Thursday, May 17, 2012

Para penonton, ibu2 bapak2 semuanya. jgn heran kalau aku masih goyang...

Setelah sekian lama dok tinggal laptop aku dan terlibat dengan planning n exercise maka tercetus lak idea aku nak menulis hari ni.. bukan apa sebab terlalu banyak sgt post2 yg menarik yg aku baca oleh mereka2 dlm facebook maka aku suntiklah sikit or bak kata org putih "throw the spanar" utk kita fikirkan bersama.

Kali ni aku nah coretkan tentang Sambutan hari Ibu yang banyak sgt diperkatakan hatta ada seorang penceramah mantan Punk Boy suatu masa dulu iaitu Yang Dihormati Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan bahawa HARAM sambutan Hari IBU yang disambut diseluruh dunia oleh setiap insan bernama anak.. Famous soalan ni minggu ini. Baguslah,dari sebahagian aspek, sedikit sebanyak berkurang sikap orang kita yang suka bertindak tanpa menyiasat hukum hakam sesuatu perbuatan,atau kesahihan berita dalam menyebarkan.

Ramai orang confuse,depa tak tahu pasal hari ibu ni,haram ke halal ? Rasanya isu ni setiap tahun pon sama,harini explain, tahun depan tanya lagi. Bertanya tu bagus,tapi jenih takmo lekat dalam kepala otak tu susah jugak. Ada orang kata ulamak ni kata haram, ulamak ni kata halal, mana satu ni? Padahal nak kata depa tu sesat, takde la jugak. Yang berkata - kata itu semua orang cerdik pandai.

Menurut sesetengah pihak sambut hari ibu haram kerana perayaan itu mula disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama Kristian. Kononnya Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Persoalannya adakah Greek kuno dan Roman kuno beragama Kristian? Kalau begitu jawapannya, sah hari ibu itu diasaskan oleh orang Kristian. Tetapi kalau benarlah diasaskan oleh Kristian, tidak bolehkah kita mencontohinya? Apakah sambutan hari ibu itu terdapat pengaruh agama Kristian atau atas kesedaran mereka sendiri yang tiada kaitan dengan agama?
 
 
Menurut Ustaz Azhar pulak haram sambut hari ibu kerana sejarah hari ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Churh iaitu ketua segala gereja.
Ustaz Azhar Idrus juga menyatakan satu sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.

Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?

Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.

Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram.

kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.
 
Lagipun dalam agama Islam , apa yang kita buat mesti beserta dgn niat. Selagi niat kita tak bercanggah dgn syariat Islam, rasanya tak salah nak wish selamat hari ibu dan merayakannnya bersama ibu tersayang kita. Sama jugak mcm sambutan hari guru, tiap2 hari boleh bg perhargaan untuk guru tp tak salah adakan hari khas untuk sambut hari ibu sama mcm sambutan hari guru .

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika.Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
 
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24].
 
Pandangan Syeikh Faisal Mawlawi Mengenai Sambutan Hari Ibu pula ialah "Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.

Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hari raya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.

Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu. Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.

Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Perbezaan Hukum Yang Berbeza,Jadi Mana Satu Ni ?

Islam berkait rapat dengan sikap keterbukaan,asalkan ia tidak melanggar mana mana hukum syarak.Kalau diikutkan,dalam Islam,begitu banyak perbezaan di antara satu sama lain.Contoh paling jelas adalah perbezaan mazhab.

Perbezaan hukum,cara ibadat dan pelbagai lagi perkata yang terdapat dalam islam wujud kerana perbezaan budaya,tempat tinggal dan sebagainya.Dr Maza juga pernah menulis di blognya mengenai perkara ini.Islam itu mudah,ia tidak menyusahkan umatnya.

Sebagai contoh,kita di malaysia, nak solat jamak,kena musafir baru boleh ,right ? Tapi anda pernah terfikir ke bagaimana keadaan orang di Rusia contohnya,yang mana waktu siang lagi pendek dari waktu malam ? Ada yang cerita,beliau masuk kelas sebelum zohor,habis kelas waktu maghrib,padahal kelas tersebut hanya 3 jam sahaja ! ( lebih kurang ) Jadi bagaimana nak buat ? Ustaz kata,pelajar tersebut boleh solat jamak,sebab dia susah nak keluar setiap kali kelas bermula.Hari hari kelas waktu macam tu,mesti pensyarah marah keluar  untuk solat.

Ini kerana banyak permasalahahan umat,tidak diterangkan dengan jelas dalam hadis,mahupun al-quran.Ulamak hanya mentafsir sebahagian ayat quran dan hadis sebagai panduan dalam menetapkan hukum.

So no wonder ada pelbagai pendapat mengenai hukum sesuatu perkara,apatah lagi jika ia mengenai masalah yang timbul setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sikap mengherdik,mengutuk ulama yang tidak bersependapat dengan kefahaman dengan anda adalah salah sekali.Kena tengok keadaan, lainlah kalau ustaz itu kata HARAM SOLAT. Itu hukum yang memang sudah jelas dalam quran,dah nyata ustaz tu sesat

KESIMPULAN

Hangpa nak sambut hari ibu ? sambut lah. Hangpa was was takut jadi kafir sambut hari ibu? hangpa tak yah sambut.senang.

Dalam kes ini, tak perlu nak sumbat fakta banyak sangat,boleh sambut hari ibu ,dengan syarat :

1) Tidak berniat sambut hari ibu sebab nak ikut upacara keagaamaan mat saleh tapi sambut dengan niat niat nak menyenangkan hati ibu kita. Lagipun kita sambut utk ibu kita bukan untuk ibu Haji salleh sepupu belah bini tok ketua jiran bini kita.

2) Digalakkan setiap hari hargai ibu,contoh sms,call,fb. Ajar mak kita supaya IT savvy..

3) Niat kite nak sambut hari ibu sebab kite nak hargai ibu,takut takut kalau takde hari ibu,nak call mak sebulan sekali pon payah. Bak kata sesetengah org mcm kat bawah ni...

4) Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.

5) Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

Kalau ada fakta salah,mohon pencerahan komen. Den ni bukan pandai agamo pon,cumo denado la balaja sikit2..
 

No comments: