Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Aku.. Dia... Dan Kamu.... Syaitan.. Nafsu.. Dan Ilham..

Salamun alik ya ummat Muhammad.. sesungguhnya kamu dalam kerugian andai kamu tidak mempergunakan waktu hidup yang singkat ini untuk menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu.. Kerana sesungguhnya apabila kamu mendapat ilmu, maka manfaatkan lah ia dengan cara membantu orang lain dgn ilmu kamu atau mengajarkannya kepada yang lain. Sesungguhnya menuntut ilmu itu satu kewajipan, majlis ilmu sesuatu kesukaan Allah dan menyampaikan ilmu itu menambah dan memanjangkan jangkamasa kutipan pahala kamu selagi org lain memanfaatkan ilmu itu sekalipun kamu sudah meninggalkan alam insan ini. Sampaikanlah kepada umatku walaupun satu huruf kata nabi Muhammad saw...

Tadi pakcik dok dengar usrah Ustaz Azhar Idrus pasal benda yg sama. Bila pakcik ngajar mentee2 pakcik pun mesti pakcik terangkan bab ini dulu supaya diaorg faham akan perjalanan hidup diaorg nanti yg penuh dgn berbagai cubaan dan rintangan.. Tajuknya Perbezaan Antara Bisikan Syaitan, Nafsu dan Ilham..

Izinkan pakcik untuk kupas satu2 mengikut pengajaran dari guru2 pakcik yg pakcik hormati baik yg masih hidup mau pun yg telah kembali ke rahmatullah.. Al-fatihah buat mereka yg telah pergi..

Yang pertama adalah BISIKAN SYAITAN.. menurut UAI bisikan syaitan ini umpama lelaki dan unsurnya datang dari luar menggoda nafsu kita. Ianya tak dapat mengganggu jasad kerana ianya sesuatu yang ghaib maka ia akan mengganggu yg ghaib juga. maknanya ia takkan dapat mengganggu tubuh (zahir) kita hanyalah ia mampu menggugat jasad ghaib (roh dan komponennya) kita.

Menurut guru pakcik bisikan syaitan ini sifatnya merancang untuk semua perbuatan ke arah kemungkaran. Syaitan ini akan merancang dan membisikkan kedalam akal semua isi perancangan untuk membuat kemungkaran. Sebagai contohnya pakcik berikan seorang lelaki dan seorang wanita.. Syaitan akan membisikkan perancangan seperti "Mula2 ajak awek ni makan, pastu letak pil khayal dlm minuman dia, pastu papah dia masuk kete, ckp kononnya nak antar dia balik, pastu bwk dia masuk ladang kelapa sawit" dan seterusnya lah.. kang pakcik sambung citer korang keras x tentu psl lak.. Tapi gitulah contohnya perancangan syaitan apabila mengajak kepada suatu kemungkaran dan adakalanya sangat detail..

Yang kedua pula kita bicarakan tentang NAFSU. kata UAI nafsu ini umpama wanita iaitu lawannya lelaki (Syaitan). Dan apabila keduanya bersatu akan lahirlah anaknya yg dinamakan dosa.. Nafsu itu sebenarnya baik iaitu membuat manusia jd berkehendak seperti mkn, minum,syahwat dsb. Namun apabila mengarah kepada kemungkaran ianya menjadi HAWA NAFSU dan inilah yg membuahkan dosa. Ianya sesuatu yg dari dalam diri kita.

Menurut guru pakcik pulak nafsu ini sifatnya suka merengek untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu itu. Nafsu itu akan merengek ala-ala manja untuk mendapatkan sesuatu yang menjadi tuntutan hawa nafsu. Sebagai contoh bila syaitan telah membisik maka nafsu jahat ini akan memainkan peranannya merengek "Alaaa hemsemnya mamat tu, nak la berkenalan dgn dia, dtg la tanya no tipon aku, bawak la aku naik kete bmw engkau pastu kita gi la umah banglo ko kat depan stesyen minyak tu... kau buatlah appa saja kat aku, cepatla tegur aku" haaa lebih kurang mcm tu la dia dok merengek... mcm biasa kalau pakcik sambung confirm korang keras. Perlu diingatkan bahawa pakcik bukan penulis cerita porno yer..

Yang ketiga kita bicarakan psl ILHAM pula. Kata UAI ilham ini mengajak ke arah kebaikan. Dia takde lelaki atau wanitanya. Ilham inilah yang melawan bisikan syaitan andai roh dan iman kita kuat.

Menurut kata guru pakcik pula ilham ini bersifat sebagai penunjuk jalan keluar kita dari sesuatu masalah, sebagai penasihat kepada iman dan perancang ke arah kebaikan. Ilham ini juga sebagai penggerak manusia utk melakukan sesuatu, sumber idea kepada seseorang serta bg yg belajar mcm pakcik sbg penggerak terus dr Allah swt dlm sesuatu urusan. Sesungguhnya manusia sehina kita hanya mampu mendapat ilham sahaja berbanding rasul2 yg menerima wahyu dr Allah menerusi malaikatnya.. Sebagai contohnya apabila terdapat bisikan syaitan dan rengekan nafsu maka ilham dan akal akan bersatu memerangi mereka. "Oiii mana boleh buat lagu tu (bukan cipta lagu mcm M.Nasir yer).. or dlm bahasa inggerisnya Mana boleh buat mcm tu, dosa besar, lagipun kita sendiri ada keluarga perempuan jd jgnlah kita menganiyai perempuan lain walaupun mereka itu insan lemah dimata kita yg lelaki" ataupun ilham ini menasihati kita supaya bersabar dengan dugaannya.

Maka setelah pakcik menerangkan akan ketiga-tiga maksud tersebut beserta huraian oleh UAI dan Mahaguru2 korang maka selepas ini dapatlah korang bezakan antara hasutan dan bisikan syaitan, nafsu dan ilham. Walaupun mungkin penerangannya dengan cara mereka mentafsir tetapi tujuan, makna dan kesimpulannya adalah sama. Semoga coretan singkat pakcik ini dapat memberi manfaat kepada anda dan generasi seterusnya.. Cintakan ilmu, semarakkan ilmu dan manfaatkan ilmu...

Friday, April 12, 2013

Harum, Gurih Nikmat...



Sebenarnya gambar kat atas tu takde kena mengena pun dgn apa yg pakcik nak tulis. Pakcik saja je nak bgtau korang pakcik baru je jumpa dgn rokok fevret pakcik kat bumi Sarawak ni. Dah berapa ari pakcik dok isap rokok seludup yang rasanya boleh la kata seakan-akan gudang garam ni. Yang  pakcik nak citer kali ni ialah mengenai apabila ada yang bertanya pakcik mengapa perlu bertasawwuf...penting sangat ke tasawwuf dalam kehidupan...tasawwuf ni apa sebenarnya ya?

Cuma satu jawapan ringkas dari pakcik. Dalam dunia ni kita belajar ilmu tauhid ilmu tauhid gunanya untuk membetulkan sembahan agar tak tersalah sembah. Kita belajar ilmu fiqah jugak, gunanya untuk tahu cara-cara berabdi/beribadah. Kemudian bila kita belajar tasawwuf gunanya untuk melengkapkan kecantikkan tauhid dan fiqah tadi. Di situ letaknya kepentingan tasawwuf. Tak belajar pun tak apa, tidak ada salahnya.

Sebagai contohnya kamu seorang bujang dan dah akhil baligh.. Dah merasa mimpi2 basah tu.. Jadi nk kahwin.. Tauhid ni umpama kamu diajar segala rukun, syarat dan tanggungjawab untuk bernikah dan sebagai suami. Dan kamu dah kenal pasti mcm mana wanita yg kamu nak jadikan isteri.



Maka Fiqah pulak umpamanya mengajar kamu cara mentadbir rumahtangga.

Maka Tasawwuf pulak umpamanya melengkapkan ilmu kamu tentang dalil, rukun, syarat sah/wajib/harus/sunat/haram dalam berumahtangga, mengajar kamu mentadbir rumahtangga dengan kamu merasai sendiri pengalaman itu. Disamping itu dibagi tip2 lagi menjadi suami cemerlang. Dibimbing lagi mcm mana nak jd ketua rumahtangga. dibimbing lg cara mcm mana nak jaga anak isteri. Sampailah kamu sedar semula selepas itu ..oooo hakikatnya aku boleh berkahwin dan mampu jadi ketua keluarga yg cemerlang rupanya.. Orang sebelah x belajar tasawwuf tu selalu bergaduh, anak2 pun kurang terurus.. takde orang nak bimbing rupanya.. Dalam tak terurus pun anak dah 5 dah baru 3 tahun kawin..

Hasilnya...Dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna, dpt mendidik anak isteri jadi cemerlang, senang je uruskan rumahtangga. Nak bagi contoh lebih2 lagi pakcik tak pandai. Bak kata pakcik.. kalau kau nak tau rasa manis tu ko kena rasa sendiri.. Kalau setakat nak terang tu sampai bernanah lidah pakcik pun, x reti pakcik nak menerangkannya..Cuma pesanan penaja dari Kicap Tamin Cap Dua Rimau kata nak tau lazatnya LU RASA LA SENDIRI BARU LU BOLEH CAKAP...

Wednesday, March 20, 2013

Selain dari kesedapan Ikan Bakar Peramu..



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog kerdil ini dan semoga semuanya diberkati Allah hendaknya. Kali ni pakcik sang fakir ini nak mengulas sedikit dari kitab Tok Peramu yang yang ditulis oleh Tok Peramu untuk kita pelajari, kaji dan fahami.. Siapa Tok Peramu ni banyak menimbulkan tandatanya kerana low profilenya beliau yang tinggi dalam ilmu makrifatnya.. Bukanlah profile beliau yang menjadi persoalan tetapi ilmu yg beliau curahkan dari manuskrip kitab beliau itu.. Dan pakcik ingin mengulas lebih panjang tentang kandungan isi kitab beliau itu untuk pemahaman kita bersama. Kalau pakcik salah siapa yg lebih arif boleh betulkan dan pakcik akan betulkan dalam penulisan ni..

Menurut Tok peramu Kesempurnaan dalam Islam atau sempurna seorang manusia menjadi seorang Islam ada tiga iaitu:

a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggota

Maksud keterangan  beliau dari pemahaman roh islam pakcik ialah ianya bermula dari lafaz syahadah kita yakni :



Apa yang dimaksudkan Diikrarkan dengan lidah ialah mengucapkannya dengan lidah kita. Ini kerana syaitan laknatullah pun akan mengucapkan ayat pertamanya namun xkan terkeluar ayat mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhnya kerana syaitan menjadi kufur setelah diperintahkan untuk tunduk dan sujud kepada manusia. Itulah yang membezakan Islam itu dengan yang bukan Islam kerana penganut ugama lain mengaku adanya Allah yang satu tetapi tidak menerima Rasulallah sebagai manusia yang dipilih Allah untuk memimpin manusia..

Ditashdiqkan dengan hati pula member maksud mengaku dengan hati. Apabila kita mengucapkan Ash hadualla ila haillallah maka bukanlah bermakna sekadar mengucapkan tetapi hati kita juga mengaku bahawa Allah itu tuhanku. Tidak sempurna seorang Islam itu mengaku bahawa dirinya Islam sedangkan dirinya menjadi saksi palsu di akhirat kerana bersaksi bahawa menyembah Allah tetapi tidak menyaksikan Allah itu sendiri. Bukanlah pakcik kata korg kena tgk dgn mata yg dua biji tu tapi dgn mata hati korang.. Mcm mana nak tgk dgn mata hati tu kena la belajar “melihat” pulak.

Bagaimana nak mengerjakan dengan anggota lak? Korang kena mengerjakan apa yg disuruh dan dituntut dalam islam la. Contohnya mcm kata Sheikh Zakir Naek bila ditanya kenapa perlu org Islam memakai serban? Jawapan beliau yg sederhana bersahaja memukau hati org bukan Islam yg bertanya. Jawapan beliau adalah bukanlah menjadi tidak Islam kepada mereka yg tidak berjanggut dan tidak memakai serban. Tetapi di dalam konteks belajar kita tentunya mengharapkan keujian dalam keputusan dan bukan setakat lulus. Maka memakai serban dan berjanggut itu adalah untuk mendapatkan “kepujian” dalam usaha menjadi insan kamil.. dan yang tidak memakai serban itu mereka seperti hanya lulus dalam mata pelajaran..

Persoalan kedua beliau dalam kitabnya berupa Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam? Maka kata beliau kesempurnaaan dalam Islam itu digambarkan menerusi empat perkara..

a. Merendahkan diri kehadrat Allah dan sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadas Besar

Merendah diri dgn Allah membuatkan kita akan selalu beradab dan malu dengan Allah yakni senantiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada-Nya. Kita cukup merasa malu untuk sombong kepada-Nya, tidak menghiraukan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita senantiasa merendahkan diri terhadap Allah dan khusyuk dalam beribadah. Selain itu kita berhati-hati, bimbang dan cemas, jangan-jangan kita telah membuat kesalahan dengan Allah. Kita juga akan selalu merenung dan menyesali diri. Apakah kita sudah mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah. Kita yang selalu lalai, lemah serta berdosa, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya? Waktu untuk beribadah terlalu pendek dibandingkan dengan waktu yang kita gunakan untuk bercakap-cakap kosong, berangan-angan memikirkan bagaimana untuk meluaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut serta bermacam-macam kelalaian lagi.

Kepada sesama manusia pula kita tidak menyombong dgn apa yg kita ada serta hendaklah kita memuliakan mereka yang miskin dan menghormati mereka yang kaya. Menghormati pada yang muda serta memuliakan mereka yang lebih tua..

Suci lidah dari mengambil yg haram ni pakcik rasa tak perlu nak diulas pjg lebar sebab sudah terang lagi bersuluh dan begitu juga dengan dusta dan mengumpat. Hatta untuk berdakwah juga tak perlu lah kita menyebarkan keaiban org lain. Cuma perlu menyatakan untuk menjauhi kelakuan itu cukuplah.. kerana Allah menyatakan bahawa andai kamu menutup keaiban org lain maka Allah akan menutup keaiban kamu juga..

Suci dari hadas besar pula bermaksud mereka menjaga kebersihan diri setiap masa bukan semasa nak solat sahaja.. apabila pakaian terkena kotoran yg tak membolehkan kita bersembahyang maka bersuci lah kerana malaikat juga membenci sesuatu yang najis. Andai kita sentiasa menjaga kesucian kita maka malaikat akan terus menerus mendoakan kesejahteraan kita.

Seterusnya beliau mengatakan dalam kitabnya yang berbunyi Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ? dan beliau menyatakan bahawa ada empat juga kesemuanya iaitu :

a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Redha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadis Nabi.

Maksudnya sebagai seorang Islam maka kita haruslah sabar dengan segala ujian dan cubaan darinya kerana hambanya yg terpilih haruslah menjalani semua ini sebagai ujian untuk membuktikan keislaman kita. Kita juga haruslah redha dgn ketentuannya akan perjalanan hidup kita dan jgn sesekali menangisi akan qadak dan qadar kita kerana Dia lebih mengetahui akan kebaikan utk kita. Adakalanya musibah yg datang kepada kita membawa keberuntungan kepada kita sebenarnya kerana Dialah yg lebih Maha Mengetahui. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sesorang Islam itu hendaklah berpegang kepada alquran dan sunnah dalam menjalani hidup ini dan menjadikan alquran dan sunnah itu sebagai panduan hidup.

Seterusnya lagi beliau menuliskan  Apakah yang membinasakan Islam ?. maka jawab beliau yang membinasakan Islam itu sendiri terdapat empat perkara iaitu:

a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

Maksud beliau adalah janganlah melakukan sesuatu amalan itu yang menyalahi syariat Islam. Andainya disuruh mengerjakan amalan yg bertentangan dengan syarak hatta disuruh oleh guru anda sendiri maka jauhilah dan carilah guru lain apabila guru anda mula menyimpang mcm tu.

Jangan mencela orang lain sekalipun ianya buruk dimata anda kerana Allah menentukan sesuatu itu didalam rahsianya. Maka manusia yg berakal ini janganlah mencemuh sesuatu kejadian buruk itu kerana Dia tak pernah berhenti mentadbir makhluknya setiap masa dan semua kejadian itu dibawah seliaannya. Namun jgnlah sesekali meringan hukum Allah, jauhilah larangannya dan laksanakanlah perintahnya.

Maka apabila kamu disuruh melakukan amalan yg disuruhnya maka dikerjakanlah kerana itulah suruhannya. Janganlah pula ditanya pada suruhan yg jelas arahannya seperti solat dan jgn pula ditanya kenapa perlu melakukan solat.. Dan selain itu umat Islam juga haruslah berterusan belajar dan mencari ilmu tanpa ada rasa malas.

Friday, March 15, 2013

Pesanan dari penaja.. Dari Nabi Khidir a.s. untuk Nabi Musa a.s dan semua



Assalamualaikum wbt para pembaca blog ini yang budiman.. Sesungguhnya mungkin minggu ni minggu pesan sedunia kut sebab pakcik asyik dok post pasal pesan je dalam 2 - 3 entry ni.. Suka sebenarnya pakcik berpesan ni sebab Nabi Khidir pun cakap sebenarnya rasa jemu orang yang berpesan tu lambat datangnya daripada orang yang mendengar pesan tu. Mcm org berleter dengan org yg mendengar leteran la jugak.. Cuba kalau korang dpt chance berleter, seharian belum tentu abis idea korang (tambahan klu org yg dgr tu jenis x melawan).. Tapi agak2 apa perasaan org yg kena leter tu? Agaknya kalau jam tu gak dia boleh lompat dari tingkap rumah korang utk lari dr leteran korang, kasut timberland yg dia baru beli semalam kat bundle pun dia sanggup tinggalkan kat tangga rumah korang tu. So kalau tgk2 ada org dtg pakai kasut mahal2 ke rumah korang leter lah power2 kat dia, untung2 korang dapat satu kasut free.. tp kena ukur size dulu la sebelum dia naik.. Pastu bolehlah korang bukak bundle kasut kat rumah lak..

Pakcik tak lah bodoh cuma kurang cerdik jer. tu sebab sampai skrg pakcik dok belajar lagi.. tak kira dr orang lg tua or orang lagi muda. Zaman2 Khalifah Arrashidin  dulu pun sahabat2 melantik orang2 lg muda dari diaorg sebagai penasihat sebab x semestinya org lg muda xde pengetahuan.. So pakcik try nak ulas sikit lah pesanan Nabi Khidir ni ikut pemahaman pakcik yer.. Pada zaman tu xde henpon kan so sebab tu dia pesan je, dia tak sms ataupun email kat Nabi Musa..

Pesanan beliau macam ni kepada Nabi Musa a.s..

"Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan diantara manusia hingga kamu dibenci oleh mereka. Jadilah kamu orang yang senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah kamu berkeras kepala atau bekerja tanpa tujuan. Janganlah kamu mencela seseorang hanya kerana kekeliruan sebaliknya perbetulkan mereka. Kemudian tangisilah dosa-dosamu”

Ulasan Pakcik: Dari pesanan ini Nabi Khidir menyatakan bahawa janganlah kita buat perangai mcm org ramai sekarang.. Lempar pertanyaan kat org lain tanpa beri jawapan.. kalau kita tanya org lain untuk test pengetahuan org (bukan dgn niat ingin belajar) maka make sure kita berikan jawapan andai org tu tak tau or pemahaman dia salah.. jgn kita biarkan org tu terpinga-pinga.. Kalau kita ada ilmu kita ajarkan pulak kat org lain.. jgn jadi kedekut sebab kalau kita ajarkan ilmu kat org lain pun x kan berkurangan ilmu yang kita dah ada tu.. lagi ramai org kita ajar lagi berkat hidup kita dan makin banyak tabungan pahala kita.. Tambah lak kalau org yg kita ajar tu memberi manfaat atas ilmu yg kita ajar..perghhh mcm sistem piramid lak jadinya bonus pahala kita..

Pesanan kedua:

“Wahai Musa, pelajarilah olehmu ilmu-ilmu pengetahuan agar kamu dapat mengetahui segala sesuatu yang belum kamu ketahui, misalnya masalah-masalah yang tidak dapat diterangkan dengan lisan atau dijadikan bahan pembicaraan saja. Itulah penunjuk jalanmu dan orang-orang yang mendapat hidayah”.

Ulasan pakcik:  Yang ni maksudnya kita jangan bodoh sombong.. dah la bodoh tapi tak mau belajar.. Bila kita dah belajar kita belum pandai tapi kita dah ada satu ilmu.. maka ilmu itu kita ajarkan kepada org lain.. dan org lain tu ajar jugak kepada org yg lain2.. maka semua org ada ilmu so xde lah istilah masyarakat buta ilmu, tambah2 pulak ilmu ketuhanan ni.. Tu sebab Nabi Khidir hidup sampai skrg utk ajar manusia supaya tak sesat dijalan Allah..Kalau ilmu sufi ni lak banyak rahsianya yg penuntut nya kena rasa sendiri.. so ajarkan org lain mcm mana nak "merasa" tu.. Mcm pakcik sendiri pun klu tanya mampus tak leh nak terangkan kat korang mcm mana rasa manis tu.. klu nak tau korang rasa dulu manis gula mcm mana, manis buah mcm mana, manis kurma mcm mana, manis air nira mcm mana.. so baru korg tau sendiri mcm mana manis tu.. tapi nak terangkan dgn lisan pakcik pun x mampu.. sebab klu mkn gula tu rasa gula bkn rasa manis. sbb klu manis tu rasanya mcm rasa gula manis yg ada kt buah tu nak panggil apa? Manus??

Pesannya yang ketiga:

“Wahai Musa, sesungguhnya orang yang selalu memberi nasihat itu tidak pernah jemu seperti jemunya orang-orang yang mendengarkannya. Maka janganlah kamu berlama-lama dalam menasihati kaummu. Dan ketahuilah bahawa hatimu itu ibarat sebuah bejana (bekas air dari tembikar) yang harus kamu rawat dan pelihara dari hal-hal yang memecahkannya. Kurangkanlah mengejar duniawi dan buanglah jauh-jauh di belakangmu kerana dunia ini bukanlah alam yang akan kamu duduki selamanya. Kamu diciptakan adalah untuk mengumpul pahala-pahala untuk akhirat nanti. Bersikap ikhlaslah dan bersabar hati dalam menghadapi kemaksiatan yang dilakukan kaummu”.

Ulasan pakcik: Ini mcm yg pakcik ckp tadi la.. org yg dgr nasihat cepat jemu so jgn berleter pjg2 sbb kalau kita yg kena leter sure x sanggup nak dgr seminit pun. Sbb harti manusia lain2.. hati ni cepat sensitif.. jaga lah selalu hati kita dengan jaga mulut n lidah kita. sbb lidah kita ni kalau berckp lagi laser dari pedang Darth Vadder.. Kita jaga lidah kita supaya x lukakan hati orang maka org pun insyaallah akan jaga lidah diaorg supaya x lukakan hati kita. Jangan kejar harta benda dan kesenangan didunia ni sebab kita bukan hidup tongkat dunia. harta dan wang ringgit yg kita ada pun bukan milik kita.. semua milik allah, kejap je kalau dia nak tarik balik. Ataupun hak org lain.. mcm gaji kita, kdg2 dia tumpang masukkan dlm akaun kita sebab utk kita sedekahkan atau berikan pada yg berhak.. bukan hak kita pun..

Pesannya yang keempat:

“Wahai Musa, curahkanlahkanlah seluruh ilmu pengetahuanmu, kerana tempat yang kosong akan terisi oleh ilmu yang lain. Janganlah kamu banyak bercakap tentang ilmumu itu kerana itu akan dilakukan oleh kaum ulama selepasmu. Maka bersikap sederhana sajalah, sebab sederhana itu akan menghalangi aibmu dan akan membukakan taufik hidayah Allah SWT untukmu. Hapuslah kejahilan kamu dengan cara membuang sikap masa bodohmu (ketidakpedulian) yang selama ini menyelimuti dirimu. Itulah sifat orang-orang yang arif lagi bijaksana, menjadi rahmat bagi semuanya.Apabila ada orang yang bodoh datang kepadamu dan mencacimu, hadapilah ia dengan penuh kedewasaan serta keteguhan hatimu. Wahai putera Imran, tidaklah kamu sedari bahawa ilmu Allah SWT yang kamu miliki hanya sedikit saja. Sesungguhnya menutup kekurangan yang ada pada dirimu atau bersikap sewenang-wenang adalah menyiksa dirimu sendiri. Janganlah kamu buka pintu ilmu ini jika kamu tidak boleh menguncinya. Jangan pula kamu kunci pintu ilmu ini jika kamu tak tahu cara membukanya”.

Ulasan pakcik: Kalau korang ada ilmu yang elok tu ajarlah kat kaum kerabat dan org2 disekeliling korang. sebabnya kalau korg x ajar ilmu yang baik, maka takutnya nanti org2 sekeliling korg tu belajar ilmu salah lak,.. last2 korg gak yg payah sebab kena berhadapan dgn org yg bwk ilmu salah ni.. klu sorg xper.. klu ramai2? lunyai.. Ambik berat akan hal2 ilmu ni.. selalulah jadi jemaah majlis ilmu sebab org yg menghadiri majlis ilmu selalu ni diberkati (sekalipun dtg utk rasa apa jamuan hari tu - ni pakcik yg ckp yer). Ilmu dapat rezeki pun dapat. kalau org nak belajar dgn kita ttg ilmu yg kita dah ada, ajarlah dgn ikhlas. Jgn hina2 org tak tau sbb dia tak tau dan dia bukan bodoh.. Kita yg tau tp x ngajar tu yg bodoh sbb kedekut ilmu.  Tapi kalau kita tak tau jgn pandai2 lak nak ngajar ilmu sesat. Suruh dia cari guru lain klu kita tak tau n pleaseeee jgn wat2 tau.. Ni lagi bahaya kalau ajaran salah..

Dan pesannya yang terakhir:

“Wahai Musa, Barang siapa suka menepuk-nepuk harta benda, dia sendiri bakal mati tertimbun dengannya hingga dia merasakan akibat dari kerakusannya itu. Namun, semua hamba yang mensyukuri semua kurnia Allah SWT serta memohon kesabaran atas ketentuan-ketentuanNya, dialah hamba yang zuhud dan patut ditauladani. Bukankah orang seperti itu mampu mengalahkan nafsunya dan dapat memerangi pujuk rayu syaitan? Dan dia pula yang menuai buah dari ilmu yang selama ini dicarinya. Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahala di akhirat. Sedangkan kehidupan dunianya akan tenteram di tengah-tengah masyarakat yang menimati manfaat dari jasa-jasanya”.

“Wahai Musa Putera Imran, jadikanlah pakaianmu bersumber dari zikir dan fikir (hiasi hidupmu dengan memuji serta melihat kebesaran Allah) serta perbanyaklah amal kebajikan. Suatu hari nanti andai kamu tidak mampu mengelak dari kesalahan, maka pintalah keredhaan dari Allah SWT dengan berbuat kebajikan kerana pada saat-saat tertentu akalmu pasti akan melanggar laranganNya”.

Ulasan pakcik: Sesapa yang nak sgt kejar material duniawi ni maka dia akan mati dalam keadaan yang kufur sebab bertuhankan harta. Kita kena jadi insan yg bersyukur walau sedikit mana rezeki yg kita dpt sebab rezeki yg besar tu sebenarnya pahala.. tp sebab tak nampak n tak dpt dinikmati sebab tu org x sibuk kejar pahala. Klu nampak, org yg kaki tergantung bru pas eksiden kat spital pun akn dtg merangkak kumpul pahala.. Tauladanilah  org yg sentiasa bersyukur sbb org yg mcm ni wlu sedhaif mana pun hidupnya sentiasa kecukupan sbb dia x hadap sgt ke kebendaan ni. Redha allah dah cukup buatnya. nafsu pun terjaga.. Lebih baik cari pahala dari dok kejar harta benda sebab andai suatu hari nanti kita membuat kesilapan, pahala dan ilmu yg ada membantu insyaallah akan membantu kita utk menyedari kesilapan kita dan kembali ke jalannya. Tak dapat tidak kita pasti menghadapi dugaannya.. dan yg penting S.A.B.A.R..

Sekarang telah kupenuhi kehendakmu untuk memberi pesan-pesan kepadamu.
Pesananku ini tidak akan sia-sia bila kamu mau menurutinya. Setelah itu Khidir meninggalkan Nabi Musa as yang sedang duduk termenung dalam tangis kesedihan.

#***Semalam pakcik baru khatam baca buku Nabi Khidir Super Misteri oleh seorang penulis Indo.. Masyaallah bila abis pakcik kenangkan kembali kata2 Nabi Khidir tu kepada Sunan Kalijaga lak. Lepas ni pakcik tulis pesan dia kat Sheikh Malaya (Sunan Kalijaga) tu ok. Tp kata2 Nabi Khidir walaupun dah ditranslate dalam bahasa melayu, masyaallah... penuh hikmatnya kata.. itulah kalam allah.. tak dpt nak ditandingi oleh karya manusia.. ni yg pakcik nak nangis ni.. korang baca je lah.. pakcik nak nangis jap.. Assalamualaikum..

Thursday, December 13, 2012

I am speechless...

Menurut ensiklopedia umum Ilmu kalam adalah falsafah mencari prinsip-prinsip teologi Islam melalui dialektik. Dalam bahasa Arab perkataan ini secara harfiah bermakna "pertuturan". Seorang cendekiawan kalam dirujuk sebagai seorang mutakallim (ahli teologi Islam; majmuk mutakallimiin). Terdapat banyak tafsiran mengapa disiplin ini digelar "kalam"; salah satu daripadanya adalah kontroversi terbesar dalam bidang ini berkaitan dengan pertuturan Allah.

Pada zaman Abbasiyah, telah banyak berlaku pembahasan di dalam perkara-perkara akidah termasuk perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Nabi s.a.w. atau zaman para sahabatnya. Berlaku pembahasan tersebut dengan memberi penumpuan agar ia menjadi satu ilmu baru yang diberi nama Ilmu Kalam. Ilmu ini muncul dan berkembang atas sebab-sebab dalaman dan luaran.

Aku rasa n bila aku baca susah sgt la nak fahamkan apa kejadahnya yang diaorang try nak dok terjemahkan n terangkan apa kebendenya ilmu kalam ni kat korang kan. So aku rasa aku pun kena terangkan la jugak dalam bahasa "sambil menunggu durian luruh" aku ni tentang ilmu kalam ni dari pengetahuan, pengajaran dan terjemahan yang aku terima. Jangan la mintak aku terangkan dari segi ilmiahnya pulak sebab terang -terangan golongan syariat ahlul sunnah waj jamaah menyatakan bahawa ilmu kalam itu salah la, menyimpang la dan macam2 lagi. Kalau kita suh pakcik google terangkan pun macam2 pendapat yang kita dengar. Sampai jemu lak kita nak baca sebab lain orang lain pendapatnya. jadi biar la aku tambah satu lagi kepening lalatan korang memahami ilmu kalam ni dengan pendapat aku pulak dengan cara yang santai beb..

Kalam ni salah satu dari sifat 20 yakni sifat Allah.. Kalau diterjemah direct memang lah maksudnya berkata-kata. Tapi ketahuilah olehmu Ya Ahli Kubur semua bahawa kalam allah atau kalamullah itu tak berbahasa, tak bersuara,tak berbunyi dan nada, tak bersuku kata, tak ada warna, tak ada rupa.. pelik kan bunyinya.. memang lah itu sifat Allah yang maha pelik lagi bijaksana.. hanya dialah yang mampu melihat sedangkan manusia itu tidak dapat melihatnya.. walaupun pun dia tak melihat dengan mata tapi seluruh alam dia nampak. manusia yang bermata empat pun belum tentu dapat nampak apa yg tersorok depan mata dia org..

Yang dikatakan kalam itu lah yang disampaikan kepada malaikat untuk disampaikan kepada rasul2 sebagai wahyu.. dah apa yang telah disampaikan kepada Rasulallah juga telah ditinggalkan untuk kita dan dapat kita baca, kita dengar, kita kaji, kita teliti dan kita jadikan panduan, penawar dan pendinding diri.. dan mcm2 lagi kegunaannya.. Tapi kdg2 kita tak perasan buku berkulit keras yang tersadai tepi rak buku dalam masjid sebelah sejadah kita tu sebenarnya adalah kalam allah yang telah diterjemahkan menjadi skrip dalam bahasa arab dan di alih suarakan berbagai-bagai bahasa untuk memberi pemahaman kepada seluruh rakyat jelata di serata pelusuk dunia. Buku tebal yang tersadai kat atas almari baju bawah beg sandang lama tu sebenarnya adalah kata2 dari pencipta kita yang telah dimanuskripkan agar manusia lebih faham, lebih bersyukur dan lebih mengenali apa itu cinta..

