Thursday, May 31, 2012

Damn the ACER

All this while i had a confrontation with my stupid ass Acer Aspire 4935 lappy which always coz me a problem with charging, battery died and so on.. I can't switch on the laptop without inserting the battery. After replacing new batteries the same symptom still happen. It make me so frustrated when this happen bcoz it make my work diffucult. Also the battery was not charged  and it will suddenly turn off by itself..

After a year looking n digging for solution today only i found out that it was cause by the engineering fault.. What a strong, big n branded company like them also have this kind of product? Don't they  do R&D before they came out with this product? All this while i thought that it is because Microsoft ACPI-Compliant Control Method Battery incompatible with window 7 on Acer. But seems like it's all wrong.


For those hommie that have the same brand, product or problem this is because this fucking stupid thing.. It is called a Media Board.. the function of this board is an additional utilities for the user to adjust the volume control which for me is a redundant from what the system have (by the click of mouse).



To settle all the problem i faced firstly i had to remove quite a number of screws/nuts at the bottom of the lappy including removing the screws under the harddisk and memory card cover and also 4 screws inside the battery compartment. after that i had to dismantle the board and speaker cover before taking out the keyboard. Now then the solution part take place..

When you open take out the keyboard (off course be patient to disconnect the cable which connect the keyboard to mobo) you can see there are 3 connections into Media Board available.. What i do is i just disconnect one of those connection n walla... my battery is charging and after that i can turn on my lappy without inserting my battery.. Which connection that you supposed to disconnect? See the picture below coz a picture described a thousand words..


It is located near to touchpad and a slightly to the right from the keyboard cable connection. If you look at the lappy it is at the lower right portion of your lappy..

Does this info helping you all? Mesaage me at arisha4eva@yahoo.com if you have any ambiguity, question or clarification..

Wednesday, May 30, 2012

Terberak di Restoran ... Mistika 29..


 
"Dah lama aku perhatikan...sebagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sebelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sebab tertentu, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Aku sebenarnya dengan family aku pernah makan sekali kat restoren ni walaupun rasanya tak lah begitu sedap sebelum ia ditutup. Kalau dilihat sekarang 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sebagai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri"... 
Menurut cerita seorang kawan aku... jeng jeng jeng... begini.. 
 
 
Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. 
Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr..

Dan seorang rakan yang lain juga tak nak ketinggalan bercerita pengalaman dia..

Aku membesar dgn dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Pernah dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.

Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org terkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.

Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.
 
Naper kedai ni banyak menyembunyikan misterinya korang rungkai lah sendiri.. So cuti2 sekolah ni boleh lah bawak anak2 korang gi jalan2 tengok tempat ni.. kalau kena ganggu settlekan lah sendiri k... N korang mana yg dok area Kuantan leh la usha2 kedai ni noooo..

Tragedi Berdarah...

KISAH BENAR PERANG SUNGAI MANIK, PERANG PKM-MELAYU

Mail Rondo adalah ahli Parti Komunis Malaya (PKM). Sawah DO di Parit 6 Sungai Manik didiami ramai komuniti Banjar, sering diganggu oleh PKM yang diketuai Ah Pau, Ah Booh dan Ah Jang di Sungai Tungku. Mail Rondo sering memaksa orang menyertai PKM. Yang enggan akan duhukum seperti disiksa, dibunuh, ditembak, disula, disumbat dalam guni dan dibuang ke sungai dan banyak lagi. Pada masa itu bukan sedikit orang Melayu yang menyokong PKM termasuk orang Banjar berilmu hebat hingga sanggup membunuh, membakar rumah, merosak tanaman kerana mengejar pangkat dalam PKM. Maka ramailah Banjar Sungai Manik menyeberang Sungai Kinta berpindah ke Kampung Balun Bidai, Kampung Gajah.

Pada suatu hari ketika zohor, Utoh Putih bertembung Mail Rundo di atas titi Pekan Rabu membawa ubi. 

Mail Rundo : “Nanti dulu Utoh Putih, berhadapan kita hari ni”

Utoh Putih : “Baru balik mencari ubi ni, mohon lalu lah tuan besar”

Mail Rundo : “Letak dulu ubi tu. Apa dikejar sangat? Tak lari rumah kamu tu? Macam mana janji hari tu?

Utoh Putih : “Tak mahulah aku sertai perjuangan merosak bangsa sendiri, baik aku berjuang cari makan kat anak bini”

Mail Rundo : “Amboi kasar kamu ni, siap la kamu” sambil mengeluarkan pistol menghalakan kearah Utoh Putih

Utoh Putih : “Jangan buat main senjata ni Mail dengan bangsa sendiri, nanti siapa nak bagi makan anak bini aku, ampun la tuan besar?”

“Dam…!!!!!” tembus baju buruk Utoh Putih terkena peluru. Seluruh penduduk bendang DO terkejut

“Dam, dam….” Mail Rondo melepaskan tembakan bertubi tubi sampai habis semua pelurunya. Tapi tak sebutirpun mengenai dan melukai tubuh Utoh Putih

“Bangsat kau Mail, ambik ni” jerit Utoh Putih sambil menghayun parang bungkol bernama Kadal Larap miliknya. Gugur tangan kanan Mail Rundo diikuti tangan kiri, kaki kanan dan kaki kiri. Tergoleklah tubuh Mail Rundo tanpa kaki dan tangan, darahnya membasah air di bawah titi. Tergolek tubuh Mail Rondo di atas titi tanpa kaki dan tangan, keempatnya putus ditetak parang bungkol Utoh Putih. Air di bawah titi menjadi merah kerana darah. Tak ada sesiapa berani menghampiri tubuh Mail Rondo. Di sisinya terdapat sepucuk pistol .38 kehabisan peluru.
Gemparlah seluruh Sungai Manik dan Markas PKM Sungai Tungku

“Semua kaki dengan tangan kena potong…. Banyak cilaka orang ini” jerit Ah pau bila melihat tubuh Mail Rundo bersama pasukannya sambil membawa senapang MK5. PKM mencari siapa punya angkara. Namun tak ada sesiapa membuka mulut. PKM mengugut menjadikan sawah DO sebagai padang jarak padang terkukur jika tak menjumpai siapa yang punya angkara. 

Utoh Putih disaran berpindah kerana pasti akan ada yang membuka mulut nantinya. Kerana duit. Namunn tak diendahkannya walau dinasihat oleh rakan karibnya Emoh yang datang dari Balun Bindai. 

“Kalau aku mati, kuburkan aku di Balun Bindai, anak isteriku hantarlah pulang” kata Utoh Putih ketika dimandikan oleh Emoh dalam upacara mandi suci di tepi telaga. Malam itu Utoh Putih tak dapat nak tidur, kerana anaknya merengek tak mahu tertidur. Siangnya isteri Utoh Putih pergi memencing puyu bersama anak sulung mereka. Emoh pagi-pagi dah keluar. Maka tinggallah Utoh Putih bersama anak kecilnya tertidur siang di rumah tanpa menyedari segerombolan ahli PKM bersenjata MK5 mendekati rumah. Sudah takdir Allah, maka mautlah Utoh Putih yang sedang tidur dihujan peluru MK5. 

Seminggu selepas itu PKM telah membina markas kecil di sawah DO untuk mengawasi penduduk di situ. Ketua Komunis dari Sungai Tungku datang melihat kelompok Banjar di sawah DO itu. Mereka mahu semua menjadi ahli PKM atau sawah DO jadi padang jarak padang tekukur. 

PKM telah memberikan masa seminggu kepada penduduk di sawah DO untuk mengumpulkan wanita muda tak kira anak dara atau isteri orang kalau tak mahu sawah DO jadi padang jarak padang terkukur.

Haji Bakri adalah seorang guru yang banyak mendidik masyarakat Banjar di Sungai Manik dengan ilmu agama hingga diberi gelaran tuan guru (TG). Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalah ilmu dunia dan akhirat. Beliau datang ke Sungai Manik sebelum kedatangan Jepun dan mempunyai dua orang isteri beserta lima orang anak.

TG Haji Bakri telah membuat satu pakatan sulit untuk menentang hasrat PKM. Dari lapan orang wanita yang dikumpulkan, hanya lima orang setuju menyertai pakatan TG Haji bakri. Anak Banjar masing-masing mengamalkan zikir masing-masing sampai ada yang tinggal di dalam telaga buruk, berwirid tanpa henti, mandi bersiku tunggal, jalan wafaq, mentera hidup mati. Masing-masing mengasah parang bungkol yang diberi bermacam nama, yang telah terbukti khidmatnya menumpahkan darah Belanda sewaktu di Borneo lagi. TG Haji Bakri tiada anak lelaki besar, yang ada hanyalah cucu lelaki Acil berusia 20-an yang nakal orangnya. 

Malam itu (genap seminggu tempoh diberi PKM), beberapa pemuda Banjar merangkak menghampiri markas PKM sawah DO. Masing-masing membawa parang bungkol. Ada bernama Madam Layu, Si Kandal Larap dan Tungkih Kiwang. “Semoga kita semua dilindungi Allah” tutur TG Haji Bakri. Beliau terus memulakan amalam wirid tanpa henti kecuali untuk solat.
Keesokan paginya, dalam jam 9.00 pagi, beratur wanita muda Banjar Sawah DO menuju ke markas PKM. Para ketua PKM telah sedia menanti di sana dengan gembira. Semuanya berketurunan Cina. Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang menanti dengan senyum. “Syok mau mali loooo….” Kata mereka sambil ketawa besar.

Di belakang barisan itu ada 3 orang wanita berkelubung kain batik lengkap. Itu menambahkan ghairah ahli PKM kerana merasakan itulah gadis pemalu yang seronok untuk ‘dikerjakan’. Tanpa mengetahui bahawa kelubung batik itu menyimpan parang bungkol di dalamnya.
“Tepi semua” jerit ketua PKM sambil berjalan meneliti wajah wanita Banjar seorang demi seorang dengan ketawa besar. Seluruh kem bagaikan tidak terkawal lagi lantaran keghairahan masing-masing melihat wanita Banjar datang menyerah diri. 

“Aiyya … manyak cantik looo” sebut Ah Boon Sambil cuba mencium seorang wanita Banjar
“Bangsat, keturunan babi haram jadah….. Allahuakhbar” jerit Emoh sambil menghayun parang bungkolnya.

Mata tertanggallah kepala Ah Boon dipotong Si Kandal Larap dan Ah Jang dek Si Madam Layu. Terputus dua badah Ah Pau dipotong parang bungkol Sabran bergelar Tungkih Kiwang. Tiba-tiba keluarlah puluhan pemuda Banjar yang menunggu sejak tengah malam tadi dengan parang bungkol masing-masing. Terkejut ahli PKM semuanya tak sempat nak buat apa-apa. 34 ahli PKM maut dikerjakan pemuda Banjar yang seorangpun tak alami sebarang luka. Tak ada seorangpun pemuda Banjar berminat mengambik senapang MK5 milik PKM di kem berkenaan.

Maka mandilah beramai-ramai pemuda Banjar di parit di hadapan rumah TG Haji Bakri. Maka gemparlah kem PKM Sungai Tungku dengan kematian tiga ketua beserta 31 ahli lain di kem sawah DO. Bagai ayam kehilangan ibu. Gempar …gempar … terkejut … tiada disangka langsung!

Masyarakat Banjar sawah DO sekaliannya yang tua dan muda, kecil dan besar, lelaki dan perempuan pakat berkumpul di rumah TG Haji Bakri mendengar kisah yang berlaku.
Sambil itu masing-masing membawa kain merah untuk dituliskan wafaq Selendang Merah. TG Haji Bakri mengabarkan bahawa beliau mendapat firasat bahawa peristiwa itu akan berpanjangan dan berterusan. Dari kejadian kecil pembunuhan Mail Rundo, pembunuhan Utoh Putih, pembinaan markas PKM sawah DO, perang PKM-Banjar Sungai Manik pagi itu, dan akan berterusan serta membesar menjadi peperangan secara terbuka………

Markas PKM Sungai Tungku mendapat ketua baru dari markas PKM Sungai Galah, Tanjung Tualang. Gerombolan PKM Sungai Tungku semakin mengganas, membalas dendam! Banyak kampung berdekatan Sungai Tungku diselongkar, harta dirampas, anak dara dan isteri orang diperkosa. Sesiapa yang melawan akan dihukum dengan peluru MK5. Hatta anak kecil dalam buaian pun tak terlepas, turut menjadi mangsa peluru jika ada yang melawan. Tak cukup dengan itu, banyak surau telah DIBAKAR oleh PKM! 
  
“Telah sampailah ketika dan saatnya wahai bangsaku sekalian ….. kerana Allah dan Rasul …..aku istiharkan perang fisabilillah …. Allahuakhbar!” jerit TG Haji Bakri. “Allahuakhbar….Allahuakhbar….Allahuakhbar!” jerit penduduk Banjar Sungai Manik sekaliannya.

Berita pembunuhan ahli PKM di sawah DO telah menaikkan semangat orang Melayu di pinggir Sungai Perak. Maka berpuluh-puluh pemuda Melayu telah menemui TG Haji Bakri memohon ilmu peperangan. Sekadarnya, TG Haji Bakri memberikan minum ‘air gerangsang’. Itu sudah mencukupi untuk meyakinkan orang Melayu buat sama-sama menyerang markas PKM Sungai Tungku. Penduduk Banjar sebulat suara melantik Acil, cucu TG Haji Bakri sebagai Khalifah Fisabilillah. Walau usianya masih muda, awal 20-an, namun ilmunya diyakini.

“Esok, selepas solat Subuh, kita akan bergerak menyerang markas si haram jadah di Sungai Tungku… Allahuakhbar” kata Acil

Hari masih gelap seusai solat Subuh. Pemuda Banjar bersedia menyerang markas PKM Sungai Tungku. Dengan pakaian serba putih, selendang merah melilit tubuh masing-masing. Kain merah melilir hulu parang bungkol. Melihatnya sahaja dah menaikkan semangat dan bulu roma. Selepas bacaan doa selamat oleh TG Haji Bakri, berangkatlah pemuda Banjar menuju markas PKM Sungai Tungku. 

Namun tanpa diduga, PKM Sungai Tungku sudah bersedia menanti kedatangan pemuda Banjar. Bagaikan telah berjanji pula. Maka bersedialah raifal MK5 untuk memuntahkan peluru bersimpang siur, menghujani pemuda Banjar yang tidak menduga. TG Haji Bakri terus berwirid di dalam surau Parit 8. 

“Fisabilillah ….. Lailahaillallah …..Allahuakhbar” jerit Acil tanda bermulanya perang pagi itu.

“Lailahaillallah” jerit pemuda Banjar tanpa henti menerpa ke arah markas PKM Sungai Tungku. 
Tiba-tiba meledaklah puluhan rifel MK5 memuntahkan peluru bagai hujan ke arah pemuda Banjar. Terpinga ternganga gerombolan PKM kehairanan melihat tiada seorangpun pemuda Banjar dihinggapi peluru MK5. Tanpa sempat berfikir, pemuda Banjar telah ada di depan mata. Berdesup parang bungkol menebas ahli PKM tanpa bicara lagi. MK5 tak mampu dibuat penghadang parang bungkol. MK5 yang dibuat penghadang tetakan parang bungkol, terputus dua bersama ahli PKM yang memegangnya denga sekali tetak. Parang bungkol bermandi darah merah ahli PKM, sehingga tiada seorangpun ahli PKM yang masih tinggal di kem Sungai Tungku itu. Hinggakan baju dan seluar pemuda Banjar boleh diperah kerana dibasahi darah merah si haram jadah!

“Allahuakhbar!” jerit Acil tanda tamatnya peperangan pagi itu. Terdampar puluhan mayat ahli PKM di kem Sungai Tungku itu. Setelah diperiksa, didapati lima orang ketua PKM telah lari sejak awal lagi meninggalkan kem berkenaan.

 

Lari bukan sebarang lari. Lari membawa dendam. Tak sampai seminggu kemudian, Sungai Manik dikepung gerombolan ahli PKM dari kem Hilir Perak. Maka tercetuslah peperangan fisabilillah sekali lagi. Kali ini parang bungkol bukan hanya berhadapan rifel MK5, tetapi PKM membawa bersama Brand Gun (Mesingun) serta bom tangan. Namun itu tak dapat melunturkan semangat pemuda Banjar walai sebesar jari kelingking. Selain parang bungkol, khalimah ‘Lailahaillallah’ dan ‘Allahuakhbar’ adalah senjata utama pemuda Banjar. Seharian berperang, tiada seorangpun pemuda Banjar yang maut atau luka.

Namun ilmu manusia, walau bagaimana sekalipun, ada petua dan hadnya. Pesan TG Haji Bakri, janganlah dilanggar syarat, kelak membinasa diri. (syaratnya tidak saya tuliskan di sini bagi menjaga hak ilmu ini sendiri) Takdir Allah, gugurlah dua beradik pemuda Banjar atas asbab melanggar syarat, atas kehendak dan izin Allah jua.

Genap sebulan peperangan, belum jua nampak redanya. Walau bergelimpangan mayat ahli PKM, namun tidak juga mereka mahu mengalah. Setiap hari ditambah ahli yang baru yang entah dari mana datangnya menyerang Sungai Manik. PKM di Seberang Perak pula makin galak menyiksa, membunuh dan merosak kampung Melayu dan Banjar di Kampung Gajah untuk melemahkan semangat fisabilillah pemuda Banjar Sungai Manik. Namun masyarakat Cina sedikitpun tidak diapakan, mahupun digertak.

“Kalau khabar baik, bawalah kemari….kalau khabar buruk, bawalah menjauh”. Begitulah kalimah diluah pada suatu senja apabila mendengan suara burung tinjau.

“Assalamualaikum” terdengar suara memberi salam selepas solat Isyak malam itu. Pakat menjawab di atas surau. Setelah diamati, berlarilah TG Haji Bakri menuruni tangga sambil memeluk dan menepuk belakang orang yang muncul malam itu.

“Selamat datang adikku” kata TG Haji Bakri. Yang lain tertanya kerana tak mengenal. Rupa-rupanya, Masmuda, adik TG Haji Bakri yang baru sampai dari Batu Pahat. Seronok benar Acil menyambut datuk saudaranya itu.Peperangan di Sungai Manik semakin berlarutan. Keadaan di Kampung Gajah dan Balun Bindai makin parah kerana PKM makin membuat angkara.

“Tak boleh dibiarkan lagi ni, makin dibiar, makin menjadi pula” Geram TG Haji Bakri mendengar khabar di Kampung Gajah dan Balun Bindai. Maka diambil keputusan, Masmuda akan menggantikan Acil sebagai khalifah fisabilillah di Sungai Manik. TG Haji Bakri dan Acil pula akan membantu penduduk Kampung Gajah dan Balun Bindai. Maka dibuatlah wafaq Selendang Merah buat saudara di Seberang Perak. Siang malam tebing sungai Balun Bindai kedengaran bunyi tembakan menunjukkan adanya komunis di situ. 

“Lailahaillallah …. Allahuakhbar” jerit Acil sebagai khalifah fisabilillah menyerang markas PKM di tebing Sungai Perak Balun Bindai. Acil yang terkenal nakalnya itu telah berbulan berperang dengan komunis menjadikan tubuhnya sebagai perisai di atas sampan menyeberangi Sungai Perak. Apabila merapat, meletuslah ledakan MK5 menghujani tubuh Acil, namun tiada sebutir pelurupun yang melukainya.

“Tetak” jerit Acil apabila sampan sampai ke tebing, sambil menghayun parang bungkol serta melompat dari sampan terus ke tebing.

Peperangan di Balun Bindai melonjakkan seorang lagi wira Banjar iaitu Mawi dengan parang bungkolnya bergelar Kajang Rungkup. Apabila Mawi mengangkat Kajang Rungkup, musuh terus menjadi lemah. Maka ramailah musuh yang tumpas di tangan Mawi.

PKM yang semakin lemah telah memainkan isu perkauman. “Orang Melayu sebenarnya mahu memerangi orang Cina, menghapuskan orang Cina dari Tanah Melayu ini. Mahukah kita dipijak oleh orang Melayu?” begitulah laungan hasutan PKM kepada masyarakat Cina di Kampung Gajah. Masyarakat Cina yang merasa terhutang budi kerana dilindungi oleh PKM selama ini mula merasa gusar dan seolah ditarik menyertai peperangan itu.

Ramailah masyarakat Cina terpengaruh untuk menyertai peperangan PKM menentang orang Melayu tanpa menyedari itu adalah strategi PKM yang semakin hari kian lemah lantaran ramai ahlinya maut dalam peperangan.

Masyarakat Cina mula mengumpulkan segala keperluan untuk memerangi orang Melayu. Parang besar, pedang, sabit dan sebagainya dikumpulkan untuk memerangi orang Melayu. “Kalau jumpa melayu, bunuh sahaja, tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, besar atau kecil” seru ahli PKM kepada masyarakat Cina Kampung Gajah.

Maka bermulalah pula siri peperangan perkauman antara orang Melayu dengan Cina di Kampung Gajah. Walau telah ramai dibunuh oleh pemuda Banjar, namun peperangan tidak juga berkesudahan mahupun surut. Pakaian pemuda Banjar sekaliannya dibasahi darah hinggakan boleh diperah.

“Allahuakhbar” jerit Acil tanda supaya pemuda Banjar menghentikan serangan dan berundur. Mereka juga perlukan rehat dan perlu mengatur semula strategi. Maka berkumpullah semula pemuda Banjar sambil mengalun kalimah “lailahaillallah”

“Lailahaillait……Melayu kasi habit” jerit pemuda Cina sengaja mengacah pemuda Banjar.

Mawi si Kajang Rungkup tidak dapat menahan sabar mendengar kalimah itu dipersenda oleh musuh. Beliau bingkas bangun menerpa ke arah musuh, namun di pertengahan jalan tubuhnya dihujani peluru mesingun hingga rebahlah dia ke bumi.

“habislah Mawi” jerit pemuda Banjar yang melihatnya. Tak sempat 10 minit, Mawi bangun semula menggeliat kesakitan sambil berjalan menuju ke pasukan pemuda Banjar. “Akai aku… akai aku …akai aku” luah Mawi

“Dasar tak sabar aku ni …. Nasib ada Emoh ni ha” kata Mawi. Ketawa Acil sampai meleleh air matanya melihat tingkah Mawi yang sedang dikipas oleh Emoh.

Mawi nampaknya belum jua ajalnya. Pernah sekali sebelum ini dia diserang oleh ahli PKM ketika mengawasi sebuah lombong. Akibat diserang hendap ketika berehat itu, lima orang ahli PKM maut dilibas oleg Kajang Rungkupnya. Pada masa yang sama, beberapa pemuda Melayu menemui TG Haji Bakri di surau Kampung Bayas. Tak sampai sepuluh orang diberikan selendang merah. Namun semua yang menemui beliau diberi minum 'air garangsang'.

Keesokannya, gempar berita orang Melayu pula berperang dengan orang Cina. Di mana ada orang Cina, maka akan ada orang Melayu mencari dan memerangi mereka. Orang Melayu Kampung Gajah dikhabarkan amat berani hingga habis orang Cina Kampung Gajah diperangi mereka. 

Malam itu pejuang fisabilillah berehat dan bersedia untuk menyerang kem PKM Sungai Galah pagi esok. Menurut firasat TG Haji Bakri, peperangan keesokan hari adalah penyudahnya. Puaslah dipujuk Mawi yang masih belum sihat sepenuhnya agar tak sertai peperangan keesokan hari, namun dia tetap berdegil mahu menyertainya. Zikir ‘Lailahaillallah’ tak terhenti dialunkan pasukan fisabilillah.

“Lailahaillallah …. Allahuakhbar” jerit Acil memulakan serangan keesokannya sambil disambut hujanan peluru bersimpang siur. Semakin ramai musuh maut dilibas parang bungkol. Namun bagai tak berkurang musuh yang menanti. Ramailah pejuang fisabilillah yang mengalami luka dan terdampar hinggakan peperangan bagaikan terhenti. Orang Cina kehairanan kerana tidak kelihatan lagi walau seorang pejuang fisabilillah menyerang mereka. 

“Lailahilait …. Melayu kasi potong habit” celaka benar ucapan mereka mempersenda khalimah suci Umat Islam. Ketawa besar mereka bagai telah memenangi peperangan itu! Terdiam seketika kerana tiba-tiba muncul parang bungkol berterbangan menebas, menikam, memotong, menetak orang Cina yang memerangi pasukan fisabilillah. Bagaikan hujan parang bungkol berterbangan mencari mangsa. Basah Kampung Sungai Galah dibasahi darah Cina. Bertempiaran lari ahli PKM ke dalam hutan, lari sedapatnya dari parang yang terbang mengejar mereka!

Mana mungkin parang mampu terbang sendiri. Pasti ada kuasa yang dengan kudrat dan iradatNya, parang itu terbang menghukum orang yang mempermain khalimah yang suci. Semangat orang Banjar telah menaikkan semangat orang Melayu. Maka banyaklah kem PKM diserang oleh orang Melayu selepas kejadian Perang Sungai Manik ini. Banyaklah perkampungan Cina yang musnah. Hinggakan sampai ke hari ini tiada orang Cina tinggal di Sungai Manik dan Kampung Gajah.

  

TG Haji Bakri kembali ke rahmatullah di Tanah Suci Makkah ketika berusia 57 tahu. Beliau meninggalkan pesan “Si kafir laknat ini akan terus mendendami kita hingga ke akhir zaman

Dibunuh beramai-ramai..

TRAGEDI BATANG KALI 1948 - Siri sejarah yang semakin dilupakan...

Tragedi Batang Kali 1948 berlaku pada 12 Disember 1948. Ketika itu dharurat 1948-1960 baru bermula selepas pengurus ladang di Sungai Siput,Perak dibunuh.Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera British sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka. 

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaysia. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh. Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka. Namun menurut pihak British pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali dilaksanakan kerana memburu anggota Parti Komunis Malaya dan mereka yang terbunuh adalah ahli PKM. 

Meskipun beberapa tuntutan telah dibuat sejak tahun 1948, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menutup kes ini pada tahun 1997 di sebabkan kekurangan bukti. Pada 1 November 1949, satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’. Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa. 

Satu dokumentari BBC News pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya. Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British yang telah ditahan.

Pada 30 Januari 2009, kerajaan Britain telah menolak desakan para waris keluarga yang menuntut supaya satu penyiasatan awam ditubuhkan berhubung tragedi ini. Akan tetapi kerajaan Malaysia menimbangkan keputusan itu.

Tuntut pampasan RM425 juta

Pada 13 Ogos 2009 ,parti MCA mengadakan mesyuarat tertutup dengan saudara mara dan waris mangsa yang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak. Mereka meminta kerajaan Britain mengeluarkan satu kenyataan memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa serta pembayaran pampasan sebanyak 80 juta pound (RM425 juta). Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah Chong Hong yang ketika itu berusia 20-an.

Quek Ngee Meng dilantik sebagai peguam jawatankuasa bertindak. Mereka telah menemui pegawai pertahanan dan hal ehwal luar Britain pada Julai 2009 dan memperoleh beberapa maklumat rahsia di bawah Akta Kebebasan Maklumat United Kingdom. Kementerian Luar Britain mengakui wujud tindakan menyembunyikan campur tangan politik pada ketika itu dan siasatan menyeluruh tidak boleh lengkap atau bebas sepenuhnya.

Pada Januari 2009, Pejabat Luar Britain menolak diadakan siasatan tetapi pada April 2009 menimbang semula cadangan itu.

Campur tangan MCA

Pada 13 Ogos 2009, Naib Presiden parti MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan mesyuarat tertutup telah diadakan dengan jawatankuasa bertindak di Batang kali. Pada 2 April 2010, saksi terakhir dalam peristiwa ini, Tham Yong (berumur 78 tahun), meninggal dunia tanpa sempat melihat sebarang perkembangan positif .

Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan mahu kerajaan Britain memohon maaf sebagaimana yang dilakukannya dalam kejadian Ahad Berdarah pada 30 Januari, 1972 di Ireland Utara. Kerajaan disaran menubuhkan satu inkuiri awam untuk memaklumkan masyarakat apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian tersebut.
Tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit. Pakar sejarah negara Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Khim berkata kerajaan perlu membawa isu tersebut kepada pengetahuan umum dan antarabangsa supaya keadilan bagi keluarga mangsa dapat dituntut. Waris boleh mengemukakan permohonan maaf, bayaran saguhati dan sebagainya.

Yang nyatanya sehingga hari ini tiada apa maklumbalas yang diterima dari Pihak British dan sekadar mendiamkan diri dari bertanggungjawab atas kekejaman yang mereka sendiri lakukan lantas menunding jari menyalahkan orang lain serta menunding jari menuduh orang lain sebagai terrorist... Go to hell British...

Bukti kekejaman mereka yang dirakamkan.

Tuesday, May 29, 2012

Panas! Panas! Panas! dan Pedasssssssss!

Puan Seri Baby aku memang suka sangat makanan yang pedas2 especially sambal belacan, sambal tumis dan mcm2 sambal lagi lah. Selalunya dia suh aku wat sambal colek sebab dia nak mkn mangga cicah. Maklumlah makyong dah skrg kan.. So dia ckp dia suka sangat dengan sambal2 yang aku buat hasil dari resepi allahyarhamah bonda aku. So aku buat sambal ikut resepi bonda aku la. Sapa tak kenal Wan Lah tukang masak orang kahwin dulu..  Bukan susah pun, senang sangat. Tapi aku tak tau pasal apa diaorg ni payah benar nak menumbuk sambal.. tak caya korang tengok gambar2 ni..






 Kalau nak jadi menantu aku sure fail mcm ni punya tumbuk sambal (xcept makcik yang selubung dgn plastik tu la, anak aku besar mana nak jadikan makcik tu menantu). Tumbuk sambal ni takyah protection tu semua. Let it be natural ambik bau belacannya jer.. Pembuka selera tu tau..

Anyway apa yg bonda aku ajar dulu lebih kurang mcm ni la. Cuma aku modified mana yang patut supaya lebih sedap ikut selera aku. Bahan2 utama bila aku nak tumbuk sambal adalah:

1.   Off course kena ada lesung batu
2.   Cili api 15 - 20 biji. (ikut kemampuan pedas masing2. Boleh boleh tambah bilangan cili api kalau mau lg pedas or campur dgn cili merah klu x berapa tahan pedas)
3.   Belacan sebesar ibu jari tgn ketua kampung korang..
4.   Sesudu garam..
5.   Sesudu gula (klu nak letak ajinomoto pun boleh tp aku x suka sebab rasa x ori)
6.   Aku suka letak ikan bilis dalam sejemput or boleh letak daging ikan goreng. Klu campur ikan masin tak payah nak tambah garam lagi.

Cara-caranya.. korang letak semua bahan tu dalam lesung batu n tumbuk.. Mudah jer kan.. Untuk buat sambal belacan biasa korang potong limau kasturi 2-3 biji n perahkan dalam lesung batu tu kemudian gaulkan hingga sebati.. dan hasilnya korang akan dapat sambal belacan yang perfect dengan cukup rasa masam, masin, manis n pedasnya macam ni.....

 
Kalau nak varietykan sambal korang sebagai pembuka selera tetamu korang boleh gantikan kelaziman sambal belacan biasa dengan limau tu dengan buah2an lain yang menjadi kegilaan penduduk Malaysia.. Try la kalau tak percaya..Bak kata allahyarham bonda aku..Kalau tengah makan, mak mertua lalu sebelah pun tak nampak... Cuma buah2an ni korang kena lenyek or tumbuk la sikit, x mcm limau boleh perah jer airnya..

Antara yang aku cadangkan ialah gantikan limau dengan tomato n jadi sambal tomato mcm ni..
  

N my all time fevret sambal is campur dengan durian or tempoyak. Kalau campur durian x payah campur gula. Pelikkan bunyinya campur durian..  Korang tak tau betapa handalnya kakak aku buat sambal durian sampai kdg2 tak cukup cili nak buat lagi sepiring bila family kami mkn.. Try dulu baru tau..

Korang boleh gak gantikan limau dengan buah2an keluarga mangga seperti mangga, bacang atau buah kuini. Yg ni memang membangkitkan selera sebab aroma bacang dan kuini ni 50 meter dah korang leh cium baunya..
 

 N kalau korang dah tak tau sangat nak buat mcm mana bila limau takder korang cari je belimbing besi yang masam tu. Boleh juga dibuat sambal..
 

Untuk lebih variety lagi or bila korang tertumbuk sambal terlebih pedasnya n nak kurangkan ada lagi caranya beb... Mak aku ajar kalau nak tambah variety or nak kurangkan pedasnya korang parut la kelapa n masukkan dalam lesung batu.. Pastu tumbuk lagi biar sampai sebati dalam lesung tu. tak payah la nak hancur sangat. Tapi sambal jenis ni kering la sikit.. but sedap bila cicah dengan pegaga..


Bila dah siap menyambal kata org kampung aku kat Jerman sana (a.k.a Kampung Jamuan) maka hidangkanlah untuk santapan keluarga. Hidangkan bersama ulam-ulaman seperti kat bawah.. Perghh meleleh air liur masa ni sebab terbayangkan sambal belacan.. Menulis utk korang punya pasal... n my fevret one off course la petaiii yummy..
Ok lah selamat menjamu selera.. Aku nak tumbuk sambal untuk makyong Puan Seri Baby aku lak nih.. Bukan aku takut bini.. bini yg tak takut kat aku...

 

  

Monday, May 28, 2012

Panjang Jugak Melayu Punya..

Keris
 
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.

Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.

Hulu Keris

Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang)


Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.

Pendongkok


 






Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau mendak/memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja.

Bilah Keris
Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel.

Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan.

Sampir dan Batang

Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya.

Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading.




Sampir Keris Riau

Sampir Keris Jawa

Sampir Keris Bali
 
                 Sampir Keris Keraton

Sampir Keris Patani
                Sampir Keris Sulawesi

           







Jenis Keris

Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan.

Keris Sepukal
Keris Sempena
Keris Cerita
Keris Picit
Keris Tajung
Keris Sulok Belingkong - lok tiga
Keris Apit Liang - lok lima
Keris Jenoya - lok tujuh
Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok
Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok

Kerambit

Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.

Lembing
Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya.
Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu.

Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh.

 Tombak
 
Ciri tombak adalah serupa seperti lembing cuma batangnya lebih panjang dari batang lembing. Tombak adalah senjata tradisional yang digunakan kebanyakannya oleh para pengawal pegawai-pegawai istana dan juga menjadi sebahagian daripada alat kebesaran DiRaja.

Buku Lima

Senjata ini diperbuat daripada besi atau tembaga dan digunakan untuk membela diri. Cara menggunakannya ialah dengan menggenggam buku lima sebagai penumbuk dan disasarkan ke bahagian muka atau kepala lawan.

Cucuk Sanggul

Selain digunakan sebagai perhiasan diri, cucuk sanggul juga merupakan senjata kecemasan bagi wanita ketika diserang. Ia diperbuat daripada emas, perak atau tembaga dan dihias dengan batu-batu permata.
 
Golok

Golok juga dikenali sebagai parang. Ia digunakan untuk melakukan kerja-kerja harian atau digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Koleksi ini berasal dari Sumatera dan berusia lebih kurang 70 tahun.

Kapak/Chipan/Jipan

Kapak ini digunakan sebagai senjata dalam pertempuran khususnya untuk memenggal kepala musuh. Mata kapak diperbuat daripada besi dan pemegangnya daripada kayu. Koleksi ini berasal dari Timur tengah dan Filipina.
Meriam

Meriam buatan orang Melayu dikenali sebagai Lela. Ia diperbuat daripada besi atau tembaga dan dibuat dalam berbagai bentuk. Koleksi ini berusia lebih seratus tahun.
 
Serampang/Trisula

Serampang berasal dari Kepulauan Jawa. Senjata ini berunsurkan kehinduan. Ia digunakan sebagai alat kebesaran di zaman pemerintahan beraja di Indonesia.
Sumpit

Sumpit digunakan oleh orang-orang Asli di Malaysia sebagai senjata berburu dan untuk mempertahankan diri. Ia diperbuat daripada rotan atau buluh.
Sundang

Sundang merupakan sejenis senjata bermata panjang yang lurus atau berlok. Ia berasal dari kepulauan Selatan Filipina. Senjata ini digunakan dengan cara melibas seperti pedang.

Kujang

Kujang adalah sebuah senjata unik dari daerah Jawa Barat. Kujang mulai dibuat sekitar abad ke-8 atau ke-9, terbuat dari besi, baja dan bahan pamor, panjangnya sekitar 20 sampai 25 cm dan beratnya sekitar 300 gram.
Kujang merupakan perkakas yang merefleksikan ketajaman dan daya kritis dalam kehidupan juga melambangkan kekuatan dan keberanian untuk melindungi hak dan kebenaran. Menjadi ciri khas, baik sebagai senjata, alat pertanian, perlambang, hiasan, ataupun cindera mata.
Menurut Sanghyang siksakanda ng karesian pupuh XVII, kujang adalah senjata kaum petani dan memiliki akar pada budaya pertanian masyarakat Sunda.

Kudi

Kudi atau kudhi adalah alat bantu pekerjaan untuk membelah atau memotong benda keras, seperti parang. Sebagaimana parang, kudi hanya memiliki satu sisi tajam, berbentuk agak melengkung menyerupai celurit tetapi bagian pangkalnya membesar. Bentuk kudi yang lebih langsing dapat dipergunakan sebagai senjata.

Senjata kujang dianggap sebagai kembangan dari kudi. Asal kata "kujang" konon adalah "kudi hyang" atau "kudi milik dewa"). Tokoh pewayangan Bagong versi Banyumas, dinamakan Bawor, digambarkan mengenakan kudi sebagai senjata pegangannya (curiga). Oleh orang Banyumas, kudi dianggap sebagai salah satu identitas budaya.

Sabit/Celurit

 
Celurit memang tak bisa dipisahkan dari kehidupan sehari-hari masyarakat Madura, Jawa Timur. Senjata tajam yang berbentuk melengkung ini begitu melegenda. Sejak dahulu kala hingga sekarang, hampir setiap orang di Tanah Air mengenal senjata khas etnis Madura ini. Saking populernya, celurit kerap diidentikkan dengan berbagai tindak kriminal. Bahkan celurit juga digunakan oleh massa saat terjadi kerusuhan maupun demonstrasi di pelosok Nusantara untuk menakuti lawannya.

Boleh jadi, begitu mendengar kata Madura, dalam benak sebagian orang bakal terbayang alam yang tandus, wajah yang keras dan perilaku menakutkan. Kesan itu seolah menjadi benar tatkala muncul kasus-kasus kekerasan yang menggunakan celurit dengan pelaku utamanya orang Madura.

Kendati demikian tak semua orang mengetahui sejarah dan proses sebuah celurit itu dibuat hingga dikenal luas. Di tempat asalnya, celurit pada mulanya hanyalah sebuah arit. Petani pun kerap menggunakan arit untuk menyabit rumput di ladang dan membuat pagar rumah. Dalam perkembangannya, arit itu diubah menjadi alat beladiri yang digunakan oleh rakyat jelata ketika menghadapi musuh.

Demikian pula pendapat D. Zawawi Imron. Seniman sekaligus budayawan Madura ini menuturkan, kalangan rakyat kecil memperlakukan celurit sebagai senjata tajam biasa. Dengan kata lain, celurit itu bukan dianggap senjata sakti.

Kini, masyarakat Madura masih memandang celurit sebagai senjata yang tak terlepas dari kehidupan sehari-hari. Tak mengherankan, bila pusat kerajinan senjata tajam itu banyak bertebaran di Pulau Madura.

Tersebutlah sebuah desa kecil bernama Peterongan. Kampung ini terletak di Kecamatan Galis, sekitar 40 kilometer dari Kabupaten Bangkalan. Di sana, sebagian besar penduduk menggantungkan hidupnya sebagai pandai besi pembuat arit dan celurit. Keahlian mereka adalah warisan leluhur sejak ratusan tahun lampau.

