Assalamualaikum lagi ya ahli kubur.. Amacam geletekan cacing malam tadi? Geli2 tak.. Pakcik puas memerah otak nak cari bahan utk korang baca. Tapi dah kering otak pun tak jumpa gak lagi apa benda nak ditulis. Tetiba muncul lak idea nak translate satu article tulisan Cat Steven bertajuk How I Become A Muslim. Bukanlah kucing mcm gambar bawah ni yang masuk islam...
Tapi apa yang pakcik translate ni adalah berdasarkan pengalaman seorang pencipta lagu, pemuzik tersohor Britain malah sekarang aktif berdakwah.
PENDIDIKAN AWAL TENTANG AGAMA
Saya dibesarkan dalam dunia moden yang penuh dengan kehidupan yang serba mewah dan hidup dalam kalangan golongan kelas atasan dalam dunia hiburan. Saya dilahirkan di rumah yang mengamalkan agama Kristian, tetapi kami tahu bahawa setiap kanak-kanak secara lahiriahnya suci - ibu bapa merekalah yang membentuk mereka menjadi penganut agama apa pun. Saya telah diasuh menurut ajaran agama ini (agama kristian) dan berfahaman Kristian. Saya telah diajar bahawa Tuhan itu wujud, tetapi manusia tidak ada hubungan langsung dengan Tuhan , jadi kami terpaksa menghubungi Tuhan melalui Nabi Isa - dia menjadi ‘pintu’ untuk bertemu Tuhan. Sedikit sebanyak saya menerima dakwaan ini, tetapi saya tidak mempercayainya bulat-bulat. Saya melihat beberapa patung Nabi Isa, ia hanyalah batu-batu ukiran yang tidak bernyawa. Dan apabila mereka mengatakan bahawa terdapat 3 Tuhan, saya tambah keliru tetapi tidak boleh membantah. Sedikit sebanyak saya terpengaruh juga, kerana saya perlu menghormati pegangan agama kedua ibu bapa saya.
BINTANG POP
Perlahan-lahan saya tersasar jauh dari didikan agama ini. Saya mula mencipta muzik. Saya mahu menjadi seorang bintang ternama. Semua unsur-unsur yang ditonjolkan dalam filem-filem mempengaruhi saya , dan saya pernah terfikir mungkin inilah tuhan saya, matlamat untuk mengumpul kekayaan. Saya mempunyai seorang bapa saudara yang mempunyai sebuah kereta yang cantik. "Begini," Saya kata, "dia memiliki segala-galanya. Dia dilimpahi dengan wang ringgit." Orang ramai di sekeliling saya mempengaruhi saya untuk berfikir bahawa inilah yang saya cari; dunia ini ada Tuhan mereka.
Saya kemudian memutuskan bahawa inilah kehidupan saya; untuk mencari kekayaan yang banyak, mempunyai satu 'kehidupan yang hebat.' Bintang-bintang pop yang terkenal saya jadikan idola. Saya mula mencipta lagu, tetapi jauh disudut hati saya memiliki sifat ehsan seorang insan, saya berikrar bahawa setelah saya menjadi kaya raya, saya akan membantu mereka yang memerlukan. Dan akhirnya saya telah menjadi amat terkenal seperti impian saya Walau saya masih lagi muda remaja, nama dan gambar saya gah terpampang di dalam semua media. Tindakan mereka membuatkan saya terasa seperti hidup dalam dunia yang lebih besar, jadi saya mahu hidup dalam dunia yang lebih besar itu dan satu-satunya jalan untuk hidup seperti itu adalah dengan cara berkhayal (dengan minuman keras dan dadah).
TERLANTAR DI HOSPITAL
Setahun selepas berjaya mengumpul banyak kekayaan dan hidup
dengan penuh mewah, kesihatan saya mula terganggu, saya disahkan mengidap
penyakit TB dan perlu dimasukkan ke hospital. Keadaan ini membuatkan saya
terfikir apakah yang telah menimpa saya? Apakah saya hanya sekadar sekujur
jasad, dan matlamat hidup saya hanya untuk memenuhi kehendak jasad ini? Saya mula
menyedari bahawa dugaan yang saya hadapi ini merupakan satu rahmat yang
dikurniakan oleh Allah, satu kesempatan untuk menerima hidayah darinya -
"Mengapa saya di sini? Mengapa saya terlantar di atas katil?" - dan
saya mula mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Pada masa itu saya sangat
tertarik kepada amalan kerohanian masyarakat Timur. Saya telah mula mendalaminya
dengan membaca, dan perkara pertama yang terjadi ialah ia mula mengingatkan
saya tentang hakikat kematian, dan roh yang akan pergi; ia akan terjadi tanpa
dapat dihentikan. Saya fikir saya telah menemui jalan hidup yang sebenarnya.
Saya mula bermeditasi malah menjadi seorang vegetarian. Saya mula percaya akan
'kuasa keamanan dan bunga,' dan ini menjadi amalan ramai masyarakat. Tetapi apa
yang saya lebih yakin dan percaya ialah diri saya ini bukan hanya sekadar jasad.
Kesedaran ini datang kepada saya ketika terlantar di hospital.
Satu hari ketika saya berjalan-jalan, saya terperangkap
dalam hujan, saya mula berlari mencari tempat berteduh dan tiba-tiba saya
tersedar, 'Tunggu sekejap, badan saya basah, badan saya memberitahu saya bahawa
badan saya basah. Ini mengingatkan saya kepada satu pepatah ‘jasad ini seperti
seekor keldai , ia perlu dilatih kemana ia harus pergi’. Sedangkan selalunya,
keldailah yang akan membawa anda ke mana ia hendak pergi.
Kemudian saya menyedari saya mempunyai kehendak, satu anugerah Tuhan kepada saya seperti yang Dia kehendaki. Saya mula terpersona dengan istilah baru saya pelajari dalam agama masyarakat Timur ini. Pada masa ini saya mula bosan dengan agama Kristian. Saya mula mencipta lagu semula dan kali ini saya curahkan apa yang terbuku dihati. Saya masih ingat satu lirik daripada lagu-lagu saya. Ia berbunyi begini:
‘Saya harap saya
tahu, saya harap saya tahu siapa yang menciptakan Syurga, siapa yang mencipta.
Adakah saya dapat mengenalinya dari atas katil saya atau hanyalah sekadar habuk
sedangkan orang lain telah menemui kemewahan dan keselesaan?’ dan saya tahu
saya berada di laluan yang betul. Saya juga menulis satu lagi lagu,’The Way To Find God Out’(Cara Untuk
Mencari Tuhan) . Dan saya terus menjadi lebih terkenal di dunia muzik. menjadi kaya dan terkenal ini mendatangkan
kesusahan kepada saya, kerana pada masa yang
sama, saya terus berusaha mencari kebenaran. Kemudian sampai kepada satu
peringkat di mana saya merasakan bahawa agama Buddha adalah benar dan mulia,
tetapi saya tidak bersedia untuk meninggalkan dunia kemewahan saya. Saya amat terikat dengan
duniawi dan tidak bersedia untuk menjadi seorang sami dan mengasingkan diri
saya dari masyarakat.
Saya mencuba Zen dan Ching, numerologi, kad menilik nasib dan astrologi. Saya cuba menelaah Kitab Injil tetapi saya tidak menemui apa-apa. Pada masa itu saya tidak tahu apa-apa mengenai Islam, dan kemudian satu keajaiban telah berlaku pada diri saya. Adik lelaki saya telah melawat sebuah masjid di Jerusalem dan dia amat tertarik melihat keadaan masjid itu kerana walaupun pengunjungnya ramai (tidak seperti gereja [Kristian] dan sinagog [Yahudi] yang sentiasa kosong), namun masjid itu diselubungi suasana aman dan tenteram.
KITAB AL-QURAN
Bila adik saya pulang ke London dia membawa balik satu
terjemahan Al-Quran, dia hadiahkan kepada saya. Dia tidak memeluk agama
Islam, tetapi dia merasakan ada sesuatu dalam agama ini , dan berpendapat saya
boleh mendapat sesuatu daripadanya juga. Dan apabila saya menerima kitab itu, saya
mendapati ianya merupakan satu panduan yang akan menjelaskan semuanya kepada
saya - siapakah saya, apa tujuan hidup saya, apakah hakikat dan apa akan
menjadi hakikat dan dari manakah asal saya - Saya menyedari bahawa ini adalah
agama yang benar; agama yang tidak difahami oleh masyarakat Barat, dan bukanlah
agama untuk mereka yang berusia emas sahaja.
Di barat, sesiapa yang memeluk sesuatu agama dan mengamalkannya sebagai cara hidup akan dianggap sebagai seorang yang fanatik. Saya bukan seorang yang fanatik, saya pada mulanya keliru di antara jasad dan roh. Kemudian saya menyedari bahawa jasad dan roh tidak boleh dipisahkan dan anda tidak perlu pergi jauh ke gununguntuk menjadi alim. Kita mesti menerima qada dan qadar Tuhan. Dan manusia juga mampu mencapai tahap yang lebih tinggi daripada malaikat. Perkara pertama saya mahu lakukan ketika itu ialah menjadi seorang muslim.
Saya menyedari bahawa semuanya milik Tuhan, tiada apa dapat menandingi-Nya. Dia menciptakan segalanya. Pada ketika ini mula hilang sifat riak dalam diri saya, kerana sebelum ini saya fikir wujudnya saya kerana keagungan diri saya. Tetapi saya menyedari bahawa saya tidak menciptakan diri saya, dan tujuan sebenarnya saya hidup ialah untuk menyampaikan ajaran agama yang sempurna yang dipanggil Al-Islam.
Pada ketika iitu saya mula menemui keyakinan diri. Saya
merasakan saya adalah seorang Islam. Semasa membaca Al-Quran, saya menyedari
bahawa semua Rasul diutus oleh Tuhan membawa seruan yang serupa. Mengapa pula
pendapat orang-orang Yahudi dan Kristian berbeza? Saya mula mengetahui bahawa
orang Yahudi tidak menerima Nabi Isa sebagai Al-Masih dan mereka telah mengubah
ajarannya. Malah orang-orang Kristian salah faham tentang firman Tuhan dan
memanggil Nabi Isa sebagai anak lelaki Tuhan. Semuanya membuat saya berfikir.
Inilah keindahan Al-Quran, ianya menuntut anda mengkaji dan memahami, dan meminta
untuk tidak menyembah matahari atau bulan tetapi menyembah kepada yang menciptakan
semuanya itu. Al-Quran menuntut umat islam mengkaji dan memahami matahari dan
bulan dan semua ciptaan ilahi secara umumnya.
Adakah
anda menyedari perbezaan antara matahari dan bulan? Mereka berada di jarak yang
berbeza-beza dari bumi, tetapi kelihatan sama saiznya bagi kita, malah ada kalanya kelihatan
saling bertindih. Malah apabila kebanyakan angkasawan-angkasawan pergi ke
angkasa, mereka melihat perbezaan saiz bumi yang amat kecil berbanding dengan ruang kosong yang luas.
Mereka menjadi insan yang beriman kerana mereka telah lihat tanda-tanda
kekuasaan Allah.
Bila saya meneruskan bacaan Al-Quran, ia memperkatakan mengenai doa, kebaikan dan kebajikan. Saya belum Islam lagi, tetapi saya merasakan bahawa semua jawapan yang saya cari terdapat dalam Al-Quran, dan Tuhan telah menemukan saya dengannya dan rahsia itu saya simpan dalam diri saya. Al-Quran juga dapat difahami dalam banyak peringkat. Saya bermula untuk memahami peringkat seterusnya, di mana Al-Quran menyatakan, "Semua manusia adalah bersaudara." Oleh itu pada ketika ini saya berharap bertemu saudara Islam saya.
