Showing posts with label Ilmu Makrifat. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Makrifat. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Aku suruh buka hijab bukan buka jilbab...



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog lusuh pakcik ni. Rasanya mcm dah lama sgt pakcik menulis kat blog ni. Kalau diari yg kerajaan bagi tu entah berapa kali kena buang dah. Dalam pakcik menulis dengan marah, seram, gembira, sedih dan syahdu ini ramai juga yang prihatin memuji penulisan pakcik dan ada juga yang memberi komen pedas bak cili padi yg pakcik x kisah sikit pun Ada yg kata lagu Hotel California ni x kena dgn blog pakcik pun ada. Pakcik diam je Cuma pakcik jawab kalau nak tau kena atau tidak baca ler liriknya betul2. Kalau diamati lagu tu pasal hotel yg mistik so kena la dgn irama blog ni jugak. Takkan la pakcik nak translate lak lagu tu kat sini.. dah penat banyak sgt buku yg pakcik tolong translate.. La ni pakcik tgh dok wat projek tulis buku sendiri pasal alam semesta yg ghaib dan tak ghaib ni. Tgk la hasilnya nanti dipasaran kalau pakcik hidup lagi..

Kadang-kadang tu bila tgh sedap korek idung anak2 murid pakcik ni gemar sgt ngacau pakcik dgn call atau antar sms suh scan gambar la, scan itu la, ini la… Diaorg ingat pakcik ni ada lekat jenama canon ke hapa kat dahi ni.. Tapi org dah mintak tolong pakcik buat je lah. Bukan ilmu pakcik pun yg pakcik guna, Allah bagi pinjam sekejap jer.. Mcm mana pakcik Nampak bila scan tu? Sebenarnya kdg2 bila scan pakcik Nampak, kdg2 pakcik dgr, kdg2 dua2 dapat.. ikut rezeki la.. Apa yg buat kita x leh Nampak? Sebabnya kita bertuankan iblis.. hahahah kontroversi betul kenyataan pakcik kan.. Korang mesti nak tau apasal pakcik cakap mcm tu.. korang baca lah kisah temberang pakcik lak kat bawah ni..

Kenapa pakcik kata kita bertuankan iblis yer..Iblis itu adalah kita, kita yang bersifat keberadaan diri atau keberadaan sifat keakuan, manakala mereka yang bersifat ikhlas itu, adalah mereka yang bersifat ketiadaan diri (tidak ada diri). Bila mana sudah tidak ada sifat keberadaan diri, maka tidak ada lagi sifat keakuan. Bilamana sifat keakuan atau sifat keberadaan diri itu sudah tidak ada, mana lagi adanya iblis, mana lagi adanya syaitan! Bilamana keberadaan diri telah tiada dari mana lagi boleh datangnya godaan iblis atau syaitan pada diri. Betul tak pakcik kata tu ke korang tak faham?

Yang dikatakan iblis  itu, adalah apabila adanya sifat aku atau yang masih adanya  sifat keakuan (masih ada diri). Bagi mereka yang tiada sifat keakuan dan tidak ada sifat diri, mana lagi ada iblis dan mana lagi ada sifat goda menggodanya!  Diri yang sudah hilang, sudah mati, dan diri yang sudah binasa, apa lagi yang boleh iblis nak goda!. Setelah semuanya telah dipulangkan kepada Allah, tidak ada apa-apa lagi yang tinggal, tersisa atau terbaki, apa lagi yang hendak syaitan atau iblis goda?.Xkan berani Iblis nak goda Allah sebab hanya Allah yang wujud.. Apakah bodoh sangat iblis itu, nak menggoda orang yang sudah mati. Iblis tidak sebodoh itu!. Sebenarnya iblis atau syaitan itu, adalah dirimu sendiri! Iblis itu, adalah diri kita yang masih ada sifat diri dan yang masih ada sifat keakuan.

Setelah tidak ada sifat keakuan, maka tidaklah adanya sifat iblis dan syaitan! Maka akan menyusullah sifat ingat kepada Allah. Bilamana sifat ingat kepada Allah telah mengambil tempat maka fana lalu lebur dan binasalah sifat diri, dengan syaitan-syaitan dan dengan iblis-iblis itu sekali akan binasa!  Bilamana sifat ingat kepada Allah telah meleburkan sifat iblis, maka itulah yang dikatakan tahap "IKHLAS" mana mungkin orang yang ikhlas dapat digoda iblis. Orang ikhlas itu adalah orang yang dirinya sudah mati, binasa dan hilang. Bilama diri sudah mati, hilang ghaib didalam wajah Allah, apa lagi yang boleh iblis goda !. Apabila kita sudah berada didalam wilayah ikhlas (alam mengenal diri) tidak boleh lagi ada didalam diri kita sifat sombong, takabur, angkuh atau bongkak, semua dipulangkan kepada Allah kerana hanya dia yg mampu memiliki semua itu dan hanya ada Allah yang maha melihat hingga terbuka segala hijab kerana bagi Allah tiada sesuatupun yg menghijab dirinya... Pakcik rasa bila pakcik dah buka cerita setakat itu ramai yg mula nak faham atau ramai juga yg mula nak confuse..

Hidup kita ini hanya menumpang harta Allah, dengan itu kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah seumpama lembaga atau patung yang jika tidak didukungi, ditunjangi, dipayungi dan tidak didirikan oleh nyawa/roh maka kita as good as pokok yang mati akibat kena langgar ngan pajero orang balik  kelab malam n mabuk..

Untuk kita melihat roh yang bersemanyam didalam badan kita, maka kita hendaklah membinasa, melebur, melenyap dan mengembalikan terlebih dahulu sifat diri yang zahir ini kepada Allah, barulah disitu akan kelihatan dan akan terpandang tuan yang empunya badan iaitu Roh. Bagi yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi disebalik jasad, maka akan jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis. So sapa yang tak nampak roh dia maka sama la dia mcm iblis kut pakcik? Nak jer pakcik jawab termasuk diri kau la tu.. E Eh sapa yang tanya pakcik tadi??? Malu nak angkat tangan lak..

Iblis dulu ketika disuruh sujud kepada Adam, Ia tidak nampak bahawa berdirinya Adam itu adalah diatas dasar berdirinya roh. Yang menguatkan pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh. Roh yang tercipta dari nur Muhammad atau nur Allah. So bila iblis tak mau tunduk kepada Roh Adam tu maknanya Iblis x mau tunduk kepada kuasa Allah la. Sebab ego dia tinggi maka dia tak nampak roh suci yg terselindung didalam jasad Adam tu. Allah bukan suruh dia sujud pada jasad Adam tu tapi pada roh yg ada dalam badan batin Adam tu. Sebab jahil dan bongkaknya Iblis la dia jadi mcm tu. So hangpa toksah nak dok ikut mcm dia. Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau rahsia Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar. Yang menyebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan Allah dari syurganya adalah diatas dasar sifat lupa diri iblis kepada roh Adam. Bahawasanya yang mendiri dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenarnya adalah roh, yang disebalik jasad Adam.

Apa yang membuatkan Iblis tak nampak kesucian roh ciptaan dari nur allah tu? Sebabnya dengan adanya sifat2 belagak dial ah maka terhijab semua tu drpd iblis. So kita sbg manusia kena la buka kunci hijab kita. Kat mana nak cari kunci hijab tu? Kat locksmith di Tesco tu x dak jual aih.. Kunci Pembuka Hijab tu tak perlu dibeli sebenarnya.. hanyalah Ingat hanya Kepada Allah.  Kunci keramat untuk membuka hijab kepada Allah pulak adalah dengan "Tidak ingat kepada selain Allah". Kunci, petua, cara, kaedah atau jalan yang boleh membuka hijab zulmat hati menuju cahaya ingat kepada Allah itu, adalah dengan cara lupa kepada makhluk termasuk dirinya sendiri. Cara untuk lupa kepada sifat makhluk itu adalah dengan mengembalikan semua yang bersifat kepada Allah.  Inilah juga kunci pembersih hati dari bersifat kotor.  Dengan cara berserah diri, diri akan menjadi bersih, selepas diri menjadi bersih ingat kepada Allah maka hijab pun akan terbuka sendiri.
 Ingat kepada Allah itu setelah ingatan kita tidak lagi terhenti atas sifat makhluk. Selagi ingat makhluk, ingat dunia dan ingat alam benda maka selagi itulah Allah tidak akan dapat diingat. Sebab tu orang selalu kata bertuhankan benda lain seperti duit, harta dan sebagainya sebab ingat selain drpd Allah. Yang sepatutnya diingat is Allah semata mata.  Setelah putusnya ingatan kita terhadap makhluk dan diri, disitulah baru wajah Allah dapat kita lihat, pandang, tengok dan dapat kita ingat dengan jelas terang lagi nyata. Ingat atau zikir kepada Allah itu pulak hendaklah sebagaimana berzikirnya makhluk-makhluk lain yang taat. Ingat/zikir kepada Allah bukan sahaja makhluk manusia saja malahan semua makhluk berzikir dan bertasbih kepada Allah setiap masa. Kita je tak dengar sebab banyak sgt lapis hijabnya. Tandanya makhlok lain dialam ini berzikir kepada Allah adalah melalui sifat patuh, sifat tunduk dan sifat taatnya kepada perintah dan ketetapan yang telah Allah tetapkan.

Tanda ingat dan tanda berzikirnya makhlok alam kepada Allah itu, adalah seumpama tidak ada hujan yang terbit dari bumi kelangit. Tak ada bulan bintang yang lari atau targelincir dari paksi pusingan galaksinya. Sifat patuh, taat, akur dan tunduk itulah, tanda berzikir dan ingatnya makhluk alam kepada Allah. Tanda ingatnya kita kepada Allah itu, hendaklah juga sebagaimana ingatnya makhluk lain iaitu dengan percaya, yakin, taat dan patuh kepada ketetapan Allah. Berzikirnya makhluk alam ini kepada Allah itu bukan dengan cara sebagaimana sebutan manusia. Berzikirnya makhluk alam itu adalah dengan menggunakan cara atau kaedahnya sendiri iaitu dengan cara pasrah, berserah dan terserah kepada Allah atas segala ketetapan azali Allah. Lain makhluk lain caranya berzikir, bertasbih, bertahlil dan bertahmid. 

Itulah cara atau kaedahnya berzikir, Ingat dan bertasbihnya makhluk alam kepada Allah Taala. Seandainya kita sebagai makhluk manusia boleh berzikir dan bertasbih sebagaimana zikir dan tasbihnya alam semesta kepada Allah, alangkah tinggi dan mulianya kedudukan diri kita disisi Allah. Sayangnya kebanyakan dari kita ingatkan zikir Allah itu hanya setakat lafasan bibir yang selalu berdusta dan mungkir. Amalan zikir kepada Allah itu adalah amalan yang teramat mudah dan teramat senang untuk diamalkan tidak seperti payahnya mengamalkan amalan-amalan lain. Sayangnya dikeranakan terlalu mudah dan terlampau senangnya kaedah ingat kepada Allah itu membuatkan kebanyakan dari kita lupa untuk mengamalkannya. Ramai yang dok kata nak berzikir tu kena dok ataih tikar semayang malam2 baru boleh buat. Nabi Idris x tunggu atas sejadah baru nak berzikir aih. Sambil dia menjahit baju kemeja pak arab tu dia berzikir dengan irama tusukan jarumnya kedalam kain tu.

Senang kata kalau kena dok atas sejadah tgh malam baru nak berzikir, so korang just bernafas bila korang dok atas sejadah tgh malam tu je la. Yang siang hari tu stop kan semua tarik hembus nafas korang boleh??? Mau terbeliak biji mata sampai lebam2 muka tak bernafas masing2 kita kan.. Tapi masalahnya pakcik saya kerja so xde masa nak ambik air semayang n berzikir. Amboi aih.. hangpa dok tuang pi isap rokok pi kencing boleh aih.. Awatnya takleh ambik wuduk sebelum wat keje.. Tak naik bil air ofis hangpa pun.. Sambil hangpa taip status kat FB tu cuba berwuduk dan sekali taip satu huruf zikir Allah.. Allah.. Allah.. Pakcik rasa siap status korang tu ada dekat 500 zikir terkumpul dah kut sebab maximum karektor yang hangpa boleh taip status kat FB tu 500 jer. Eh betul ke 500?? Maka masing2 pun dok try taip status kat fb hangpa sebab nak confirmkan betui ka pakcik kata maximum 500 karektor.. Lupa sat kat Allah sebab bertuhankan FB kejap..

Hijab itu hadir kerana kita tak berserah diri kepadanya. Mcm mana nak berserah diri pulak Pakcik?? Caranya sedarkan diri kita bahawa akan keberadaan wujud diri zahir dan batin kita.Kemudian tanya dan soal kepada kesedaran itu wujud siapakah itu? Tentukan jawapannya wujud Allah dan bukan selainnya. Tanda dan bukti penyerahan korang diterima is bila sudah tidak ada lagi wujud selain dari Allah yang dipandang, dirasa, dinikmati oleh korang. Korang x nampak pun wujudnya diri korang.  Sehingga yang memandang, yang merasa yang menikmati wujud itu Allah sendiri.. Bagi mereka-mereka yang mengenal, ingat kepada Allah itu sudah cukup tercantum, cukup lengkap, cukup terkumpul, cukup terungkap dan cukup terucap dengan hanya melihat alam. Dengan hanya melihat dan memandang kepada kejadian alam sekeliling dan dengan hanya melihat kepada kejadian alam dirinya sendiri ianya sudah lebih dari ingat dan sudah lebih dari berzikir sungguhpun ucapan zikirnya tidak terlafaz melalui bibir mulut. Itu lah yang dimaksudkan berzikir dengan qalbu.

