Thursday, April 11, 2013

Aku bukan saksi yang palsu...


Dengan Syahadah Yang Aku Lafazkan….

Assalamualikum ya ahli kubur semua.. Apa khabar korang? Semoga sihat hendaknya semoga sentiasa dilindungi Allah selalu. Dalam menghadapi hari2 kat bumi kenyalang ni (walau pakcik tak pernah tgk sekor pun burung kenyalang hidup yg terbang depan pakcik) pakcik lebih dalam mengenal diri rasanya sebab jauh dari keluarga dan orang tersayang agaknya. Yang pakcik nampak tiap2 hari pergi balik keje Cuma burung kenyalang yang tak cukup bulu je lalu lalang..

            Semalam lepas berzikir sebelum nak tido pakcik dapat ilham nak menulis tentang akujanji kita semasa hidup. Mcm tu lah selama ni bila pakcik menulis datang ilham baru pakcik menulis. Kalau xde ilham yang datang maka akan kosong je lah update pakcik. Kalau jiwa tgh kacau pun kdg2 ilham payah nak datang. Kalau ada kesempatan hari2 kalau boleh pakcik nak menulis bagi korang baca. Tapi kalau dah xde juga nak wat mcm mana. So tadi lepas isap rokok pakcik menulis la utk korg balik..

            Bkn diaorg yg nak pilihanraya jer berakujanji, kita nak hidup dulu pun berakujanji sewaktu masih berada di alam malakut.. Teringat pakcik pertanyaan seorang sahabat yg dah beberapa hari menyepi tanpa berita dari pakcik. Mungkin hujan2 ni ada parit yang tersumbat kut.. Tak pe lah tu semoga Allah memberikan rahmat kepada beliau selalu. Dia pernah tanya pakcik sebagai seorang yg berketurunan Islam bila lak kita masuk Islam? Jadi jawapan pakcik untuk beliau bahawa bila keturunan kita islam maka yang islam itu bukanlah kita. Sebab tak ada pulak keturunan nabi Muhammad yang jadi Nabi pun kan. Xde pulak orang2 yg bijak pandai anaknya terus mewarisi kepandaiannya tanpa belajar sedniri. Jadi bila kita yg berketurunanan Islam menjadi islam ialah bila kita bersedia dan faham bila kita mendapat pengakuan hendaklah kita mengadakan pengakuan pulak. Persoalannya siapa yang mengadakan pengakuan? Kepada siapa pengakuan diadakan?  Dari siapa pengakuan itu kita dapati? Sebab tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan NIAT. So berketurunan Islam tak menjamin keislaman kita kalau kita sendiri tak belajar mengenal diri kita, pencipta kita dan agama kita. Sebabnya bila bapak kita yang mkn nasi apasal perut kita tak kenyang sekali kan.. melainkan kita kena beli nasi, suap sendiri.. dan sendawa sendiri (itu pun klu ingat baca bismillah sebelum mkn la).

            Setelah kita mendapat kepastian tentang diri kita maka hendaklah kita mengadakan Pengakuan terhadap Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali, ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah,’ yang ertinya; ‘Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah; dan Muhammad Rasul Allah.’ Amalan mengucapkan syahadah ni ada seorang guru suruh buat tiap2 malam sebelum tidur sebab takut dalam masa seharian tu kita ada bersyirik dgn Allah tanpa kita sedar. So tak salah pun kalau kita nak re-new akujanji kita setiap hari. At least dpt mengingatkan diri kita siapa yang berjanji dan kepada siapa kita berjanji dan apa yg kita janjikan.

Kita akui dan bersaksi bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan kita akui Muhammad Rasulallah, utusan Tuhan. Maka ada hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah pengakuan dan pangkat atau martabat. Untuk mengadakan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu kita harus berjalan (bertarekat) dan yang berjalan itu bukan jasad zahir kita melainkan dia jualah iaitu diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya. Maksudnya jasad hidup kita yang dijadikan oleh Yang Maha Hidup itu.. Jasad zahir kita ni dah tentulah jasad yg mati sbb belum mati pun Cuma bila tido penat bom memeltup kat sebelah pun x dgr dah..