Fuhhh best kan ngutuk org.. senior aku pernah cakap dlm dunia 3 perkara paling best iaitu, makan free or orang belanja, pukul org tapi org tu tak melawan balik and lastly kutuk orang dan org yang kena kutuk tu diam je tak mengutuk balik. Betul ke tidak entahlah aku pun tak tau.. Lu pikir la sendiri..

Dalam ilmu kalam, apa yang pelajari nak diterangkan dalam bahasa yang mudah ialah ilmu bercakap tanpa berkata-kata.. haaa mcm mana korang nak describe tu? Kalau korang seorang yang vigilant (bukan bijiklent... yer) kata org kampung aku, korang akan faham apa aku maksudkan..  Pernah tak korang dengar orang minang cakap bahasa tubuh atau org kampung aku biasa kata body language? tu pun umpama ilmu kalam gak.. Whenever u try to tell something to people without saying any words. haaa kan aku dah mencarut dalam bahasa inggeris.. Contohnya bila kita tercium bau kentut org sebelah. Maka utk cover diri kita kita naik turunkan tangan berulang kali depan hidung kan utk bgtau org lain kita tercium bau kentut sedangkan kdg2 kita yang terkentut tu.. begitulah juga ibaratnya ilmu kalam.. 

Satu lagi cuba kita lihat bagaimana orang bisu berbicara sesama mereka.. Nescaya mereka tak mengeluarkan walau sepatah kata pun sebab keadaan mereka namun mereka-mereka itu mampu menerawangkan tangan mereka sehari suntuk bersembang sesama mereka dari isu politik, ekonomi,kehidupan sampailah ke cerita dalam kain tanpa sepatah kata pun.. itulah cabang dari ilmu kalam yang aku maksudkan..

Aku pernah tanya puan sri aku mcm mana orang bisu nak bagitau dia nak tido.. maka puan sri aku jawab sambil buat demo rapatkan kedua telapak tangan dan letak sebelah kanan kepala dan sengetkan kepala ke kanan.. Wowww awesome kata aku.. Aku tanya pulak mcm mana orang bisu nak mintak nasi? Maka dengan tonggeknya puan sri aku tu demo rapatkan semua hujung jari dia dan hala kan ke mulut dan aku terpegun.. wahhh pandainya.. maka aku tanya lagi.. macam mana orang buta nak mintak air, Maka sekali lagi dengan gaya sombongnya puan sri baby aku buat gengam tangan dan naikkan ibu jari n halakan ke mulut dia.. maka aku sekali lagi terpempan dengan kehebatan puan sri aku sambil aku cakap orang buta buka boleh cakap ker? naper dia tak cakap jer "bagi saya air minum segelas..". Sebab klu dia mintak air jer mungkin org tu terbagi air basuh tangan.. 

Hakikat ilmu telepati itu juga adalag cabang dalam ilmu kalam.. Telepati bukan telefon PATI tgh2 mlm tu yer.. Ianya mengenai berhubung dengan gerak hati atau bersembang secra otak ke otak jer.. Or sometime ada orang yang boleh membaca fikiran org lain.. Ini semua hasil dari ilmu kalam yang kita dapat kuasai walau sejuta kali tak sama dengan kalam allah itu.. Cantikkan ilmu kalam yang allah bagi kita utk belajar dan mendalami walau hanya sedikit yang dia peruntukkan utk kita ketahui..

Tuesday, August 7, 2012

Misteri Nabi Khidir dan dan Ilmu Ladunni

Surah Al-Kahfi. Surah yang di dalamnya terdapat beberapa cerita akan ummat sebelum kita. Di dalanya terdapat kisah Ashabul Kahfi, yakni pemuda-pemuda yang tertidur di dalam gua selama 300 tahun lebih kerana hendak menyelamatkan keimanan mereka. Wujud juga kisah Dzulqarnain. Dan terdapat pula kisah pengembaraan Musa bersama hamba Allah SWT bernama Khidr AS.
Artikel ini akan memfokuskan kepada perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS. Mengekstrak hikmah dan motivasi daripada perjalanan mereka. Melihat mengapa Allah SWT menceritakan kisah mereka kepada kita. Mengapa Allah SWT menyusunkan kisahnya sedemikian rupa. Moga-moga ianya menjadi motivasi buat kita.
Sepintas kisah Musa dan Khidr.
Perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS mempunyai tiga perhentian, tiga titik yang amat penting. Tiga tindakan Khidr, yang membuatkan perjalanan mereka terganggu dengan pertanyaan-pertanyaan Musa AS. Berikut adalah tindakan-tindakannya.
1 – Khidr membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.
“Lalu berjalanlah keduanya(Khidr dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidr) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.
2 – Khidr membunuh seorang anak kecil.
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.
3 – Khidr menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.
“kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidr) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.
Dalam setiap peristiwa ini, Musa AS telah mengemukakan pertanyaan, walaupun telah berjanji untuk tidak melakukan perkara tersebut.
Akhirnya, selepas kali ketiga Musa AS bertanya, Khidr AS pun berhenti, dan menceritakan hikmah-hikmah mengapa Khidr melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.
Apa Tujuan Utama Allah SWT Menceritakan Ini?
Ketika mengajar di University of Yarmouk, gurua aqidah Dr Ala’ Hilat yang mengajar akan kisah ini, bertanya kepada kelasnya:
“Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?” Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidr?”.Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.” Seorang pelajar lagi menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”. Dr Ala’ menggeleng lalu dia mengatakan “Musa telah mati.” Semua pelajar di kelasnya diam ketika itu dan tidak pasti hendak menjawab apa.
“Apakah benar Khidr itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Semua pelajatnya macam agak terkejut dengan apa yang dinyatakan Dr Ala’ itu. Dr Ala’ nak kata Khidr bukan bijaksana? Tak berilmu? Macam agak mustahil bukan?. Kemudian terukir senyuman Dr Ala’ ketika itu, menjadikan pelajarnya yakin bahawa dia percaya kata-katanya benar.
“Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidr ini?” Semua pelajarnya diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidr kepada pembaca Al-Quran.
“Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.
“Khidr sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidr bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidr tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidr hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”
“Maka, segala keputusan Khidr di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidr pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidr di akhir perjalanannya dengan Musa.”
Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.
“Apa yang Khidr lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidr hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidr ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.
“Dan dengan kisah Khidr ini, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidr dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”
“Musa berkata kepada lelaki itu(Khidr): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidr) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.
Itulah dia rupanya pengajarannya!
Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.
Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidr dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.“Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang diberikan Dr Ala’ ketika itu.
Kisah Khidr adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti. Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.“Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”
“Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidr, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum lagi. “Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”
Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.” 
Dr Ala’ kemudian berkata:“Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?” Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidr. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.
“Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”
Begitulah juga sebabnya mengapa saya kongsikan penyampaian ini kepada kita semua. Saya mahu kita memahami bahawa Allah SWT itu aturanNya, semuanya adalah baik.Maka janganlah kecewa, dan jangan berputus asa.Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi.Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita.Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita!Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bersabarlah! Meskipun kita ditakdirkan sakit dan mati, semua itu adalah takdir yang terbaik utk kita kerana Dia lah yang maha mentadbir segalanya di langit dan di bumi. 
Sesungguhnya di dalam Al-Kahfi, Allah mendidik kita!

Tuesday, May 22, 2012

Betul lah kata guru aku.....

Betullah kata guru aku, zaman sekarang ini terlalu ramai yang terlebih bijak dan pandai. Macam-macam yang mereka kaji, sehinggakan banyak penemuan-penemuan baru yang dapat ditemui dan boleh digunakan untuk generasi akan datang. 

Tetapi sayang tidak semuanya tidak berlandaskan hukum dan peraturan dalam Islam. Jadi apabila ini berlaku, pasti akan berlaku masalah dan bala dikemudian hari. Banyak penemuan-penemuan yang asalnya baik untuk semua pihak kemudian dipesongkan untuk kemusnahan pihak yang lain. Keberkatan yang Allah bagi akan Allah tukarkan menjadi bala yang membebankan. Gunakanlah ilmu yang Allah kurniakan itu sebaik-baik mungkin agar tidak disoal Allah di akhirat nanti.

Betullah kata guru aku, manusia sekarang ni bila ada ilmu sedikit sudah mula mendabik dada mengatakan dialah yang paling banyak ilmu. Kita yang ada ilmu yang secebis yang Allah bagi ini, sepatutnya carilah ilmu dengan lebih banyak agar kita tidak tersesat akhirnya. Manusia zaman ini sanggup lantang bersuara mengatakan dialah yang paling hebat sehinggakan seperti langit bergegar bila mendengarnya, tetapi bila musim kemarau hujan tak turun setitikpun, kita panggil dia untuk menurunkan hujan, tidak juga boleh menurunkan hujan. 

Itu tandanya Allah kurniakan kita hanya satu titik ilmu berbanding satu lautan ilmu yang banyak. Jadi sedarlah tak perlulah bermegah dengan ilmu yang ada kerana apalah guna kita bermegah dengan ilmu yang secuit itu. Kalau Allah nak tarik ilmu tu balik sekejap saja akan berlaku.
Betullah kata guru aku, manusia zaman sekarang bila sudah ada sedikit ilmu, memandang orang lain dengan sebelah mata. Bercakap kasar dan menghina orang lain seperti dialah yang paling mulia. 

Sedarlah kita ini sama, bila kita mati ke tanah jua kubur kita. Sedarlah kalau kita bercakap kasar dan menghina, bagaimana orang yang berilmu tinggi dari kita nak mengajarkan ilmunya. 

Bak kata guru aku, "Dah dia terlebih pandai buat apa lagi nak diajarkan ilmu kepadanya". Kalau kita nak belajar atau berkongsi ilmu dengan orang lain bercakaplah dengan baik dan berdialoglah dengan rendah diri, agar mereka yang tinggi ilmunya rela menurunkan ilmunya kepada kita.
Biarlah kita mengikut resam padi yang semakin tunduk semakin berisi.  Semakin bertambah ilmu kita maka makin tunduk kita ke bawah. Bukanlah beerti kita tunduk kepada makhluk tapi sebagai tanda kita sudah belajar banyak tapi masih sedikit berbanding ilmu yang Allah ada. dan semakin banyak ilmu yang kita belajar maka semakin  banyak beban kita kerana ilmu yg kita pelajari adalah untuk diamalkan dan untuk diajarkan dan disampaikan pula. Kalau bertahun kita belajar tapi tak mampu kita nak sampaikan pada org lain itu bukanlah ilmu namanya kerana ilmu adalah sesuatu yg boleh dimanfaatkan...