1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut seperti prince, putera or princess mummy dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang tapi pernahkah kita mempraktikkannya?.. Kalau belum, masih belum terlambat untuk kita berubah menjadi yang terbaik..
No comments:
Post a Comment