PENGISLAMAN
Kemudian saya memutuskan untuk melawat Jerusalem (seperti dilakukan adik saya). Di Jerusalem, saya pergi masjid dan duduk didalamnya. Seorang lelaki bertanya apa yang saya mahu. Saya memberitahu dia saya adalah seorang Islam. Dia bertanyakan nama saya. Saya menjawab, "Stevens." Dia keliru. Saya kemudiannya menyertai solat berjemaah, walaupun tidak begitu sempurna. Sekembalinya ke London, saya bertemu dengan seorang kakak bernama Nafisa. Saya memberitahu beliau bahawa saya berhasrat untuk memeluk Islam dan dia menyuruh saya pergi ke Masjid New Regent. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1977, kira-kira satu tahun setengah selepas saya menerima Al-Quran. Sekarang saya menyedari bahawa saya mesti menghapuskan sifak riak saya, menghapuskan Iblis dan berpegang pada Yang Esa. Jadi di satu hari Jumaat, selepas Solat Jumaat saya pergi menemui Imam dan mengisytiharkan keyakinan saya untuk memeluk Islam dan takdir saya berada ditangannya. Telah datang kepadanya seseorang yang telah mencapai kemasyhuran dan keberuntungan. Tetapi petunjuk tidak sampai kepada saya, tidak kira betapa susah saya cuba, sehinggalah saya bertemu dengan Al-Quran. Sekarang saya mengerti bahawa sebenarnya saya boleh berhubung terus dengan Tuhan tidak seperti agama Kristian atau mana-mana agama lain. Pernah seorang wanita beragama Hindu memberitahu saya, "Anda tidak memahami penganut agama Hindu. Kami percaya kepada tauhid, kami guna benda-benda ini (patung-patung) hanya sebagai asbab" Apa yang di katakannya lagi ialah “Untuk menemui Tuhan, perlu mewujudkan sesuatu asbab, dan patung-patung itu adalah asbab sahaja bagi menemui tuhan. Tetapi Islam membuang semua halangan-halangan ini. Satu-satunya amalan yang penganut agama lain tidak percaya ialah solat. Ianya merupakan proses pembersihan diri.
Yang
akhirnya saya mahu mengatakan bahawa semua yang saya lakukan ialah kerana izin dan hidayah dari Allah dan berdoa agar anda mendapat sedikit inspirasi dari pengalaman-pengalaman
saya. Tambahan pula, saya mahu menekankan bahawa saya tidak berhubungan dengan
mana-mana orang Islam sebelum saya memeluk Islam. Saya hanya membaca Al-Quran pada mulanya
dan menyedari bahawa tiada orang yang sempurna. Islam agama yang sempurna, dan
jika kita mengikut sunnah Rasulallah s.a.w kita akan berjaya. Semoga Allah memberi kita
bimbingan di jalan-Nya.
***** Inilah hasil penterjemahan oleh pakcik sendiri yang dah beberapa kali menterjemahkan buku-buku kontroversi. Dan artikel kali ni pakcik dah tak terkira dah artikel keberapa yang pakcik buat. Ada gak yg pakcik terjemah ke dalam bahasa inggeris. Cuma yang pakcik tak buat lagi terjemah kedalam bahasa siam jer sebab pakcik tak tau bahasa siam Yg pakcik pandai cakap cuma bila nak mintak Nasi Goreng Udang telur mata iaitu Kaw Pat Kung Kai Daw.. Itu pun ada kawan pakcik kononnya advance berbahasa siam mintak kaw pat kung kai daw, moo meh auw.. Korang tau kan apa maksud moo meh auw.. kalau x tau maksudnya khinzir tak mau.. Tu yg kena gelak ngan kami ramai2 tu sebab ada ke org letak daging ke, itik ke, ketam ke dalam nasi ayam?? Dah namanya nasi goreng udang, udang tu jer la yg dia letak. Kalau belagak pandai memang nampak bodoh..
No comments:
Post a Comment