Friday, May 18, 2012

Nabi masih hidup...

Empat Nabi yang masih hidup dan tetap diberi rezeki oleh Allah swt dari khazanah Allah sendiri. Mereka adalah golongan yang dipilih khusus oleh Allah swt dengan sebab musabab tertentu. Menurut firman Allah Taala dalam Surah Al-Imran ayat 169 maksudnya “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Maka dari itu Allah berkehendakkan atas zatnya yang maha menghidupkan maka mereka ini sentiasa hidup dan mendapat rahmatnya.

Dua Nabi Ada dibumi yaitu nabi Khidir dan Nabi Ilyas a.s. Mereka ditempatkan di bumi yang khusus yang Allah (yang maha tahu) sahaja mengetahui tempat itu. Sementara itu dua Nabi ada di langit yaitu Nabi Isa (langit ke dua)  dan Nabi Idris a.s.(langit ke empat).  Mereka ditempatkan di langit yang khusus yang hanya Allah yang maha tahu sahaja yang mengetahui tempat itu. Sementara itu aku pernah didedahkan bahawa ada diantara Rasul2 itu telah ditugaskan untuk menjaga lapisan2 langit itu.
Lapisan pertama dijaga oleh Nabi Adam a.s, lapisan ke 2 Nabi isa dan Nabi Yahya a.s, lapisan ke 3 Nabi Yusuf a.s, lapisan 4 Nabi Idris, ke 5  Nabi Harun, ke 6  Nabi Musa dan yang terakhir lapisan 7 dijaga oleh Nabi Ibrahim a.s.
 
Nabi Khidhir a.s.

Ikhwah, aku terbaca bahawa menurut jumhur ulama Nabi Khidhir itu sudah wafat dan hanya golongan minoriti sahaja yang berpendapat bahawa Nabi Khidhir masih hidup. Sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya kerana jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam “Syarah Muslim” juzuk ke – 15, mukasurat 135 – 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-

JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma’rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma’rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh Abu ‘Umar bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini”. Dia juga berkata: “Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).

Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah sangat men’claim’ telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu’amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal ‘Abidin di mana dia berpesan : “Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir”. Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu’amalah dan mujammalah sesama anak Adam. 


Seperti mana yang aku pelajari dari Datuk Raden Sandhi bahawa Nabi Khidir a.s. juga telah diutuskan sebagai penjaga Air di mukabumi ini. Wallahu ‘alam.
 

Nabi ilyas a.s.

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Aku tidak tahu” Jawab Nabi Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah,” jawab Ilyas.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya. “Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.




Dan dari ajaran guruku juga menyatakan bahawa Nabi Ilyas telah ditugaskan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan yang melata dibumi ini..
 

Nabi Idris a.s.

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Beliau dinamakan Idris kerana beliau banyak membaca serta mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya beliau akan mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk. Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya. Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan persekitaran alam disini?" Malaikat Maut menjawab: "Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.“Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut.” “Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?” “Benar ya Idris.” jawab malaikat itu. “Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”. Lantas malaikat itu berkata "Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku dan aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.” Nabi Idris menyambung “Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”. maka jawab malikat “Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”

“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali supaya aku dapat menyembah Allah setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.” Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Nabi Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu. Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali. Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? “ Jawab Nabi Idris “Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Maka balas Malaikat Maut “Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan ketika saya mencabut nyawa tuan itu belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan.”

“Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.” Maka jawab malaikat “Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala jenking, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain lagi.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT". "Sesungguhnya saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut. Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga. Kemudian pergilah mereka berdua sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.

Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para Rasul dan wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga. Beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga. Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.” Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali-Imran: 185) Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam: 71). Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr: 48) Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka tentang) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)


Nabi Isa a.s


Kepercayaan manusia yang mengatakan Isa telah terbunuh dan disalib adalah tidak benar. Allah menerangkan betapa pengkhianatan orang Yahudi pengikut Isa yang tidak setia kepada ikrar dan janji Betapa tidak benar sangkaan orang-orang Yahudi kononnya mereka telah membunuh Isa Pesuruh Allah dan telah disalibkan dia. Allah telah menipu mereka dengan tipu daya yang lebih bijak, iaitu murid Isa yang khianat yang rupa parasnya seimbas rupa Isa bernama Yahuda Askharjusi itulah yang telah mereka (Yahudi) tangkap dan salibkan. Sedangkan Nabi Isa telah diangkat, telah diambil dan telah dibawa kehadrat Allah.

