Bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama Tuberose berasal dari Amerika Tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa tergolong dalam famili Amaryllidaceae/ Agavaceae. Sundal Malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai Lili sama seperti Amaryllis dan pokok Spider Lily atau Bakung. Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya. Namun Sundal Malam mempunyai sifatnya berbeza. Sama seperti bunga Melur, walaupun setelah dipetik bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials). Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun. Sama seperti tumbuhan Lili yang lain, Sundal Malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan. Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.
Kegunaan:
Sundal malam digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka. Di India juga bunga ini dikenali dengan nama Ratkirani yang bermaksud “Mistress of the Night”.Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya). Minyak pati dari bunga ini sangat mahal. Ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emos. Ia dipercayai dapat mendatangkan ketenangan hati dan perasaan. Bunga ini banyak ditanam secara komersial di Mexico, Hawaii dan US.
Menurut sesetengah petua orang tua-tua katanya jika wanita yang mempunyai pasangan lelaki, 10 minit sebelum bersetubuh oleskan bunga ini pada keliling lubang faraj. Selepas itu bersetubuhlah. Walaupun lelaki tersebut bersetubuh dengan 100 wanita lain namun ia tetap takkan boleh melupakan yang seorang. Di katakana juga zakar lelaki itu tidak akan hidup di dalam faraj wanita lain melainkan faraj yang telah dioleh dengan bunga ini. (Macam sihir la pulok).
Ada pendapat lain mengatakan bunga ini bunga pengasih khas dari perempuan untuk menarik syahwat lelaki dalam masa paling cepat. Wangiannya boleh menyebabkan lelaki gila sehingga ke tahap ia sanggup berbogel. Entahlah....tapi ada kawan yang dah cuba dan dikatakan betui. Cuma hati-hati lelaki itu mungkin jadi agresif seperti haiwan. (tahayul lagi atau aromaterapi).
Pendapat ketiga : Memang bunganya antara yang terwangi terutama diwaktu malam ketika maghrib hingga subuh. Ia mampu membuat pasangan yg berbulan madu lupa dunia. Ppokok ni banyak disebelah utara Malaysia dan memang betul bau nya boleh merangsang keinginan seksual terutama wanita.
Dan pendapat yang paling best : Kata arwah bapa saya, kalau tanam bunga harum sundal malam dan hendakkan ianya berbunga petuanya ialah "isteri tak boleh membebel bila suami keluar malam" and jangan lupa spray pokok dengan baja daun & bunga tiap 2 minggu sekali. Hahaha betul ke idak teman tak tau.. Kalau nak try, cuba la sendiri kekeke.
No comments:
Post a Comment