Dengan hanya melihat alam baginya sudah lebih dari memadai untuk dijadikan tujuan bagi ingat kepada Allah. Wajah Allah itu sudah cukup termaktub dan sudah cukup meliputi pada wajah sekalian alam semesta. Itulah tanda terbuka hijab. Dengan hanya melihat dalil atau dengan hanya melihat bayang (wajah kita) kita sudah dapat mengenal dan dapat mengingati tuan yang empunya bayang (tuan yang empunya wajah). Tuan yang empunya bayang itu tidak perlu menzahirkan dirinya sebagaimana rupa bentuk wajahnya yang asal cukup dengan hanya memperlihat dan menzahirkan dirinya melalui bayang wajahnya sahaja sudah memadai dan sudah lebih dari cukup bagi mereka-mereka yang mengenal Allah. Biarpun melalui bayang wajahnya kita akan tetap dapat mengenal Allah dengan sejelas-jelas dan senyata-nyatanya. Dan bagaimana korang dah nampak wajah Allah yg berupa bayang2 tu pun kalau pakcik suruh describe sampai kena kancing gigi pun korang x leh describe tapi korang namapak.

Wajah Allah yang hakiki itu terzahir beserta dengan wajah makhluk. Bagi yang nampak makhluk maka nampaklah Allah. Wajah Allah itu dimana-mana. Sebagaimana firmannya "Barang kemana engkau mengadap, disitulah wajah Aku". Bayang dengan empunya bayang itu sebenarnya satu (sama). Seumpama perkara nafi dengan perkara isbat. Sungguhpun nafi itu bukan isbat dan tiada lain darinya. Perkara nafi dengan isbat itu, tidak boleh bersatu dan juga tidak boleh berpisah. Barang siapa memisahkan antara nafi dan isbat itulah sejahil-jahil umat Muhammad. Seumpama samanya antara bulat air dengan bulatnya pembetong bukan pembentong ya.. Pembentong tu tempat pengalir after korang melepaskan batuk ditangga tu...

Cuba tuan-tuan tilik diri tuan-tuan sendiri dihadapan cermin besar. Apakah sama tuan yang menilik dengan tuan yang ditilik. Pernahkah wajah tuan-tuan itu berbeza dari yang tergambar didalam cermin? atau bayangan rupa paras tuan yang didalam cermin itu berbeza dari wajah tuan yang asal ? Jika jawapannya memihak kepada tidak yakinlah dan percayalah bahawa Allah itu sama dengan wajahNya. Manakala wajah Allah itu itulah makhlukNya. Ya dengan syarat kita dan selain dari Allah sudah binasa, tidak ada, lenyap ( fanafillah diganti dengan baqobillah ).

 Jika masih rasa ada kita dan selain dari Allah itu baru berada pada tahap ilmu. Tak sampai lagi tahap terbuka hijabnya cuma setakat sudah tau.... Jika kita terhenti pada melihat makhluk, pandangan kepada Allah akan terlepas. Amboi pakcik buat statement seram nampak.. manakan sama wajah Allah dgn makhluk sebab sifatnya tidak sama dengan yg baharu… Tu laa pakcik ckp, dia bg korang tgk wajah dia pun dia bagi hijab jugak, bukan wajah sebenar sbb bukit tursina yg namapak Allah pun boleh berkecai inikan korang nak tgk wajah dia yg sebenar.. Cukuplah dia bg bayangan mcm tu.. Manakala jika kita terhenti pada melihat Allah, akan terbatal, terpadam dan terbinasalah pula pandangan terhadap makhluk. Pilihlah mana satu pandangan yang menjadi pilihan kita. The choice is yours.. Sebab tu Allah berfirman aku adalah rahsia dan rahsia aku adalah hambaku. So kalau nak kena rahsia ilmu apa-apa pun kena la belajar dan beramal.. Jangan tarak ilmu pun nak acces orang ikut mata korang yang tak berapa celik tuh..

Ok pembaca-pembaca.. selamat mengkonfiuskan diri dengan penulisan bersahaja pakcik gilo korang nih.. Selamat beramal dan selamat membuka hijab.. bukan membuka jilbab.. Kang tersentuh pakcik batal lak air semayang nih..

Wednesday, March 20, 2013

Selain dari kesedapan Ikan Bakar Peramu..



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog kerdil ini dan semoga semuanya diberkati Allah hendaknya. Kali ni pakcik sang fakir ini nak mengulas sedikit dari kitab Tok Peramu yang yang ditulis oleh Tok Peramu untuk kita pelajari, kaji dan fahami.. Siapa Tok Peramu ni banyak menimbulkan tandatanya kerana low profilenya beliau yang tinggi dalam ilmu makrifatnya.. Bukanlah profile beliau yang menjadi persoalan tetapi ilmu yg beliau curahkan dari manuskrip kitab beliau itu.. Dan pakcik ingin mengulas lebih panjang tentang kandungan isi kitab beliau itu untuk pemahaman kita bersama. Kalau pakcik salah siapa yg lebih arif boleh betulkan dan pakcik akan betulkan dalam penulisan ni..

