Wednesday, May 30, 2012

Dibunuh beramai-ramai..

TRAGEDI BATANG KALI 1948 - Siri sejarah yang semakin dilupakan...

Tragedi Batang Kali 1948 berlaku pada 12 Disember 1948. Ketika itu dharurat 1948-1960 baru bermula selepas pengurus ladang di Sungai Siput,Perak dibunuh.Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera British sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka. 

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaysia. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh. Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka. Namun menurut pihak British pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali dilaksanakan kerana memburu anggota Parti Komunis Malaya dan mereka yang terbunuh adalah ahli PKM. 

Meskipun beberapa tuntutan telah dibuat sejak tahun 1948, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menutup kes ini pada tahun 1997 di sebabkan kekurangan bukti. Pada 1 November 1949, satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’. Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa. 

Satu dokumentari BBC News pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya. Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British yang telah ditahan.

Pada 30 Januari 2009, kerajaan Britain telah menolak desakan para waris keluarga yang menuntut supaya satu penyiasatan awam ditubuhkan berhubung tragedi ini. Akan tetapi kerajaan Malaysia menimbangkan keputusan itu.

Tuntut pampasan RM425 juta

Pada 13 Ogos 2009 ,parti MCA mengadakan mesyuarat tertutup dengan saudara mara dan waris mangsa yang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak. Mereka meminta kerajaan Britain mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa serta pembayaran pampasan sebanyak 80 juta pound (RM425 juta). Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah Chong Hong yang ketika itu berusia 20-an.

Quek Ngee Meng dilantik sebagai peguam jawatankuasa bertindak. Mereka telah menemui pegawai pertahanan dan hal ehwal luar Britain pada Julai 2009 dan memperoleh beberapa maklumat rahsia di bawah Akta Kebebasan Maklumat United Kingdom. Kementerian Luar Britain mengakui wujud tindakan menyembunyikan campur tangan politik pada ketika itu dan siasatan menyeluruh tidak boleh lengkap atau bebas sepenuhnya.

Pada Januari 2009, Pejabat Luar Britain menolak diadakan siasatan tetapi pada April 2009 menimbang semula cadangan itu.

Campur tangan MCA

Pada 13 Ogos 2009, Naib Presiden parti MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan mesyuarat tertutup telah diadakan dengan jawatankuasa bertindak di Batang kali. Pada 2 April 2010, saksi terakhir dalam peristiwa ini, Tham Yong (berumur 78 tahun), meninggal dunia tanpa sempat melihat sebarang perkembangan positif .

Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan mahu kerajaan Britain memohon maaf sebagaimana yang dilakukannya dalam kejadian Ahad Berdarah pada 30 Januari, 1972 di Ireland Utara. Kerajaan disaran menubuhkan satu inkuiri awam untuk memaklumkan masyarakat apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian tersebut.
Tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit. Pakar sejarah negara Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Khim berkata kerajaan perlu membawa isu tersebut kepada pengetahuan umum dan antarabangsa supaya keadilan bagi keluarga mangsa dapat dituntut. Waris boleh mengemukakan permohonan maaf, bayaran saguhati dan sebagainya.

Yang nyatanya sehingga hari ini tiada apa maklumbalas yang diterima dari Pihak British dan sekadar mendiamkan diri dari bertanggungjawab atas kekejaman yang mereka sendiri lakukan lantas menunding jari menyalahkan orang lain serta menunding jari menuduh orang lain sebagai terrorist... Go to hell British...

Bukti kekejaman mereka yang dirakamkan.

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih tuan atas post blog ini mendedahkan kekejaman dan kezaliman british pembunuhan berdarah batang kali 1948 terhadap waris keluarga kami..tq.

Nakhoda Serigala said...

sama2 tuan