Kalau kita yang di luar yang mencari Tuhan maka ke mana kita akan pergi mencari-Nya? Masukkah di akal kita yang berupa dan berwajah dapat mencari dan menemui-Nya yang tidak berupa dan berwajah? Kita ketahui Dia ada di mana-mana tetapi wujudnya Dia ada tapi tiada. Keadaannya di dalam tidak ada. Bagi orang yang mahu berfikir dapat membenarkan dan mengakui akan keadaannya dengan tanda-tanda yang telah ditemuinya dan kitab-kitab banyak menyakinkan akan keadaannya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya tak dapat memungkiri akan adanya Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui Yang Maha Ghaib lagi Maha Halus? Tentu tidak dan pasti tidak dan pakcik berani potong jari punya jaminan.

Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan dan dialah yang tahu jalan untuk ke sana kerana ia berasal dari sana dan ke sana pula tempatnya kembali. Lain halnya badan yang dijadikan dari yang telah dijadikannya iaitu dari tanah iaitu barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal, jasadnya dikembalikan ke asal iaitu ke tanah dan jasad yang ghaib itu akan kembali kepada yang Maha Ghaib yang juga penciptanya. Bab ni pakcik paling suka tanya anak2 murid pakcik sebab kalau nak fikir dgn akal logik tak boleh. Pakcik suka tanya pada diaorg siapa yang mati, siapa disoal dan siapa yang dihukum oleh Malaikat Nungkar dan Nakir? Soalan yg nampak mudah tetapi perlu anak2 murid pakcik cari sebab pengakhiran hidup tu termasuk mengenal diri diaorg sbb ke sana lah diaorg akan kembali nanti.

Jalan untuk ke sana menemuiNya telah terbuka. Mencari Yang Ghaib (Allah) hendaklah dengan yang diri yang ghaib. Para ariffin (orang arif) dan budiman mengatakan siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhan dan siapa yang menemui dirinya akan menemui Tuhan dengan sendirinya. Sekarang adakah kita telah menemui diri kita? Sudahkah kita menemui Tuhan yang kita sembah? Bagaimana kita menemui-Nya dan dalam keadaan bagaimana kita menemui? Diri yang bagi kita ‘berdiri dengan sendirinya,’ kalau pintu telah terbuka akan berjalan dengan sendirinya pula. Jadi fahamkah korang skrg sikit2 mcm mana? Ada dlm diri kita zat2 dan sifat2nya yang dipinjamkan sedikit sgt dlm diri kita utk kita kenal dia..

            Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam. Yang hidup telah keluar daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup. Telah tahu siapa diri bahkan telah menemui diri dan telah punya pegangan hidup. Rupanya pegangan selama ini salah dan tidak benar kerana berpegang kepada yang mati. Yang mati yang dianggap hidup sedangkan yang sebenarnya hidup dan tak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja. Tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup sungguhpun diketahui dengan pasti bahawa dia ada bersama kita bahkan terkandung dalam diri kita. Senang kata mcm barah lah. Sel barah ada dalam badan setiap orang cuma org je x tau. Tapi bila dah sakit baru nak kata ooo saya ada barah. Padahal sel barah dia aktif jer sdgkan sel barah org lain tak aktif..

Itulah dia diri. Itulah dia Aku dan Akulah dia itu. Orang yang tak tahu diri selalunya tak berpendirian. Aku yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku iaitu si hidup lagi terang jadi bukan si mati lagi gelap. Sebelum berjalan keluar dari rumahku untuk tujuan tertentu lebih dahulu memperbaiki keadaanku sendiri luar dan dalam. Setelah itu Aku berjalan menemuinya, penciptaku Yang Pengasih lagi Penyayang untuk bermunajat  terhadapnya dengan mengucap kata pengakuan yang berbunyi ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Waasyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.’ 

Dengan telah mengadakan pengakuan itu jadilah Aku seorang Islam dengan erti
yang sebenarnya dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. Dan adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali ke pangkalan iaitu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian. Pokok hidup dari segala kehidupan iaitu hidup yang kekal dan abadi. Dari sana Aku datang dan ke sana pula Aku akan kembali. Dan semenjak aku menemui diriku sendiri Aku telah terlahir kembali dan penemuanku itu menjadi peganganku dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari-hari. Betapa kalau kita memandang dgn mata kita yg x nampak, what I mean is mata hati la.. kita dprt rasakan apa yg org lain x rasa.. Tapi jgn la wujud rasa bongkak sbb dpt rasa mcm tu sbb kdg2 org lain rasa gak cuma malas je nak ckp dgn ko..
 
Dengan membaca keterangan di atas, mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayai pakcik? Pakcik tidak memaksakan orang supaya mempercayai pakcik melainkan pakcik ingin supaya kenikmatan hidup yang pakcik rasai dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya dengan mempelajari caranya pakcik menemui diri pakcik. Dan semoga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalan pakcik ini.

Padanya banyak terdapat petunjuk-petunjuk dan dengan menurutkan jalannya diri itu dengan sendirinya kita telah menjadi manusia baru. Kita telah menjadi manusia baru oleh kerana dia telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya,kerana pembawannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang ramai yang termasuk golongan manusia lama yang tak kenal diri sendiri yang sebenarnya. Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli di segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang-orang, dari alam sekelilingnya kepadanya. Dia sanggup menundukkan masa kerana dia telah pandai menundukkan alamnya sendiri. Dia pandai membaikkan orang kerana dia telah pandai membaikkan badan diri sendiri. Dia anti penjajahan kerana dia telah merasakan bagaimana sakitnya dijajah atau terjajah kerana bukankah dia selama ini terkongkong dan terkurung dan telah banyak pengalaman dan penanggungan? Dia suci kerana berasal dari Yang Maha Suci. Dia benar kerana berasal dari Yang Maha Benar. Dia lain dari yang lain kerana keistimewaannya terletak pada dirinya bukan pada orangnya.

            Itulah diri kita yang telah menjadi manusia baru. Kita telah mengadakan pengakuan dan  seterusnya kita sentiasa mengadakan pengakuan terhadapNya, Tuhan yang kita sembah. Sementara itu kita telah mendapat pengakuan pula melalui orang-orang yang mendatangi kita. Jadi pengakuan kita dapati bukan langsung dari Tuhan melainkan melalui orang dan adalah itu petanda bagi orang yang tahu.Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat. Maksudnya kita ditunjukkan oleh guru, diajar oleh guru dan dididik oleh guru melalui ajarannya dan bukan dari Allah yang kita temui itu.

Perjalanan kita mencarinya untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ilmu yang berasal dari diri yang keluarnya mendatangkan daya-gerak kepada anggota badan yang jalannya menembus hujung jari-jari yang dapat dirasakan. Ianya suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ada kepada yang tiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari tidak ada kepada tiada, dari tiada kembali kepada ada. Yang ni saja je pakcik nak bagi korang konfius, klu korang nak faham kena cari sendiri..
 
Di sana, di HadratNya, di tempat Tidak Ada, bertemulah yang mencari dengan Yang Dicari, yang dijadikan dengan Yang Menjadikan, seorang hamba dengan Khaliknya, kita dengan Tuhan itu. Dan adalah kita dengan Dia jauh tak berantara, dekat tak berbatas. Atau orang putih selalu cakap so near yet so far, so far yet so near.

Gerak adalah kelakuan tuhan pada hamba jd gerak itu merupakan rahsia af'al Allah.  Pada hamba kita tk dapat nk tafsirkan namun kalau ada izin tuhan dapat jua kita mengerti akan pembawaan itu. Keatas= kau naik...... kebawah= kau masuk.... kekanan=kau memberi.. kekiri= kau menerima.. berpusing-pusing= prosesnya.. bila diam= kau menyatu… Nak tafsir payah tapi Lu rasa lah sendiri…

No comments: