan menggunakan cara atau kaedahnya sendiri iaitu dengan
cara pasrah, berserah dan terserah kepada Allah atas segala ketetapan azali
Allah. Lain makhluk lain caranya berzikir, bertasbih, bertahlil dan bertahmid.
Itulah cara atau kaedahnya berzikir, Ingat
dan bertasbihnya makhluk alam kepada Allah Taala. Seandainya kita sebagai makhluk
manusia boleh berzikir dan bertasbih sebagaimana zikir dan tasbihnya alam
semesta kepada Allah, alangkah tinggi dan mulianya kedudukan diri kita disisi
Allah. Sayangnya kebanyakan dari kita ingatkan zikir Allah itu hanya setakat
lafasan bibir yang selalu berdusta dan mungkir. Amalan zikir kepada Allah itu
adalah amalan yang teramat mudah dan teramat senang untuk diamalkan tidak
seperti payahnya mengamalkan amalan-amalan lain. Sayangnya dikeranakan
terlalu mudah dan terlampau senangnya kaedah ingat kepada Allah itu membuatkan
kebanyakan dari kita lupa untuk mengamalkannya. Ramai yang dok kata nak
berzikir tu kena dok ataih tikar semayang malam2 baru boleh buat. Nabi Idris x
tunggu atas sejadah baru nak berzikir aih. Sambil dia menjahit baju kemeja pak
arab tu dia berzikir dengan irama tusukan jarumnya kedalam kain tu.
Senang kata kalau kena dok atas sejadah tgh
malam baru nak berzikir, so korang just bernafas bila korang dok atas sejadah
tgh malam tu je la. Yang siang hari tu stop kan semua tarik hembus nafas korang
boleh??? Mau terbeliak biji mata sampai lebam2 muka tak bernafas masing2 kita
kan.. Tapi masalahnya pakcik saya kerja so xde masa nak ambik air semayang n
berzikir. Amboi aih.. hangpa dok tuang pi isap rokok pi kencing boleh aih..
Awatnya takleh ambik wuduk sebelum wat keje.. Tak naik bil air ofis hangpa
pun.. Sambil hangpa taip status kat FB tu cuba berwuduk dan sekali taip satu
huruf zikir Allah.. Allah.. Allah.. Pakcik rasa siap status korang tu ada dekat
500 zikir terkumpul dah kut sebab maximum karektor yang hangpa boleh taip
status kat FB tu 500 jer. Eh betul ke 500?? Maka masing2 pun dok try taip
status kat fb hangpa sebab nak confirmkan betui ka pakcik kata maximum 500
karektor.. Lupa sat kat Allah sebab bertuhankan FB kejap..
Hijab itu hadir kerana kita tak berserah
diri kepadanya. Mcm mana nak berserah diri pulak Pakcik?? Caranya sedarkan diri
kita bahawa akan keberadaan wujud diri zahir dan batin kita.Kemudian tanya dan
soal kepada kesedaran itu wujud siapakah itu? Tentukan jawapannya wujud Allah
dan bukan selainnya. Tanda dan bukti penyerahan korang diterima is bila sudah
tidak ada lagi wujud selain dari Allah yang dipandang, dirasa, dinikmati oleh
korang. Korang x nampak pun wujudnya diri korang. Sehingga yang memandang, yang merasa yang
menikmati wujud itu Allah sendiri.. Bagi mereka-mereka yang mengenal, ingat
kepada Allah itu sudah cukup tercantum, cukup lengkap, cukup terkumpul, cukup
terungkap dan cukup terucap dengan hanya melihat alam. Dengan hanya melihat dan
memandang kepada kejadian alam sekeliling dan dengan hanya melihat kepada
kejadian alam dirinya sendiri ianya sudah lebih dari ingat dan sudah lebih dari
berzikir sungguhpun ucapan zikirnya tidak terlafaz melalui bibir mulut. Itu lah
yang dimaksudkan berzikir dengan qalbu.
Dengan hanya melihat alam baginya sudah
lebih dari memadai untuk dijadikan tujuan bagi ingat kepada Allah. Wajah Allah
itu sudah cukup termaktub dan sudah cukup meliputi pada wajah sekalian alam
semesta. Itulah tanda terbuka hijab. Dengan hanya melihat dalil atau dengan hanya
melihat bayang (wajah kita) kita sudah dapat mengenal dan dapat mengingati tuan
yang empunya bayang (tuan yang empunya wajah). Tuan yang empunya bayang
itu tidak perlu menzahirkan dirinya sebagaimana rupa bentuk wajahnya yang asal
cukup dengan hanya memperlihat dan menzahirkan dirinya melalui bayang wajahnya
sahaja sudah memadai dan sudah lebih dari cukup bagi mereka-mereka yang
mengenal Allah. Biarpun melalui bayang wajahnya kita akan tetap dapat mengenal
Allah dengan sejelas-jelas dan senyata-nyatanya. Dan bagaimana korang dah
nampak wajah Allah yg berupa bayang2 tu pun kalau pakcik suruh describe sampai
kena kancing gigi pun korang x leh describe tapi korang namapak.
Wajah Allah yang hakiki itu terzahir
beserta dengan wajah makhluk. Bagi yang nampak makhluk maka nampaklah Allah.
Wajah Allah itu dimana-mana. Sebagaimana firmannya "Barang kemana engkau
mengadap, disitulah wajah Aku". Bayang dengan empunya bayang itu
sebenarnya satu (sama). Seumpama perkara nafi dengan perkara isbat. Sungguhpun
nafi itu bukan isbat dan tiada lain darinya. Perkara nafi dengan isbat itu,
tidak boleh bersatu dan juga tidak boleh berpisah. Barang siapa memisahkan
antara nafi dan isbat itulah sejahil-jahil umat Muhammad. Seumpama samanya
antara bulat air dengan bulatnya pembetong bukan pembentong ya.. Pembentong tu
tempat pengalir after korang melepaskan batuk ditangga tu...
Cuba tuan-tuan tilik diri tuan-tuan
sendiri dihadapan cermin besar. Apakah sama tuan yang menilik dengan tuan
yang ditilik. Pernahkah wajah tuan-tuan itu berbeza dari yang tergambar didalam
cermin? atau bayangan rupa paras tuan yang didalam cermin itu berbeza dari
wajah tuan yang asal ? Jika jawapannya memihak kepada tidak yakinlah dan
percayalah bahawa Allah itu sama dengan wajahNya. Manakala wajah Allah itu
itulah makhlukNya. Ya dengan syarat kita dan selain dari Allah sudah binasa,
tidak ada, lenyap ( fanafillah diganti dengan baqobillah ).
Jika masih rasa ada
kita dan selain dari Allah itu baru berada pada tahap ilmu. Tak sampai lagi tahap terbuka hijabnya cuma setakat sudah tau.... Jika kita
terhenti pada melihat makhluk, pandangan kepada Allah akan terlepas. Amboi
pakcik buat statement seram nampak.. manakan sama wajah Allah dgn makhluk sebab
sifatnya tidak sama dengan yg baharu… Tu laa pakcik ckp, dia bg korang tgk
wajah dia pun dia bagi hijab jugak, bukan wajah sebenar sbb bukit tursina yg
namapak Allah pun boleh berkecai inikan korang nak tgk wajah dia yg sebenar..
Cukuplah dia bg bayangan mcm tu.. Manakala jika kita terhenti pada melihat
Allah, akan terbatal, terpadam dan terbinasalah pula pandangan terhadap makhluk.
Pilihlah mana satu pandangan yang menjadi pilihan kita. The choice is yours..
Sebab tu Allah berfirman aku adalah rahsia dan rahsia aku adalah hambaku. So
kalau nak kena rahsia ilmu apa-apa pun kena la belajar dan beramal.. Jangan
tarak ilmu pun nak acces orang ikut mata korang yang tak berapa celik tuh..
Ok pembaca-pembaca.. selamat
mengkonfiuskan diri dengan penulisan bersahaja pakcik gilo korang nih.. Selamat
beramal dan selamat membuka hijab.. bukan membuka jilbab.. Kang tersentuh
pakcik batal lak air semayang nih..
3 comments:
Ridiculous quest there. What occurred after? Thanks!
my page; model jilbab terbaru
Good day! Do you know if they make any plugins to safeguard against
hackers? I'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard on. Any tips?
My blog post :: quest bars
If you want to obtain a good deal from this article then you have
to apply these strategies to your won blog.
Feel free to surf to my website: quest bars
Post a Comment