Pengertian diambil atau diangkat kepada Allah memang dapat diertikan dengan pengertian diambil dan diangkatkan ruh dan badan Isa. Juga dapat dimengertikan dengan ruh Isa sahaja. Tentulah tidak menjadi kesukaran kepada Allah hendak melakukan salah satu dari kedua-duanya itu. Oleh yang demikian tidak perlu kita pergi terlalu jauh membicarakan soal kekuasaan Allah dalam perkara yang ghaib iaitu sama jua adakah atau apakah Muhammad saw telah mikraj naik ke langit dengan ruh sahaja atau dengan badan bersama ruh sekali.

Ada pendapat bahwa Nabi isa telah naik dan tidak ada cerita turun kembali. Ada yang berpen-
dapat Isa telah mati dan ruhnya diangkat ke sisi Allah di langit dan dipercayai bahawa Isa akan
turun lagi ke bumi ini.

Saya percaya tentang Isa akan turun kembali menyempurnakan tugasnya. Bahawa banyak
hadis-hadis sahih yang menerangkan tentang Isa seperti sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang termasyhur yang mana beliau cukup halus dan sangat teliti dalam menerima hadis-hadis yang dikatakan dari Rasulullah saw.

Adapun soalnya sekarang ini di manakah Nabi Isa berada sementara beliau diperintah oleh Allah turun ke bumi ini. Tentu pula ingin kita cuba sentuhkan sekadar yang terdaya oleh akal kita dalam persoalan Isa ini. Sekiranya Allah telah mengambil dan mengangkat beliau kepadaNya (ke langit) dengan tubuh serta ruhnya sekali.

Saya diberitahu oleh seorang sahabat iaitu seorang ahli agama, penyelidik dan penulis dari Indonesia yang  telah menulis tentang Nabi Isa di Venus. Venus adalah sebuah planet di dalam keluarga matahari kita. Wallah huaklam..


NABI-NABI YANG LAIN...

Sesungguhnya sehingga ke hari ini aku masih mengkaji akan kebenaran ajaran guruku yang mana beliau menceritakan perihal nabi-nabi. 

Sebagaimana yang diajarkan kepadaku kata beliau manusia ini telah dijadikan daripada empat unsur iaitu tanah, air,  api dan angin.. Maka setiap unsur hadir menghuni manusia dengan empat alam yang tersendiri iaitu alam akhbar (tanah), alam muallaf (air), Alam Amarah (api)  dan alam izzati (angin). Tapi dalam bab ni aku tak boleh nak menjelaskan lebih lanjut. Kalau korang nak belajar carilah guru dan dalami ilmu tasawwuf.. Dan setiap unsur dan alam itu telah ditugaskan nabi2 penjaganya. Dan apa yang telah diajarkan kepadaku (dengan ilmu yang sedikit sangat yang Allah telah turunkan kepada manusia ini) ialah Nabi penjaga tanah adalah Adam a.s kerana beliaulah yang mula2 menerima tanah untuk dijadikan jasad manusia, Nabi Khidir a.s telah ditugaskan untuk menjaga air, Nabi Adam Saufi untuk menjaga api dan yang terkhir Nabi Alyuth untuk menjaga angin. Namun puas aku bertanya dan aku mencari kitab2 lama serta internet maka tiada jualah aku berjumpa dengan penerangan tentang kewujudan nabi2 tersebut. Maka kalau ada pembaca yang pernah terbaca atau diajarkan tentang nabi2 tersebut bolehlah email kepada saya at arisha4eva@yahoo.com. Atau pernah terjumpa dalam mana2 kitab, jurnal, majalah, internet atau sebagainya.

Selain itu diajarkan juga nabi2 penjaga langit yang sebanyak tujuh lapis iaitu Lapisan 1 : Nabi Adam, Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya, Lapisan 3 : Nabi Yusuf, Lapisan 4 : Nabi Idris, Lapisan 5 : Nabi Harun, Lapisan 6 : Nabi Musa dan Lapisan 7 : Nabi Ibrahim. Kisah nabi2 penjaga langit ini telah diceritakan iaitu semasa perjalanan rohani Rasulallah saw semasa mikraj baginda ke alam langit.

Walaubagaimanapun terdapat juga rasul2 dan nabi2 yang ditugaskan untuk menjaga perkara2 lain iaitu Nabi Sulaiman menjaga haiwan dan jin2. Nabi Ilyas menjaga tumbuhan, Nabi muhammad penjaga roh kerana ruh yang dimasukkan kedalam jasad Nabi Adam a.s adalah Nur Allah atau Nur Muhammad yang mana ruh Allah itu adalah ruh Nabi Muhammad. Sehingga diceritakan bahawa setelah dihidupkan Nabi Adam mencari hingga ke langit siapa Muhammad empunya ruh suci yang dijadikan Allah yang telah mengisi jasad beliau. Cerita selanjutnya mcm biasa berguru lah ya..

18 comments:

Anonymous said...

Salam..
Penerangan yg bagus utk pencinta flora dn fauna khasnya.

Unknown said...

Terima kasih diatas penerangan tersebut. Dan sya juga ada amalan yg ingin di kongsi kn disini.. sebelum kita ingin mandi atau pun minum.. mengikut ajaran guru sya.. kita boleh membaca "Assalamualaikum ya nabi ALLAH khidir yg menjaga air,kau selamat kn lah berkat didalam diri ku ini.. lpas 2 baca nma penuh sendiri."

Nakhoda Serigala said...
This comment has been removed by the author.
Nakhoda Serigala said...

Terima kasih kembali atas perkongsian tersebut dan mohon untuk dijadikan amalan bagi semua. terima kasih

man0505 said...

Setahu sy.nngikut ajarn dari guru tanah di jaga oleh nabi tab
Air nabi khaidir
Api nabi ibrahim
Angin nabi idris

man0505 said...

Kalu mngikut apa yg sy blaja
Tanah nabi tab
Air nabi khaidir atau khidir
Api nabi ibrahim
Angin nabi idris

man0505 said...

Setahu sy.nngikut ajarn dari guru tanah di jaga oleh nabi tab
Air nabi khaidir
Api nabi ibrahim
Angin nabi idris

Nakhoda Serigala said...

Terima kasih saudara Mohd Razman atas maklumat tersebut. Mungkin boleh dilanjutkan sanad tentang penerangan perihal nabi2 tersebut diturunkan dari siapa?

wimvy said...

terima kasih semoga dapat menjadi amal ibadah. amin

Wimvy Rinaldi said...

terimakasih, semoga dapat menjadi amal ibadah. amin

Wimvy Rinaldi said...

terimakasih, semoga dapat menjadi amal ibadah. amin

Anonymous said...

I want to to thank you for this excellent read!! I definitely loved every little bit of it.
I've got you saved as a favorite to look at new stuff you post…

Also visit my website ... TysonZCialella

Anonymous said...

Ahaa, its good dialogue regarding this article at this place at this
webpage, I have read all that, so now me also commenting
at this place.

My blog :: RachellGHoek

Anonymous said...

Admiring the time and effort you put into your blog and in depth information you provide.
It's good to come across a blog every once in a while that isn't the same
old rehashed material. Great read! I've bookmarked your site and I'm adding your RSS feeds to my Google account.


Also visit my blog: CandanceMArtzer

Anonymous said...

Keep on writing, great job!

Also visit my blog: AntoineDApling

Anonymous said...

What a material of un-ambiguity and preserveness of valuable
knowledge about unexpected feelings.

Here is my site ... DaniellaUMiker

Anonymous said...

Incredible points. Outstanding arguments. Keep up the amazing
spirit.

Also visit my web-site ... EvelynnSMenasco

Unknown said...

Allahuakhbar