Menurut Tok peramu Kesempurnaan dalam Islam atau sempurna seorang manusia menjadi seorang Islam ada tiga iaitu:

a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggota

Maksud keterangan  beliau dari pemahaman roh islam pakcik ialah ianya bermula dari lafaz syahadah kita yakni :



Apa yang dimaksudkan Diikrarkan dengan lidah ialah mengucapkannya dengan lidah kita. Ini kerana syaitan laknatullah pun akan mengucapkan ayat pertamanya namun xkan terkeluar ayat mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhnya kerana syaitan menjadi kufur setelah diperintahkan untuk tunduk dan sujud kepada manusia. Itulah yang membezakan Islam itu dengan yang bukan Islam kerana penganut ugama lain mengaku adanya Allah yang satu tetapi tidak menerima Rasulallah sebagai manusia yang dipilih Allah untuk memimpin manusia..

Ditashdiqkan dengan hati pula member maksud mengaku dengan hati. Apabila kita mengucapkan Ash hadualla ila haillallah maka bukanlah bermakna sekadar mengucapkan tetapi hati kita juga mengaku bahawa Allah itu tuhanku. Tidak sempurna seorang Islam itu mengaku bahawa dirinya Islam sedangkan dirinya menjadi saksi palsu di akhirat kerana bersaksi bahawa menyembah Allah tetapi tidak menyaksikan Allah itu sendiri. Bukanlah pakcik kata korg kena tgk dgn mata yg dua biji tu tapi dgn mata hati korang.. Mcm mana nak tgk dgn mata hati tu kena la belajar “melihat” pulak.

Bagaimana nak mengerjakan dengan anggota lak? Korang kena mengerjakan apa yg disuruh dan dituntut dalam islam la. Contohnya mcm kata Sheikh Zakir Naek bila ditanya kenapa perlu org Islam memakai serban? Jawapan beliau yg sederhana bersahaja memukau hati org bukan Islam yg bertanya. Jawapan beliau adalah bukanlah menjadi tidak Islam kepada mereka yg tidak berjanggut dan tidak memakai serban. Tetapi di dalam konteks belajar kita tentunya mengharapkan keujian dalam keputusan dan bukan setakat lulus. Maka memakai serban dan berjanggut itu adalah untuk mendapatkan “kepujian” dalam usaha menjadi insan kamil.. dan yang tidak memakai serban itu mereka seperti hanya lulus dalam mata pelajaran..

Persoalan kedua beliau dalam kitabnya berupa Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam? Maka kata beliau kesempurnaaan dalam Islam itu digambarkan menerusi empat perkara..

a. Merendahkan diri kehadrat Allah dan sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadas Besar

Merendah diri dgn Allah membuatkan kita akan selalu beradab dan malu dengan Allah yakni senantiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada-Nya. Kita cukup merasa malu untuk sombong kepada-Nya, tidak menghiraukan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita senantiasa merendahkan diri terhadap Allah dan khusyuk dalam beribadah. Selain itu kita berhati-hati, bimbang dan cemas, jangan-jangan kita telah membuat kesalahan dengan Allah. Kita juga akan selalu merenung dan menyesali diri. Apakah kita sudah mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah. Kita yang selalu lalai, lemah serta berdosa, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya? Waktu untuk beribadah terlalu pendek dibandingkan dengan waktu yang kita gunakan untuk bercakap-cakap kosong, berangan-angan memikirkan bagaimana untuk meluaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut serta bermacam-macam kelalaian lagi.

Kepada sesama manusia pula kita tidak menyombong dgn apa yg kita ada serta hendaklah kita memuliakan mereka yang miskin dan menghormati mereka yang kaya. Menghormati pada yang muda serta memuliakan mereka yang lebih tua..

Suci lidah dari mengambil yg haram ni pakcik rasa tak perlu nak diulas pjg lebar sebab sudah terang lagi bersuluh dan begitu juga dengan dusta dan mengumpat. Hatta untuk berdakwah juga tak perlu lah kita menyebarkan keaiban org lain. Cuma perlu menyatakan untuk menjauhi kelakuan itu cukuplah.. kerana Allah menyatakan bahawa andai kamu menutup keaiban org lain maka Allah akan menutup keaiban kamu juga..

Suci dari hadas besar pula bermaksud mereka menjaga kebersihan diri setiap masa bukan semasa nak solat sahaja.. apabila pakaian terkena kotoran yg tak membolehkan kita bersembahyang maka bersuci lah kerana malaikat juga membenci sesuatu yang najis. Andai kita sentiasa menjaga kesucian kita maka malaikat akan terus menerus mendoakan kesejahteraan kita.

Seterusnya beliau mengatakan dalam kitabnya yang berbunyi Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ? dan beliau menyatakan bahawa ada empat juga kesemuanya iaitu :

a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Redha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadis Nabi.

Maksudnya sebagai seorang Islam maka kita haruslah sabar dengan segala ujian dan cubaan darinya kerana hambanya yg terpilih haruslah menjalani semua ini sebagai ujian untuk membuktikan keislaman kita. Kita juga haruslah redha dgn ketentuannya akan perjalanan hidup kita dan jgn sesekali menangisi akan qadak dan qadar kita kerana Dia lebih mengetahui akan kebaikan utk kita. Adakalanya musibah yg datang kepada kita membawa keberuntungan kepada kita sebenarnya kerana Dialah yg lebih Maha Mengetahui. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sesorang Islam itu hendaklah berpegang kepada alquran dan sunnah dalam menjalani hidup ini dan menjadikan alquran dan sunnah itu sebagai panduan hidup.

Seterusnya lagi beliau menuliskan  Apakah yang membinasakan Islam ?. maka jawab beliau yang membinasakan Islam itu sendiri terdapat empat perkara iaitu:

a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

Maksud beliau adalah janganlah melakukan sesuatu amalan itu yang menyalahi syariat Islam. Andainya disuruh mengerjakan amalan yg bertentangan dengan syarak hatta disuruh oleh guru anda sendiri maka jauhilah dan carilah guru lain apabila guru anda mula menyimpang mcm tu.

Jangan mencela orang lain sekalipun ianya buruk dimata anda kerana Allah menentukan sesuatu itu didalam rahsianya. Maka manusia yg berakal ini janganlah mencemuh sesuatu kejadian buruk itu kerana Dia tak pernah berhenti mentadbir makhluknya setiap masa dan semua kejadian itu dibawah seliaannya. Namun jgnlah sesekali meringan hukum Allah, jauhilah larangannya dan laksanakanlah perintahnya.

Maka apabila kamu disuruh melakukan amalan yg disuruhnya maka dikerjakanlah kerana itulah suruhannya. Janganlah pula ditanya pada suruhan yg jelas arahannya seperti solat dan jgn pula ditanya kenapa perlu melakukan solat.. Dan selain itu umat Islam juga haruslah berterusan belajar dan mencari ilmu tanpa ada rasa malas.

Monday, March 11, 2013

Kasyaf - Bukan setakat pinggan mangkuk yang terbang..



“Jika anda melihat seorang lelaki yang terbang di udara dan berjalan diatas air maka janganlah anda cepat-cepat menghukum yang ianya seorang yang soleh sebelum anda benar-benar membandingkan urusannya dengan kitab Allah”. Demikianlah kata-kata yg ditinggalkan oleh Imam Syafie..

Apa maksud beliau sebenarnya ek? Secara mudahnya saya nak katakana bahawa terdapat tiga cara untuk kita menguasai ilmu bagi memudahkan kita mengetahui apa yang tersirat atau yang disuratkan. Cara yang pertama adalah menggunakan ilmu psikologi (x yah ada ijazah pun boleh janji rajin belajar), yang kedua berdasarkan ilmu firasat (yang ni sah2 kena menuntut) dan yang ketiga berdasarkan ilmu kasyaf.

Cara yang pertama adalah melalui bidang psikologi atau orang panggil ilmu jiwa. Berdasarkan penelitian dan pemerhatian individu atau kelompok masyarakat tertentu, tentang tabiatnya, wataknya, kehendak-kehendaknya, satu rumusan apa yang tersirat dapat dikumpulkan. Ilmu dalam bentuk ini tidaklah terhad kepada orang Islam sahaja. Orang kafir pun mampu menguasainya juga. Malahan pada masa ini orang Barat kalau kita tgk lebih mendalami ilmu ini berbanding dengan kemampuan yang ada pada kita. Pengamatan yang dibuat oleh sarjana-sarjana barat, kajian yang telah dijalankan, jenis kaedah dan teknik yang digunakan telah membantu mereka untuk membaca dan memahami perasaan, sikap dan tingkah laku manusia lebih arif daripada kita.

Ilmu firasat ini pulak merupakan satu cabang daripada ilmu makrifat. So bkn senang nak pandai mcm tu jer.. n x boleh nak short cut just ambik ilmu firasat jer.. kena la belajar tasawwuf dari syariat, tarekat dan barulah makrifat.. nanti baru completekan dgn hakikat..Ia adalah jalan atau kaedah kedua bagi membolehkan kita membaca apa yang tersirat untuk disuratkan. Ilmu firasat lebih merupakan gerak hati, rasa di mana seseorang didatangkan ilham ke dalam hatinya oleh Allah s.w.t. untuk memahami perkara-perkara yang tersirat. Ianya bukan ilmu yang berasaskan pemikiran, renungan, pengamatan atau kajian. Ianya diperolehi dengan secara tiba-tiba, terilham di dalam hati insan itu. Dia akan merasa senang hati, seronok, tenang atau terhibur apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan membuahkan kebaikan kemudiannya. Atau merasa perasaan meluap, kebencian, tidak sedap hati dan sebagainya apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan mengakibatkan terjadinya keburukan.
Ilmu yang didapati dari bentuk ini berbeza dari psikologi. Ilmu psikologi adalah hasil pembacaan, pengamatan, kajian dan hasil kerja-kerja akal secara zahir, manakala ilmu firasat adalah gerak hati yang diilhamkan oleh Allah. Sebab itulah mereka yang memperolehi ilmu firasat tidak menghadapi masalah keletihan akal kerana ilmunya lahir dari pancaran hati yang terikat dengan tali keimanan, yang disyariatkan oleh Allah kepada hambanya dan darinya dapat menghasilkan cabang ilmu yang lebih banyak seperti ilmu kalam, ilmu kasyaf dan sebagainya.

