Tuesday, May 22, 2012

Merungkai Misteri Burung Cenderawasih.. Mistika 25



Terdapat pihak tertentu yang mempercayai burung cenderawasih kononnya berasal dari kayangan…malah ia tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi sepanjang hidupnya melainkan untuk mati. Pelbagai cerita mistik dan misteri diceritakan mengenai cenderawasih dan ia disebarkan menerusi lisan sehingga ramai berasa taksub apabila mendengar keajaiban burung tersebut.

Lebih membingungkan adalah bangkai burung itu dipercayai tidak akan reput…malah bulu pelepahnya dapat dijadikan pelaris menyebabkan ramai pihak sanggup membayar ribuan ringgit untuk memdapatkan bangkai hidupan itu…malah burung phoenix yang tertera dalam lagenda China dan Bird of Paradise dalam masyarakat juga dipercayai sebagai burung cenderawasih. Ada yang mempercayai bahawa burung tersebut bukan berasal dari alam dunia ini…malah memiliki pelbagai khasiat…sudah melewati zaman berzaman tetapi persoalannya…betul ke?

Misteri burung cenderawasih dipercayai mula wujud dalam kepercayaan bangsa melayu selepas diceritakan dalam sebuah kitab kuno Tajul Muluk. Nak jadi cerita…berpandukan kitab kuno tersebut…satu artikel mengenai keajaiban burung cenderawasih mula tersebar meluas ke seluruh negara majalah, surat, dan flyers…tidak dapat dipastikan siapakah penulis asal artikel tersebut…tetapi infonya berbunyi seperti berikut :

“Sahibul hikayat diriwayatkan Kitab Tajul Muluk…mengisahkan seekor burung bergelar cenderawasih. Ada pun asal usulnya bermula dari kayangan. Amatlah jarang sekali orang memiliki cenderawasih kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi. Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab melayu lama sekiranya cenderawasih turun ke bumi nescaya berakhirlah hayatnya. Ia akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi.”

“Namun yang peliknya cenderawasih tidak reput seperti bangkai binatang lain kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, istirehat dan tidur.” “Burung ini terkenal di nusantara dengan panggilan cenderawasih bagi masyarakat cina pula ia dipanggil Phoenix dan penduduk eropah mengenalinya sebagai Bird of Paradise.”

“Dinyatakan lagi bahawa cenderawasih memiliki pelbagai kelebihan…seluruh badannya termasuk isi perut dan bulunya mempunyai khasiat misteri dan kebanyakanya digunakan untuk perubatan.” “Namun…ramai memburunya kerana ‘tuah’ cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Mengikut mereka yang ditemui memakainya menyatakan bulu cenderawasih ini pelaris paling besar…hanya orang yang memilikinya yang akan tahu akan kelebihannya.”

Teori
Setelah mendengar kisah2 misteri seperti diatas…penyelidik mula melakukan kajian bagi merungkai segala auta seperti yang digembar gemburkan itu…selepas beberapa lama melakukan kajian…didapati hampir semua dakwaan seperti diatas adalah auta dan tidak berasas.

Dakwaan kononnya cenderawasih berasal dari kayangan dan hanya turun ke dunia untuk mati sebenarnya tidak betul..kerana burung tersebut memang wujud didunia ni…Kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesis Paradise Apoda pada tahun 2001.

Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesis yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.

Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.

Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juga didapati auta! Ini adalah kerana burung ini hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatakan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!! Bahkan didapati bahawa bangkai haiwan itu diawet sebelum dipamerkan dimana-mana pameran.

Justeru macam mana kisah dongeng ini bermula??
Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19 iaitu ketika zaman penjajahan British dibeberapa pelosok dunia. Bangsa barat itu tiba disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminya memakai hiasan kepala yang cantik dan menarik. Hiasan kepala itu diperbuat daripada bulu cenderawasih jantan. Lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknya maka masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah seekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepada penjajah British malah kaki burung tersebut turut dipotong.

Selepas beberapa lama…penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerana mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput. Maka mereka mula menganggap bahawa burung itu ajaib dan berasal dari kayangan. Seterusnya fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu. Macam mana pulak dakwaan bahawa burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawa keuntungan berlipat kali ganda??

Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antara bahan dalam upacara kurafat tersebut. Hakikatnya perniagaan dan usaha itu menjadi laris bukan berpunca dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam..
So mana2 sahabat dan pembaca yang taksub dan very the berhajat nak kan burung cenderawasih tu tak yah lah nak berhabis duit berpuluh-puluh ribu nak bazirkan beli bangkai burung yang tak ada apa kelebihannya tu pun. Just nak bagi kaya orang yang beli dari Indonesia pastu kaut untung berganda2 sampai jadi haram (sebab lebih dari 100% untung) jual bepuluh malah beratus ribu so aku nasihatkan tak payah la. Lebih baik derma je kat rumah anak yatim lagi banyak pahalanya dan lagi power "pelarisnya" yang Allah akan bagi pada korang. Wallah Huaklam

10 comments:

Anonymous said...

I’m not that much of a online reader to be honest but your sites really nice, keep it
up! I'll go ahead and bookmark your website to come back down the road.
Cheers

my site; StepanieQFetterhoff

Anonymous said...

Very great post. I just stumbled upon your weblog and wished to
mention that I have really loved browsing your weblog posts.
After all I will be subscribing on your rss feed and
I hope you write again soon!

My webpage: BrynnGDragun

Anonymous said...

Thanks for ones marvelous posting! I quite enjoyed reading it, you can be a great author.
I will be sure to bookmark your blog and will come back down the road.
I want to encourage that you continue your great posts, have a
nice morning!

Also visit my homepage; AbbieCGottsch

Anonymous said...

Hey would you mind letting me know which web host you're using?
I've loaded your blog in 3 completely different internet browsers and I must say this blog loads a lot
faster then most. Can you suggest a good internet
hosting provider at a fair price? Thank you, I appreciate it!



Review my webpage TemikaCByes

Anonymous said...

Hi there colleagues, good piece of writing and fastidious
urging commented at this place, I am truly enjoying by
these.

My web site; MiquelXAmmar

Anonymous said...

Hey there are using Wordpress for your site platform?

I'm new to the blog world but I'm trying to get started
and create my own. Do you require any html coding knowledge to make your own blog?
Any help would be greatly appreciated!

Take a look at my web page ... EvelyneKWiedenheft

Anonymous said...

Howdy this is somewhat of off topic but I was
wondering if blogs use WYSIWYG editors or if you have to
manually code with HTML. I'm starting a blog
soon but have no coding knowledge so I wanted to get guidance from someone with
experience. Any help would be greatly appreciated!

My webpage - vibrant skin

e4sa khalid said...

Saya ada seekor burung cenderawasih mahu dijual. Jika saudara berminat boleh hubungi saya.

Gorgom said...

Penulis dah citer panjang lebar, tp masih ada jgk yg bangang nak jual bangkai cenderawasih

Nakhoda Serigala said...

Hehehehe dia belum hadam lagi tu tuan..