Betullah kata guru aku, zaman sekarang ini terlalu ramai yang terlebih bijak dan pandai. Macam-macam yang mereka kaji, sehinggakan banyak penemuan-penemuan baru yang dapat ditemui dan boleh digunakan untuk generasi akan datang.
Tetapi sayang tidak semuanya tidak berlandaskan hukum dan peraturan dalam Islam. Jadi apabila ini berlaku, pasti akan berlaku masalah dan bala dikemudian hari. Banyak penemuan-penemuan yang asalnya baik untuk semua pihak kemudian dipesongkan untuk kemusnahan pihak yang lain. Keberkatan yang Allah bagi akan Allah tukarkan menjadi bala yang membebankan. Gunakanlah ilmu yang Allah kurniakan itu sebaik-baik mungkin agar tidak disoal Allah di akhirat nanti.

Betullah kata guru aku, manusia sekarang ni bila ada ilmu sedikit sudah mula mendabik dada mengatakan dialah yang paling banyak ilmu. Kita yang ada ilmu yang secebis yang Allah bagi ini, sepatutnya carilah ilmu dengan lebih banyak agar kita tidak tersesat akhirnya. Manusia zaman ini sanggup lantang bersuara mengatakan dialah yang paling hebat sehinggakan seperti langit bergegar bila mendengarnya, tetapi bila musim kemarau hujan tak turun setitikpun, kita panggil dia untuk menurunkan hujan, tidak juga boleh menurunkan hujan.
Itu tandanya Allah kurniakan kita hanya satu titik ilmu berbanding satu lautan ilmu yang banyak. Jadi sedarlah tak perlulah bermegah dengan ilmu yang ada kerana apalah guna kita bermegah dengan ilmu yang secuit itu. Kalau Allah nak tarik ilmu tu balik sekejap saja akan berlaku.
Betullah kata guru aku, manusia zaman sekarang bila sudah ada sedikit ilmu, memandang orang lain dengan sebelah mata. Bercakap kasar dan menghina orang lain seperti dialah yang paling mulia.
Sedarlah kita ini sama, bila kita mati ke tanah jua kubur kita. Sedarlah kalau kita bercakap kasar dan menghina, bagaimana orang yang berilmu tinggi dari kita nak mengajarkan ilmunya.
Bak kata guru aku, "Dah dia terlebih pandai buat apa lagi nak diajarkan ilmu kepadanya". Kalau kita nak belajar atau berkongsi ilmu dengan orang lain bercakaplah dengan baik dan berdialoglah dengan rendah diri, agar mereka yang tinggi ilmunya rela menurunkan ilmunya kepada kita.

Biarlah kita mengikut resam padi yang semakin tunduk semakin berisi. Semakin bertambah ilmu kita maka makin tunduk kita ke bawah. Bukanlah beerti kita tunduk kepada makhluk tapi sebagai tanda kita sudah belajar banyak tapi masih sedikit berbanding ilmu yang Allah ada. dan semakin banyak ilmu yang kita belajar maka semakin banyak beban kita kerana ilmu yg kita pelajari adalah untuk diamalkan dan untuk diajarkan dan disampaikan pula. Kalau bertahun kita belajar tapi tak mampu kita nak sampaikan pada org lain itu bukanlah ilmu namanya kerana ilmu adalah sesuatu yg boleh dimanfaatkan...
2 comments:
I see.......
I see.......
Post a Comment