Thursday, May 10, 2012

Syaitan solat ker weh???

"SYAITAN PUN TAKUT...SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH INI.

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi.


Credit to Solehi Aljerusi"


Dah puas baca dah? Aku cuma nak tanya korang apa pengajaran yang korang dapat bila baca artikel tu? Kalau korang tgk kat Mukabuku a.k.a Facebook (yang kini dah menjadi Facesibuk) korang akan dpt tgk beribu kawan2 dan sahabat2 yang Islamic Moderation, kira2 yg mcm alim dan yg nampak alim la "like" citer natang jadah ni and beribu lagi repost kat fb masing2 pulok. Kalau yang sebenar2 insan yg belajar ilmu agama insyaallah takkan terjadi benda2 mcm ni. Mungkin sahabat2 ku yang dah terlike atau tershare natang tu lalai, leka atau khilaf sebab tak perasan benda2 lagho mcm ni.


Sebelum aku kupas lagi sampai nampak isi aku nak korang hayati dulu hadis2 ni then baru aku huraikan kay..

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab: “Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (H.R. Tirmizi dan Ahmad) 

 Nabi s.a.w bersabda: “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” (H.R. Ahmad dan Ad-Darimi) 

 Said bin al-‘As berkata: “Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

 Maka dari hadis di atas kita semua maklum niat saudara kita ni mungkin nak menyedarkan kita tentang solat namun dalam Islam "Niat tak pernah menghalalkan cara" kerana Rasulallah saw terang2ngan melarang perbuatan tersebut. Namun aku kata demikian kan??

Ni jawabnya sahabat2.. Kalau korang ikuti ceritanya syaitan laknatullah menjauhi org yg tak solat? Logikkah? sebab dia selagi boleh akan mendampingi org2 sebegini agar sehingga kiamat agar tak mendekati solat dan ibadah.. Bila dia jauh maka manusia akan hampir kepada solat.. 

Kedua.. Dalam ceritanya nenek moyang syaitan tu tak pernah solat sekali lepas tu di murkai Allah sedangkan dari saat  itu lah syaitan tak pernah beribadah.. maka bukan lah sekali tu jer yg syaitan tak sujud.. and syaitan2 hari ni mana ada yang sujud lagi semenjak itu..

Aku rasa cukuplah dua2 hujah tu utk mengingatkan sahabat2 buat sementara waktu ni.. semoga kita seiringan berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.. Wallah huaklam..

No comments: