Assalamualaikum wbt para pembaca yang budiman. Sekali lagi
pakcik nak menulis untuk menarik korang selangkah kealam pemikiran pakcik yang
serba sempit ini untuk muhasabah dan muhasarawak diri sebab pakcik akan dok
bertapa kat Kuching ni sampai beberapa purnama. Ingatkan nak berkunjung ke kampong
halaman guru pakcik di Paloh-Sambas tapi Nampak gayanya keadaan tak mengizinkan
pakcik untuk berbuat begitu. Itupun lepas pakcik baca pengalaman org lain yg
buat perjalanan darat dari Kuching ke Tebedu n Sambas melalui mcm2 pengalaman
yg menakutkan. Bukan menakutkan mcm mana cuma seritanya sebelum nak lepas ke “kawasan
selamat” tu org2 tu kena menrasuah tukang2 jaga pos kat sana tu sampai kering
kontang duit poket. So daripada kering duit n dpt dosa kering bagi rasuah maka
pakcik baik hindarkan sebab dosa yg ada ni pun dah cukup byk rasanya. So takyah
lah nak tambah2 lagi rasanya. Baru nak terampun sedikit sebanyak dosa masa
demam aritu so takkan nak overlap ngan dosa baru lak kan…
Ceritanya kali ni bukan pasal Sambas or guru pakcik tu. Tapi
pakcik nak bercerita pasal “SIAPA TUHAN MU?”. Sebab masa transit kat KL aritu
pakcik menetap dirumah saudara pakcik dan pakcik berkesempatan mentelaah buku “Tafsiran
Sufi tentang Asma’ul Husna dan Amalannya”. Maka sampai di suatu perenggan pakcik terhenti
apabila membacanya serta terasa betapa bongkaknya diri ini dan terasa betapa
kerdilnya diri ini..
Buku tulisan Imam Al-Qushairy ini memang betul2 mengejutkan
pakcik dari satu lamunan yg panjang. Tiba pada satu bab huraian nama2 Allah itu
ada satu nota tambahan tentang perbincangan Imam Al-Qushairy dengan Sheikh
Al-Junaid yang amat2 menuntun hati pakcik ni. Amat2 berbekas dalam hati pakcik
hingga buat pakcik terkedu dalam beberapa hari..
Persoalannya bermula bila Imam Al-Qushairy bertanyakan
kepada Sheikh Al-Junaid Siapakah Tuhan Kamu? Lantas jawab hamba Allah yang
tinggi ilmunya, baik pekertinya dan zuhud menjawab aku tidak memiliki tuhan…
Sudah tentulah Imam Al-Qushairy yang sedang berguru dgn Sheikh Junaid ini
kebingungan besar dengan kenyataan maut gurunya itu.. Takkanlah selama ini
beliau hidup tanpa bertuhan..
YANG MEMILIKI KEBESARAN
Melihatkan kekeruhan yang ada diwajah muridnya itu lantas
Sheikh Junaid menjelaskan lagi tentang jawapan selambanya itu. Wahai Qushairi,
telah berapa abadkah engkau hidup? Katanya lagi. Selama hayat engkau ini
pernahkah seorang hamba memiliki tuannya? Atau adakah engkau melihat seorang uan
yang memiliki hambanya (pada masa itu sistem perhambaan manusia masih lagi
diamalkan).
Maksud Sheikh Junaid itu
adalah di dalam sistem perhambaan, sesiapa yang membeli hamba maka orang
itulah yang memiliki dan menjadi tuan kepada hambanya. Sedangkan hamba tersebut
tidak layak dan tidak berupaya untuk memiliki tuannya sebab dia yg dibeli
tuannya dan bkn dia yang membeli tuannya. Untuk lebih mudah apabila kita
membela binatang ternakan maka binatang ternakan itu milik kita sedangkan kita
bukan milik binatang itu. Pemilikan itu hanya ada kepada tuan dan bukan pada
hambanya. Binatang itu laksana hamba kerana ia lah yang akan mengerjakan ladang
utk tuannya, menghasilkan susu utk tuannya dan akan dijual untuk dagingnya bagi
menjadi pendapatan kepada tuannya.
YANG MAHA PEMILIK KERAJAAN
Maka sambung Sheikh Junaid lagi “Maka adakah aku seorang
hamba yang hina ini layak untuk memiliki tuhan sedangkan hanya dialah yang layak
untuk memiliki aku sebagai hambanya”. Pilunya rasa pakcik dgr. Mcm kena hiris
daging2 pakcik pastu diperahkan asam limau dan ditaburi garam je atas luka tu..
Nyeri gila dgr kenyataan seorang yg alim, kaya dgn ilmu, zuhud dan dikasihi
Allah mengeluarkan kenyataan dari jiwanya yg halus itu. Sedangkan kita yg cetek
agama ni hari2 kalau boleh nak menjerit bahawa Allah itu tuhanku….sedangkan
kita tak sedar pun Allah yg jadikan kita dan kita hambanya buat selama-lamanya.
Manakan kita ciptaan yg baharu ini mampu memiliki yang maha kuasa itu..
YANG MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN
Maka hari ini pakcik nak declare jugak bahawa pakcik tak
memiliki tuhan melainkan Allah yang memiliki pakcik. Dialah pencipta pakcik dan
pakciklah ciptaan nya. Dial ah yang disembah dan pakciklah yang menyembah..
Andai ada yang bertanya lagi Siapakah tuhan pakcik, pakcik akan ulang ayat “pakcik
tak memiliki tuhan melainkan Allah yang memiliki pakcik”.
No comments:
Post a Comment