Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai penduduk dunia. Apa khabar korang? Pakcik masih bermusafir di Bumi Kenyalang. Aini terkabul juga niat pakcik nak meneroka bumi kenyalang ni nun disempanan Indonesia iaitu tempat yang bernama Serikin yang tentunya menjadi syurga shopping masyarakat disini hingga org2 dari KL n Kelantan pun pakcik jumpa bershopping sakan disini. Bukannya pakcik kenal diaorang pun tapi dgr dialek pun pakcik dah tau.
Dari Kuching tak sampai sejam masa perjalanannya. Cumanya arini sibuk sikit org penamaan calon pilihanraya so bandar2 sepanjang perjalanan tu sibuk sikit dgn org2 bwk bendera mcm2 parti.
Sampai sana dalam kul 10 masyaallah rasa matahari mcm membakar kulit dah. Patutlah sahabat2 pakcik ajak gerak pagi2 lagi. Pakcik mcm biasala cari brg2 n senjata2 mistik tapi hampeh.. semua senjata buatan baru yg besinya ala2 besi rim basikal jer.. takder hati pakcik nak beli. Batu2 permata yang ada dijual pun harga beratus2 where else klu pakcik gi pendang kat pakngah x sampai 50 henggit pun..
Ni gambar yg pakcik ambik menunjukkan sebahagian daripada kedai2 yang ada kat situ. Ingatkan kut2 ada la org jual parang ilang atau parang mandau yang org sarawak dok guna selalu tu. Bukan apa, saja pakcik nak tambah koleksi jer. Parang ilang ni rupa dia mcm yang kat bawah ni.. tapi sebab namanya pun parang ilang maka dah ilang la kut sebab tu pakcik tak jumpa...
Selain dari makanan, baju, souvenir ada gak jual buah2an mcm kat bwh ni.. tapi punya la panas korang tgk la muka pakcik lak.. mandi peluh ko...
Ni la gerai buah yang pakcik ckp tu...
Tapi dlm banyak2 gerai yang pakcik tgk gerai yang jual barang ni yang jadi tumpuan ramai orang.. Gerai jual tikar sarawak.. Mcm2 bentuk, mcm2 saiz n mcm2 harga,, janji pandai tawar menawar..
Ada satu kedai jual tasbih kayu kokka.. pakcik tanya yg seratus biji nyer dia nak jual 200.. haduhh kat kedai kawan pakcik baru berapa jer.. ni dah la kayunya kaler cerah, berkilat lak tu.. aku ni bukannya tak kenal mcm mana rupa kayu kokka diknon oiii..
Last2 pakcik beli jer la tshirt i love Sarawak dua helai and fridge magnet utk koleksi puan seri. Jalan jauh2 tu je yg pakcik beli. Misi seterusnya nak cari parang mandau lak. Tak nak sebuy parang ilang dah sebab tak nak x jumpa lagi sbb dah ilang...
No comments:
Post a Comment