Kaedah yang paling berkesan dan pratikal sekali yang boleh diperolehi oleh manusia dalam mencari dan memahami perkara-perkara yang tersirat dengan tepat ialah melalui ilmu kasyaf (tembus pandang), iaitu sebahagian dari cabang ilmu makrifat juga. Di sini insan tadi, Allah akan mengangkat hijabnya hingga dapat melihat alam ghaib dengan sebenar-benarnya. Sehinggakan apabila melihat seseorang, ia boleh melihat diari hidup seseorang itu tanpa perlu ritual alam ghaib. Itulah yg selalu aku hindari bila seseorg yg sakit  dok depan aku.. kdg2 apa yg aku xnak tgk pun terkeluar sekali.. cpt2 kena tukar channel lain atau fast forward cpt2 macam tgk citer blue masa muda remaja dulu,. Pasti secara lahiriahnya sifat-sifat itu akan terpapar pada tingkah laku peribadi tersebut. Malah bukan itu sahaja, ada yang dapat melihat pokok-pokok bertasbih, ayam mengaji dan sebagainya yang mana ini semua dianggap pelik bila diukur dengan kaca mata lahiriah.

Kasyaf ni pulak terbahagi kepada empat jenis..

1.         Kasyaf yang dimiliki oleh para Rasul, Nabi dan Waliyullah. Mereka ini telah terpelihara imannya, telah berjaya bermujahadah melawan nafsu dan syaitan serta tipu daya dunia hingga dapat menjadikan ianya hampir dengan Allah serta tergolong dalam kumpulan para kekasih Allah. Mereka ini tidak terpaut dan tidak terasa hebat dengan kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan Allah. Bukan mcm manusia skrg.. baru dapat rasa zouk dah rasa besar sangat mcm dah dapat wahyu pulak..Pengabdian mereka kepada Allah bukanlah kerana ganjaran syurga, atau takut dengan neraka, apatah lagi kerana dunia yang penuh tipu daya ini, tetapi adalah semata-mata kerana Allah. Tegasnya mereka adalah orang-orang yang dikurniakan kasyaf kerana hati mereka telah bersih dan bulat sepenuhnya mencintai Allah.

2.         Dalam jenis kedua pula, Allah berikan kasyaf kepada seseorang itu sebagai modal untuk menyakinkannya akan kebesaran Allah dan tentang keesaanNya. Dengan pemberian ini menjadi penyebab untuk ia taat kepada Allah selaras dengan syariat Allah. Ini selalu dikurniakan kepada manusia berdosa yg dipilihnya untuk kembali kepada Allah.. dan selalunya mereka yg dipilih ini jd lebih beriman dr org yg dok rajin menunjukkan diaorg beriman kat fesbuk tu..Inilah yang terjadi kepada orang-orang tertentu sebagai “rezeki” dari Allah kepada mereka. Contohnya, seperti yang telah terjadi kepada wali-wali besar Ibrahim Adham, Bisyru Al Hafi, Malik bin Dinar dan lain-lain. Mereka asalnya adalah orang awam, tetapi setelah dikurniakan kasyaf sebagai cara didikan terus dari Allah, maka mereka terdorong untuk membuat perubahan besar dalam hidup mereka, iaitu semata-mata berbakti kepada Allah.

Sapa lak mamat Ibrahim Adham ni? Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”. “Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas. “Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya. “Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung. Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham. “Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim. “Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu. “Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking. “Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu. “Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek. “Sebelum ayahmu?”  “Datukku!” “Sebelum dia?” “Datuk kepada datuk-datukku!” “Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu. “Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim. “Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia. Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim. “Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim. “Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu. “Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim. “Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas. “Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim. 

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?” Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu. Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!” Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya. Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.” Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya. “Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan. (cerita dari kisah ni yg org selalu olah balik wat kisah tauladan tu)

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz. 

3.         Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada seseorang kerana berkat guru atau ibubapanya ataupun kerana sesuatu amal yang telah dikurniakan kasyaf jenis ini sebenarnya belum bersih lagi jiwanya. Ia hanya menerima berkat dari seseorang lain yang ada hubungan rapat dengannya. Kasyaf jenis ini juga merupakan modal awal yang sangat tinggi nilainya kepadanya untuk hampir kepada Allah. Jika ia anggota sebuah jemaah Islamiah, maka ia merupakan saluran kepada berita-berita ghaib yang sangat besar manfaatnya kepada seluruh anggota jemaah.

