Friday, April 19, 2013

Pandang jangan sebarang pandang...



Assalamualaikum wbt ya ahli kubur semua. Pekabar korang kat dalam lahat tu? Ada coverage 3G tak kat dalam tu? Kalau xde patutla korang dah tak update FB yer... Melihat awan yang mendung berarak laju dan semakin menghitam menandakan hujan akan turun membasahi bumi kat tanah kelahiran Rentap ini. Sesayu hujan yang turun tu pakcik nak bawak korang ke mode sedih sikit kali ni. Banyak sungguh dugaan yang org sekeliling pakcik alami. Macam2 aduan, luahan rasa dan luahan bebanan yang diutarakan kepada pakcik. Pakcik pun sedih jugak merindu anak isteri tapi terpaksa control kemachoan depan org2 tu.. Kalau tak harus menangis berpeluk ala2 jejak kasih pakcik ni.

Termasuklah anak2 murid pakcik. Menceritakan keluh kesah masing2 kat pakcik. Takkan la pakcik nak cakap “Ada Aku Kesah” kat diorang. Bukannya pakcik tak warning mula2 nak ambik ilmu dulu.. Kan Datuk Raden dah kata, dugaan dalam ilmunya org akan mudah salah sangka dan memfitnah kita.. Masa ambik ko tak fikir, dah merasa asyik mahsyuk banyak ko punya rintihan ekkk? Ko nampak dak kasut kulit size sembilan ni? Kat hospital tu belum ada kes bomba terpaksa antar ke bilik kecemasan org tertelan kasut size 9 tau.. Tapi org yg makan pakai straw/tube banyak dah..


Maka bercerita lah teman2 sekeliling pakcik ni pasal org dok berckp mcm2 kat diaorg. diaorg. Alahaiiii lomah pakcik nongar eh.. Apasal lah nak emo sgt dgr org ckp mcm2.. Pakcik kata ko dongar sini pakcik ngato kek kau pulak…mcm2.. mcm2.. mcm2.. Apo kau raso? Pakcik tanya balik.. xde rasa apa pakcik.. confuse jer.. Pakcik tadi kata mcm2 byk kali kat kau, kau tak rasa apa lak. Org lain kata sekali ko marah lak.. Baru lah nak sonyum sikit kek muko ehh..

Nak start bercerita pakcik ceriakanlah hidup diaorg sikit dulu. Pastu pakcik ckp.. kau siapa kalau nak dibandingkan dengan Rasulallah saw? Semua yg dok mengadu tu ngaku lak jauh sgt bezanya.. So pakcik kata apa ko nak heran. Sedangkan Rasulallah sendiri yg perfect tu pun org dok mengata inikan lak kita ni yang dosanya unta pun tak tertanggung.. Kalau stakat nak ambik port apa org ckp, org Malaysia ni tak kenal pun erti internet sebab Tun Mahathir tak dgr ckp org.. Dia buat juga cyberjaya walau org kata kat dia mcm2. Last2 org yg ngata tu jugak guna apa yg dia buat. Yg tu yang baiknya la psl Tun Mahathir, yg buruknya kalau korg tak sanggup nak bawak 4 saksi yg benar jgnla nak suka2 main ckp sbb fre2 jer Tun dpt pahala korang..

So pakcik nak bercerita ala2 budak tadika la kat korang…  Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata “Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi “Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata “Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”

So kesimpulannya yang boleh pakcik buat… Allah Yang Maha Sempurna itu juga ada yang mengejinya dan membencinya. Nabi Muhammad SAW yang sopan santun lagi maksum itu juga ada yang mengejinya dan membencinya. Jadi siapalah kita yang tidak sempurna dan banyak kekhilafan ini terutamanya pakcik yang menulis ini untuk berasa tidak layak dinilai, dikritik, dikeji dan dibenci. Kita manusia biasa dan jangan anggap kita luar biasa. Apapun, utamakan pandangan Allah, jangan diutamakan pandangan manusia, biarkan manusia berkata - kata.  yakini Allah lah sebaik - baik hakim Yang Maha Adil yang paling layak mengadili tindak tanduk kita. Org nak ngutuk ngata kata biarkan.. bagi dia hadiah byk2 sbb dia tolong top up pahala utk kita dgn pahala dia.. Balasan dia pulak… kalau korg pukul sampai cacat pun x padan dgn apa yg dia buat. Biarlah Allah byr dia cash…

So alhamdulillah la.. mana2 yg cerdik sikit otaknya tu, bila pakcik bercerita mcm tu maka fahamlah akan dia tentang apa yang pakcik maksudkan dan tenanglah akan jiwa dia bila berhadapan dengan keadaan yang tersebut..  Mana yang benak hati sikit tu memang la payah nak faham apa yg pakcik ckp.. so kalau nak mkn tu jgn la makan masakan olehyg bukan islam.. nanti nak mengaji payah, nak belajar pun benak hatinya..

No comments: