Tuesday, May 22, 2012

Bunga Bakawali... Mistika 27





Aku nak cerita tentang bunga bakawali ni. Dulu mak aku cari pokok bunga bakawali susah sungguh nak jumpa. Akhir nya kawan mak aku yang bagi kat mak aku untuk di tanam. Mula-mula tu susah juga nak hidup pokok ni, hiduppun macam hidup segan mati tak mahu.Tapi akhirnya pokok pun makin membiak dan segar, bunganya pun asyik keluar je. Tapi semua tu tak dapat aku tgk hari2 sebab kat kampong.. Tanahnya pun dah jadi tanah org..

Kalau ikut buku hikayat lama-lama dan dari cerita lisan nenek moyang kita, bunga bakawali ini boleh dibuat ubat. Katanya boleh dibuat ubat untuk beranak. Tapi aku tak pernah cuba pulak. Mungkin betul kot sebab kalau tidak takkan orang dulu bercerita.

Lagi satu dikatakan bunga bakawali ini mempunyai penunggunya. Bak kata kawan aku, kalau nak tahu tu masa Bunga Bakawali nak kembang iaitu kira-kira jam 12 tengah malam. Pada masa ia nak kembang tu kita pegang bunga tersebut jangan benarkan bunga tu kembang. Kemudian dekatkan kudup bunga tu ke telinga, nanti ada bisikan ke telinga kedengaran. Masa tu kalau nak minta apa pada dia minta la.Kalau nak minta jadi isteri pun boleh tu agaknya hahaha. Tapi aku tak pernah cuba lagi. Kalau nak cuba tu, kena baca Bismillah banyak2. Selamat mencuba.

Sesapa yang ada tanam pokok ni bolehlah email kat aku.. Kalau ada yang keringkan pun boleh email kat aku dengan harganya sekali.. dapat 2-3 kuntum pun jadilah...

7 comments:

Unknown said...

hai.. sy tgah teruja tnam pkok tuh skang .. otw nk mmbsr.. hihi

Unknown said...

hai.. sy tgah teruja tnam pkok tuh skang .. otw nk mmbsr.. hihi

Nakhoda Serigala said...

Hai juga.. Selamat berjaya menanam pokok bunga yg hampir pupus ni.. nanti biakkan lagi n boleh jual anak benih pokok yg byk kegunaan ni.. well done..

Unknown said...

Syirik dan khurafat kalau percaya apatah lagi kalau ader niat tuk mencuba kepercayaan tahyul tuuu..ianyer hanyalah tumbuhan ciptaan allah dan itu menunjukkan kekuasaan yg maha Esa kepada hambanya tuk berfikir tentang kewujudan dan kekuasaan di alam semesta ..

Unknown said...

Syirik dan khurafat kalau percaya apatah lagi kalau ader niat tuk mencuba kepercayaan tahyul tuuu..ianyer hanyalah tumbuhan ciptaan allah dan itu menunjukkan kekuasaan yg maha Esa kepada hambanya tuk berfikir tentang kewujudan dan kekuasaan di alam semesta ..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nakhoda Serigala said...
This comment has been removed by the author.