Hal ini dapat disamakan dengan kasyaf yang dikurniakan kepada Mukasyafah waktu sebelum beliau mendapat taraf wali. Dengankasyaf itulah ia dapat merasai kebesaran Allah dan menjadi pendorong kepada dirinya berubah menjadi wanita solehah dan akhirnya menjadi seorang wali. Mengapakah Allah memilihnya? Ini disebabkan berkat  dari ibunya (Rabi’atul Adawiyah) yang sering mendoakan kesejahteraan anaknya. Jadi kasyaf yang diberikan padanya bukanlah hasil mujahadah tetapi sengaja Allah campakkan berkat doa seorang ibu kepada anaknya.

4.         Dalam jenis keempat pula Allah memberi ilmu kasyaf kepada seseorang lebih merupakan satu ujian ke atasnya. Adakah dia akan mudah terasa hebat dengan kekasyafannya atau terasa risau dgn segala kebolehan yg diuji ke atasnya. Dengan kekasyafan ini akan tergambarlah watak-watak terpendam pada orang itu seperti keikhlasannya dalam ibadahnya, tentang rasa kehambaannya kepada Allah serta akhlak baik dan buruknya. Ini merupakan perangkap ke atas dirinya dalam menguji sifat kehambaan yang ada pada dirinya.

Bagi para wali mereka tidak mudah tertipu dan tidak mudah terperangkap dengan ilmu kasyaf yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Contohnya, kita boleh lihat pernah suatu ketika, di waktu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sedang berzikir dan bermunajat dengan Allah. Ketika itu datanglah satu cahaya dan bersuara ;

“Wahai Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, engkaulah kekasihku. Mulai sekarang telah halal apa yang diharamkan ke atasmu.” Syeikh Abdul Kadir Al Jailani terus melontar kasutnya ke arah cahaya itu dan berkata ; “Pergilah, wahai syaitan yang terkutuk!” Mendengar itu, suara tadi (syaitan) pun berkata ; “Engkau hebat! Telah ramai wali yang telah aku sesatkan dengan cara ini. Ini sudah tentu berkat ketinggian ilmumu.” Mendengar itu, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani pun terus berkata lagi ; “Jangan engkau cuba menipu aku sekali lagi. Aku selamat dari tipu dayamu bukan kerana ilmuku tetapi kerana rahmat Allah!”

Inilah bentuk ujian kasyaf yang dikurniakan kepada Syeikh Abdul Kadir Jailani sama ada ia tertipu atau tidak. Alhamdulillah wali besar itu mendapat pimpinan Allah dan sentiasa dapat mengekalkan sifat kehambaannya walaupun kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi.  Begitu juga dengan Rabi’atul Adawiyah, walaupun dianugerahkan dengan kehebatan-kehebatan pada dirinya, dia tidak pula terasa kagum hingga hilang sifat kehambaannya kepada Allah. Di antara karomah-karomahnya ialah dia boleh melempar tikar sejadah ke udara dan bersembahyang di atasnya. Tetapi perkara ini adalah terlalu kecil baginya. Alam kenyataan telah membuktikan ini adalah perkara biasa pada burung yang sentiasa boleh berterbangan di udara.

Sebaliknya tidak dapat kita nafikan melalui sejarah, dapat kita lihat ramai para wali yang sudah terpesona, tertipu, sudah terasa “hebat” dengan kebolehan hingga tipu daya ini membawa mereka ke kancah kekufuran. Mereka telah gagal dalam ujian yang berbentuk kerohanian ini. Kasyaf yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ini menyebabkan mereka lupa, takabur dan sombong. Terdapat satu kisah tentang seorang wali yang bernama Syeikh Bersisa yang sudah begitu lama beribadah kepada Allah tetap di saat akhirnya terpedaya dengan tipu daya syaitan sehingga melanggar syariat Allah. Beliau mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sehinggakan anak muridnya telah boleh terbang bagaikan burung di udara tetapi akhirnya mati kufur. Rupa-rupanya tersingkap rahsia bahawa Bersisa menerima nasib sedemikian kerana hatinya kurang dengan rasa syukur. Sebab itulah kurniaan kasyaf bukanlah jaminan untuk selamat dunia dan akhirat tetapi sebagai pendorong sahaja untuk lebih membaiki diri.

Pesan aku kepada semua pembaca blog ni n kepada murid2 dan diri aku sendiri jangan lah kita suka meninggi diri sebab segala yg kita Nampak dpn mata kita ni serta kebolehan n kelebihan yg kita ada ni, semuanya pinjaman dari Allah jer and at anytime dia boleh ambik balik dari kita hatta nyawa kita sekalipun.. Jgn lah suka menganggap segala kesenangan yg kita nikmati adalah kurniaan Allah atas usaha kita… itu semua kadangkala merupakan hanya ujian ke atas kita…