Tak salah memang, bila desa ini menjadi kondang. Maklum, celurit buatan para perajin di Desa Peterongan itu dikenal kokoh dan halus pengerjaannya. Seorang di antara mereka adalah Salamun. Siang itu, lelaki berusia 54 tahun ini menemui Sunarto utusan dari sebuah padepokan silat terkenal di Kecamatan Kamal, Bangkalan.

Sunarto pun meminta Salamun mengerjakan sebilah celurit berjenis bulu ayam. Bagi Salamun, membuat celurit adalah bagian dari napas kehidupannya. Celurit tak hanya sekadar dimaknai sebagai benda tajam yang digunakan untuk melukai orang. Akan tetapi celurit adalah karya seni yang mesti dipertahankan dari warisan leluhurnya.

Pagi itu, Salamun didampingi putranya berbelanja membeli besi tua yang berada di sudut Desa Peterongan. Di antara tumpukan besi itu, Salamun memilih besi bekas rel kereta api dan per bekas jip sebagai bahan baku membuat celurit pesanan Sunarto.

Besi pilihan itu lantas dibawa menuju bengkel pandai besi miliknya yang berada tak jauh dari halaman rumahnya. Batangan besi tersebut kemudian dibelah dengan ditempa berkali-kali untuk mendapatkan lempengannya. Setelah memperoleh lempengan yang diinginkan, besi pipih itu lantas dipanaskan hingga mencapai titik derajat tertentu.

Logam yang telah membara itu lalu ditempa berulang kali sampai membentuk lengkungan celurit yang diinginkan. Dengan dibantu ketiga anaknya, Salamun membuat celurit pesanan padepokan silat tersebut dengan penuh ketelitian. Sebab dia memandang celurit harus mencirikan sebuah karya seni. Tak sekadar sepotong besi yang ditempa berkali kali, melainkan harus memiliki arti dan makna bagi yang memilikinya.

Lantaran itulah, sebelum mengerjakan sebilah celurit, Salamun biasa berpuasa terlebih dahulu. Bahkan saban tahun, tepatnya pada bulan Maulid, Salamun melakukan ritual kecil di bengkelnya. Menurut Salamun, ritual ini disertai sesajen berupa ayam panggang, nasi dan air bunga. Sesajen itu kemudian didoakan di musala. Baru setelah itu, air bunga disiramkan ke bantalan tempat menempa besi. &quotKalau ada yang melanggar (mengganggu), ia akan mendapatkan musibah sakit-sakitan," ucap Salamun.

Hingga kini, tombuk atau bantalan menempa besi pantang dilangkahi terlebih diduduki oleh orang. Keahlian pak Salamun membuat celurit tak bisa dilepaskan dari warisan orang tua dan leluhur kakeknya. Semenjak kecil dirinya sudah dilibatkan cara membuat celurit yang benar.

Salamun mengungkapkan, buat mengerjakan sebuah celurit besar, dibutuhkan waktu sekitar dua hingga empat hari. Adapun harga celurit tergantung dari bahan dan ukuran motifnya. Celurit paling murah dilepas seharga Rp 100.000.

Pria itu termasuk produktif. Betapa tidak, sudah ribuan celurit yang dihasilkan dari tempaan Salamun. Namun kini, Salamun lebih berhati-hati menerima pesanan celurit. Dia beralasan, banyak orang yang tak memahami filosofi celurit. Minimnya pemahaman inilah yang mengakibatkan celurit lebih banyak digunakan untuk tindak kejahatan.

Sebaliknya, bagi yang mengerti, celurit itu tentunya digunakan lebih berhati-hati. Pendapat itu memang beralasan. Soalnya celurit juga diartikan sebagai lambang ksatria. Dan, bukan malah untuk sembarang menyabet orang.

Di Madura, banyak dijumpai perguruan pencak silat yang mengajarkan cara menggunakan celurit. Satu di antaranya Padepokan Pencak Silat Joko Tole, pimpinan Hasanuddin Buchori. Perguruan ini mengambil nama dari seorang ksatria asal Sumenep. Kala itu Madura dibagi menjadi dua wilayah kerajaan besar, yaitu Madura Timur di Sumenep dan Madura Barat di Arosbaya Bangkalan. Adapun peninggalan Kerajaan Madura Barat masih terlihat dalam situs makam-makam kuno di Arosbaya.

Dan hari ini, perguruan yang banyak mengorbitkan atlet pencak silat nasional itu secara rutin berlatih meneruskan cita-cita dan semangat leluhurnya, Joko Tole. Padepokan Silat Joko Tole selama ini cukup kesohor di kalangan pencak silat di Tanah Air. Terutama dalam mengajarkan penggunaan senjata tradisional celurit.

Walaupun hanya sebuah benda mati, celurit memiliki beragam cara penggunaannya. Ini tergantung dari niat pemakainya. Di Perguruan Joko Tole, misalnya. Celurit tidak sekadar diajarkan untuk melumpuhkan lawan. Namun seorang pemain silat harus memiliki batin yang bersih dengan berlandaskan agama.

Sebagian masyarakat menganggap celurit tak bisa dipisahkan dari tradisi carok yang dianut oleh sebagian orang Madura. Sayang, hingga kini, belum satu pun peneliti yang bisa menjelaskan awal mula carok menjadi bagian hidup orang Madura. Yang terang, pada dasarnya carok biasa dilakukan ketika seseorang merasa dipermalukan dan harga dirinya dilecehkan. Maka, penyelesaian yang terhormat adalah dengan berduel secara ksatria satu lawan satu.
Rencong

Rencong (Bahasa Aceh: reuncong) adalah senjata tajam belati tradisional Aceh, di pulau Sumatera Indonesia bentuknya menyerupai huruf "L". Rencong termasuk dalam kategori belati yang berbeda dengan pisau atau pedang.
Rencong memiliki kemiripan rupa dengan keris. Panjang mata pisau rencong dapat bervariasi dari 10 cm sampai 50 cm. Matau pisau tersebut dapat berlengkung seperti keris, namun dalam banyak rencong, dapat juga lurus seperti pedang. Rencong dimasukkan ke dalam sarung belati yang terbuat dari kayu, gading, tanduk, atau kadang-kadang logam perak atau emas. Dalam pembawaan, rencong diselipkan di antara sabuk di depan perut pemakai.
Belati rencong kerajaan, terbuat dari emas dan sarung gading dengan mata pisau berukir ayat suci Alquran.
Rencong memiliki tingkatan; untuk raja atau sultan biasanya sarungnya terbuat dari gading dan mata pisaunya dari emas dan berukirkan sekutip ayat suci dari Alquran agama Islam. Sedangkan rencong-rencong lainnya biasanya terbuat dari tanduk kerbau ataupun kayu sebagai sarungnya, dan kuningan atau besi putih sebagai belatinya.
Seperti kepercayaan keris dalam masyarakat Jawa, masyarakat tradisional Aceh menghubungkan kekuatan mistik dengan senjata rencong. Rencong masih digunakan dan dipakai sebagai atribut busana dalam upacara tradisional Aceh. Masyarakat Aceh mempercayai bahwa bentuk dari rencong mewakili simbol dari basmalah dari kepercayaan agama Islam. Rencong begitu populer di masyarakat Aceh sehingga Aceh juga dikenal dengan sebutan "Tanah Rencong".

Tumbuk Lada

Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.

Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang. Selain keris, Tumbuk Lada pada zaman dulu juga menjadi salah satu kelengkapan pakaian adat di Kepulauan Riau, Deli, Siak dan Semenanjung Tanah Melayu.

Tumbuk Lada digunakan secara menikam, menghiris dan menjajah dalam pertempuran jarak dekat. Ia boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan mata keatas ataupun mata ke bawah. Seorang yang ahli dalam permainan tumbuk lada akan menukar genggaman senjata ini bagi mengelirukan musuh.

Matanya melengkung bongkok udang, bentuk balik sumpah, tajam sebelah dan meruncing di hujung; lebar di atas - menghasilkan garis gerak yang cepat. Mata tumbuk lada juga diperbuat daripada besi campuran, tetapi tidak berpamur.

Tumbuk lada, yang berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak. Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh-tumbuhan. Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian belakang sarungnya. Ukiran ini tidak kurang indahnya daripada yang terdapat pada hulunya. Ukiran yang halus ini sebanding dengan ruang kosong, yang bersalut dan bersendikan perak. Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling indah dan halus dalam seni rupa Melayu.
 
Badik
Badik merupakan senjata Melayu yang bermula dari Sulawesi, Indonesia yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan. 

Beladau

Beladau adalah belati dari Indonesia. Pisau ini umumnya dikenal di daerah Sumatera dari Riau sampai Mentawai. Senjata ini merupakan senjata tikam dan senjata sayat. Panjang pisau ini biasanya sekitar 24cm.

Beladau memiliki bermata pisau tunggal atau bermata dua,bentuk pisau melengkung. Pisau dari gagang ke ujung semakin runcing dan melengkung ke suatu titik. Pisau memiliki punggung pusat. Tepi pemotongan adalah pada sisi cekung dari pisau. Gagang baladau ini terbuat dari kayu dan mengkilap, dengan ujung yang berbentuk menonjol seperti kacang. Para selubung biasanya terbuat dari kayu dan berbentuk oval di bagian lintas tengah.

Pedang


Pedang adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang. Pedang dapat memiliki dua sisi tajam atau hanya satu sisi tajam saja. Dalam beberapa kebudayaan, jika dibandingkan senjata lainnya, pedang biasanya memiliki prestij yang lebih atau paling tinggi. Terdapat 3 jenis pedang utama iaitu Katana, Rapier dan Saber.

Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau baja. Meskipun begitu terdapat pedang daripada emas yang digunakan sebagai hiasan sahaja. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya. Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan yang pada saat kolonisasi Eropah belum mengenali logam.

Cenangkas
Sebilah senjata yang mempunyai bentuk seakan-akan parang dan pedang yg lurus. Ianya tergolong dalam pedang jenis saber. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu. Senjata ini bukannya senjata penikam tetapi fungsinya ialah sebagai senjata pemangkas.
Pisau/Churinga
Pisau adalah perkataan umum untuk bilah. Ia datang daripada istilah Peng Sau Kantonis dan boleh merujuk kepada pedang atau pisau, dua belah atau sebelah mata. Sarung kayu senjata yang paling bermata boleh digunakan untuk menyanggah, mengelak, atau menghentak lawan. Pisau atau churiga selalunya digunakan berpasangan tetapi ini tidak selalunya dilakukan dengan pedang dalam silat.. Pisau Asia Tenggara berbeza dari satu masyarakat yang lain, tetapi mereka secara amnya dibuat untuk kegunaan satu tangan.
  
Tekpi/Chabang/Tjabang

 

Bentuk asas senjata ini adalah bercabang tiga dengan cabang utama lebih panjang daripada cabang dikiri dan kanannya. Cabang utama berbentuk lurus manakala cabang di kiri dan kanan membentuk huruf U atau seperti tanduk kerbau. Masyarakat Melayu menamakan cabang utama tersebut sebagai batang tekpi manakala cabang dikiri dan kanannya sebagai sampir. Hujung hulunya yang berbentuk buntil pula dikenali sebagai mata lalat atau bunga lawang. Cabang utama biasanaya adalah sepanjang 15 inci sehingga 20 inci dan diukur mengikut kesesuaian tuanpunya senjata.

Senjata Tekpi dipercayai berasal dari Cina, sebelum sampai ke Kedah melalui perdagangan India dan China, yang terletak di utara Malaysia, bersempadan dengan Thailand. Ia dikatakan berakar sejak tahun 1556 apabila ia pertama kali di ajar kepada Sultan Kedah.

Terdapat juga dakwaan bahawa Tekpi berasal daripada Indonesia sebelum tersebar ke Malaysia, India, Cina, Indochina,dan Okinawa. Di Indonesia ia dikenali dengan nama cabang dan dipercayai diambil hasil dari trisula India, manakala di Okinawa didalam bahasa Ryukyu ia dikenali sebagai sai (釵).

Kegunaan tekpi sebagai senjata dibayangkan dalam bentuk khususnya. Dengan kemahiran, ia boleh digunakan bagi menentang pedang panjang dengan memerangkap bilah pedang dengan sampir tekpi. Sekiranya penggunanya cukup mahir, dia mungkin mampu meretakkan bilah atau senjata lain dengan menggunakan tekpi. Terdapat beberapa cara berbeza menggunakan tekpi dengan tangan, yang memberikan kepelbagaian samaada untuk membunuh atau tanpa membunuh. Tekpi kebiasaannya digunakan sebagai senjata hentaman atau tusukan pada solar plexus. Tekpi juga dikatakan mempunyai banyak gerakan pertahanan bagi menghalang senjata lain.

Satu cara memegangnya adalah dengan mengenggam batang tekpi dengan semua jari di bawah sampir dengan ibu jari pada cabang sampir dan batang tekpi. Cara ini membenarkan tekpi ditekan pada lengan depan dan mengelakkan ibu jari terperangkap ketika menangkis serangan. Perubahan boleh dilakukan dengan menekan ibu jari dan memutar tekpi sehingga ia terbalik. Tekpi dikatakan lebih mudah dipegang dalam kedudukan ini. Mata lalat berguna bagi menumpukan kuasa tumbukan, sementara